facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum,

6060701691_156b84021d_b_large

FD baru je balik dari uptown Danau Kota. Jalan-jalan cuci mata je lah sebab poket tak kembung, hahaa :D

Masa jalan-jalan tu, time dah nak balik, dengar sorang mamat ni dok panggil-panggil, "awak! awak!". FD buat tak tahu je lah sebab malas nak layan. Bila FD dah jauh sikit dari mamat tu, tiba-tiba dia panggil "mat top! mat top!". Dalam hati FD time tu, "ahhh sudahhh! mamat ni kenal bf aku ke? tiba-tiba panggil nama mat top. budak kem je yang tahu aku dengan mat top". FD fikir banyak kali sebelum nak toleh ke belakang. Tercari-cari juga siapa yang dok panggil. Sekali nampak mamat ni macam kenal je. Cuba ingat, terus tersengih! Siot punya budak. Haha :D
FD jumpa siapa?!


FD jumpa Yin! 
*baru ingat nama dia lepas tengok entri PLKN yang FD pernah publish kat blog ni*


Lepas tu Yin datang kat FD. Dia dok panggil "awak" sebab dia tak ingat nama FD. Bedebah punya kawan! Hahaha xD lepas tu FD cakap kat dia yang sebenarnya FD pun tak ingat nama dia. Sudahnya dua-dua tergelak. FD tanya balik nama dia, tak bape ingat lah.

FD: tak, bukan nama tu! kat kem dulu orang panggil kau nama lain lah
Yin: Skin Head?
FD: haa! yelah tu!

Kat kem dulu diorang panggil dia Skin Head sebab botak. Padahal budak-budak lain pun botak juga. FD baru teringat yang Yin tu memang ada niaga kat uptown Danau Kota. Bahagian dia tu FD jarang lalu. Tadi tiba-tiba rasa macam nak lalu sebab nak tengok-tengok barang. Tak sangka pula boleh jumpa dia kat situ.
**logik ah kan boleh lupa sebab jarang contact, setahun dah kot.

Sebelum FD bla ikut family pi tempat lain, kitorang tukar nombor telefon sebab FD dah tukar nombor, and phone lama tu ntah kemana sekarang ni.


Budak-budak kem yang lain ntah bila lah kita nak terserempak kan? Rindu diorang :'(


Assalamualaikum,

Dalam entri ni FD cuma tolong blogger ni untuk promote atau minta sumbangan ikhlas dari reader. Just read this entry k? 100% copy paste. Dah minta izin dah pun, hehe :D


Mohon Sumbangan Ikhlas / Entri ke-100

Assalamualaikum ?

   Hari ini adalah hari entri ke-100 aku selama aku beberapa bulan aku mula aktif berbloging ini. Di sebabkan nampak macam cantik angka tersebut, jadi aku dengan hati terbukanya ingin membuat satu entri berkenaan dengan sumbangan yang diperlukan oleh anak yatim. Mari kita tengok keadaan rumah di sana. Gambar kredit kepada kak nadia .








   Nampak keadaan disana kan? Jadi aku hanya mampu buat entri sahaja untuk membantu Kak Nadia mencari sumbangan. Kak Nadia dan membernya akan ke sana dan memberikan sumbangan kita kepada mereka. Kepada sesiapa yang sudi menyumbang sila pergi ke blog Kak nadia untuk maklumat lanjut sila . 

KREDIT TO SHASHA


Sampai situ je, part nota kaki dari Shasha tu FD tak copy lah. hehe :D



Assalamualaikum,

Dua hari lepas FD baru je terima duit dari Says. Tak lama lepas tu, Says bagi peluang untuk cash out lagi.

FD tak fikir apa, terus klik butang cash out now! tu tengah hari semalam sebelum gerak pergi KL. So tukar status jadi pending..

Status pending ni tak lama. Sebab pagi ni FD baru je terima email dari Says,

Alhamdulillah, tak sampai 24 jam, dah tukar status ke verified

Yahooo!! :D


Sekarang ni tunggu masa Says transfer duit ke akaun FD je :)


Nota FD: Kalau boleh dapat sebelum sabtu ahad, memang syok ah! Boleh shopping kat KL ^^v esok atau lusa FD lepak KL, ada blogger yang nak jumpa tak? :p


Assalamualaikum,

Baru dua hari lepas tukar status ke verified.

Tiba-tiba tergerak hati nak cek akaun bank. YEAYYYY! Duit Says dah masuk dalam akaun. SUKA GILAAAAA! Tau tau je tengah nak pakai duit sekarang ni (hujung minggu ni turun KL lagi). Thanks Says. Love you guys! <3

Even tak dapat email dari Says, tapi FD yakin yang duit tu dari Says sebab FD tahu lah berapa banyak FD cash out. Takde lah sampai beratus, tapi alhamdulillah, hasil dari korang yang klik iklan tu. Hehe :D
Good job Says! Tak sampai 2 minggu, duit dah masuk ^^v

---------------------------------------------------------

UPDATED!
Dapat payment advice dari HSBC pagi tadi ^^v


Terima kasih kepada Says dan korang yang rajin klik iklan :)


Assalamualaikum,

Ya Allah, rindunya FD dengan diorang semua kat atas ni ;( siapa diorang semua ni? Haa, mesti korang tertanya, kan? Yang selalu singgah blog FD dulu, mesti tau. Untuk yang tak tahu tu, sebenarnya FD pernah terpilih ke PLKN.

Haa, tiba-tiba FD rindu kat kem dengan kawan-kawan kem sebab RUPA-RUPANYA ADA BLOGGER NI SATU KEM DENGAN FD!!!! Tapi lain batch lah. Heee :3
FD baca entri blogger tu kat SINI

My best buddy masa kat kem.
Mula-mula masuk kem, kemain sombong masing-masing. Masuk sebulan sikit, baru start rapat. Otak gila-gila, tu yang best. Wehhhh, rindu nak tidur sekatil dengan Myra, dengan Wan. Rindu nak tidur kat lantai dengan korang semua. Huwaaaaaa! :'(

Bila tengok kek ni, teringat Ayah Kudus suapkan FD. Masa tu jamuan untuk kompeni Bravo. Dah hujung-hujung tu rasa sebak pula nak tinggalkan kem.

1 je lah FD nak pesan kat adik-adik yang benci PLKN. Jangan benci PLKN, sebab korang akan sayang nak tinggalkan kawan-kawan dan JL kat sana :')
Yang tak dapat PLKN tu, seriously korang rugi gilaaa! Tapi korang boleh mohon tau ^^ cuma kos semua korang tanggung sendiri lah :p


Kalau nak tahu kisah FD masa kat PLKN dulu-dulu, terjah :
PLKN?!(masa ni tak suka bila dapat PLKN) // PART 1 // PART 2 // PART 3 // PART 4 // PART 5
Wahh, dah macam drama pula siap ada part, nasib baik bukan tulis episod. Hehe :D


Sedar tak sedar, dah setahun lebih kita berpisah, kan kawan? FD rindu semuanya! :'(


Assalamualaikum,

**klik untuk lebih jelas**

Minggu ni cuma 2 blog je dalam referrer.

http://rightnot.blogspot.com
http://st0ryab0utprincess.blogspot.com


Korang bila lagi? :D


Assalamualaikum,

FD baru je dapat parcel dari Tune Talk tadi, YEAY!


Nampak tuu? Nampak? Hehe :D bukti tauuu!

Eh eh, bukan dapat sim card percuma je. Dalam parcel siap ada surat cinta dari Tune Talk.  Kau hado? Hahahaaa xD


Korang nak sim card percuma juga?
Klik http://bit.ly/SimCardPERCUMA, lepas tu ada makhluk warna merah yang tengah nganga mulut luas-luas, terus klik kat makhluk merah tu. Kemudian isi details kat form yang ada tu, SIAP! Eh eh, boleh pilih nombor tau! :D


Assalamualaikum,

4 hari lepas FD update blog ciput je. Cuma update entri review sponsor, trafiik minggu ke 4 dan join contest dari Akma. Lepas tu tak update apa dah dari tengah hari sampai lah ke malam. Sebabnya FD keluar pergi Kelantan, shopping dengan family kat sana. Kemain jauh lagi kan pi shopping? Sebab kat KT ni takde mall besar-besar lah =='

Sampai kat KB Mall, jenjalan beli baju sekolah segala lah. Dah alang-alang kat sana, FD terus cari kedai buku yang ada kat sana. Nampak kedai Popular, terus masuk! Tak ajak adik-adik pula tu, lupakan. Hahaa xD

FD terus cari komik yang punya lah tebal! Komik apa? Ni haaa!
|
|
|
|
|
|
V
UNDER 18 NO FEAR : KOMPILASI JITU

Dapat juga beli wehhhh! Memang lah dah lama buku ni keluar, tapi baru sekarang FD dapat beli tau. Memang tebal sangat lah buku tu, mengalahkan novel!

Mula-mula FD tengok karya Zint ni macam "err, macam ni lukisan dia? lagi suka karya Ben. comel-comel je". Lepas tu tiba-tiba tergerak hati nak baca sikit. Memang bodoh-bodoh punya gengster lah komik ni. Nak tergelak je baca. Masa tu pula tengah kopak, tak mampu nak beli. Akhirnya dapat juga beli haritu masa kat KB Mall.

RM35.90 weh komik ni. Mahal tahu? Tapi tak tahu lah tengah ada offer ke hape kat Popular masa tu, FD cuma beli dengan harga RM30. Okay lah tu kan? Hehe. Dua hari lepas FD dah habis baca komik ni. BEST GILAAAAAAAAAAAAAAAAA! :D
**harga mengalahkan novel cinta yg tebal tu -___-**

Rasanya ada banyak lagi komik Under 18 No Fear ni kan? Lepas yang ke empat tu, komik apa pulak ek? Kalau korang tahu, bagitau lah kat FD ye ^^v

Adik FD tanya, "dah habis baca tu nak jual balik ke?". Hm, kalau FD nak jual balik, ada ke yang nak beli? :/

Assalamualaikum,

"Kisah Hati Sue Pelik"
Sue sponsor:
Topup RM5 + Review blog + bloglist kekal x 1 pemenang

Blogger yang sudi sponsor untuk giveaway :)

Nama sebenar blogger ni Nursuriani Othman dan orang panggil Sue. Mula berblogging ni sejak 2010 rasanya sebab FD tengok blog archive Sue :3 hm FD tak tahu sangat pasal Sue sebab Sue takde bagi information kat blog. Btw, header dia cun ^^v


http://nurputribatrisyasuri.blogspot.com/


Assalamualaikum,


Baru je dapat parcel. Pelik juga tiba-tiba ada Pos Laju datang rumah.
Lepas tengok nama pengirim, baru teringat ada tukar baju kat FF. Hehe :D



I love this shirt sooooooooooooooooo much! Thanks Salwa! ^^

Kenal Salwa? Hehe :D Salwa ni blogger. FD baru perasan yang kita tukar baju. Hehe :D
And thanks ye Salwa untuk gift tu, heee :D
Sebenarnya FD rambang mata tengok baju-baju Salwa tau. Rasa macam nak swap / beli semua, hahaa. Tapi duit tak berapa nak ada lagi, huhu. Takpe, kumpul duit :3


Blog Salwa - http://salwaismail.blogspot.com/
Akaun FF Salwa - http://www.friendlyfashion.my/members/12582-heysalwa


Assalamualaikum,

*klik untuk lebih jelas*

Takde referral dari link entri giveaway, jadi FD ambik referral dari link blog je. Yelah, mana tahu kot orang klik kat banner yang korang letak sidebar, kan? ;)

Top referral minggu ke dua:
storyaboutprincess - 28
rightnot - 25


p/s: fendy tak join GA dari FD pun, tapi ada juga referral link. sebab fendy letak FD kat bloglist pilihan minggu lepas, ngehehe :3


Assalamualaikum,

Pagi tadi FD pergi pejabat pos, nak pos barang-barang customer and again, swap baju kat FF ^^v
Dah siap packing, dengan cuaca panasnya. Motor pula buat hal takbole nak start. Panas gila dah time tu. Abah kata sebab dah lama tak guna motor, pasal tu susah nak start. Grrr! Nak meragam pula motor tu tau! So tunggu je lah abah buat. Lepas kasi panas enjin dulu. Lambat juga gerak sebab benda dah siap pukul 10 pagi.

Dah pergi pejabat pos, tulis-tulis apa yang perlu, siap. Time kat kaunter tu yang lama sebab 3 barang nak pos and nak tukarkan wang pos dari customer. Terlupa pula nak bawa IC. Satu satu hal harini.


Dah settle semua, hujan lebat. HAMBEK KAU! Memang lebat gila ah hujan tadi. FD redah je lah dengan tak pakai helmetnya. Adoii! Susah oi. Nyesal tak bawa helmet tadi. 

Tengok lah sampai slip pos laju pun lencun. FD sayang customer FD tau, hehe :D

Sampai rumah, call adik FD ajak mandi hujan sama dah alang-alang FD dah basah lencun kan. Abah pula dan dan je suruh pergi rumah jiran sebelah, tolong angkatkan ampai baju yang dah jatuh ke tepi tu. Mentang-mentang lah FD dah basah, suruh buat itu ini pula.


Seronok juga mandi hujan tadi sebab dah lama gila tak mandi hujan. Hehe :3


Assalamualaikum,


FD tengah tunggu, nak tengok siapa follower ke 2ribu dalam blog ni. Akhirnya pukul 1.20 pagi dah ada follower yang ke 2ribu tu. Hehe :D

Nasib baik Cik Jari Manis ni ada tinggalkan jejak, so dapat lah FD singgah blog dia pula.
Kenapa FD cakap macam tu? Sebab bila FD klik kat follower tu, FD tak jumpa link blog dia. Haa, so pergi tengok setting dan godek-godek sikit ye Cik Jari Manis :)

Cik Jari Manis
http://cik-jarimanis.blogspot.com/
Blog CJM sangat simple! (suka-suka je nak bagi shortform nama orang, hehe). Seriously header pun comel. Suka suka! ^^v
Hm CJM takde tulis apa-apa kat info, so FD tak tahu siapa nama dia, umur berapa dan tinggal dimana. Yang FD tahu CJM ni suka felt craft dan dia ada bagi some freebies untuk blogger.

Pesanan untuk CJM;
Dear Cik Jari Manis, please buang word verification kat ruang koment tu ye :)

Baru je masuk blog CJM, dah complain suruh buang itu ini, Hehe, maaf ye. Untuk blogger lain senang nak komen entri tu juga :)


Dan terima kasih CJM sebab sudi singgah blog FD ni :)
Korang pun terjah lah blog CJM ye ^^


Assalamualaikum,

Cucu berani mati

TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.

PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira  yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.
Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.
Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.

SUMBER


Padan muka kat penyamun tu. Tu lah, nak rompak pun tak payah lah nak sakitkan orang lain. Kan dah kena kejar dengan cucu nenek tu. Hamek kau! Jangan fikir semua perempuan lemah tau. Sekali dah hangin, tak hidup lama lah kau rasanya. Hahahaa xD

Terbaik lah Shahira tu! ^^v


Assalamualaikum,

Tumblr_m873hfjusp1rc36kho1_500_large

Sebelum ni FD ada post Mood nak blogwalking terbantut dalam part 1. Ramai yang bagi komen dan kebanyakan komen tentang blog yang diorang tak suka juga. Kan sini FD nak bagitau apa yang blogger lain dan FD sendiri tak suka.

Nampak tak contoh kat atas tu? Haa, itu lah FD dan blogger lain tak suka bila nak komen entri blogger yang ada buat word verification ni. Tengok lah dalam kotak tu.
"Please prove you're not a robot"
What the? Memang tak best bila nak komen dan kena buktikan yang blogger ni bukan robot.

So blogger baru atau blogger lama, please pergi ke
Settings > Post and comments > Word Verification > NO


Sekarang baru lah blogger lain senang nak komen. Takde lah leceh nak letak perkataan dalam kotak tu. Betul kan?


Assalamualaikum,

Tadi buka Says.

Dah boleh cash out, YEAY!

FD terus klik cash out now! and sekarang dah jadi status pending.

Dapat email Says. Orang yang sama lagi uruskan FD punya cash out. Hehe :D

Duit ni FD share dengan blogger juga, macam yang FD tengah buat GA tu. Haaa, untuk korang lah tu. Hehe :D and thanks untuk yang klik iklan dalam blog ni.

Sekarang ni tunggu tukar status jadi verified je. Tak sabar! ^^


Assalamualaikum,

**klik gambar untuk lebih jelas**

Minggu depan (9 Disember 2012 - 2 petang) FD update untuk second week pula. Tu pun kalau ada link blog. Sebab kebanyakan link datang dari gilaping.com :)
Yang lain pun promote lah habis-habisan ye :D


Try your best untuk dapatkan top referral k? ;)


Assalamualaikum,

Tumblr_md379khbqp1rqn91to1_500_large

Malam tadi FD dapat email dari pihak Google. Baca email tu, FD terkejut gilaaaaaaaaaa!

FD ada printscreen, korang baca lah.
Dari Puchong tu. Ntah siapa lah yang jahat sangat nak hack akaun FD ni kan. Grr! JAHAT! :/


To HACKER,
apa yang awak tak puas hati dengan FD? kenapa nak hack akaun FD? FD baru je nak manja-manja dengan blog yang baru pakai domain 2 minggu lebih ni tau. jangan lah jahat sangat nak hack akaun FD ye? FD tak suka orang yang hobi dia hack akaun orang. BENCI TAHU?


Tak pasal-pasal kena tukar password. Dah lah FD ni jenis yang susah nak ingat bab password-password ni. Banyak pula password yang kena ingat lepas ni. SEMUANYA DISEBABKAN HACKER TU!

Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates