facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Assalamualaikum

Bila dah anak 2 ni, saje nak cuba alternatif lain cara gendong anak. Kalau masa kakak dulu, guna baby carrier. Agak susah jugak nak adjust baby and kesian tengok terkangkang kalau salah cara posisi baby dalam carrier.

Jadi, kali ni cuba baby sling pulak. Macam style orang dulu dulu guna kain batik atau kain pelikat. Tapi modern-kan sikit kain tu dan cara pakainya. Mujur lah jumpa kat Mamaway. 


Lepas gendong Fayyadh dalam baby sling, nampak dia selesa. Takde nak bergerak gerak macam cari port nak duduk dalam keadaan lebih selesa. Apa yang FD nampak masa gunakan baby sling ni;
  • Bayi kurang menangis
  • Mendorong bayi untuk tidur dan mudah terlena
  • Bayi rasa lebih selamat bila berada lebih dekat ibu sebakan skin-to-skin contact
  • Grab n Go! Sebab compact dan tak makan ruang untuk simpan.
Selain itu, produk baby sling Mamaway mendapat kelulusan oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai produk "sihat pinggul". Jadi, ianya selamat digunakan.

Banyak kan corak baby sling ni? Ni baru sikit FD tunjuk. Ada 18 corak tau semuanya. Semua lawa lawa. Rambang mata jugak nak pilih tu dan masa tu tak tau jantina baby dalam perut. Baby sling ni free size, but don't worry sebab boleh adjust ikut kesesuaian dan keselesaan bayi ikut umur.

Kalau guna stroller, makan ruang dan kena pasang itu ini. Dengan baby sling ni, bawak macam tu je. Sebab tu kite letak as Grab n Go! Nak lilit kat ring tu pun mudah sangat. Ikut keselesaan bayi. Bila taknak guna, letak je dalam handbag atau maternity bag.

FD bawak jalan jalan depan rumah tak sampai 15 minit, dia dah terlena. Sekejap betul dia boleh tidur. Biasanya susah nak tidurkan Fayyadh ni. Ada banyak cara nak letak bayi dalam posisi yang selesa mengikut umur tau seawal new born. Anak umur 2 tahun ke atas pun boleh sebab katanya boleh tampung berat sehingga 50kg. Yang itu ikut pada kita pulak la larat ke tidak 😆
Paling best, boleh buat cover untuk menyusukan bayi masa kita kat kawasan public. Panjang kain baby sling ni tau. So takde la kite nak tercari cari bilik menyusu pulak masa tu.

Pada yang berminat nak dapatkan baby sling dari Mamaway, boleh lah tengok tengok kat link bawah ni. Siap dengan video tutorial cara guna untuk baby dan budak kecil
Jangan lupa masukkan code MAMABLOG-DIANA dan dapat potongan diskaun sebanyak RM25 untuk pembelian RM200 keatas

Official  Website: https://my.mamaway.com/
Ring Sling: https://my.mamaway.com/collections/baby-sling-gendongan-bayi
How to wear a ring sling
Newborn: https://www.instagram.com/tv/CBegv-XHG3I/
Toddler: https://www.instagram.com/tv/CBwiUsunwxO/


Assalamualaikum

Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas dengan leceh sebenarnya sebab kena ikat ikat. Tapi lepas jumpa bengkung moden kat Mamaway, terus nak cuba.

Mungkin ada yang belum dengan brand Mamaway ni. Takpe, biar FD kenalkan dulu ya. Mamaway ni antara tempat untuk ibu ibu cari barang persediaan berpantang, breastfeeding dan sebagainya yang berkaitan dengan pregnancy. Mamaway memberikan segala sokongan untuk ibu ibu dari segi barangan, nasihat dan dorongan untuk ibu mengharungi cabaran dalam parenthood dengan lebih yakin.

Bellyband Mamaway
Bengkung moden dari Mamaway ni namanya Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset. Ianya didatangi dalam 2 size iaitu S/M dan L/XL. FD punya size L/XL. Sebelum beli, consultant Mamaway akan mintak ukuran perut atau pinggang korang untuk dia cadangkan pada kita kena ambil size apa yang sesuai.
Apa yang menariknya Belly Band ni? Personally FD suka guna bengkung moden ni sebab ianya selesa walaupun kita pakai more than 8 hours tau. Tak rasa rimas pun. Paling best, tak buatkan kita rasa sakit belakang. Pastu bengkung ni jenis adjustable sepenuhnya tau. Mudah untuk kite adjust nak ketat mana, ikut keselesaan kita. Pakai sendiri je sebab jenis velcro. Takpayah nak mintak tolong orang macam yang bengkung tradisional jenis tali tu.



Untuk yang C-section pun boleh je guna Belly Band Mamaway, inshaAllah tak sakit kat bahagian luka tu. Tapi pakai lepas 2 ke 3 hari bersalin ceaser tu lah ye mommies. Ada caranya untuk pakai. Consultant akan guide cara penggunaan. Yang penting bengkung ni boleh bantu kita dapatkan balik bentuk badan yang kita idamkan. Kena disiplinkan diri lah kan kalau nak result yang memuaskan.

Dah namanya pun Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support kan, mesti lah material dari Nano Bamboo. Ianya material yang antibacterial. So, kalau korang berpeluh teruk pun memang takkan berbau sebab meterial antibacterial ni. And ada Far-infrared ray tau. Ianya untuk membantu boost aliran darah kita.



Nampak tak shape tu? 😏
Btw memang selesa tau guna bengkung moden Belly Band dari Mamaway ni.
Kita sebagai seorang wanita, kena lah jaga badan kita walaupun dah beranak pinak. Okay ladies?

Untuk info lanjut tentang Belly Band, boleh refer link dibawah ni;
Belly  Band: https://my.mamaway.com/collections/recovery-belly-band/products/na no-bamboo-postnatal-recovery-support-belly-band
Belly  Band  FAQ: https://my.mamaway.com/blogs/mamaway-blog/questions-about-post natal-belly-band-we-got-answers
Official  Website: https://my.mamaway.com/
Jangan lupa masukkan code MAMABLOG-DIANA dan dapat potongan diskaun sebanyak RM25 untuk pembelian RM200 keatas


Assalamualaikum

Sabun ni agak viral 2 ke 3 minggu ni kan? Tapi FD baru je terasa nak beli sebab kebetulan baru jumpa orang yang boleh COD. Nak beli online tak berani sebab tengok ada feedback kata sampai pecah 2 ke 3 biji. Tak berani lah nak ambik risiko tu walaupun 2 3 biji pecah. Nanti tak pasal pasal 2 ke 3 biji je selamat, tak ke menangis beli banyak banyak tapi yang boleh guna tu sikit je 😂

Ini lah rupa sabun viral tu. FD beli online je sebab nampak ada orang promote kat story WhatsApp. Harga RM5 untuk 10 biji, RM10 untuk 20 biji. Nama pun nak cuba, kite beli dulu lah 20 biji. Tak padan pulak orang tu nak COD kat kite RM5 je untuk 10 biji kan.

Mula mula barang sampai tu, bukak plastik je memang bau wangi. Plastik pun macam mudah koyak/pecah. Mungkin tu penyebab bila beli online akan dapat yang pecah dan kemungkinan jugak takbole letak dalam suhu yang panas, bukan suhu normal/bilik. Fragile lah kiranya.

Esoknya FD pun cuba lah masukkan 3 ke 4 ketul sabun comel ni dalam mesin basuh. Bagi kena air sekali, memang banyak buih dia. Bau pun not bad lah, wangi. Lepas dah siap dan mesin basuh dah stop, semangat ni gi bukak nak bau baju wangi ke tak. Hmm, takde lah kuat mana pun bau. Maybe kena letak lebih lagi mungkin sampai 6 biji.

So lepas dapat result sabun ni, kalau orang tanya akan repeat ke tak, mungkin ye mungkin tak. Beli kalau rasa macam malas nk keluar dan darurat kain banyak nk basuh. Mungkin tak beli kalau rasa macam entah lah. Kita pun taktau nak explain. Pada yang nk cuba tu, cuba lah ya. At least FD dah share pendapat FD 😊

Assalamualaikum




View this post on Instagram



Bukan selaluuu Quality time with family 💕
A post shared by Malaysian Lifestyle Blogger 🇲🇾 (@ftndiana) on Sep 12, 2019 at 4:01am PDT

Last few weeks FD bawak Fayyra balik kampung lagi. Kemain kau kampung kat Kuala Lumpur 😆 tu pun saje lah balik sebab suami izinkan. Suami tak ikut sebab kerja, takboleh nak cuti lama. Sampai KL ada saje plan nak berjalan. Salah satunya pergi Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur atau orang panggil KL Tower. Tu pun pakngah Fayyra lah yang nak sangat bawah anak buah dia pegi zoo.

Masuk je dalam Mini Zoo terus jumpa burung. Banyak gila okay. Tapi ada 1 je burung yang takbole pegang sebab staff situ kata dia akan gigit. Burung yang lain tu okay kalau nak ambik gambar sambil letak burung kat bahu atau tangan.

Tak ingat apa nama monyet ni 🐒

Masuk lorong burung, banyak gila burung cantik kat situ. Warna oren, kuning, hijau. Semua warna terang terang. Kecik kecik je semuanya.


Fayyra pulak tak pandang camera. Sibuk tengok burung.

Yang ni burung pulak tak tengok camera, sibuk makan 🐦

Shoooo pwetty

FD tak berani nak bagi makan sebab Mirul kata sakit masa burung tu cengkam.
Masuk lorong burung tu akan ada staff offer tabur makanan burung kat tangan kite. Awal awal lagi FD kata "No no". Hahahaha! 😂


Guinea pig ni comel gila k! Rasa macam nak bela je sekor.

Image may contain: 5 people, including Ina Lia and Normaznita Alias, people smiling, people sitting, child, dog and outdoor

Sebenarnya banyak je lagi haiwan dalam zoo ni tapi kite tak rekemen lah mommies yang nak bawak anak guna stroller sebab banyak naik turun tangga. Nama pun Mini Zoo, takde lah macam Zoo Negara tu. But still banyak jenis haiwan lah boleh jumpa. Setakat santai santai tu okay lah.

Lastly masuk kedai cenderahati tapi tak beli apa pun. Biasa lah, harga nauzubillah 🤣 beli snack je lah untuk Fayyra sebab nampak macam lapar lepas tengok haiwan.

Harga tiket masuk ke Mini Zoo, KL Tower
Image may contain: one or more people and text
Next trip pakngah Fayyra nak bawak gi Aquaria KLCC pulak, hehe. Syok ler jadi ibu ada anak kecik ni. Boleh selit gi jalan jalan sebab pakngah dia yang belanja 😜



Assalamualaikum 😊

Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian. Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercuti tu. Lepas dah balik tu, jadi terfikir. Macam nak print gambar, tapi kat mana? Haa bukan gambar macam album tu tau. Tapi FD print atas ceramic tiles.

Abadikan kenangan anda dengan Printcious!

FD ambik size 25cm x 20cm. Agak besar jugak. Harga untuk ceramic tiles ni RM57.70 tau. Korang boleh add on frame kalau nak. Extra charges RM52.90 untuk frame.
Yang tongkat hitam tu free of charge je 😎

Berat sangat tau ceramic tiles ni. Btw printing dia cantik sangat. Kualiti yang bagus. Suami FD pun suka ceramic tiles gambar kami ni. Thank you so much Printcious for making this beautiful ceramic tiles.


Selain dari print gambar kami bercuti, FD ada buat surprise untuk kawan baik FD jugak. Saje suka suka nak buat surprise. Bukan birthday ke apa ke, hehe.

Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
Seronok kawan FD dapat mug tu. Biar semangat sikit pagi pagi nak sarapan tu kan 🙈 positive vibes gitchuuuuu. Hehe.

Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
FD hadiahkan kawan baik FD mug dengan keychain. Simple je, tak fancy mana. Yang penting kawan kite suka dengan hadiah kite yang ikhlas ni. Alhamdulillah 😊


You guys boleh cuba tengok tengok kat link bawah ni kalau berminat nak tempah hadiah yang unik untuk tersayang tau 😉

https://www.printcious.com/my
https://www.facebook.com/printcious/


Assalamualaikum 😊

Kali ni FD nak share dengan korang, kat mana boleh dapatkan hadiah yang sangat unik. Kenapa unik? Sebab kita boleh hias atau decorate hadiah tu ikut citarasa kita sendiri. Bila lain daripada yang lain, baru lah rare kan? Takde lah hadiah kita sama dengan orang lain. Takde lah nak pening kepala nak beli apa untuk hadiah harijadi, hadiah anniversary, hadiah konvo atau apa apa je lah.

Korang boleh beli hadiah di Printcious.

Ada macam macam benda tau korang boleh order. Antaranya baju, cawan mug, photo canvas, casing phone, keychain, puzzle. Banyak lagi lah yang ada! 😉

FD pilih Printcious untuk beli hadiah kawan FD

Nak pilih kategori kawin, takde gambar kawin lagi masa tu sebab wedding dia 30hb September 2017. Kita nak order awal, so pakai gambar dia dengan tunang dia lah (sekarang dah jadi husband dia ya)
Untuk mug, ada 2 jenis. Mug biasa dan mug magic


So, FD pilih magic mug! Walaupun pink, okay lah kot. Sebab letak gambar diorang berdua 😄


Kalau nak tau, Printcious rajin buat offer and bagi code voucher tau. So kalau kena time tu ada discount banyak, memang ngam lah. Tau tau je takde bayar apa. Hehe 😂
Harga asal untuk 1 mug magic ni RM57. Postage mana mana pun fixed, RM10. Jadi total semuanya RM67. FD ada code voucher, so jadi PERCUMA je. Kena pandai pilih time tau untuk shopping ni 😎

A few days later, barang pun sampai. FD tak ingat nak ambil gambar. Tapi kualiti memang okay tau. Mug ni sah sah kaca, so dia tak pecah masa waktu delivery tu. Printcious punya packaging memang okay, no worries. Dijamin selamat barang tu sampai depan rumah.

Masa wedding tu, FD pun dah bagi kat kawan FD. Dah lebih 2 minggu camtu, baru dia tau rupanya FD bagi mug magic. Dia fikir mug hitam biasanya. Hahaha! 😂 padahal dia pakai mug tu almost everyday kot. Dia taktau langsung. Lepas tu, FD mintak dia recordkan masa dia nak tengok ke'magic'kan mug tu. Hentam je lah perkataan tu 😅


Dengar suara dia? Kemain excited tau bila nampak gambar dia dengan si suami


She sooooooo happy with the gift 💝
Terima kasih Printcious atas servis yang bagus dan kualiti produk yang baik.


You guys boleh cuba tengok tengok kat link bawah ni kalau berminat nak tempah hadiah yang unik untuk tersayang tau 😉
https://www.printcious.com/my
https://www.facebook.com/printcious/

Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56!
    1 day ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M
    4 days ago
  • mimbar kata
    Bahasa Dalam Puisi
    3 weeks ago
  • .she's the camera maniac.
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
    2 months ago
  • My Mom's Best
    Malaysian Humanitarian Foundation collaborates with Teach for Malaysia to empower underprivileged students with leadership skills
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    4 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates