facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Assalamualaikum

Bila dah anak 2 ni, saje nak cuba alternatif lain cara gendong anak. Kalau masa kakak dulu, guna baby carrier. Agak susah jugak nak adjust baby and kesian tengok terkangkang kalau salah cara posisi baby dalam carrier.

Jadi, kali ni cuba baby sling pulak. Macam style orang dulu dulu guna kain batik atau kain pelikat. Tapi modern-kan sikit kain tu dan cara pakainya. Mujur lah jumpa kat Mamaway. 


Lepas gendong Fayyadh dalam baby sling, nampak dia selesa. Takde nak bergerak gerak macam cari port nak duduk dalam keadaan lebih selesa. Apa yang FD nampak masa gunakan baby sling ni;
  • Bayi kurang menangis
  • Mendorong bayi untuk tidur dan mudah terlena
  • Bayi rasa lebih selamat bila berada lebih dekat ibu sebakan skin-to-skin contact
  • Grab n Go! Sebab compact dan tak makan ruang untuk simpan.
Selain itu, produk baby sling Mamaway mendapat kelulusan oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai produk "sihat pinggul". Jadi, ianya selamat digunakan.

Banyak kan corak baby sling ni? Ni baru sikit FD tunjuk. Ada 18 corak tau semuanya. Semua lawa lawa. Rambang mata jugak nak pilih tu dan masa tu tak tau jantina baby dalam perut. Baby sling ni free size, but don't worry sebab boleh adjust ikut kesesuaian dan keselesaan bayi ikut umur.

Kalau guna stroller, makan ruang dan kena pasang itu ini. Dengan baby sling ni, bawak macam tu je. Sebab tu kite letak as Grab n Go! Nak lilit kat ring tu pun mudah sangat. Ikut keselesaan bayi. Bila taknak guna, letak je dalam handbag atau maternity bag.

FD bawak jalan jalan depan rumah tak sampai 15 minit, dia dah terlena. Sekejap betul dia boleh tidur. Biasanya susah nak tidurkan Fayyadh ni. Ada banyak cara nak letak bayi dalam posisi yang selesa mengikut umur tau seawal new born. Anak umur 2 tahun ke atas pun boleh sebab katanya boleh tampung berat sehingga 50kg. Yang itu ikut pada kita pulak la larat ke tidak 😆
Paling best, boleh buat cover untuk menyusukan bayi masa kita kat kawasan public. Panjang kain baby sling ni tau. So takde la kite nak tercari cari bilik menyusu pulak masa tu.

Pada yang berminat nak dapatkan baby sling dari Mamaway, boleh lah tengok tengok kat link bawah ni. Siap dengan video tutorial cara guna untuk baby dan budak kecil
Jangan lupa masukkan code MAMABLOG-DIANA dan dapat potongan diskaun sebanyak RM25 untuk pembelian RM200 keatas

Official  Website: https://my.mamaway.com/
Ring Sling: https://my.mamaway.com/collections/baby-sling-gendongan-bayi
How to wear a ring sling
Newborn: https://www.instagram.com/tv/CBegv-XHG3I/
Toddler: https://www.instagram.com/tv/CBwiUsunwxO/


Assalamualaikum

Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas dengan leceh sebenarnya sebab kena ikat ikat. Tapi lepas jumpa bengkung moden kat Mamaway, terus nak cuba.

Mungkin ada yang belum dengan brand Mamaway ni. Takpe, biar FD kenalkan dulu ya. Mamaway ni antara tempat untuk ibu ibu cari barang persediaan berpantang, breastfeeding dan sebagainya yang berkaitan dengan pregnancy. Mamaway memberikan segala sokongan untuk ibu ibu dari segi barangan, nasihat dan dorongan untuk ibu mengharungi cabaran dalam parenthood dengan lebih yakin.

Bellyband Mamaway
Bengkung moden dari Mamaway ni namanya Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset. Ianya didatangi dalam 2 size iaitu S/M dan L/XL. FD punya size L/XL. Sebelum beli, consultant Mamaway akan mintak ukuran perut atau pinggang korang untuk dia cadangkan pada kita kena ambil size apa yang sesuai.
Apa yang menariknya Belly Band ni? Personally FD suka guna bengkung moden ni sebab ianya selesa walaupun kita pakai more than 8 hours tau. Tak rasa rimas pun. Paling best, tak buatkan kita rasa sakit belakang. Pastu bengkung ni jenis adjustable sepenuhnya tau. Mudah untuk kite adjust nak ketat mana, ikut keselesaan kita. Pakai sendiri je sebab jenis velcro. Takpayah nak mintak tolong orang macam yang bengkung tradisional jenis tali tu.



Untuk yang C-section pun boleh je guna Belly Band Mamaway, inshaAllah tak sakit kat bahagian luka tu. Tapi pakai lepas 2 ke 3 hari bersalin ceaser tu lah ye mommies. Ada caranya untuk pakai. Consultant akan guide cara penggunaan. Yang penting bengkung ni boleh bantu kita dapatkan balik bentuk badan yang kita idamkan. Kena disiplinkan diri lah kan kalau nak result yang memuaskan.

Dah namanya pun Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support kan, mesti lah material dari Nano Bamboo. Ianya material yang antibacterial. So, kalau korang berpeluh teruk pun memang takkan berbau sebab meterial antibacterial ni. And ada Far-infrared ray tau. Ianya untuk membantu boost aliran darah kita.



Nampak tak shape tu? 😏
Btw memang selesa tau guna bengkung moden Belly Band dari Mamaway ni.
Kita sebagai seorang wanita, kena lah jaga badan kita walaupun dah beranak pinak. Okay ladies?

Untuk info lanjut tentang Belly Band, boleh refer link dibawah ni;
Belly  Band: https://my.mamaway.com/collections/recovery-belly-band/products/na no-bamboo-postnatal-recovery-support-belly-band
Belly  Band  FAQ: https://my.mamaway.com/blogs/mamaway-blog/questions-about-post natal-belly-band-we-got-answers
Official  Website: https://my.mamaway.com/
Jangan lupa masukkan code MAMABLOG-DIANA dan dapat potongan diskaun sebanyak RM25 untuk pembelian RM200 keatas


Assalamualaikum!

Haa pelik kenapa nak terima kasih? Hehe sebabnya FD lega dengan perkembangan anak FD, Fayyra. Sejak bagi Fayyra makan H Focus, Fayyra makin bagus. Faham apa FD cakap.

FD ada share tentang H Focus sebelum ni;
https://ftndiana.blogspot.com/2019/07/h-focus-membantu-menguatkan-ingatan.html

Kita sebagai ibu, memang nak yang terbaik untuk anak kita kan? Semakin anak nak besar, makin banyak anak nak explore dan kita sebagai parents, kena bimbing jugak. Bukan dengan biarkan dia explore sorang sorang.

So far hampir 2 minggu Fayyra amalkan H Focus dan apa yang FD nampak, dia tau bila kita panggil, bila tunjuk buku dia macam nak membaca sambil mulut membebel 😂


Sekarang ni memang pantang bila tengok FD pegang botol H Focus, Fayyra mesti datang kat FD dan mintak sebiji. Tapi untuk baby bagi separuh atau sebiji sehari sekali je tau! Jangan bagi 2 kali pulak. Ikut dos yang dibenarkan sahaja.

Cara pengambilan mengikut tahap umur;

👶 Baby 1 tahun ke bawah = 0.5 @ 1 biji 1x sehari
☝ ( jika baby, mesti dah pandai mengunyah. boleh juga hancurkan dan campur di dalam susu @ air suam)

👦2-4 tahun
🔸 2 minggu pertama 👉 1 biji pagi dan 1 biji malam
🔸 Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1 kali sahaja pagi.
🔸 Pengambilan sebaiknya selepas makan.

👱 5-11 tahun
🔸 2 minggu pertama 👉 2 biji pagi dan 2 biji malam
🔸 Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1x sahaja pagi sebelum pergi sekolah ambil 2 biji.
🔸 Pengambilan sebaiknya selepas makan.

👧 12 tahun ( UPSR )
🔸 2 minggu pertama 👉2 biji pagi dan 2 biji malam
🔸 Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1x sahaja pagi sebelum pergi sekolah ambil 2 biji.
🔸 Pengambilan sebaiknya selepas sarapan

👨 13-17 tahun ( PT3 & SPM )
🔸2 biji pagi dan 2 biji malam, pergi sekolah ambil 3 biji.
🔸 Pengambilan sebaiknya selepas sarapan

Ada banyak testimoni positif lepas anak anak mengamalkan H Focus;







Haa nampak tu? Anak anak yang amalkan H Focus dapat keputusan yang cemerlang. anak kecil pandai membaca. Kita cuma ikhtiar menggunakan H Focus. 

Antara khasiat H-Focus:
mudah bangun tidur
lebih fokus
memberi tenaga
mudah menghafal
mudah faham
hilang gagap
minda menjadi aktif
idea bertambah
memberi penglihatan yang lebih jelas
menjadi bertambah kreatif


Jujur FD kata, memang anak senang bangun. Takde nak bangun tu tetiba nangis. Dia bangun pagi dulu dari ibu dia 😂 siap main sorang lagi. Takde nak meragam bila orang tidur je lagi sebelah dia. Dengan makin aktifnya, jenuh jugak nak mengejar walaupun dia tak pandai jalan lagi.

Alhamdulillah, FD lega dengan progres Fayyra sejak amalkan H Focus. Terima kasih H Focus! 💙

Ibu bapa yang nak dapatkan H Focus, boleh klik link di bawah;
Facebook: https://www.facebook.com/HFocusHQ/
Website: https://sejagatglobal.com.my/?product=h-focus

atau WhatsApp terus ke

http://HFocusMindaFira.wasap.my

http://pmhfocusmisha.wasap.my

Assalamualaikum

Apa Neem Balm ni? Meh FD nak kongsikan tentang Neem Balm yang FD baru je guna. Bukan baby je, dewasa pun boleh guna. Yes, boleh guna tak kira umur. Tua, muda, semua boleh guna.


FD selalu sapukan Neem Balm pada jari kaki Fayyra sebab kulit selalu menggelupas


Neem Balm ni bernilai RM45.
Untuk setiap pembelian Neem Balm, korang akan dapat termometer dan bekas Neem Balm yang warna hitam tu. Dan juga keychain rainbow. Not bad kan? Dengan harga tu, dapat 3 free gift.

Tekstur Neem Balm seperti dalam gambar yang korang tengok. Warnanya seperti warna daun jugak, kan? Senang nak apply pada kulit dan selesa. Ianya tak terlalu melekit pun.

Neem Balm diperbuat daripada minyak zaitun, minyak bunga, serbuk neem, lavender dan tea tree. Bau pun wangi sebab diperbuat daripada lavender kan. Neem balm membantu melembapkan dan melindungi kulit. Jadi, ianya sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Kalau tumit pecah pun boleh guna tau dan akan baiki semula kulit jadi sediakala.

Sebekas ni boleh guna dalam tempoh setahun je tau lepas korang buka bekas ni. Lebih tempoh jangan pakai pulak, risau jadi benda yang tak diingini. Neem Balm ada kelulusan KKM, KKM NOT 181101999k.


Alhamdulillah, Neem Balm sesuai untuk kulit Fayyra. Yelah, kulit baby kan sensitif. Takboleh main guna je sembarangan. FD yakin untuk guna produk ni sebab produk ni 100% natural.

Pada yang berminat untuk dapatkan produk Neem Balm, boleh contact di page atau WhatsApp; disertakan di bawah
https://www.facebook.com/neembalmzmbeauty/
011-3248 4182



Assalamualaikum

Fayyra dah masuk 6 bulan dan dah tiba masanya dia boleh makan. Bukan minum susu je ye. Pening jugak nak mulakan dengan makan apa. Nasib baik lah Toddible ada untuk bantu FD. Maklum lah, kite ni mak newbie. Hahaha!


"apa ni bu?" - Pera

"wekk, ni makanan adik" - Pera 😋

Muka kemain seronok ada makanan untuk dia tau.


Serbuk Beras Perang / Putih - RM23
Sweet Potato powder - RM23



Untuk permulaan, FD cuba bagi makan brown rice dulu. Simple and easy to made.
Alhamdulillah, Fayyra suka sangat dan berselera.


Laju dia nak ngap tau!


Bahan: 100% serbuk perang
Cara penyediaan: campurkan 1 sudu besar serbuk beras perang ke dalam mangkuk dan 2 sudu besar air panas.

FD main letak je. Pandai pandai la agak nak pekat ke cair ke. FD lebih suka buat pekat. Kalau cair, Fayyra kurang sikit makan.

Sejujurnya, FD pernah cuba bagi Fayyra makan macam ni jugak tapi dari brand lain. Hampa sangat sebab Fayyra makan tak pernah habis. Selalu ludah balik, pastu buat muka pelik walaupun makan dah 2 3 hari. FD cuba jugak rasa, tapi kosong macam nasi kosong takde apa apa.
Akhirnya cuba brand Toddible, Fayyra semangat sangat makan! Asal nak bancuh je, dia sengih sengih pegi kat kite. Bila anak selera makan, kite yang ibu ni pun jadi seronok. Beras perang ni pun rasa lain, takde lah rasa kosong je macam brand yang FD pernah cuba dulu tu. Masa bancuh pun sedap je bau dia.

Beras putih dengan serbuk veggie tu FD belum cuba. Lepas dah cuba nanti FD akan update dalam post ni ya 😊


Kepada mommies yang berminat nak dapatkan makanan untuk baby atau toddler anda, boleh tengok di link bawah ni

https://www.facebook.com/toddible/
https://www.instagram.com/toddiblehq/
https://shopee.com.my/toddiblehq


Assalamualaikum!

Sekarang ni makin banyak jenis susu dijual di pasaran dengan pelbagai jenama, kan? Mesti ibu ibu pun ada pilihan sendiri. Kali ni FD nak kongsi dengan korang susu keluaran Suffy Dairy Group Sdn Bhd.

Suffy Dairy Group Sdn Bhd. adalah sebuah syarikat pengeluar produk tenusu jenama "Suffy" yang berpusat di Ipoh, Perak. Syarikat tersebut mempunyai lebih dari 6 tahun dalam memasarkan produk berasaskan susu ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Susu dari Suffy adalah berasaskan susu lembu dan susu kambing.



Suffy ada keluarkan susu terbaru tau! Suffy bGenius, dengan formula B3, dirumus dengan DHA (15mg/100g), Vitamin, Mineral serta tambahan Prebiotik – FOS & Manna untuk membantu Si Manja anda kekal sihat, bijak dan kuat.
Apa Formula B3 tu? Ianya;
Brilliant - mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak.
Balance - membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik.
Boost - dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja.

Susu Suffy bGenius untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun.


Haa ibu ibu semua nak cuba bagi anak merasa tak? Pihak Suffy ada buat promosi untuk dapatkan set percubaan secara percuma kepada 50 orang terawal tau! Tempoh untuk dapatkan trial pack Suffy bGenius ni bermula dari 24 Januari 2019 hingga 15 Februari 2019.




Apa yang special dengan dapatkan trial set ni?
Korang akan terima 3 sachet untuk 3 kali penggunaan. Produk akan diterima dalam tempoh 24 jam! Pegawai khidmat pelanggan Suffy akan hubungi pelanggan dan memberi panduan serta khidmat nasihat pengambilan susu Suffy bGenius.

Jom FD share dengan korang cara nak dapatkan trial pack Suffy bGenius secara percuma!

Pergi ke website - http://www.suffy.com.my/sampelsususuffy/

Isi maklumat dan pilih susu Suffy BGenius [logo warna ungu/purple]

Akan bawa korang direct ke aplikasi Shopee

Add to cart dan terus checkout.
Masa checkout, jangan lupa masukkan code "SUFFYSBG". Buat semuanya huruf besar ya.


Tara! Shopee akan potong RM6 dan ianya sememangnya PERCUMA! Tapi ingat ya, cuma limit 50 orang sahaja. Baik cepat sebelum terlepas.



FD dah terima trial pack Susu Suffy bGenius ni lepas order kat Shopee haritu. Cepat tau servis Suffy ni. Excellent! 👍



Fayyra takbole minum lagi ye sayang, sebab susu ni untuk umur 1-3 tahun je. Tunggu lagi 6 bulan, baru Fayyra boleh minum.


View this post on Instagram

[SWIPE TO THE LEFT] . Trial pack Suffy bGenius dah sampai, terus bagi adik ipar try. Dah dia kata sedap, kite ambik full pack pulak 600g . Dah redeem trial pack? Limit 50 orang je tau! . Nak tau cara redeem? Baca sini https://ftndiana.blogspot.com/2019/01/dapatkan-susu-suffy-bgenius-untuk-si.html . #suffy #suffybgenius
A post shared by Lifestyle Blogger (@ftndiana) on Feb 1, 2019 at 11:21pm PST

Kalau dah cuba dan berminat untuk teruskan minum Susu bGenius, ibu ibu semua boleh beli susu bGenius dalam packaging 500g. Adik ipar FD ni memang sukakan Susu Suffy. Sedap sangat katanya!

Website : http://www.suffy.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SuffyMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/suffymalaysia

Assalamualaikum

Amboi, supermom tu. Macam tak layak je sebab tak rasa cukup super lagi 😂 tapi apa pun alhamdulillah sebab jadi salah seorang yang bertuah daripada 50 orang supermom. Thank you Sustagen! Terpilih untuk bulan November 2018 sebenarnya, terima parcel pada bulan Januari 2019.

Tetiba adik ipar kata, "Kak Patin, ada barang Kak Patin ni". FD pun dah pelik, barang apa punya besar gedabak ni. Tengok kotak, macam susu. Tapi tak ingat susu apa.
Bukak je kotak ni, baru teringat ada dapat email haritu.

Sampai termuncung muncung Fayyra tengok kotak kotak ni 😂

Rezeki Fayyra dapat susu percuma ni tapi tu lah, takbole minum lagi. Susu ni untuk baby 1 sampai 3 tahun je. Sabar ye dik, 7 bulan lagi boleh minum. Expiry date pun lambat lagi. Hehe




Assalamualaikum 😊

Alhamdullilah FD terpilih menjadi salah seorang tester bertuah dalam Home Tester Club. Produk yang FD terima adalah diapers Jolly Tots ComfyDri. FD terima diapers ni pada 12 November yang lepas. Kebetulan masa tu diapers Fayyra pun dah nak habis, macam tau tau je perlukan diapers 😂


Masa apply tu FD request size S sebab rasa masa tu Fayyra kecik lagi, tak perlu size M. Tak sangka pula masa terima produk ni Fayyra dah besar sikit, haha! Sebabnya tang peha dia, kena ambik size M. Tapi nasib baik lah cutting diapers ni besar. Memang lebar diapers ni. So tak perlu risau tak muat ke apa ke.

Sedikit info tentang diapers Jolly Tots ComfyDri:
Lampin bayi Jolly Tots diperbuat daripada 100% Superior Absorbguard yang diimport dari Jepun untuk penyerapan yang lebih banyak dan pantas. Lampin bayi yang sangat selesa ini juga padat dengan tambahan perlindungan kekeringan yang mampu bertahan sehingga 15 jam, agar si manja anda boleh bermain dengan aktif pada waktu siang dan tidur lena tanpa gangguan sepanjang malam. Kini tiada lagi kebimbingan tentang kebocoran kerana lampin bayi Jolly Tots mempunyai bahagian pelekat dalaman dengan sisipan automatik istimewa di bahagian tepi yang berukuran sehingga 3.5 cm bagi mencegah kebocoran pada bahagian tepi lampin.
Serlahkan keceriaan bayi anda dengan Lampin Bayi Jolly Tots untuk kekeringan dan keselesaan yang berpanjangan!


Packaging warna purple, diapers pun warna purple 💜


Corak haiwan yang comel di diapers Jolly Tots.

Kalau korang perasan ada garisan kuning kat bahagian bawah. Kat situ lah mommies boleh tengok kalau diapers anak dah penuh atau belum sebab garisan tu akan bertukar warna kalau diapers dah penuh atau berat. So mommies tak perlu la nak pegang nak rasa diapers anak tu berat ke ringan ke. Contoh garisan kuning bertukar warna kat bawah:


Magic! Garisan kuning akan bertukar warna hijau kebiruan gitu. Atau biru kehijauan? Entah lah, haha 😅
walaupun penuh, ianya tak bocor! Baby pun tak meragam sebab diapers tak rasa basah pun. Sebab tu baby selesa je tidur malam.


Fayyra selesa dengan diapers Jolly Tots ComfyDri.
Thank you Home Tester Club!


Assalamualaikum

Bagi setiap ibu yang meyusu badan atau biasa orang kata breastfeeding, mesti akan pening kepala fikir nak cari nursing bra brand apa yang okay dan selesa sambil menyusukan anak. Lagi lagi ibu newbie macam FD ni, hehe 🙈

Walaupun umur Fayyra nak masuk 4 bulan, FD masih lagi mencari nursing bra yang selesa. Yelah, nursing bra yang ada sebelum ni tak berapa nak okay. Bahagian belakang ternaik lah, position tak betul lah, macam macam lagi masalah.

Nasib baik FD jumpa nursing bra yang superb comfy! Nursing bra yang FD nak kongsikan ni dari Mamaway. Kat Mamaway ni jual macam macam tau. Yang pasti barang untuk ibu mengandung dan barangan untuk kegunaan baby lah gitu. Korang boleh tengok kat website Mamaway. Link FD sediakan dihujung entri.



Second Skin Seamless Maternity & Nursing Bra in Stripes

Ianya didatangkan dalam 3 pilihan warna.
Second Skin Seamless
Maternity & Nursing Bra
Orange,blue black and purple.



Walaupun nursing bra ni takde wayar besi untuk support buah dada, ianya masih ada effect lifting tau. Macam pakai push up bra gitu. Haa, faham kan?



Bahagian tepi boleh keluarkan padding dari bra.
Untuk pad bra kena cuci pakai tangan ye, jangan main campak dalam mesin basuh pulak 😂



Ada 4 barisan kancing, cangkuk or hook (taktau nak sebut apa, haha 😂) di belakang. So kalau tetiba rasa macam badan makin kembang ke, tak perlu risau dah lah. Plus, nursing bra ni sangat elastik. Seriously, sebab bra ni ada efek super stretch.

Second Skin Seamless
Maternity & Nursing Bra
Nampak tak efek super stretch?

Sebelum ni FD memang biasa pakai yang ada 2 cangkuk je sebab tak suka lebar lebar ni. Sejak guna nursing bra yang 3 cangkuk, baru lah tau kesan dia camne. Lebih selesa gitu. Dan part yang best tentang nursing bra dari Mamaway ni, kedudukan bra akan kekal sebagaimana awalnya kita pakai. Maksudnya bahagian belakang takkan terangkat naik bila dah lama kita pakai bra. If you know what I mean. Sebab FD biasa sangat ada masalah gitu. Kejap kejap ternaik bra kat belakang badan ni. So jadi tak selesa lah. Nasib baik dah jumpa bra yang memang support payudara dengan elok dan selesa.


Nursing bra dari Mamaway bukan biasa biasa tauuu. Kenapa? Sebabnya pernah terima Award Winning Bra in Australia dalam kategori Most Popular Maternity Bra.


Pada yang berminat nak beli barangan dari Mamaway, jangan lupa guna code MAMAWAY-FTNDIANA25 untuk nikmati diskaun RM25 dengan pembelian RM135 keatas.


Official website: https://my.mamaway.com/
Facebook fanpage: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Online shop portal;
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/mamaway1
Shopee: https://shopee.com.my/mamawaymalaysia
Motherhood.com.my: https://www.motherhood.com.my/brands/mamaway
Zalora: https://www.zalora.com.my/mamaway/
11Street: https://www.11street.my/store/mamawaymalaysia

Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    C.Rino by Carlo Rino Presents Its Latest Eyewear Collection with Two Everyday Sunglasses
    1 week ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maal Hijrah 1448H
    1 month ago
  • mimbar kata
    kau ada
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    7 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    10 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates