facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Assalamualaikum! annyeonghaseyo~

Haa kauu. Kemain nak annyeong bagai. Mentang mentang lah nak update pasal makanan Korea. FD memang suka makanan Korea tapi takde lah semua jenis makanan. Sesetengah je tapi tu lah, makan benda sama je. Jenis takut nak cuba benda baru. Risau tak kena dengan tekak, ha dah membazir pulak.

Masa kat Terengganu pun memang makan tapi jenis home-made punya. Tak try yang kedai sebab agak mahal dan takut pedas. Kalau home-made ni boleh request pape yang kite nak dan taknak.

Kimbab Bulgogi mix Crabstick.
Biasa order kimbab Bulgogi je sebab sedap gila k daging dia. Tak liat. Senang je nak makan. Ianya didatangkan dengan kimchi. Orang kata kimchi ni sayur jeruk kalau tak silap lah. Kalau salah, maaf ye peminat makanan Korea. Mula mula tu takut jugak nak try makan sebab tekak ni tak pernah makan apa apa jenis jeruk tak kisah lah sayur ke buah buahan ke.
Tapi kimchi dari Majira Kfood ni memang sedap lah bila makan sekali dengan kimbab. Memang ngam rasa dia bila kita combine kan sekali.

Kalau kat Terengganu dia buat kimbab sosej kalau tak silap. Memang dalam dia ada telur, lobak merah dan salad. Banyak lagi menu Fatin (seller Kfood Kuala Terengganu) buat. Terpaling favourite FD dia punya Chicken Cheese Buldak. Ya Allah, sumpah sedap gila oii. Gambar takde lah sebab order haritu masa Fayyra kena warded kat hospital.

Uju Sandwich Bulgogi Cheese
Yang ni sandwich daging dan cheese. Ada 2 pilihan roti. FD pilih roti tebal. Taknak roti slice biasa tu takut takde rasa umph, gituuu 😂

Majira Korean Food (Lembah Klang): +60 13-636 1960

Fatin - Korean Food Kuala Terengganu: +60 13-434 4746

Jangan gatal orang area Terengganu kalau korang tu duduk KL. Cubit kang! Tajuk blog memang untuk Lembah Klang tapi saje selit sekali untuk area Kuala Terengganu kot ada orang ganu baca blog kite.

Assalamualaikum

Buntu weh taktau nak masak menu apa, walaupun benda sama jugak kite akan makan waktu pagi Raya. Tapi tu lah, kalau dulu dulu pagi Raya kite kat kampung. Kumpul ramai ramai masak sama sama. Sekarang ni kena PKP 3.0 pulak, sayu hati nak rentas daerah pun takboleh apatah lagi rentas negeri. Mood pun kelaut jadinya.

Jadi nak rawat hati yang duka lara ni, saje lah nak usha usha apa yang boleh dimasak dengan adanya Masak Masak Raya Bundle yang FD beli haritu kat aplikasi F&N Life. Mana tau ada benda baru yang boleh dicuba masa Hari Raya nanti.

Install F&N Life for android
HERE

Bukak je aplikasi F&N Life, terus pegi kat Inspiration.

Pelbagai variasi menu dan disertakan sekali resepi tau. Bukan setakat makanan je. resepi untuk minuman dan pencuci mulut pun ada tau. Selain tu, ada filter untuk pilih kite nak masak guna bahan apa macam ayam/daging, atau seafood. Atau pun pilih nak masak style Western, Indian, macam macam lah ada kat situ, tinggal kite nak pilih je.

Mee Goreng Kari Seafood

Biasa duk makan mee kari yang berkuah je. Tak pun makan mee goreng biasa je. Tak pernah lagi FD tengok mee goreng kari seafood, jadi tertarik pulak nak cuba. Tapi kalau nak tukar bahan seafood kepada ayam atau daging pun okay je. Ikut selera masing masing lah kan.

Bahan bahan:
1/3 hidangan serbuk kari ikan
3 sudu besar Minyak masak
100ml Air
4 sudu besar Susu Isian Sejat F&N
400g Mee kuning
1 sudu besar Bawang goreng
1 sudu besar Daun ketumbar, dicincang
4 biji Limau kasturi

4 ulas Bawang putih, dicincang
2 biji Bawang kecil, dihiris
1 biji Cili merah,dihiris
 Makanan Laut / optional tukar kepada ayam atau daging
2 ekor Sotong, potong keping
8 ekor Udang, buang kulit
12 biji Kerang

Cara-caranya:
1. Keluarkan tulang dari ikan dan pecahkan ikan menjadi kepingan yang lebih kecil. Ketepikan
2. Tumiskan bawang putih, cili merah, dan bawang merah sehingga wangi dengan minyak masak. Masukkan semua makanan laut, tumis sehingga masak.
3. Masukkan serbuk kari ikan, ikan, air, dan Susu Isian Sejat F&N. Biarkan mendidih selama 3-5 minit. Masukkan mee kuning, tumis sehingga mee kuning dan kari sebati.
4. Bahagikan mee kepada 4 hidangan, hidangkan limau kasturi dengan setiap mee kari.


Nampak mudah, kan? Jom kite cuba sama2! Banyak lagi pilihan menu yang ada. Pilih je mana yang berkenan dihati. PKP? Takde hal, order je bahan kat aplikasi kalau takcukup, inshaAllah ada.


Website: https://fnlife.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/FNlife.my/

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah nak makin hampir dengan Ramadhan. Bestnya rasa! Bila sebut je bulan Ramadhan, mesti banyak juadah yang sedap sedap kite jadi teringin nak makan. Dapat pulak berkumpul dengan family atau kawan kawan, lagi la meriah suasana.

Bila sebut pasal berkumpul dengan family atau kawan kawan, mesti kite nak jugak planning berbuka kat luar sekali sekala, kan? Buat reunion pun syok jugak. Jom FD kongi dengan korang port best untuk berbuka puasa kat Kuala Lumpur.

Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ada buat pakej buffet pada bulan Ramadhan tau. Hotel ni terletak di Jalan Raja Laut, Chow Kit. Betul betul di tengah bandar Kuala Lumpur. Ada banyak kemudahan yang ada berdekatan dengan hotel. Dari luar nampak kecik je Koptown EDC Hotel ni tapi sebenarnya besar tau sebab ada 3 blok. Blok A, B dan C. Bayangkan lah bangunan ni ada lebih kurang 242 bilik, 140 ruang parking, surau lelaki dan perempuan, gym, dan kafe.

Okay, berbalik pada pakej buffet Ramadhan tadi. Ianya terletak di Sudirman Cafe. Banyak memori dan nostalgia allahyarham Sudirman di kafe ni. Btw yang bestnya, kafe ni akan jadi special untuk kite sahaja sebab kena booking dulu minima 20 orang dan maksimum 150 orang. Takde walkin ye kalau nak berbuka kat sini. Semuanya kena booking awal awal.

Haa seronok bila dapat berjumpa dengan kawan kawan blogger masa ni.

Kalau tak silap, kafe ni tak bukak setiap hari untuk booking tau. Apa apa boleh direct tanya dengan nombor yang FD sediakan dihujung entri.

Lauk pauk yang disedikan oleh pihak hotel di Sudirman Cafe

Ayam Masak Merah

Daging Salai Masak Lemak



Ruang pencuci mulut

Ais Batu Campur layan diri

Ini pula harga untuk buffet Sinar Ramadhan. Sangat berbaloi harga dengan makanan yang ada. Pastikan betul betul lapar kalau nak berbuka kat sana 😋 lagipun kafe dibuka dari jam 6 petang hingga 10 malam. Padan lah duduk kat kafe 4 jam. Makan sampai tak larat nak bangun 😂
Surau pula di tingkat 12 bagi yang nak menunaikan solat lepas berbuka puasa.

Lepas makan dan solat, boleh jalan jalan kat laluan ke kafe sebab sepanjang laluan ni ada tempat menarik untuk bergambar sambil tengok sejarah Kuala Lumpur. Best sangat tau bila tengok transformasi Kuala Lumpur 🥰


Nak booking buffet Sinar Ramadhan kena cepat cepat sebab bukan bukak setiap hari ye. Ada hari yang tertentu sahaja. Lepas penat makan boleh lah checkin pulak kat hotel ni. 1 malam serendah RM140+ je awak. Pastu boleh jalan jalan luar hotel tu. Dekat dengan Sogo, bundle tepi jalan. Best! Recommended! 👍

Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur
Alamat: Jalan Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur
No tel: 0340519191 | 0129112569

Assalamualaikum

Kalau sebut je nasi lemak, memang FD jadi semangat lah sebab nasi lemak ni salah satu makanan yang FD suuuuuka sangat sangat! Haritu duk tengok lepas sorang, sorang blogger upload nasi lemak. Apa yang menarik minat FD dengan nasi lemak ni, bukan sekadar guna beras putih tu tau. Meh tengok gambar gambarnya dulu.


Lauk Pauk REXKL ni adalah kedai makan berkonsepkan warung urban di Kuala Lumpur. Tapi sebabkan PKP, tak dapat nak rentas daerah. Nasib baik lah boleh order melalui Foodpanda atau Grabfood.

Antara menu menarik kat Lauk Pauk REXKL, 
Banyak lagi menu sebenarnya tapi kat sini FD nak fokus kat Nasi Lemak je sebab eh tu favourite FD, ikut suka la. hahaha!

Jadi, FD pun order lah guna Grabfood sebab nak ke kedai, takboleh. Bila abang Grab sampai je, suka bukan main lagi. Elok je cara Lauk Pauk REXKL ni packing makanan yang kite order.

Dijamin selamat ye makanan kite sebab dia wrap semuanya. Nasi dan lauk dibungkus secara berasingan. Memang tak tumpah sikit pun nasi dan lauknya. Masih hangat ye makanan ni masa FD terima dalam tengah hari tu.

Isi dalam bungkusan nasi lemak. Bau Beef Tanderloin Stew memang mengancam! First time tau FD cuba makan lauk ni. Sebelum ni kalau makan nasi lemak, asyik lauk ayam je. Sesekali ubah selera, apa salahnya kan? Sambal dan timun pun dibungkus berasingan. Takde lah bercampur dengan nasi dan hilang dia punya fresh sayur tu.



Haa nampak nasi tu? Nasi lemak dimasak menggunakan beras putih dan brown rice. Telur rebus dimasak dengan teknik special, nama telur tu ajitama egg. Lauk beef stew tu pulak memang sedap gila weh! Memang menyesal la kalau order sebungkus je. Siap ada ubi kentang dalam tu. Lepas makan je memang tersandar kenyang lah. Ni pun FD kongsi makan dengan anak. Dia pun suka nasi lemak macam ibu dia 😋

Kalau korang nak cuba jugak, boleh la usha usha kat link bawah ni
Instagram: https://www.instagram.com/laukpaukrexkl/
Facebook: https://www.facebook.com/laukpaukREXKL/



Assalamualaikum

Ada produk ni menarik minat FD lah untuk cuba. Biasanya kite jumpa dalam bentuk serbuk atau uncang kan air teh ni. Lagi lagi jenis teh herba. And yang paling best ianya takde kafien. Sesuai sangat lah untuk yang amalkan diet dalam pemakanan, kan? Nama teh ni SUPERCUBE. Yaaa, serbuk teh herba dalam bentuk kiub. Sooo cute! And takde lah nak anggarkan bape banyak serbuk kena bancuh, betul tak? Dan kreatif sangat sebab ia dibungkus asing setiap kiub.
SUPERCUBE Molasses Herbs Drink – Teh Herba Unik Berbentuk Kiub


SUPERCUBE Molasses Herbs Drink

SUPERCUBE Molasses Herbs Drink

Tengok warna air ni gelap semacam je. Risau rasanya pahit. Tapi tak! Teh ni rasa manis buah, sedap. Dalam SUPERCUBE ni ada gula molasses. Apa itu gula molasses?

Molasses sugar dalam Supercube: Juga dikenali sebagai black sugar atau Japanese black sugar. Proses yang sama tapi kita buat di Malaysia. Tebu diperah untuk mendapatkan cecair dan direbus berjam2 sehingga likat dan kemudian dikeraskan mengikut bentuk
Perbezaan dengan molasses sugar di pasaran: Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya di campur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama akan tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih.

Kelebihan:
1. Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.
2. Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.



Untuk permulaan ni FD minum Supercube Red Dates & Goji Berry. Sebab FD sekarang ni kiranya masih dalam tempoh berpantang. Minuman ni sesuai untuk wanita berpantang dan yang tengah ikhtiar cari cara untuk meriahkan susu badan. Selalunya minum masa sarapan, alhamdulillah susu badan memang banyak sangat. Kenyang lah anak FD pastu lena la dia sampai ke tengah hari. Selain tu, minuman ni sesuai untuk ibu mengandung jugak sebab boleh tambah tenaga. Biasa la kalau masa mengandung dalam second and third trimester, mesti cepat penat lagi lagi masa tengah sarat. Dannnn, inshaAllah minuman ni boleh kurangkan sakit senggugut pada yang ada masalah masa period.



Pastu untuk waktu malam pulak FD minum Supercube Osmanthus & Roses. Bau air the ni wangi sangat tau buatkan FD rasa tenang je, dan rasanya pun sedap. Bila minum yang Osmanthus & Roses ni tidur malam FD memang lena sangat sangat. Dah lama rasanya tak merasa tidur lena sejak bersalinkan Fayyadh ni. Insomnia jugak la kejap awal awal tu. Keesokkan pagi tu bangun tidur pun rasa segar, dan hilang rasa penat jaga anak. Takde rasa malas malas atau lembik je badan nak bangun tu. Hehe 🤪 kalau tidakkk, stress aje rasa nak bangun awal tu sebab dalam kepala otak dah fikir nak kena buat itu ini. Sooo untuk Supercuba Osmanthus & Roses ni memang FD rekemen sangat untuk yang selalu kerja kuat tu.



Selain dari tu, boleh jugak minum Supercube Ginger & Lavender kalau nak minuman detox. Untuk yang ada masalah letih ke, lesu, perut meragam ke memang sesuai sangat lah. Sebab ada halia, boleh lah buang angin dalam badan, yang punca jadi badan rasa lemah. Confirm badan rasa lebih segar dan ringan je. Biasanya FD selang seli la dengan yang atas tadi tu. Lega gila lah bila banyak keluar angin dalam badan ni.

Best okay semua teh SUPERCUBE ni. Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China.
So pilihan ditangan korang nak minum yang mana. Semuanya bagus bagus tau. Kalau ada yang berminat, boleh lah beli direct dengan HQ atau dengan agent yang berdekatan dengan kawasan korang. Search je kat Instagram dengan #supercube. Ramai agent diorang ni

Website: https://supercube.my
Instagram: https://www.instagram.com/supercube.hq/

 
Assalamualaikum

Haa kemain The Taste of Thailand kauuu, haha! Kalau tak silap maksud Chan Rak Ter ni Saya Sayang Awak. Kalau salah, tolong betulkan ye. Katanya air ni tiru air yang famous di Thailand. Kalau minum, rasa macam ada kat Thailand kot 😆

FD baru je merasa air ni padahal dah viral lama haritu. Sambil tu saje support kawan sekolah meniaga online. Lagipun isteri dia tengah mengandung anak pertama.

Chan Rak Ter - The Taste of Thailand
Chan .Rak Ter nama minuman air manis dan ada 3 jenis perasa.
Original, pisang dan coklat.
Original tu rasa caramel. Manis dan sedap sangat and surprisingly FD suka air ni. Seumur hidup mana pernah minum air flavour caramel vanilla. Rasa dia macam aiskrim gitu.
Air coklatnya pun manis. And korang disarankan untuk minum dengan air batu atau tambah air banyak sikit untuk kurangkan kemanisan dia tu. Dan setiap pembelian air ni, korang akan dapat cincau dan biji selasih tu. Ngam teruk rasanya tau!

Chan Rak Ter - The Taste of ThailandChan Rak Ter - The Taste of Thailand



Budak ni macam biasa lah dia paling laju bab makan atau minum kalau nampak ibu dia cuba apa apa 😂
Kawan FD boleh delivery sekitar Damansara, Wangsa Maju, Ampang, Setapak, Gombak dan sekitarnya. Kalau berminat, boleh contact dia direct. Link FD sediakan kat akhir post ni. Kalau teringin nak merasa Daging Harimau Menangis pun dia ada jual tau. Yang itu confirm repeat! 😋

Facebook: Mohammad Radzlan
Instagram: https://instagram.com/chanrakteh_lan
Whatsapp: http://www.wasap.my/60182237441/ChanRakTer



Assalamualaikum!

Baru baru ni FD saje saje lah join giveaway kat Projekbakingmija. Lagipun dah pernah rasa Nutella Pod dari kak Mija ni, memang sedap.


Kebetulan pulak FD ada kat KL ni. Akak ni pun based kat Damansara Damai. Lagi lah mudah kot ada rezeki menang kan. Orang kata rezeki baby 😆 Kak Mija buat giveaway kat Facebook dan Instagram dia. FD join kat Facebook ni je.


And the result!



Alhamdulillah, menang jugak sebekas Nutella Pod sedap dari Projek Baking Mija ni. Berebut jugak la dengan adik sebab dia pun suka Nutella Pod. Crunchy tau biskut dia, mudah rapuh dalam mulut. Makan masa sejuk pun syokk.

Kalau korang nak cari Tart Cadbury, Tart Nanas, kek butter pun ada jugak tau. Banyak jugak lah dessert and kuih yang kak Mija ni jual. Korang boleh lah cuci mata tengok kat Instagram atau Facebook dia, link FD sertakan sekali ye. Mana yang area Damansara Damai boleh la pickup. Yang luar Damansara Damai akan guna servis Lalamove untuk delivery. Maklum lah, dah mula PKPB kan. Stay safe everyone!
Facebook: https://www.facebook.com/Projekbakingmija-113792482621933/
Instagram: https://www.instagram.com/projekbakingmija/
WhatsApp: 013-731 7144


Assalamualaikum semua!

Hujung bulan lepas FD dan blogger Terengganu yang lain buat gathering antara kami sebab nak sambut birthday baby August. Asalnya plan dari Kak Huda. Terima kasih Kak Huda!

Lokasi untuk kami berkumpul di D'Rumoh Pata.


First time FD pegi DRumoh Pata ni walaupun dah tinggal kat Terengganu ni 7 tahun. Hehe. Baru la tau ada tempat cantik macam ni untuk santai dengan kawan atau pun keluarga.


Kemudahan seperti surau dan tandas pun ada. So tak perlu risau kot teragak agak terlepas waktu solat ke apa ke. Pegi je kat surau yang sedia ada.


Nak bagi anak anak mandi tepi pantai pun boleh, inshaAllah selamat. Setakat celup celup kaki tu okay dah. Budak budak pun seronok.


Buaian pun ada jugak. Cantik kalau nak ambik gambar tepi pantai.


Kat D'Rumoh Pata ni bukan setakat masakan panas je yang ada tau. Ada western, dessert, satay dan macam macam lagi. Confirm pening taktau nak makan yang mana. Hehe.
Antara menu untuk kami yang dewasa:


Gambar dari kak Dedeq
Kengsom Siakap 
Kailan Ikan Masin 
Ayam Bawang Putih 
Tulang Goreng 
Siakap 3 Rasa
Sup Sayur Udang

Tulang Goreng


Siakap 3 Rasa


Kengsom Siakap


Ayam Bawang Putih


Untuk budak budak menu nye nasi goreng putih, bihun goreng, nugget, dan fries. Satay tu kira side dish gituu. Memang suka la budak budak dapat makan camni. Boleh dapat kawan baru jugak.

Image may contain: 9 people, including Yaya Azura, Ina Lia, Shahada Fauzi, Hazirah Mohd and Nurul Syamimi, people smiling, people sitting, people standing and ocean
Baby August nye 4 orang je. Yang lain saje nyelit 🙈


Kena guna banyak meja sebab ramai gathering ni. 7 family ada tau 😆 masing masing bawak anak anak. FD je datang berdua dengan anak sebab encik suami keje.


Akhir sekali, its a wrap! Meriah sangat tau dapat kumpul ramai ramai macam ni.


Harap boleh berkumpul lagi macam ni next time 😊


Lokasi: D'Rumoh Pata, Kampung Pak Tuyu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
No tel: 016-920 6940
Waktu niaga: 5 petang - 1 pagi
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Drumoh-Pata/710747815793109
Instagram: https://www.instagram.com/drumoh_pata/


Assalamualaikum

Fayyra dah masuk 6 bulan dan dah tiba masanya dia boleh makan. Bukan minum susu je ye. Pening jugak nak mulakan dengan makan apa. Nasib baik lah Toddible ada untuk bantu FD. Maklum lah, kite ni mak newbie. Hahaha!


"apa ni bu?" - Pera

"wekk, ni makanan adik" - Pera 😋

Muka kemain seronok ada makanan untuk dia tau.


Serbuk Beras Perang / Putih - RM23
Sweet Potato powder - RM23



Untuk permulaan, FD cuba bagi makan brown rice dulu. Simple and easy to made.
Alhamdulillah, Fayyra suka sangat dan berselera.


Laju dia nak ngap tau!


Bahan: 100% serbuk perang
Cara penyediaan: campurkan 1 sudu besar serbuk beras perang ke dalam mangkuk dan 2 sudu besar air panas.

FD main letak je. Pandai pandai la agak nak pekat ke cair ke. FD lebih suka buat pekat. Kalau cair, Fayyra kurang sikit makan.

Sejujurnya, FD pernah cuba bagi Fayyra makan macam ni jugak tapi dari brand lain. Hampa sangat sebab Fayyra makan tak pernah habis. Selalu ludah balik, pastu buat muka pelik walaupun makan dah 2 3 hari. FD cuba jugak rasa, tapi kosong macam nasi kosong takde apa apa.
Akhirnya cuba brand Toddible, Fayyra semangat sangat makan! Asal nak bancuh je, dia sengih sengih pegi kat kite. Bila anak selera makan, kite yang ibu ni pun jadi seronok. Beras perang ni pun rasa lain, takde lah rasa kosong je macam brand yang FD pernah cuba dulu tu. Masa bancuh pun sedap je bau dia.

Beras putih dengan serbuk veggie tu FD belum cuba. Lepas dah cuba nanti FD akan update dalam post ni ya 😊


Kepada mommies yang berminat nak dapatkan makanan untuk baby atau toddler anda, boleh tengok di link bawah ni

https://www.facebook.com/toddible/
https://www.instagram.com/toddiblehq/
https://shopee.com.my/toddiblehq

Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56!
    1 day ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M
    4 days ago
  • mimbar kata
    Bahasa Dalam Puisi
    3 weeks ago
  • .she's the camera maniac.
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
    2 months ago
  • My Mom's Best
    Malaysian Humanitarian Foundation collaborates with Teach for Malaysia to empower underprivileged students with leadership skills
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    4 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates