Kebaikan & keburukan kopi

by - February 07, 2013


Assalamualaikum,

Harini FD nak share dengan korang kebaikan dan keburukan minum kopi. Eh fikir ada kebaikan je ke? Keburukan pun ada tau. Memang lah minum kopi ni boleh buat kita hilang rasa ngantok *orang kata, bukan FD kata ye*

556039_486850091377533_1425191121_n_large

Kat sini FD nak share dengan korang kelebihan kopi berdasarkan kesimpulan dari Harvard Women 's Health.

  • Kemampuan kognitif. Tiga cawan kopi dalam sehari boleh menghalang penurunan fungsi kognitif otak pada wanita akibat penuaan. Hasil kajian menunjukkan angka yang cukup signifikan hingga 33% ketika diuji kepada 4.197 wanita di Perancis. Uniknya, hal ini tidak berlaku pada Lelaki, yang kala itu diujikan kepada 2.820 lelaki, juga di Perancis, mungkin kerana wanita cenderung lebih peka terhadap kafein.
  • Penyakit jantung dan stroke. Kajian atas 83.000 wanita di atas 24 tahun menunjukkan bahawa mereka yang mengambil kopi 2-3 cawan kopi dalam sehari mempunyai risiko stroke 19% lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi sama sekali. Ketika kajian dilakukan di Finland, hasilnya pun konsisten.
  • Penyakit diabetes. Para penyelidik mengesyaki bahawa asid klorogenik yang terkandung dalam kopi, mempunyai peranan penting dalam melambatkan penyerapan gula dalam pencernaan. Asid klorogenik juga merangsang pembentukan GLP-1 yang merupakan bahan kimia yang meningkatkan insulin. Sebanyak 20 kajian yang dilakukan di pelbagai penjuru dunia menunjukkan bahawa risiko penyakit diabetes jenis 2 boleh dikurangkan hingga 50% dengan mengambil kopi. Selain itu, trigonelin (pro vitamin B3) juga dipercayai membantu melambatkan proses diserapnya glukosa oleh badan.
  • Penyakit Parkinson. Mereka yang tergolong peminum kopi mempunyai kecenderungan terkena penyakit Parkinson 50% lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.
  • Kanser. Penyelidikan secara konsisten juga menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena kanser hati, kanser payudara dan kanser usus besar.
  • Pengerasan hati atau sirosis. Kopi melindungi hati dari sirosis, terutama yang diakibatkan oleh ketagihan alcohol.


Boleh elak dari dapat penyakit? Biar betul, kan?


Tumblr_mhnnmxhf2t1qhnnz0o1_500_large
Tak mampu oi nak minum kopi Starbuck T__T

Ini pula keburukan minum kopi:

  • Kafein yang merupakan kandungan utama kopi, boleh membuatkan seseorang tu  menjadi ketagih. Selain itu, kafein juga mempengaruhi sistem kardiovaskular tubuh seperti peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah.

**kesan buruk di atas hanya muncul apabila kopi diambil secara berlebihan**



FD tak suka minum kopi. Dulu rajin minum Nescafe, tapi sekarang tak. Minum Milo atau Oligo Coco je. Eh, Nescafe pun ada kafein kan? :D

You May Also Like

8 comments

  1. kza pun xsuka kopi! tpi en.asben suka ngeeee!

    ReplyDelete
  2. ramai yg minum kopi x boleh nk benti sbb rasa dia sdp mcm ketagih.hoho..*org kata. ina mmg anti-kopi. ina x pnh ckit pun minum kopi..

    ReplyDelete
  3. @zaza nizam; eh sama lah kita ye ^^ en. asben akak tu minum sebab nak tahan mata dari ngantok time buat keje kot :D

    ReplyDelete
  4. @ina; sama lah kita :D pernah try, tak sedap!

    ReplyDelete
  5. wawa x minat minum kopi...tapi, wawa minat minum minuman berkafein macam nescafe...sbb dulu, masa study stpm, slalu jer ngantuk. . so, lama2 dah jadi ketagih pulak... wawa ingat minum kopi just beri kbaikan jer...ghupe2nya ada jgak kbrukannya erk! heheh
    thanks 4 that information dear!!

    ReplyDelete
  6. dengar sini ea ...ko orang yg x minum kopi stanby la kene penyakit yg FD tulis tu.....Lu pikir la sendiri...Jangan marah aah...

    ReplyDelete
  7. Kalau boleh saya pun nak elakkan minum kopi ni. Tapi kalau time study memang kena minum kopi sebabb kalau tak tersengguk baca buku. Plus, bila minum kopi ni senang nak fokus. Ilmu mudah masuk.

    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    ReplyDelete