facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Tumblr_lnichypnm31qcfupoo1_400_large

Nampak kat gambar tu? Angry bird en? Haaa, tu la perasaan aku sekarang ni. Marah. Sebab apa? Sebab pc kat ruang tamu tu buat hal. Takbole nak buka blogger.com pula. Sial oh. GRR! Aku update entry ni pun pakai lappy kat bilik adik aku. Ni entry ringkas je sebab aku takbole pakai lappy ni sangat, kang adik aku tu bising. Malas nak bertekak dengan dia.

Bye! :)


OMG!

First sekali aku nak minta maaf sebab aku private-kan blog ni malam semalam and pagi tadi #bajet macam orang baca blog aku je. Sebenarnya blog aku ni dalam proses nak edit. And yang tolong edit blog aku ni sebenarnya seorang blogger juga. Meh tengok siapa :D




Haaa! Nama dia Una. Mana aku jumpa dia ni? Time tengah blogwalking malam semalam. Blog dia cun woooo! Nak tengok? Meh sini meh!



Cun tak, cun tak? Cun en! Haaa! Tu pasai la aku minta tolong dia editkan blog aku. Klik je kat gamba tu kalau nak singgah blog dia tu k ;)

Tengah tengok blog dia tu, aku pun try la cari account fb dia. Dah jumpa, add and dia terus approve. Kira lucky la en sebab time tu pun dia online. Lepas dia dah approve tu, aku terus IM dia minta tolong edit-kan blog aku ni. Dia pun dengan rela hati nak tolong aku. Baik kan Una ni? Heeee :D yang aku ni pula jenis tak sabar, terus bagi number phone kat dia. Lagi satu pasal internet kat rumah aku ni malam semalam macam sial ==' text je lagi senang en.

Actually ni pun tak habis lagi dia edit. Tinggal nak taruk header je. Semalam ada minta tolong kak Mira edit-kan header untuk aku, colour biru. Sebelum ni en template aku colour biru.

To kak Mira -
Sorry ea sebab tak pakai header yang kak Mira bagi tu. Jangan risau, Diana simpan lagi header tu. Mana la tau kot tiba-2 Diana tukar angin nak pakai colour lain pula. Heee :D thanks ea kak Mira sebab susah-2 buat header untuk Diana :)

To Una -
Thank you soooooooooo much sebab edit-kan blog akak even kita tak kenal each other lagi. Teheeee :D

Diana hargai sangat-2 pertolongan korang berdua. I love you! Ambil kiss ni, muah muah! Hihi! >,<

Pergaduhan? Hm, gaduh apa ea? Rasanya paling teruk pun time bergaduh dengan kawan baik aku dulu. Tu dulu, sekarang tak. Buat apa nak cerita balik, tak suka la ungkit cerita lama ni sebab sekarang kitorang dah okay :')


  • Nasihat kawan yang tengah ada masalah
  • Jadi pendengar yang setia :D
  • Buat kerja rumah #bila mood rajin datang

Bye!


Nak tau perangai buruk aku?

  • Kuat mencarut even benda tu takde la menyakitkan hati sangat #sekarang ni tengah cuba nak kurangkan
  • Stalk orang
  • Suka cubit orang tak tentu pasal

3 je en? Actually banyak lagi :D tu je la.

Bye! :)

Status aku? Hm, apa ea?
UPDATE : SINGLE
Tak percaya? Tengok sini :)



Bye! :)

Bila sorang-2 mesti la bosan, kan? Nak tau apa yang aku buat bila sorang-2? Haa! Macam-2 tau!


  • Buka lagu kuat-2, biar bising.
  • Nyanyi sorang-2 #suara tak best mana pun
  • Main game Angry Birds
  • Menggedik dengan camera
  • Termenung
  • Fikir masalah yang ada #kadang-2 menjerit bila sakit hati
  • Fikir masa depan
  • Teringat kat kawan-2 #rindu wey!
  • Tengok gambar lama

Haa! Banyak en yang aku buat? Tak pelik en apa yang aku buat? Heee. Yang pelik-2 tu aku taknak cite sini. Memalukan aku je nanti. Hahaha! Tu je la kot. Tunggu next day pula :D

Bye! :)


Day 1 - wedding dress
Day 2 - Place for the ceramoni
Day 3 - Wedding Party Gifts
Day 4 - Flowers
Day 5 - Music
Day 6 - Rehearsal Dinner place
Day 7 - Wedding Ring
Day 8 - Reception
Day 9 - How many people?
Day 10 - tux
Day 11 - Colors
Day 12 - bridesmades dresses
Day 13 - Flower girl dress
Day 14 - Shoes
Day 15 - Hair
Day 16 - Who is going to marry you?
Day 17 - Traditional wedding march or another song?
Day 18 - Reception food
Day 19 - vaile
Day 20 - Invitations
Day 21 - Wedding cake
Day 22 - Wedding topper
Day 23 - Who is going to be the flower girl?
Day 24 - Who is going to be the ring barrier?
Day 25 - Honeymoon
Day 26 - Who will be your brides maids?
Day 27 - Maid of honor?
Day 28 - Who will walk you down the ile?
Day 29 - Are you going to write your own vows?
Day 30 - Jewelery you will wear?

Mesti ada yang fikir aku ni gatal sangat, macam nak kahwin cepat.

Actually aku saje je taruk benda alah ni. Sharing is caring, right? Heee :D benda ni aku godek-2 kat tumblr and terjumpa. So aku share la kat sini.

To kak Mira -
Kak Miraa! Diana nak akak buat natang ni. Teheeee :D boleh kan? :p

Nak tau apa yang aku buat sebelum tidur? Meh baca meh :D

  • Online FB
  • Buka blog
  • Cuci muka pakai pencuci Garnier<3
  • Gosok gigi
  • Minum air sejuk #lepas gosok gigi, mesti minum air sejuk. Best wey! Haha
  • Pakai krim muka Garnier
  • Texting #tu pun kalau ada yang text aku
  • Baca text yang lama-2 kat phone
  • Delete text yang tak penting #buat phone aku slow je bila banyak text ni
  • Dengar lagu sampai aku tertidur

Haaa! Banyak en? Haha! Takde la banyak mana. Tu je la :)

Bye!

1st - Lagenda Budak Setan
Aku tau cerita ni dah lama but sampai bila-2 pun aku tetap suka cerita ni. Memang best la!


 2nd - KL Gengster
Cerita ni memang best! Lawak pun ada. Kan aku ada review movie ni hari tu. Klik SINI :)
Memang tak rugi la tengok movie ni


3rd - Fast 5
Cerita ni ganas gila! Lawak pun ada :D Part jijik pun ada, geli weyy. Hahaha!

For now 3 movie tu je yang superb bagi aku :)
Aku tau aku lambat buat natang ni. Aku plan nak start hari Isnin hari tu, tapi disebabkan masalah internet, terpaksa di tunda.



Lagu yang aku dengar hari ni, Stuck Like Glue. Best wey lagu ni :D
Diana\


See! Tu header baru aku. Bukan aku yang tukar or edit natang tu but RS yang tolong buatkan.

Dia tolong tukarkan semalam. Aku online semalam? Memang tak ah. Dah la takde internet kat kampung tu.

Ni entry ringan, taknak taip panjang lebar.

Btw, thank you so much :)


BYE! :)

Natang ni aku amik dari blog kak Zaleta.
Heee, thanks ea sebab bagi Diana amik benda alah ni :D

day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10, apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20, apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30, apa yang berlaku?

Nak start benda ni hari  Isnin nanti. Takbole nak start hari ni or esok sebab nak balik kampung kejap lagi :( rindu korang nanti :( #gedikgila

Bye! :)

First

Second
Klik la kat gambar untuk jelas, tak kan tak tau kot. Haha :D

Dah habis baca?
Haa! Actually aku ada join game yang abang Ben anjurkan. So kena cari 9 orang blogger la untuk buat satu kumpulan. Haa, itu la yang jadi. Memang kelam kabut gila la en. Game tu tamat pukul 4 petang. Aku sumbit url kat blog abang Ben tepat2 pukul 4. Pergh! Memang kelam kabut la en.

At last, terjadi la kumpulan FOOTPRINTS tu.

http://lzulxocraxme.blogspot.com/
http://ceriteranajwa.blogspot.com/
http://idafirdausi79.blogspot.com/
http://isyamnmirah.blogspot.com/
http://anakdenesor.blogspot.com/
http://www.littlequeenstory.blogspot.com/
http://heyluvika.blogspot.com/

Diorang memang best la wey!

Thanks abang Ben. Sebab game tu, Diana ada ramai kawan kat blog ni and kat FB :D





Aku tak faham, kenapa manusia sekarang ni suka tindik kat muka diorang. Kalau kat telinga tu, normal la, kan? But kalau lelaki yang tindik telinga, memang aku tak suka. Cikgu kat sekolah aku dulu pernah bagitau, lelaki yang tindik telinga dia sebelah sahaja, bermaksud yang dia nak tunjukkan yang dia tu anak haram / luar nikah. Aku tak tau la betul ke tak, cikgu aku yang cakap aaaa.

Last year time aku lepak KL, aku ada ternampak sorang mamat ni, ya Allah! Habis satu muka tu dia tindik. Lagi teruk dari gambar kat atas tu. Eeee, memang pelik gila ah! Dia tindik kat kening, kat hidung, kat mulut, boleh dikatakan semua muka dia la. Aku rasa kulit diorang tu macam dinding or kayu kot. Bayangkan kayu yang kena paku banyak-2. Haaa! Macam tu la.



Ni lagi satu yang aku pelik. Tak sakit ke tindik kat pusat? Takde rasa geli ke? Geli kot bila sentuh pusat sendiri, bukan geli yang kotor tu! Geli yang macam kena geletek la. Yelaa, kadang-2 nampak macam smart juga tindik-2 ni. But bila fikir balik, korang tak rasa macam membazir ke? And bila buka natang tu, jadi macam buruk kot kulit korang sebab ada tanda. Dah cacat dah, kesian. Hahaha!

Dulu aku ada kawan yang bertindik, but alhamdulillah la dia tak pakai dah. Dah berubah dah kot, bagus la kan?

Tak tau la pula kot ada blogger kat sini yang tindik macam-2 kat muka or badan dia :D

BYE! :)


Assalamualaikum :)

I'm using XPERIA X10 mini

Mula-2 aku nampak phone tu, memang excited gila ah sebab aku memang nak sangat phone macam tu. Tanpa fikir panjang, aku minta kat abah aku untuk belikan. Tanya tokey tu, boleh trade in phone tak? Dia kata boleh. Time tu phone XPERIA tu kira murah la sebab tu harga promosi, dalam RM400 lebih macam tu. Kira murah la kan? Sekarang ni, agak mahal sikit la. Dah harga pun murah, kitorang trade in la phone yang aku pakai time tu. Dapat la dalam RM150 macam tu kot. Dulu aku pakai phone Spiro, Sony juga. Tak sampai sebulan kot aku pakai phone Spiro tu, terus trade in. Haha! :D

Btw, phone Spiro tu macam haram jadah la juga sebab senang gila jammed, plus stuck. Aku ni pula jenis cepat angin, nak marah je keje. Nasib baik phone tu aku tak campak. Hee :D

Bila dah beli phone XPERIA tu, macam kuno kot. Al maklum la, aku ni tak reti sangat pakai phone touch screen bagai ni. Hahahaa! Macam biasa, sebelum aku yang pakai, abah aku la yang semangat nak cuba macam-2. Amik gambar la, tengok semua function dalam phone. Dah petang sikit, baru aku yang godek-2 phone tu.

Aku pakai phone XPERIA ni sampai sekarang. Kira banyak kenangan la dengan phone ni. Ecehh, phuii! Hahaha! But aku tak bape suka sangat phone ni. Senang jammed juga. Lagi satu kredit aku banyak melayang macam tu je, sebab TERbuka internet, TERcall orang. Macam mana boleh TER tu? Haaaa! Monster kecik dalam rumah ni la yang buat. Siapa?

Sarah, 3 tahun

Tengok tu. PSP pun dia reti main, inikan pulak phone? Macam tak percaya kan? Kadang-2 kalau dia bosan dia mesti cakap "atak, nak pon" Hahaha! Faham tak? Tak faham? Meh sini nak translate, "Akak, nak phone". Haa! Kecik-2 lagi dah pandai minta tau. Hahahaa! :D

Lagi satu yang aku tak suka, battery phone ni cepat sangat habis. Kalau banyak text or call, tak tahan setengah hari pun. Mesti tak percaya, kan? Kadang-2 menyirap juga pakai phone ni. Dah nama pun smart phone, beteri je yang tak bape nak smart.

Yang bestnya boleh install macam-2 application la :D and sound, camera tu semua okay.
Takde cacat apa pun. Hee :D

Tu je kekurangan and kelebihan phone XPERIA ;)

Ini spec Xperia X10 Mini;

BODY
Dimensions 83 x 50 x 16 mm (3.27 x 1.97 x 0.63 in)
Weight 88 g (3.10 oz)
SIM Mini-SIM

DISPLAY
Type TFT capacitive touchscreen, 16M colors (65K effective)
Size 2.55 inches (~48.5% screen-to-body ratio)
Resolution 240 x 320 pixels (~157 ppi pixel density)
Multitouch No
Protection Scratch-resistant glass

MEMORY
Card slot microSD, up to 32 GB (dedicated slot), 2 GB included
Internal 128 MB

CAMERA
Primary 5 MP, autofocus, LED flash, check quality
Features Geo-tagging
Video 480p@30fps


Assalamulaikum :)


Zaman sekolah dulu
Aku start bertudung sejak darjah 4, waktu sekolah je la. Mula bertudung waktu keluar jalan-jalan tu form 2 until now. Tapi kadang-2 tu aku tak pakai tudung, bukan dengan kawan tapi dengan family la. Gila kau kalau keluar dengan kawan lepastu tak pakai tudung? Memang family aku bising ah kan.



Awal tahun 2011
Ni pula kira baru nak belajar pakai shawl atau orang panggil selendang. Tapi aku pakai inner yg ada awning. Biar tak nampak bentuk muka macam yg kat bawah ni.



Bulan March
Time ni kira macam baru belajar la juga, nasib baik aku pakai elok je :D



Lepas ambil result SPM
Okay, ni first time aku pakai shawl yg berwarna warni. Actually this not a shawl, macam pashmina gitu. Kalau sebelum ni asyik hitam je, kadang-2 warna putih. Macam bosan la pula, nak try benda baru :D



Bulan April
Yang ni pula aku try loose style. First time nak try juga. Oh yea, yg ni shawl cotton. Aku lebih selesa pakai yg ni dari yg shawl jojet sebab shawl jojet tu macam keras and kasar.



Latest<3
Yang ni terbaru. Cehh, terbaru la sangat. Hahaa! Yang ni shawl cotton and style biasa je. Heeee :D

Yang akan datang, aku nak try style sekarang ni. Nak tengok?

Meh usha tutor ni :D




Another one

Serious aku suka gila nak cuba cara baru. Heee :D aku ada beli shawl baru, sebab tu nak try style ni pula :D

Kan aku ada bagitau tadi yg aku ni kadang-2 tak pakai tudung.
Now aku rasa nak kekalkan kot pakai tudung ni :')




Yes! Aku nak purse tu, nak sangat-2! Tu kira murah dah wey sebab RM32 je. Aku tengok kat luar, RM50+ Mahal kot =='

Orang yg jual purse ni tinggal kat Terengganu kot. Then mak cakap nanti suruh abah cari. Yeppie! Excited gila tau! Hahahaa!

Kenapa suruh abah aku cari? Sebab abah aku keje dekat Terengganu @ Kelantan. So senang la kan sebab dekat dengan area dia kot. Rasanya kira okay la sebab takde la nak bayar duit untuk pos bagai sebab boleh pegi dekat orang tu terus.

Harap-2 abah jumpa and beli purse tu, amin~ :D

P/s : Actually barang-2 Domo aku semuanya bulu-2. Aku taksuka yg barang getah ni. Aku suka kalau betul-2 jenis patung tu, bulu-2 punya. Barang Domo yg getah cuma keychain and coin purse je. So aku nak purse bulu-2 ni :D



Plan nak gerak pukul 9 pagi. Nak gerak sama dengan Azhar and Chicco. Tapi si Azhar tu bangun lambat. Chicco pula takbole keluar pagi sebab ayah dia ada. So gerak la dulu dengan diorang.
Dah sampai Kepong Sentral, tunggu si Amirul pula. Disebabkan tunggu dia, terlepas dua train. Grr! =='


Sam | Azim | Haziq | Amirul | Diana :D
Zhariff yg captured :)



With Zhariff :)
Zhariff memang suka buat muka pelik-2 ni.



Kusyuk gila dia main phone aku. Hahaha!

Then train ke tiga dah sampai. Memang ramai gila ah! But aku still try nak selit kat celah-2 orang ramai tu. And aku berjaya menyelit, HAHA! But diorang yg lain tak masuk trian. Sial je! Aku gerak sorang-2 okay? Macam tak percaya je! =='

Last-2 diorang naik bas. Tiket train burn mcm tu je. Membazir wey! Then kitorang plan jumpa kat BB je. So aku pun gerak la. Jalan laju je kot, haha. Actually aku tak pernah gerak sorang-2 nak ke KL dari Kepong. Tu pasal macam kekok je. Then dah sampai kat KL Sentral, pergi kat monorail.

Kat monorail ni yg aku menyampah ==' Asyik pandang aku je pehal mamat ni? Bila aku pandang balik, tau pun pandang tempat lain. Eeeee! Rimas doe! Dah la macam rempit, euwwww!

Dah sampai kat BB, tunggu si Zhariff and yg lain. Bila aku call, boleh pula diorang turun kat Imbi. Cibek betul! Kena la tunggu lagi, haihhh.

Sementara tunggu diorang, aku masuk Sg Wang and cari la barang yg aku nak. And yeppie! Aku jumpa pashmina yg aku nak and harga murah okay! RM10 sahaja. Aku tengok kat tempat lain, mahal doe. Dalam RM18 - RM 28 macam tu. Mahal gila kan? Aku ni pandai berbelanja tau! Haha xD


Diorang semua tunggu kat depan Cotton On. Dah nampak tu, terus gerak Pavi. Wait! Aku bukan suka sangat pun lepak Pavi sebenarnya. Actually aku menyampah dengan budak yg lepak Pavi yg kononnya HOT sangat tu.

Sampai Pavi, diorang plan nak makan. Pegi foodcourt, then orang ramai sangat. So cari tempat lain. Si Ekin nak sampai dah, aku tunggu kat depan Pavi. Time tunggu tu, ada lelaki ni tak puas hati dengan aku kot ==' dia lalu kat sebelah aku and cakap apa nta, aku tak dengar. Lantak kau a nak cakap apa, memang aku tak dengar. Membazir tenaga and air liur kau je bercakap. Haha! Rasa macam lama la pula tunggu Ekin, so aku pun terus pegi KFC, join diorang yg nak makan kat sana.



Text Ekin, Azhar :D

Dah nak habis makan, Azhar dah sampai. So dia lepak dengan kitorang kejap. Sempat la borak-2. Then dah habis makan, diorang yg lain nak pegi depan Pavi, smoke sana ==' Nasib baik Azhar tak smoke. Kalau dia smoke, memang tinggal aku sorang je la dalam Pavi tu.

Lepas diorang bla, temankan Azhar makan kat Subway. Dia teringin sangat makan kat situ. Dah beli makanan, aku bla kejap pegi cari Ekin. Time cari Ekin, aku ternampak si Akmal Kamal. Dengan girlf dia. Girlf dia tinggi, woot woot! Tapi si Akmal tu kemetot. Hahaha xD dah nampak Ekin, ajak dia pegi Subway.



Ni la Azhar :)



With Ekin :)

Then diorang ajak gerak KLCC pula.


Sempat lagi orang tu buat peace, HAHA!



Ekin | Diana | Azhar :D




Kitorang share chocolate, weeeee~! :D




Dua-2 mulut penuh dengan chocolate, HAHA! :D






Azhar | Izzy | Adik Izzy
Adik beradik smoke, apa nak jadi =='
Wey Izzy, sampai sekarang aku still tak percaya yg tu adik kau! Hahahaa! xD



I love you bieeee♥ Hihi xD

Si Ekin ni ajak aku jadi lesbo dia tauuu! Kan baby kan? Awww!

Eyla dah sampai, then dia nampak camera. Hahaha! Excited gilaa dia. Hahahaa! Yang selalu berebut camera si Izzy, Azhar and Eyla. Memang nampak sangat yg diorang ni gila camera tau!



Eyla and Ekin. Diorang cousin ;)
Lalu Pavi nak ke BB

Then nampak Chicco dekat depan Maybank BB. Jumpa dia kejap. Mula-2 dia macam tak kenal aku kot, rasa mcm nak nangis je :'(
Pandang belakang, ada lelaki mana nta suruh amik gamba diorang. Haha! Pelancong kot. Tak sempat captured gamba dengan Chicco sebab camera dekat sape nta time tu :'(

Dah sampai kat depan 7-E, Rara cakap dia kat rooftop pula. So, gerak sana pula. Dah naik, call Rara. Suruh dia pandang belakang. Lepas salam, dia terus peluk aku. Terkejut wey! Hahaa xD



With Rara♥ :)

Rara duduk dengan kitorang kejap, then Shasha and Ameyra datang kat meja yg kitorang lepak. Tiba-2 Shasha cakap 'kakak, jom la lepak sana' I was like 'huh? kakak? betul ke budak ni?' HAHA! si Ameyra pula just sebut nama aku :D then aku cakap la taknak lepak dengan kawan-2 diorang. Segan la, ramai kot.


Izzy gila, HAHAHA! Lawak doe aku tengok gambar ni.



Eyla and Izzy ;)



Ekin and Elya again :D

Order air Milo, aku ingat dalam RM2. Sekali tu, RM3. Baik aku lepak mamak je. Haha! Rasanya tu first and last kot aku pegi rooftop. Bau shisha tu kuat gila =='

Nak bla, panggil Rara. Then peluk-2 and kiss. Haha! xD Awww, I love you adik<3

Niat nak cari Big Apple kat Low Yat tu pun kena cancel sebab nak balik dah. Takpe, aku boleh tahan lagi nafsu nak makan Big Apple tu. Hahaa xD
Lagi satu plan nak jumpa Syeera pun tak jadi sebab dia dah balik. Haihhhh =='

Pukul 6 lebih, gerak balik. Si Azhar and yg lain still lepak sampai malam.
Kaki aku still sakit sampai sekarang gara-2 pakai high heels, padan muka aku. Hahaa =='

Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates