Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! FULL EPISOD

Author : Fatin Diana Label :

Assalamualaikum,


Sinopsis SSiD:
Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.
Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.
Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.
Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.
Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

Barisan pelakon drama SSID:
Tiz Zaqyah - Syafa Aqila
Izzue Islam - Firash Arshad
Fezrul Khan - Farish
Uqasha Senrose - Rania
Qi Razali - Hakimy

Drama yang diadaptasi dari novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia ditayangkn di TV3 pada setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam.


Sebenarnya Saya Isteri Dia! Full Episode
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6    Episod 7
Episod 8    Episod 9     Episod 10  Episod 11  Episod 12  Episod 13


Pengumuman!
FD nak jual novel secondhand.
Boleh refer entri :
http://www.fatindiana.com/2013/01/novel-secondhand-untuk-dijual.html

Kalau berminat, boleh contact di
Facebook / Fanpage
WhatsApp: 0142771924

29 comments:

Princess Syazliyana said...

nggak sabar mau nengok :3 hihi agak2 setanding setia hujung nyawa tak? muehehe

HeNRieTTa JoSe said...

Ooo.....pernah tgk novel nie...dan jln citer dia pown mcm pernah baca....

Dianaa said...

@Princess Syazliyana; hehe kita tunggu je :D

Ƞurul Ƨyafiqah said...

sememang-memangnya sedang menantikan drama adaptasi ni ! SSID memang best :D

Dianaa said...

@HeNRieTTa JoSe; FD tak pena baca lagi

Dianaa said...

@Ƞurul Ƨyafiqah; hehe tak sabar nak tengok :D

Nurin Aqilah said...

harapnya bestlah dramanya sebab novelnya pun best !

Dianaa said...

@Nurin Aqilah; yeke? hehe tak sabar pula nak tengok :D

need said...

waahhh!! mesti tgk ni...novelnya best...

Dianaa said...

@need; hehe tengok jangan tak tengok :D

Ayie Abas said...

salam fatin :)

cantik laa poster dia..:)

Dianaa said...

@Ayie Abas; salam. hehe kan kan? :D

Sally Yatiey said...

Harus tengok setiap episod ;D hee

Dianaa said...

@Sally Yatiey; hehe semestinya :D

Mazelina Zaini said...

yeayyy ! ade episod 1 :) ninaa terlepas episod 1 pulak tu , huhu thanks fd :)

Dianaa said...

@Mazelina Zaini; hehe FD pun terlepas haritu. you're welcome :)

Mazelina Zaini said...

fd , karlos punya ade tak ? hehe

Cik JariManis said...

suka sgt drama nih! tpi malangnya, setiap hri jumaat..bru dpt tgok...huumm

Dianaa said...

@Mazelina Zaini; karlos? tak layan lah, hehe :3

Dianaa said...

@Cik JariManis; tu lah pasal. lama nak tunggu Jumaat tu. hee

ruli ruliah said...

hi Diana....episode 3 lum ade ekh...tk sbr sis nk tgok..;)

Dianaa said...

@ruli ruliah; belum lagi sis. sorry. dah keluar nanti FD update

Haruno Hana 하나 said...

tak tengok2 lagi SSID ni.. mood tak datang lagi.. :)

Fiqa Nsz said...

dia sampai episode 13 je? wah lepas ni boleh tgk dulu la kat sini. hehe
btw, tahniah :)
http://fiqansz.blogspot.com/2013/06/pengomen-tegar-mei-2013.html

S.K.A said...

ramai betol ye peminat cerita ni :)

Nabilaa Izzati ✔ said...

cerita ni best (y)

franciscabernard said...

Jgn banding...sbb semua pelakon ada standard tersendiri.

kabir tsg said...

cmne nk download erk??

Aisha Fauzi said...

Hot giler citer ni masa tayang kat tv dulu :D