The Wedding Breaker Full Episode

Author : Fatin Diana Label :

Assalamualaikum,


Sinopsis novel The Wedding Breaker:
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


Buat masa ni, novel ini best sangat pada FD. Sebabnya awal cerita lagi dah buat gempak habis. Cara diorang bercinta tu, lain sangat! Tak sama macam novel lain. Kalau novel lain tu kahwin pilihan family, mula-mula benci lepas tu baru sayang. Atau zaman dulu-dulu suka, tapi yang laki tak suka perempuan ni, bila dah besar baru terhegeh-hegeh nak kejar sudahnya dapat kat laki lain. Atau lagi satu cerita, bila hodoh taknak, bila dah cantik baru suka kat perempuan. Bukan, novel ni cerita dia bukan macam tu. Novel ni cerita dia lain daripada yang lain pada FD.
Diorang banyak hadapi liku hidup. Terutama sekali Ariana. Kesian kat Ariana. Banyak musibah yang dia hadapi, tapi dia tetap tabah. Dia usaha untuk hadapi semuanya lepas apa yang berlaku.
Lagi satu yang FD suka, sebab novel ni takde cerita macam antara orang kaya dengan orang miskin. Alaa, macam orang kampung bercinta dengan orang bandar. Kira macam diorang ni sama taraf lah. Tapi pada mulanya Adam fikir Ariana tu orang biasa-biasa je. Padahal Ariana tu pernah belajar kat England.
Dalam novel ni banyak bahasa omputih. Boleh lah FD belajar sikit-sikit :p dan banyak hadis. Haa, sebab tu FD suka dengan novel ni. Banyak hadis yang berguna untuk diri kita sendiri.

Mula-mula FD fikir nak beli novel ni sebab cover depan dia cantik. Elegant gituu, hehe :D
Korang yang belum baca tu, baik korang baca cepat. Hehe ^^



Slot Akasia, TV3
Keith Foo (Tengku Adam Kamil) , Nur Fathia (Ariana Rose)
Isnin - Khamis, 7 malam

Tonton Ariana Rose Full Episod Online

15 comments:

bazilah abu hassan said...

wahhhhh. baru habis baca novel ni semalam. seronok dan kelakar. not bad~

Aina Areen said...

wahh, macam best ja. aina nak cari satu laa ;D haha

Sue-Rya Qistina said...

nampak mcm best je.
tajuk dan cover pun dah nampak best.
nak carilah nnt :)

rodiyatul akmar said...

best novel ni . :D dah baca pun tapi tak habes lagi laa hehe

Sally Yatiey said...

Macam best! ^_^
Tak jumpa pulak novel ni masa beli novel haritu ;)

nor anita said...

eh, Nita dah baca sikit dekat online punyer reading. Memang best! Dup dap dup dap baca.. haha! Nanti nak belilah. Tengs engatkan balik :D

Princess Syazliyana said...

mesti beli niiiiiii :D hehe but saya pernah bacaa kt penulisanu.my ke apa ntah laman web dia tjuk n jalan citer sama hihik

Dianaa said...

@Princess Syazliyana; memang ada online punya tapi separuh cerita je. sebab tu FD beli novel ni baca sampai habis :D

Dianaa said...

@Princess Syazliyana; memang ada online punya tapi separuh cerita je. sebab tu FD beli novel ni baca sampai habis :D

a i m z said...

best..tp baru baca 2,3 bab rasanya..haha

aiin baharom said...

memang best....1st time bace terus nak bace habis hu3

Aisha Fauzi said...

Ahhhhh nak nak nak ! Nak dapatkan jugak T_T

Narumi Aihara said...

novel ni mmg best..UNIQUE!

Cikk Mira said...

dah baca dah . memang best >.<

luahan hati said...

Xsabar nk p beli novel ni