facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum,

Hm update lambat sebab saje. Haha :D
Okay, mesti ramai yang tengah sambut kat Dataran Merdeka, KL. Sangat jealous tahu? Tahun lepas pun aku tak sambut merdeka kat sana. Tahun ni? Memang harapan lah sebab aku dah pindah. Kat sini tak tahu la kat mana tempat yang function. So duduk rumah je la. Sambut kat rumah sambil mengadap TV, tunggu count down. Hihi :D


Nota FD: mesti jalan sesak oh. orang yang pi sambut kat KL tu, confirm ada macam-macam hal nanti. yang budak-budak keluar dengan kawan tu, confirm susah nak cari transport nak balik rumah. padan muka korang! hahaha xD
##agaknya tahun ni ada ke baby merdeka? :3 maksud aku yang lahir malam ni k. bukan yang negetif tu k? not good, not good!


Assalamualaikum,

Tak berbaloi nak cantik

Nak bergaya masa hari Raya musnah bila mata bengkak dan penglihatan jadi kabur lepas pakai contact lens tu. Kesian Nabila tu. Tapi tu la, salah dia sendiri juga. Nak bergaya pun tak payah la nak jimat sangat. Tak semestinya barang murah tu elok. Aku rasa lens paling mahal pun RM30 ke atas kot. Lepas ni tak payah nak bangga sangat la kalau pakai lens. Konon mata tu cantik sangat. Tak pakai lens lagi cantik kot ;)


Nota FD : aku dari dulu teringin sangat nak pakai lens, tapi tak berani sebab takut sakit mata. lepas keluar je berita ni, memang aku tak kan berangan la nak pakai lens. tapi bila fikir balik, berdosa la pakai lens ni. aku ada baca kat satu artikel ni, hukum-hukum memakai lens kalau tak silap aku. kalau aku jumpa, aku share dengan korang k? ;)


Nak baca atikel pasal lens yang merosakkan mata ni? Baca kat SINI ;)

Jom selamatkan anak penyu yang semakin pupus!
Tak suka artis Malaysia merokok!
Nak menang RM1000 sehari?
WeChat - New chatting app for iPhone/Android/Symbian


Kepulangan srikandi

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Phamg, 19, yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2012 disambut lebih 1,000 peminatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini, semalam.
Pandelela yang menaiki pesawat Malaysian Airline System (Mas) dari Kuala Lumpur, tiba pada tengah hari dengan ditemani bapanya, Phamg Joheng dan ibunya, Hartini Lamin.
Sambutan hebat itu sebagai tanda menghargai kejayaan yang diraih Pandelela dalam sukan berprestij itu. Meskipun gagal membawa pulang pingat emas pertama negara, Pandelela dijulang sebagai anak pertama Sarawak serta atlet wanita pertama negara yang berjaya memperoleh kejayaan di Sukan Olimpik.
Pandelela kemudian diarak sejauh 20 kilometer menggunakan kenderaan jenis coupe dan diiringi motosikal berkuasa tinggi dari KIA hingga ke Astana Negeri, Petra Jaya bagi menerima Pingat Johan Bintang Kenyalang dari Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Apabila ditemui wartawan, Pandelela berkata, selepas lebih setahun tidak pulang ke Kuching, dia gembira kerana kepulangannya kali ini membawa kejayaan dan disambut dengan meriah.
“Saya sangat gembira dan berharap dengan kemenangan yang diraih dalam temasya Sukan Olimpik itu, akan menjadi pencetus semangat untuk melahirkan lebih ramai atlet terjun negara pada masa akan datang,” katanya.
Mengenai pelbagai anugerah yang diterimanya, menurut Pandelela, dia belum merancang apa-apa pun setakat ini, namun akan cuba menguruskan semuanya bersama keluarga kelak.
“Saya juga akan menyimpan wang hadiah dan pada masa sama akan membelikan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan rakan yang banyak menyokong kerjaya saya hingga mampu meraih pingat gangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikon berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan muzium sukan bagi sumber inspirasi kepada penduduk negeri ini.
Menurut William, semua kejayaan atlet Sarawak akan ditempatkan di muzium itu sebagai pencetus semangat untuk menarik lebih ramai golongan muda terbabit aktif dalam bidang sukan, sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berpotensi.


Nota FD : Wahh! Untung betul Pandalela ni kan? Murah rezeki dia. Mula-mula masuk iklan Dutch Lady. Lepas tu menang dalam Sukan Olimpik walaupun tak dapat pingat emas. Paling best dia atlet wanita pertama yang berjaya memperoleh kejayaan di Suka Olimpik. Hebat gila, kan? Dah la sebaya dengan aku pula tu. HEBAT HEBAT HEBAT! :D


Assalamualaikum,

*gambar tahun lepas*

Sebelum aku tak sempat nak buat entry pasal Raya, pagi-pagi buta ni aku buat satu entry, okay? Teheee :D

Kepada silent reader dan follower blog FD :
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang yang beragama Islam. Aku minta maaf kalau selama aku blogging ni, ada terkasar bahasa dengan tidak sengaja atau tanpa aku sendiri sedar yang aku ada buat korang terasa hati dengan mana-mana entri. Aku minta maaf sangat-sangat tau! Harap korang maafkan aku. Raya tahun ni tak tau la macam mana. Harap-harap meriah macam biasa dan takde apa-apa perkara yang tak diingini berlaku macam masa aku form 5 dulu. Kes apa? Korang cari la sendiri ek. Hihi :D ehem-ehem! Aku plan nak pakai baju kebaya merah untuk raya tahun ni, tapi tak kesampaian sebab kat KT ni susah nak cari kebaya. Sedih gila k! Sampai la semalam, baru beli baju kurung but still warna merah tau :p takpe la takde kebaya asalkan ada baju raya :D korang pula macam mana? Mesti banyak shopping kan? Jangan tak pakai pula pakaian yang korang beli tu. Tak pasal-pasal buat koleksi kat almari je, hihi. Untuk yang memandu balik kampung, pandu dengan berhati-hati okay? Jangan memandu laju-laju, kang tak pasal-pasal beraya kat hospital. No no no! Jangan macam tu okay?



  • Nak duit raya? Daftar je kat SINI. Dapat RM5 tauu! Maklum la, dah besar panjang ni susah nak dapat duit raya. Betul tak? Lagi-lagi yang menganggur macam aku ni. Hahahaa xD
  • Raya tahun ni aku nak cuba pakai hijab macam dalam video tutorial yang aku tengok. Seriously simple gila k? Nak tengok macam mana? Tengok video kat SINI k? Bila dah cuba tu, share la kat FB atau blog ni.
  • Bila dah musim raya ni, confirm la kena eratkan lagi silaturahim dengan semua family. Lagi-lagi family belah mak tu ramai. Eeeee! Tak sabarnya nak balik :D
  • Tapi kan, aku tak dapat banyak kad raya macam tahun lepas. Sedih sangat! ;( tapi takpe, kita boleh buat E-Kad Raya kita sendiri tau. Buat je kat SINI. OHSEM GILA TAU?! Hihi.
  • Masa ni la kita boleh buat amal. Dapat extra pahala tau. Jom kita buat amal kat SINI dan SINI. Tak salah kan kalau kita bantu diorang? ;)
  • Dah dapat duit raya nanti, siapa nak beli Blackberry Curve? Murah je tau, cuma RM300 lebih je. Nak tau kat mana? Klik je SINI :D #adik lelaki aku pakai Blackberry tau. Jealous aku tengok -____-


Nota FD : Entri ni aku buat sticky post sempena raya :) dan mungkin aku tak update blog selama aku kat kampung nanti sebabnya kat sana takde line internet.
Nanti jangan lupa share cerita hari raya dan gambar raya korang. Maybe aku akan buat satu contest / giveaway lepas raya ni :D



Assalamualaikum,
Ni cerita kelmarin, tapi baru harini nak update. Aku memang suka update lambat-lambat. Hahaa xD takde la. Gurau je. Aku ni jenis busy walaupun tak kerja atau tak sambung belajar. Busy apa? Tak payah tau laa :p


#saje nak tayang harga sekali, hahahaa!


Nampak tak? Nampak tak? Comel, kan? Jealous la tu :p

Macam ni ceritanya;
Hari tu masa survey kasut kat Vincci, pergi kedai barang elektrik. Masa mak tengah cari alat rebonding rambut, aku nampak USB bentuk DSLR Canon ni. Lepas tu aku tunjuk kat abah, aku cakap yang aku nak. Abah pun suruh la akak yang kerja situ ambil USB tu. Aku pun belek-belek la tengok benda tu sebab nampak comel. Hihi :D tanya harga, dia kata RM59. Akak tu kata cuma ada 2GB. Abah kata sikit, tapi mahal. Akak tu cakap mahal sebab design dia.
Aku cakap kat abah dengan mak yang aku nak USB tu. Diorang tanya nak buat apa? Aku cakap la nak buat koleksi. Hahaa xD sebabnya sekarang kitorang ada DSLR Nikon D3100. Nak beli DSLR Canon takbole, ada USB pun jadi la. Abah dengan mak cakap lain kali je la beli. Sekarang kita cuma survey barang je. So aku pun okay la.

Kelmarin mak dengan abah keluar pergi bandar, beli makanan kat bazaar. Bila mak dengan abah balik, aku tengok abah keluarkan 'something' dari beg seluar Levi's. Aku tengok betul-betul benda tu, rupa-rupanya abah beli USB tu! Aku terus ambil USB tu dari tangan abah, abah dah terkejut sebab aku main rembat je. Hahaa! Abah tanya "eh, pesal?". Aku dengan slumber jawab "alaa, akak tau ni untuk akak. beli untuk akak en?". Mak dengan abah sengih-sengih je tengok anak dara dia excited dapat USB ni. Tehee :D
Thanks mak and abah :3


Haritu pernah join giveaway DSLR dari Blog Gajah. Tapi tak menang. Lepas tu nampak pula USB macam tu kat kedai. Alhamdulillah, jadi milik aku sekarang. Hihi :D


Assalamualaikum,
Petang tadi mak tanya "pasal beli tudung tu, dah buat urusan ke?". Aku jawab la dah. Lepas tu mak tanya "abis tu, kat depan tu surat apa?". Aku pergi tengok dan buka sampul tu. YES! Dapat kad raya dari blogger. Hihi :D


Thank you Cik Kiwi sebab bagi kad raya kat D. Selamat hari raya :D
#nak bagi kad raya juga, tapi tak jumpa kedai yang jual kad raya T__T so sorry.


Assalamualaikum,
Semalam dan kelmarin, aku dengan family pergi shopping untuk Raya nanti.

Haritu ada survey kasut kat Vincci, memang cantik dan simple! Warna hitam, boleh matching dengan mana-mana warna baju. Kaaaan? :D kelmarin pergi Vincci lagi sebab nak beli. Tapi sayang, kasut tu dah takde! ;( sedih, frust! Sekejap je dah takde. Kelmarin pun memang ramai gila yang pergi kat kedai kasut Vincci tu. Sesak habis la! Lepas tu ambil keputusan untuk bla je dari situ.

Lepas pergi Vincci, kitorang survey kat apa ntah nama tempat tu. Aku tak bape ingat sangat. Dekat area Giant tu. Yang macam tempat expo tu. Kat situ ada nampak kasut, design lebih kurang macam yang aku nak beli kat Vincci tapi dah takde tu. Mak pun cakap okay. Aku cari je size kaki aku, mak dengan adik perempuan aku pun beli situ juga. Murah pun murah. Hihi :D beli pun sebab takut nanti takde kasut Raya pula :3 settle beli kasut, adik aku yang Sarah nampak purse Barbie. Dia tanya aku, nak beli purse tu. Aku suruh dia tanya mak, mak cakap takbole. Sarah pandang aku, buat muka kesian. Aku cakap kat mak, kesian Sarah sebab tak dapat purse je dah buat muka sedih. Mak tanya orang yang jual tu, bagi free je la sebab purse tu RM5. Nasib baik perempuan tu kata okay. Haha xD beli 3 kasut, free 1 purse budak-budak.
Cari baju Raya pula, tapi takde size aku. Ada pun size besar. Memang tak la kalau nak beli. Hahaa! Disebabkan aku memilih sangat, aku tak dapat la baju Raya kelmarin. Tapi aku dapat 1 blouse and sepasang pin tudung yang comel. Teheee :D

------------------------------------------------------------------------------

Semalam shopping kat area Pasar Payang. Pergi malam-malam la. Kat sana memang sesak! Banyak selekoh sampai tak tau nak pergi kat mana dulu. Hahahaa. Cari baju kebaya, size takde juga. Yang ada pun size XL. Kalau aku pakai, sah menggelebeh. Tak suka pakai longgar-longgar ni. Aku suka yang fit ikut bentuk badan. Baru cantik :D jalan-jalan, cari tudung. Adik aku dapat tudung je, terus ajak balik. Memang aku nak mencarut la masa tu. Fikir shopping untuk dia je ke? Lahaiii! Macam hape je! Masa otw nak pergi kat kereta, aku cakap kat mak yang aku ada berkenan kat satu maxi dress ni. Nasib baik mak bagi pergi cari balik tempat tu. Dapat juga sehelai baju. Ngehehee :D warna merah, cantik! Selalu aku tengok orang jual maxi dress yang macam ni;
Aku tak suka yang macam ni sebab takde lengan. Leceh la kalau nak pakai cardigan sebab nak cover lengan tu. Panas pun panas tau bila pakai dua helai ni.

So semalam aku jumpa maxi dress yang macam ni;
Lengan 3/4. Simple je kan. Tapi aku punya ada corak. Lawaa! Raya nanti bila aku pakai, aku ambil gambar and tepek kat blog ni. Hihi :D mula-mula tengok maxi dress ni macam panjang sangat. Confirm labuh bila aku pakai. Tapi rupa-rupanya tak. Memang muat-muat dengan ke"tinggi"an aku. Hahaha xD harga maxi dress ni RM49 dan cuba teka! Mak aku gunakan kuasa tawar menawar dia yang sememangnya tak pernah gagal! Asyik tawar menawar, akhirnya kitorang dapat beli dress ni dengan harga RM38. Hebat kan mak aku? Hihi :D settle beli dress, mak beli baju untuk Sarah pula. Then balik! :D


Sarah tak habis-habis dengan Mickey Mouse sekarang ni sampaikan nak ada reben besar macam Minnie Mouse. Nanti aku tunjuk kat next entry ;)


Assalamualaikum,
Perasan tak yang Nuffnang dah berwajah baru. Mula-mula tengok, dah pening. Haha, sebab tak biasa kot. Lama-lama nanti biasa la. Btw muka depan Nuffnang dah macam surat khabar. Cuba korang tengok betul-betul. Hihi :D

Sekarang tengah belajar nak biasakan dengan Nuffnang yang baru ni. Nak tau kat mana blogger bio, nak hantar tiket. Kena aktif, baru dapat BE :3


Assalamualaikum,

http://atiealong29.blogspot.com/


Weee~! First time tau tolong buat + edit-kan blog orang. Nervous juga sebenarnya, takut orang tu tak suka dengan hasil kita. Hihi :D but lastly, phewww! Nasib baik dia suka.

Nama dia Izatti Shahira. Macam mana boleh kenal dia, dari Cik Pieka. Siang semalam CP yang tweet kat Twitter. Dia tanya boleh tolong buatkan blog untuk kawan dia. Aku pun masa tu takde nak buat apa sangat. So tolong je la daripada tak buat apa kan. Tanya dia nak yang macam mana, apa semua. Dan hasilnya macam dalam gambar tu. Pening oh nak main code. Nasib baik ada rujuk kat tutor, hee :D

Paling payah part nak buat header. Aku bukan reti nak buat gambar tu transparent. Payah woi! Buat pun tengah malam. Terkebil-kebil biji mata, hahaa xD bukan apa, aku nak cuba buat elok-elok. Cincai-cincai kang orang menyampah pula kang. Terus kecewa nanti. Taknak la macam tu kan. Tak elokk :p


Atie ada buat entry untuk aku tau. Hihi :D
ni link dia; http://atiealong29.blogspot.com/2012/08/welcome-to-my-blogger.html.
Thanks Atie untuk entry tu. Hargai sangat-sangat :)


Assalamualaikum,


Weeee~! Nampak tak novel dalam gambar tu? Yes! Baru je beli secara online. Aku memang suka beli barang online sebenarnya. Hihi.
Aku beli before birthday haritu. Sepatutnya aku dapat 31 July yang lepas. Tapi sebab tak perasan yang posmen datang, terpaksa pergi post office. Brr -____- pagi tadi baru rajin nak pergi, haha.

Suka gila tengok cover novel ni sebab warna merah plus ada roses. Hihi :D fav k! Lagi satu, aku beli sebab aku rasa novel ni macam unik. Kenapa unik? Sebab novel ni lain, dalam dia ada antologi cerpen dan mini novel. Means ada banyak cerita dalam tu. Harga pun berbaloi tau. Cuma RM15 je dan free postage! Haaa, best kan? Tak payah susah susah nak pergi kedai, buang minyak motor / kereta je.
Kalau korang rasa macam nak beli novel juga, inform la. Aku try carikan untuk korang ;)


Nanti nak baca novel Oh! Cinta ni. Habis baca satu cerita nanti aku share dengan korang, then baca lagi and share dengan korang lagi, okay? :D


Assalamualaikum,

*BE bulan Ogos*

Alhamdulillah, dapat juga BE untuk bulan Ogos ni. Bulan lepas langsung takde BE sebab aku tak update blog sangat, jarang gila gilaa! Sebabnya takde line internet.
 BE tu pun tulis VW Hari Raya. Kiranya duit raya la ni dari VW dan Nuffnang. Hihi :D
Thank you so much!


Lepas ni kena rajin update blog dan blogger bio kat Nuffnang :)

Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates