facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Assalamualaikum

Selalu asyik layan drama yang biasa biasa je. Kawan 'makan' suami kawan, kawan rampas suami kawan, macam macam lah. Asyik watak perempuan je jahat kan? Tapi drama yang tengah main kat TV sekarang ni lagi lah JAHAT GILA punya level sebab main dengan ilmu hitam. Episod awal macam slow sikit jalan cerita dia. Tapi makin lama makin syok dan gerun cuma gerun tu tak sampai sangat sebab dengar dengar pihak tv banyak 'cut' scene yang takbole ditayangkan di TV. Kalau nak tengok full tanpa 'cut', boleh layan kat iQiyi.

Sinopsis
Mengisahkan Laila (Sharifah Sakinah) yang mencintai Ezlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Ezlan mencintai Raihani (Nadia Brian) dan tekad memilih Raihaini sebagai isteri dan bukannya Laila. Kerana rasa dirinya ditolak dan tidak dihargai langsung, dia meninggalkan kampung halaman dan berjanji akan kembali sebagai Laila yang 'baru'. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Ezlan bahagia dan saling menyayangi. Raihani dan Ezlan telah berkahwin dan bahagia selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak, Rais dan Ain. Akan tetapi kemunculan Laila yang sudah lama menghilang sudah pulang ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila yang sekarang lebih cantik dan kaya raya telah membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Dia bertekad untuk memenangi kembali Ezlan dengan bantuan ilmu hitam.
Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Ezlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Judul : Aku Yang Kau Gelar Isteri
Episod : 15
Tarikh Tayangan : 17 Februari 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production
Barisan Pelakon : Adi Putra (Ezlan), Sharifah Sakinah (Laila), Nadia Brian (Raihani), Atiq Azman (Pian), Lana Nodin (Embun), Baby Azreen (Maryam), Zaki Azeman (Naim), Ummar Dzariff (Rais), Laura Olivia (Ain), Aznah Hamid (Mak Lang), Rosli Rahman Adam (Pak Salleh), Kuza (Mak Su), Jasper Supayah (Rose), Puteri Ateeqah Ayu (Maisarah), Zahir Deck (Amin), Ferth Jasni (Fakhri), Razali Abdul Ghani (Abang Darus), Zaleha Abdul Kadir (Mak Wan), Syarafi Sudarmaji (Zairi), Ariff Amran (Hadi)


Aku Yang Kau Gelar Isteri Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4     Episod 5     Episod 6
Episod 7    Episod 8     Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13  Episod 14   Episod 15

Sambungan dari Nur siri 1
Nur 2

SINOPSIS NUR 2
Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?


JUDUL : NUR 2
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli (Nur), Syafiq Kyle (Adam), Azar Azmi (Juita), Datuk Jalaludin Hassan (Haji Mukhsin), Fatimah Abu Bakar (Hajah Mulsamah), Azhan Rani (Syed Hamadi), Noorkhiriah (Aishah), Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali (Suraya), Noryati Taib (Nekma), Hasrulnizam Osman (Ustz Yassin), Uchee Fukada, Munaa Bella, Elmy Moin, Jijie Zainal, Riena Diana, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaidi Omar, Kuna Muzani, Iman Zulkarnain


Pujaan Hati Kanda Full Episode

Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6

Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12

Episod 13   Episod 14   Episod 15


Assalamualaikum

Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau drama ni kisah tentang apa? Jom tengok online kalau dah terlepas first episod.

Nur tv3

Nur (2018) ialah sebuah drama televisyen yang bersifat Islamik dan sarat dengan pengajaran. Drama ini menfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan 'pendosa' dan juga golongan 'beriman' daripada perspektif masyarakat sekeliling.


Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia.

Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid.

Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT.

Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?


JUDUL : NUR
JUMLAH EPISOD : 19 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle (Adam), Amyra Rosli (Nur), Riena Diana (Dr Qhadeeja), Datuk Jalaludin Hassan (Datuk Ayah Haji Mukhsin), Fatimah Abu Bakar (Datin Ibu Hajah Musalmah), Noorkhiriah (Aishah), Azhan Rani (Ustaz Syed Hamadi), Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Jijie Zainal


Nur Full Episod

Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6

Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12

Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18

Episod 19

Sambungan Nur 2
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    5 weeks ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    1 month ago
  • mimbar kata
    teruji warna
    3 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    4 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    7 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates