facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum,


Nak tahu kenapa FD kata GilaPing ni yang terbaik? Sebab FD terkejut bila tengok trafik yang datang dari GilaPing.

**klik gambar untuk lebih jelas**
Untuk harini je dah boleh dapat sebanyak tu. Percaya tak?

Untuk minggu ni, lagi banyak!


Even takde lah banyak mana kalau nak dibandingkan dengan blogger yang hebat kat luar sana, ni pun dah okay bagi FD. FD macam excited sebab kalau macam sebelum ni ping kat tempat lain, tak banyak pun ada kat referring URLs.


Korang tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai ping entri kat GilaPing.com ^^v


Assalamualaikum,


Thatssotrue_9502_1335640095_large


Baru teringat yang harini 26 November, ada gangguan air kat Kuala Terengganu. Itu pun mak yang cakap. FD bukan tengok berita sangat pun.

Mak cakap haritu ada keluar kat berita, kata ada gangguan air kat Kuala Terengganu dalam beberapa hari. Erk, macam mana ni? Gelabah gila. Terus tadah air. Nasib baik sempat. Ni pun air makin sikit bila tadah. Dapat lah juga dalam 4 baldi. Tapi cukup ke? Orang dalam rumah ni semuanya 6 orang. Hoho!


BEBERAPA HARI tuuuuu. Bukannya beberapa jam. Kalau beberapa jam tu boleh terima lagi. Harap-harap tak lama la benda ni.
##baru je tengok kat internet. nasib baik takde air sampai pukul 6 petang je


Assalamualaikum,


Selama dua minggu FD pergi KL, malam ni FD baru je sampai rumah kat Kuala Terengganu.
Bertolak pukul 12 tengah hari tadi. Sebab tu takde update apa. Trafik pun tak naik, huhu T__T


Ada 3 surat cinta untuk FD masa FD takde kat rumah. Esok nak kena pi ambik 2 surat cinta kat pejabat pos. Malasnyaaaa! -___-


Yang tengah-tengah tu hadiah dari sis Alycia. Abah spoil lah pi buka hadiah tu. Grrr! Sebab lepas abah hantar pergi KL, abah balik KT sebab ada kerja kat sini. Lepas tu skype dengan abah, tanya ada surat atau apa-apa untuk FD tak? Abah tunjuk, lepas tu siap pi buka lagi. FD dah cakap jangan buka, tapi... Err, haihh. Takpe-takpe. Sabo je lah.

Harini takde apa nak update sangat sebab still sakit belakang. Perjalanan 6 jam tau tak? Dari KL ke KT. Haiyaaa! Manyak letih woo. Hehe.


Ada masa nanti FD update blog lagi k? Bye! ^^


Assalamualaikum,

Rasanya ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang FD ada kat KL sampai esok atau lusa. Disebabkan dah nak balik Terengganu, FD buat keputusan nak keluar dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ni. Besttttt! (Y)


Ma girls! ^^
Naza, Nina, FD, Shasha

Taknak letak gambar banyak-banyak. Tak pasal-pasal ada yang ter"SUKA" dengan kawan FD pula, ehee. Maklum lah, semuanya sudah berpunya :p


Izzy dan K.A (bf Nina)


Plan nak keluar hari Rabu (semalam), tapi salah seorang dari kawan-kawan FD ni ada hal. So kena tunda ke harini. TENGOK WAYANGGGG! Yeay! hehe. Maklum lah, kat KT takde panggung, macam excited lebih la. hahaa xD


Tengok cerita Twiligt Breaking Dawn Part 2. SERIOUSLY THE BEST! (Y)
Rugi kalau tak tengok.
**lagi sekali excited sebab tengok masa 1st day movie ni keluar kat Malaysia, muahahaa xD


Panjang tak tiket wayang ni? Haaa, first time kot tengok wayang ramai-ramai. Kalau tengok kat Jusco, dah lama buat macam tempat sendiri sebab kat Jusco tak ramai orang. But kitorang tengok kat e@Curve, so jaga perangai. Hahaa :D


Lepas tengok wayang, makan makan. Dah makan tu, pergi beli makanan untuk adik-adik yang kat rumah pula. Akak yang baik lah katakan :3



Time ni dari e@Curve nak ke One Utama. Jalan kaki je tau. Takde nak tunggu lama-lama naik bas. Kau boleh? Hahaa *padahal dah malas gila nak jalan kaki. gagah juga.


Sampai OU, jalan kejap terus balik.
Apa pun thanks kawan! Love you :*


Assalamualaikum,

Malam tadi dalam pukul 11 malam, terasa macam nak check akaun Maybank.

Yeayyy! Duit dari SAYS dah masuk! *confident je


Pagi ni dapat advice dari HSBC. Nasib baik confident duit yang masuk tu dari SAYS, hehe.

Baru seminggu lebih cash out, dah dapat duit. Bagus SAYS! Dah makin laju. Suka suka! ^^
Tak percaya dalam seminggu? Cuba tengok ENTRI INI.
Percaya tak? Heee :3


Syukur alhamdulillah :')
Thanks pada korang juga yang selalu klik iklan bila datang ke blog ni ^^
**duit dah masuk, pi tengok Twilight Saga: Breaking Dawn nanti. weeeee~! :D


Assalamualaikum,


Zaman budak-budak dulu cerita seram yang paling best bagi FD, semua cerita Chucky.



Rasa macam nak tengok dari first movie sampai yang last, Seed Of Chucky.
Siapa tau kat mana nak cari cerita ni kat online ek? FD dah try cari, tapi tak jumpa pun :(


CHUCKY HIDUP!!
Kalau FD kat sana pun confirm terkejut and lari laju-laju macam kena kejar dengan anjing. Hahaaa xD


Kalau korang tau nak cari kat mana, tinggalkan link kat ruang komen ek. Seriosuly! Sebab FD memang minat cerita ni dari kecik.


*STICKY POST*
SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK BACA ENTRI BARU

Assalamualaikum,

Farhan Ithnin
Encik Hanzs ni lah yang sudi sponsor domain yang aku pakai sekarang ni selama setahun.


Katanya nak bagi aku lebih bersemangat dalam blogging. Terima kasih Farhan :)
http://fb.me/MrHanzsCheeseCake



Dapatkan segera 7 rahsia turunkan berat badan + eBook 15 tips kuruskan badan !
▼ Download PERCUMA Di Sini ▼
http://cinta.my/RajaDiet



Tak tahu nak berniaga apa? Ini masanya untuk anda buat duit dengan bisnes produk kurus ! Dapatkan 8 teknik jual produk kuruskan badan kepada orang gemuk !
▼ Download PERCUMA Di Sini ▼
http://cinta.my/BisnesProdukKurus


Assalamualaikum,

Adik FD yang berisi tu, hahaa xD

Nampak tak muka dia yang kemain excited dapat 4A's dalam UPSR tu? Haaa, nampak sangat kan?
Mak cakap yang cikgu sekolah tu kata yang sekolah diorang ada peningkatan. Makin ramai budak yang dapat straight A's dalam UPSR. Alhamdulillah :)

Adik FD tu memang belajar betul-betul. Rajin. Tak macam kakak dan abang dia. Hahahaa xD



Assalamualaikum,

sumber: Google


Eh eh, bukan FD punya keputusan ye. Haaa, tapi adik-adik kat luar sana. Berapa ramai agaknya yang dapat 5 A's kan? Adik FD sekarang ni kat sekolah dia, tengah ambil keputusan UPSR dia. Cousin dia pun sama, ambil keputusan UPSR. Seronok ada cousin sebaya ni. Jadi bersemangat sebab nak tengok siapa yang hebat. Hehe.
Ntah apa lah keputusan UPSR diorang berdua. Tunggu diorang balik rumah je la.

##UPDATE: ADIK FD DAPAT 4 A's! ^^ alhamdulillah. kalah FD =='
Cousin dapat 1 A
Cousin kat Penang dapat 5 A's!


FD ada cousin sebaya, tapi tak rapat sebab dia lelaki -___-


Assalamualaikum,

Pagi tadi ada PM dari Nik Fakri. Terkejut sebab dia tanya tentang harga patung Domo-kun. Memang terkejut tau. Macam FD ni pakar pula bab Domo-kun. Maybe sebab FD ni memang gila Domo-kun agaknya.

Lepas tu FD add Nik ni sebab ada benda nak bincang.  
Masa tengah bincang-bincang tu, FD terfikir nak tanya kat Nik. Tengok lah jawapan dia. Nik kata dia search kat google dan taip domo. Ntah macam mana boleh tercampak link page atau blog pun tak tahu lah.


Femes lah kot keyword Domo nanti dalam blog ni **perasan**


Assalamualaikum,



Alhamdulillah, aku menang giveaway lagi bulan ni. Murah rezeki bulan ni. Syukur sangat-sangat :D
Dapat RM10 tuuuuuuu. Yeayy!

If aku ada rezeki lagi, insyaAllah aku buat giveaway lagi atau segmen? ;)



Yeayy, dah dapat hadiah dari Alya Fisol. Suka suka suka! ^^


Assalamualaikum,



Pak Nil dengan Adibah Noor yang jadi pengacara dalam AIM-19. Best! (Y)
Adibah Noor suka sangat sebut hashtag bila nak cakap apa-apa. Lepas tu jadi cikgu Oh My English kejap. Hehe :D
Rugi betul siapa yang tak tengok tadi.

Kat bawah ni keputusan penuh untuk AIM :)

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik 2012

  1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
  2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black) 
  3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique) 
  4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor) 
  5. Artis Baru Terbaik – MOJO 
  6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen) 
  7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna) 
  8. Lagu Pop Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah) 
  9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter) 
  10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band) 
  11. Anugerah Kembara – Mizz Nina 
  12. Anugerah Sri Wirama – Alleycats 
  13. Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara) 
  14. Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu – Jacyln Victor (Counting Days) 
  15. Album Terbaik – SalamMusik 16. Lagu Terbaik – Shila Amzah (Patah Seribu)

Shila Amzah menang Album Terbaik malam tadi. YEAYY! Memang layak menang pun ^^


Assalamualaikum,

Klik gambar untuk lebih jelas :)

Aku bagitau Farhan yang aku dah publish entri untuk dia.
Lepas tu Farhan kata platform untuk aku pergi lebih jauh dah ada. 
Makin bersemangat aku dalam dunia blog ^^
Farhan kata kalau UV mencanak naik, boleh tukar Nuffnang ke Innity. Erk, untuk yang ni aku tak berapa nak yakin sangat sebab UV tak berapa nak stabil buat masa ni. UV selalu 200 ke 300 lebih je. Tak pernah cecah 500 buat masa ni. Sebab tu tak berapa nak yakin sangat :)


Farhan bagi info ^^


Tiba-tiba Farhan kata Alexa dah naik sampai 8m. Terkejut! :O


Farhan ajar nak kena buat apa. Hehe, thank youu ^^


Macam tak percaya je yang rank untuk domain www.fatindiana.com ni dalam Alexa dah dalam 8 juta. Sebab 14 November haritu rank dalam Alexa cuma 12 juta. Banyak gila tuuuuuuu!
Macam tak percaya sebab domain ni baru 5 hari kot. Sekejap je rank dah boleh naik dengan cepat.

But seriously, many thanks for you guys yang sudi datang singgah kat blog ni.
Terima kasih banyak-banyak dan terima kasih juga pada Farhan sebab banyak tolong dalam blogging ni :)


Assalamualaikum,

Semalam pergi One Utama, tujuan nak tengok wayang. Sebab kat Terengganu kan takde panggung wayang. Agak lame -___-

Tengok dengan adik perempuan aku je. Nak ajak kawan, busy and takde bajet. Kesian aku. Haha. 



Sinopsis: mengisahkan tentang seorang penulis novel kriminal bernama Ellison (Ethan Hawke) yang sedang berusaha untuk mencari idea baru untuk novelnya.
Dia dan keluarganya kemudian pindah ke sebuah rumah yang pernah berlakunya peristiwa pembunuhan. Ellison kemudian menemukan sebuah kotak yang berisi beberapa rakaman video keluarga tersebut ketika berlakunya kejadian pembunuhan itu.
Ellison mulai menyelidik misteri dibalik rumah tersebut dan menemui setiap pembunuhan berkait dengan kejadian mesteri Bughuul. Setelah itu Ellison dapati nyawanya dan keluarganya didalam bahaya.

Untuk sinopsis yang lain: 1 | 2 



Budak-budak yang hilang.



Seram weh tengok muka orang tu.


First aku tengok cerita ni, macam biasa-biasa je. Alaa, omputeh memang suka buat movie thriller yang banyak part mengejut. Seram tak banyak, mengejut yang banyak.
Buat pertama kali aku rasa ending cerita omputeh ni macam tak menarik. Tak tahu kenapa. Maybe sebab masa tengah-tengah tu aku dah dapat agak siapa pembunuh tu sebenarnya.

Tapi memang merepek lah kalau ada "pemakan budak". Seram oi! Sape tak takut kan? Memang lah aku bukan budak, tapi still takut.


Untuk korang yang nak tengok cerita ni, aku rasa tak tahu lah nak cadangkan ke tidak. So far aku rasa 3/5 bintang lah. Ngehehee :3


Assalamualaikum,
4 hari lepas terima komen kat ENTRI NI.


Tiba-tiba ada ucapan tahniah pada aku. Terkejut. Tunggu apa lagi? Aku pun terus buka link yang QCEY bagi tu. Tapi sebelum tu pi check senarai dulu. Nak tengok nombor berapa dalam list.





Aku punya nombor 44.
Settle, pi terjah pemenang pula.



YEAYYYYY! Random.org pilih nombor aku. Suka suka sukaa! Makin sayang kat random.org ni tau. Hahaha xD menang header + doodle. Suka gila dengan doodle! Selalu tengok-tengok je doodle orang sebab tak mampu nak tempah. Sekarang ni aku dapat DOODLE FREE! Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat-sangat! And tak lupa juga kepada QCEY sebab anjurkan giveaway ni.


Btw, dah hantar details. Sebab pihak QCEY inform kalau lewat 2 hari, diorang akan buat cabutan lain. Phewww! Nasib baik sempat. Belum 24 jam lagi pun. Ngehehee :D

Dan harini, QCEY dah reply email serta attach file header.

Dah dapat header + doodle. YEAY! Nak tengok tak? Comel! ^^



Bulat je doodle ni, comel! ^^ suka gila!


Terima kasih kat QSEY :)
And maaf kalau menyusahkan sebab minta tukar url kat header, hehe :3


Assalamualaikum,


Siapa ada akaun salah satu daripada 3 kat atas ni? Haa, earning tak naik ke? Slow sangat ke?
Buat masa selama setahun lebih aku jadi blogger ni, aku pernah cash out dari SAYS je. Yang lain tak pernah lagi sebab macam lambat sikit and cash out kena RM100 ke atas. Memang semput lah nak kumpul. Ye dak? Hee :D

Ada blogger minta tips macam mana nak earning naik.
Lepas tu ada blogger yang dah tolong bagi tips.


Tips tingkatkan earning SAYS, Blin.gd, atau Churp2:

  • Share kat laman sosial seperti facebook, twitter atau blog
  • Pandai buat ayat yang menarik supaya ada yang terasa nak klik link tu
  • Promote iklan yang berkenan dengan link yang korang nak share tu


Tu je lah kot yang aku buat selama ni dan ini je lah yang aku mampu share dengan korang ;)
**aku aktif dengan SAYS je. churp2 tu lambat sangat nak naik earning sebab kadang2 tiba2 je iklan tu dah habis tempoh**


Assalamualaikum,

*klik untuk lebih jelas*


Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam :)
esok tahun baru dalam kalendar Islam.


*maaf entri ringkas*


Assalamualaikum,
Semalam dapat email dari SAYS, kata cash out dah complete. YEAY! (padahal duit dah masuk haritu, baru sekarang dapat email)

Dah dapat email, terus tengok kat SAYS pula.


Dah completed! Terus tekan Ok!
Lepas tu cash out lagi. Hehe :D


Dah isi semua details, nak tunggu verify je :D


Tak sampai seminggu, SAYS dah verify cash out. YEAY!

Alhamdulillah, murah rezeki bulan ni. If ada income lagi, insyaAllah aku buat giveaway lagi :')
Eh korang, tolong lah klik. Hihi. Nanti aku share dengan korang dalam giveaway akan datang ;)


Assalamualaikum,


Tengah malam tadi aku ada buat entri TRAFFIC HARI INI, ramai juga blogger yang bagi komen kat entri tu. Terima kasih :)

Dan ada yang minta bagi tips.
Klik gambar kat atas untuk ke blog Zulhilmi Tempoyak.


Erk, nak tips ye? Hihi. Takpe, aku share mana yang aku tahu je. Maklum lah, aku bukan blogger otai. Cuma baru nak berjinak dengan domain. Hehe.


TIPS TINGKATKAN TRAFIK BLOG

  • Rajin update blog (kalau boleh, update hari-hari. kalau takbole, update seminggu 3 atau 4 kali)
  • Rajin blogwaking (balas jejak blogger yang dah singgah kat blog korang)
  • Rajin join segmen / giveaway / contest (bila penganjur dah buat list, korang boleh blogwalking kat peserta lain)
  • Rajin ping entri kat busuk.org atau group kat facebook
  • Rajin komen entri blogger lain #FENDY PUNYA TIPS



Itu je yang aku buat untuk masa sekarang ni. Korang cuba lah tips ni. Mana tau kalau traffic blog korang akan lebih tinggi dari traffic aku, kan? ;) yang penting kena RAJIN! Tu je :)


Terima kasih


Assalamualaikum,

*klik gambar untuk lebih jelas*


Tengah malam macam ni excited pula nak update blog. Lagi-lagi bila dah mula pakai domain. Haa, apa dia? Domain? Yes! Domain. Aku dah start pakai domain, harini, pada 12.11.12. Cantik lah juga tarikh ni, kan? Hihi. Seriously suka sangat-sangat bila dah pakai domain. Ni pun kira rezeki aku juga sebab ada yang sudi sponsor domain untuk aku. Alhamdulillah :')


Siapa yang sponsor? Haaa, tu kena tunggu esok ye ^^
Sebab esok aku akan buat entri khas untuk dia!


Aku bersyukur sangat-sangat sebab aku rasa bulan ni memang aku murah rezeki. Dan aku doakan penganjur giveaway yang aku menang sebelum ni akan bertambah murah rezeki diorang dunia akhirat. Hihi. Tak lupa juga kepada sponsor domain untuk blog aku. Terima kasih banyak-banyak!

Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates