facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Assalamualaikum

Bila dengan adik beradik, memang unplanned always the best. Kali ni keluar dirancang cuma takde plan hala tuju dalam mall tu. Nak shopping ke, window shopping ke, takde. Jalan jalan dalam tu pastu tetiba rasa nak booking kat TGV and pap! Kita terus settle booking online and terus ke TGV.

Mula mula nak masuk tu Fatin cakap kat Fayyra; "kite nak tengok tv big tau Yaa", and dia respond "tv biggg, banyak mociiii (kerusi). So, I assume dia faham la nak bawak dia dgn adik tengok wayang.

Tak ingat bila kali terakhir tengok wayang. Yang pasti sebelum mengandungkan adik, memang lama sangat. 2 tahun lebih jugak rasanya lagi lagi start pandemic dulu. At first risau bebudak ni takleh nak selesa ke apa, sebab tu nak selamat kite pilih yang ada hall Beanie je.

Sebab kat hall Beanie ni seat dia boleh baring baring santai gitu. Sesuai la untuk kids. Only for kids yang behave and tak bising bising ya. Kang anak kau duk berlari terjerit jerit sana sini menganggu orang lain pulak.

Filem Uncharted mengisahkan tentang pewaris pengembara Sir Francis Drake, Nathan Drake, yang merupakan pemburu harta karun mendapat tahu mengenai El Dorado, iaitu sebuah kota emas di Amerika Selatan. Pencarian El Dorado menjadi kompetitif apabila pemburu harta karun lain turut mencari kota emas tersebut.

Barisan pelakon: Tom Holland, Mark Wahlberg, Antonio Banderas, Sophia Taylor Ali, Tati Gabrielle.


Layan Uncharted ni sebabkan hero dalam filem ni je yang sebenarnya. Trailer ke apa mana tengok, pakai redah je. Nasib baik lah seronok cite ni. Cite pasal 2 beradik, Nathan dan Sam; yang dari kecik memang buat keje keje curi benda bersejarah, and passion diorang. One day abang pada Nathan Drake ni terpaksa "lari" dari rumah. Lepas beberapa tahun, Nathan masih tak jumpa abang dia dan Sully ni kawan pada Sam, jumpa Nathan untuk offer 1 job. Masa tu lah  Ada part kelakar, part yang kite taktau nak trust sape. Memang syok. And macam ada sambungan sebab ending dia boleh agak dah yang orang tu masih hidup. Sape orang tu? Korang tengok lah sendiri. Memang best! Tak rugi nak layan.


Assalamualaikum :)

Jumaat baru baru ni FD tengok wayang dengan family. Gegirls sajo sebab abah tak minat benda camni. Abah sibuk dengan Forex malam tu. Kat Kuala Terengganu ni pula baru je bukak pawagam. Merasa la tengok wayang kat sini.

Mula mula pegi pukul 2 ke 3 petang camtu. Sekali tengok kat kaunter, gila weh. Beratur panjang sampai tiang ke tiga. Sangat sangat panjang. So FD decide untuk booking online. Website pulak macam hareeee. Slow nak mati and takbole nak booking. Rupanya server down. Bana dia. Sudahnya pergi tempat lain dulu settle apa yang patut and cari makan.

Pukul 9 malam macam tu pergi lagi kat LFS, line pendek je. Nasib baik. Tapi masalah seat pulak. Hampir full house kot. Sudahnya seat line ke dua. Depan screen sangat. Halahaii. Tengok je lah malam tu jugak. Nak tunggu hari lain entah bila.


2 kanak kanak, 2 dewasa. Kah! Kanak kanak lah sangat Darlina tu. Tapi cop 1 ticket je. Mekasih ye awak bagi kite save duit movie. Hehehe :'D


Synopsis:
An arrogant young prince and his castle's servants fall under the spell of a wicked enchantress, who turns him into the hideous Beast until he learns to love and be loved in return. The spirited, headstrong village girl Belle enters the Beast's castle after he imprisons her father Maurice. With the help of his enchanted servants, including the matronly Mrs. Potts, Belle begins to draw the cold-hearted Beast out of his isolation.


Jalan cerita ni ikut sebiji macam kartun. Watak Gaston tu kena sangat dengan muka pelakon dalam cite ni. Watak dia kira menjadi lah. So far cerita ni best. Cuma jangan tengok kalau tak minat banyak nyanyi ni. Semua fairytale memang ada nyanyi kan? Macam musical gitu. Kalau jenis taksuka, memang kau bosan lah tengok filem ni.
Mula mula jalan cerita tunjuk macam mana lelaki tu boleh brtukar jadi Beast. Memang nak furst dah sebab watak hero macam tak handsome! Hahaha. Serious tau, sebabnya dia makeup ye ye sangat. Eyeshadow, blusher and lipstick bagai. Nasib baik masa Beast bertukar jadi manusia balik tu muka dia not bad lah without makeup ni. Memang spoil lah kalau hero tak handsome kan :p
So moral dalam cerita ni don't judge a book by its cover. Walaupun takde rupa, still boleh jatuh hati kalau hati tu lagi cantik dari rupa paras. Gituuuu >,< and jadi manusia tu jangan sombong, berlagak. Dan cinta itu takboleh dipaksa ye sayang ;)

Few scene yang FD suka;

Dress Belle sangat sangat sangat cantik! ♥


Scene ni FD suka sangat! ♥


Katanya cerita ni kena postponed sebabkan ada scene gay but I didnt see that in this movie. Entah pape lah yang buat movie ni tayang lambat kat Malaysia. Elok je cerita ni cuma part kissing je lah. Si lilin tu je kuat romantik dengan si bulus tu.


Btw, servis Lotus Five Star ni tak bagus sebenarnya. Staff kena alert tau. 5 minit atau 10 minit sebelum movie habis, kena lah prepare kat pintu keluar. Ni buat orang tertunggu tunggu. Daripada dok tahan sejuk dalam panggung, terus jadi hilang sejuk tu. Panas je rasa. Harap staff Lotus Five Star Cinema ni boleh kasi servis elok lah. Jangan nama je five star. Kesian jugak bila tengok budak kecik dok menunggu sama.


Assalamualaikum :)

On 23rd January, kawan kite ada event. Kite pergi lah event dia, tanda support dari kawan kawan sekolah. Ihiks! She's my best buddy, Nina :)


Long time no see babe. Tak ingat last kite lepak sama bila.
Masa makan eksem Jipangi kot, kan? Hehe c(:

Oh btw, event tu untuk bebudak yang ambik art or design. Nina ambik multimedia and tu last sem dia. Dia hambek degree. Tak tau lah kot Nina nak sambung lagi ke tidak lepas ni. Sorry, gambar event tak banyak tapi gambar bebudak kitorang je banyak. Hehe :D



There you go!
Syamira, FD, Amin, Nina, Wardah and Anis.
Semua ni kawan sekolah. WEEEE~!

Lepas event, kite makan kat Mee Tarik. And then kite layan movie


The Boy;
A young American named Greta (Lauren Cohan) takes a job as a nanny for an 8-year-old boy in a remote English village. To her surprise, Greta learns that the child of her new employers is a life-size doll. They care for the doll as if it was human, which helps the couple to cope with the death of their own son 20 years earlier. When Greta violates a list of strict rules, a series of disturbing and inexplicable events bring her worst fears to life, leading her to believe that the doll is alive.

Review The Boy;
At first FD fikir memang patung ni hidup kenkonon macam Chucky tu. Rupa rupanya hampehhh ending dia. Psiko rupa-rupanya. Tapi kira okay la, kau ikut je apa patung tu nak. Nak main macam macam, kasi mandi lah, kasi tidur lah. Buat macam layan baby, haa cenggitu. Kalau tak ikut rules dia, habis kau!


Assalamualaikum! :)

Ini permulaan Januari yang best sebab kite dapat tix free! Hihi! Dah lama rasanya tak dapat free tix movie ni. Last merasa tix free ni cerita Sinister 2, August 2015.


Kite dapat tix movie Insidious Chapter 3. Last year dah tengok, tapi dapat tengok lagi lah untuk second time. Layankan ajeee daripada takde buat apa. Ihiks!


Sebelum movie start, kite layan perut dulu. Kesian kelaparan >,<


Oh ya, FD pergi dengan bespren. Naza :)


Malu malu pulak Naza c(:

Dah lah dapat tix free, pastu makanan dengan air pun free. Padahal baru je lepas makan time tu. Ah layankan aje lah weh. Dah nama pun rezeki, kan? Hihi. Alhamdulillah. Goodies bag pun kite dapat tau. Dalam goodies bag ada note book dengan tshirt.


Kite taknak review movie, tapi nak complain hall TGV kat Encorp Strand Mall tu, boleh tak? HAHAHA! Sebabnya rasa macam hall tu tak syok. Seat semua okay. It just hall tu dinding macam nipis ke camne? Sebab kite boleh dengar sound dari hall lain yang tayang movie lain lain ni. Sangat spoil okay!


Sinopsis Insidious Chapter 3;
When teenager Quinn Brenner (Stefanie Scott) senses that her late mother is trying to contact her, she seeks help from gifted psychic Elise Rainier (Lin Shaye). However, Elise's tragic past makes her reluctant to use her abilities. After Quinn is attacked by a malevolent entity, her father (Dermot Mulroney) pleads with Elise for help. With support from two parapsychologists, Elise ventures deep into The Further -- where she finds a powerful demon with an insatiable craving for human souls.


Review movie Insidious Chapter 3;
FD pun tak berapa ingat yang first and second dah layan ke belum. FD jenis suka terjun je. Terus layan sequel lain lain. Hehe. But overall best lah. Hantu dia creepy and gross. Geli doh! Yang pakai alat pernafasan tu. Dengan hantu yang tetiba muncul last sekali tu. Gilo. Berani sangat budak tu nak panggil mak dia dari alam lain tu. Haiyoo.



Assalamualaikum :)

Semalam kite paw air Boost kat adik >,<
Ajak kawan temankan.

Awek ni nama dia Adila ♥

Lepas dapat Boost, kite pegi One Utama pulak. Plan nak tengok movie. Tapi movie semua macam full pulak. Pi sana, makan then beli tix untuk malam

Ini Amin dan Adila :p

Ada lagi dua orang, tapi depa pergi smoking -,-

Movie pukul 11 malam, time tu pukul 6. So balik rumah, rehat kejap.
Ihiks! >,<

The 5th Wave
The human race stands on the brink of extinction as a series of alien attacks decimate the planet, causing earthquakes, tsunamis and disease. Separated from her family, teenager Cassie Sullivan (Chloë Grace Moretz) will do whatever it takes to reunite with her brother Sam (Zackary Arthur). Fate leads her to form an alliance with Evan Walker (Alex Roe), a young man who may be her last hope. Forced to trust each other, Cassie and Evan fight for survival as the invaders prepare a fifth assault.

Haa, kite tengok The 5th Wave. Jalan cerita dia not bad lah. Cuma boleh bagi 3 bintang dari 5 bintang. Frust sebab Evan mati T__T and ada certain scene yang diorang potong. Cerita dia buat nak nangis jugak la sebab si Cassie gigih nak cari adik dia kat kem tentera. sangat best lah part tu. Syahdu kejap. Hihi :p


Haa, sebelah Amin tu Zhariff. Lama tak update keluar dengan meon sorang tu kan >,<
Ini semua kawan sekolah menengah dulu. Reunion kecik gitu. Kah!


Kawan baiyekkk ♥

Thank you guys for last night
♥♥♥


Assalamualaikum :)

Bulan ni je dah 2 kali dapat tix movie free. Alhamdulillah, rezeki kan :)
Kali ni filem Sinister 2, sequel to Sinister.

Excited gila k bila dapat email dari TGV ni >,<

Done RSVP for 2 seat :)


Sinopsis Sinister 2;
Hiding from her abusive, estranged husband, Courtney Collins lives in a rural house with her 9-year-old twins, Dylan and Zach. Young Dylan receives nightly visits from ghoulish kids who show him disturbing images of families being slaughtered. It's all part of the grand plan of Bughuul, the evil spirit who recruits innocent children to murder their loved ones. The only hope for his intended new victims may be a former deputy who's familiar with Bughuul's fiendish work from the past.

Gigih gila lepas balik keje, siap siap suruh kawan ambik depan rumah, shot pergi KLCC terus. Sampai awal gila kot boleh nak pilih seat yang strategik sikit. Pegi kat kaunter je, dia kata masuk hall ni duduk je mana nak. Hampehh c(:

Jalan cerita dia best, puas hati lah sebab budak tu selamat jugak akhirnya cuma macam ada yang sangkut lagi je. Macam ada sambungan lagi je -,,-



Assalamualaikum :)

Wiwiwiwi! Kali ni kite dapat tix wayang cerita kartun okay! Tapi tak tengok dengan adik lah sebab hakak kat KL, hadik kat Kuala Terengganu nuuuun. Jauh sangat. So kite tengok dengan kawan kite je lah >,<


Inside Out

Riley (Kaitlyn Dias) is a happy, hockey-loving 11-year-old Midwestern girl, but her world turns upside-down when she and her parents move to San Francisco. Riley's emotions -- led by Joy (Amy Poehler) -- try to guide her through this difficult, life-changing event. However, the stress of the move brings Sadness (Phyllis Smith) to the forefront. When Joy and Sadness are inadvertently swept into the far reaches of Riley's mind, the only emotions left in Headquarters are Anger, Fear and Disgust.


Riley si manusia tu. Joy, Sadness, Anger, Fear and Disgust ni emosi Riley. Oh btw, FD dapat tengok cerita ni awal sehari dari tarikh tayangan. Kira premier gituuu :p

Cerita ni sangat lah seronok. Hampir nak menangis jugak lah sebab cerita ni pasal family, love. So so so so touched! Seriously. Joy ni sedaya upaya nak Riley seronok je, taknak sedih sikit pun. Tapi dalam hidup ni kena jugak ada rasa sedih, kan? :) tak best lah kalau asyik seronok je.


Assalamualaikum :)




When Tony Stark (Robert Downey Jr.) jump-starts a dormant peacekeeping program, things go terribly awry, forcing him, Thor (Chris Hemsworth), the Incredible Hulk (Mark Ruffalo) and the rest of the Avengers to reassemble. As the fate of Earth hangs in the balance, the team is put to the ultimate test as they battle Ultron, a technological terror hell-bent on human extinction. Along the way, they encounter two mysterious and powerful newcomers, Pietro and Wanda Maximoff.



Assalamualaikum! :)

Minggu lepas FD review The Maze Runner lepas tengok movie free haritu :p minggu ni review Into The Woods pulak ;)



Synopsis Into The Woods:
As the result of the curse of a once-beautiful witch (Meryl Streep), a baker (James Corden) and his wife (Emily Blunt) are childless. Three days before the rise of a blue moon, they venture into the forest to find the ingredients that will reverse the spell and restore the witch's beauty: a milk-white cow, hair as yellow as corn, a blood-red cape, and a slipper of gold. During their journey, they meet Cinderella, Little Red Riding Hood, Rapunzel and Jack, each one on a quest to fulfill a wish.


First time tengok movie sensorang je >,<

Lama gila dah FD nak tengok, tapi asyik tak sempat je. Ada jugak saje saje je ajak kawan tengok, diorang taknak sebab cerita fairytales and 90% menyanyi. Kiranya musical lah. Memang tak lah diorang nak layan jenis camni. FD excited nak layan movie ni pun sebab ada Anna Kendrick :p dalam panggung pulak 1 row tu FD sorang je. kah!

Starting movie dah start menyanyi, I Wish. Cinderella nak pergi majlis tari menari, Jack nak lembu dia keluar susu, the baker nak anak, Red Riding Hood nak jumpa nenek kat hutan. Pasal pasangan bakeri tu FD tak tau cerita asal tu macam mana sebab si suami ada adik perempuan yang kena culik dengan the witch tu. Kalau kite tengok disney punya, Rapunzel tu anak kerabat di raja. Pasangan bakeri tu kena sumpah sebab ayah si suami tu ada curi something kat kebun witch. Nak tau lebih lanjut, tengok la cerita ni. FD dah sediakan link untuk korang download. Happy watching!



Assalamualaikum! :)

Haa, mesti excited baca tajuk entri ni kan. Hihi! Ini cerita minggu lepas lah awakkk. FD dapat tahu tentang free screening ni pun dari bro Tarmizi, or well known as BBL (www.budakbandunglaici.blogspot.com). Itu pun nasib baik FD ternampak kat news feed Facebook. FD pun terus WhatsApp kawan, suruh dia print flyers kecil ni and tukar shift kerja dia on that date. Untung lah kawan kerja cyber cafe ni tau :p
Lepas tu FD bagitau cousin jugak pasal free movie ni. Dia gigih pergi first day, gerak ke NU Sentral dalam tengah hari. Balik balik je cousin kata tak pergi tengok sebab line panjang giler! Memang pack giler lah sebab movie free walaupun cerita yang dah ditayangkan sebelum ni.


Free Screening on 24th Jan to 28th Jan 2015 at GSC, NU Sentral
Movie:-
The Maze Runner
The Book of Life (3D)
Maleficent
Guardian of The Galaxy
Big Hero 6 (3D)
Left Behind
Interstellar
Mana Mau Lari
Don't Go Breaking My Heart
Kaththi
Aaranmanai

7 English, 1 Melayu, 1 Cina, 2 India.


FD gerak nak ke NU Sentral dari UIA, Gombak tu punya lah awal. Takut nanti tak sempat tengok movie. Dalam pukul 8 pagi gerak, sampai NU Sentral dalam 9 pagi camtu. Sampai sana je tengok line dah panjang. Kau ghaseeeeee? Beratur je lah FD dengan kawan sorang. Yang sorang lagi gerak lambat. Untuk wayang free ni, sorang boleh redeem 4 tiket je. Sooooo, kite redeem 8 tiket! Baru marathon 2 movie. Nasib baik tak tengok sampai 4 movie. Mau nye balik tengah malam kot haritu.


Kite tengok The Maze Runner & Big Hero 6!


Lepas dapat je tiket wayang free, kite breakfast dulu sambil tunggu kawan sampai kat NU Sentral. Tiket ada 8, tapi membazir 1 tiket sebab takde kawan lagi sorang. So tengok bertiga je lah.

First, kite tengok The Maze Runner!

Mula mula tengok macam tak paham sebab terlepas 5 - 10 minit lepas dah tayang dalam panggung. Geram gila! Then FD tanya lah kawan. Nasib baik lah dia pernah tengok movie ni. Rupa-rupanya pasal saintis buat game ni untuk uji manusia dalam ni. Maze ni saintis yang buat. Tak pasal pasal salah sorang saintis, (eh dua orang) tu termasuk dalam ujikaji ni. Tapi sesiapa yang masuk dalam glade tu, diorang hilang ingatan. Nama diorang sendiri pun diorang tak tahu. Setiap malam maze tu akan berubah hala tuju, tapi takde jalan keluar. Macam tetap terkurung dalam tu. Sesiapa yang masuk dalam maze tu, tak ada yang terselamat sebab ada sejenis haiwan or I dont know what that things is.

Hodoh giler makhluk ni, kan?

Ramai jugak yang mati disebabkan binatang pelik ni. Tapi cuma Thomas je yang berani bunuh binatang tu. Lepas dah bunuh, baru dia jumpa jalan keluar dari maze tu. Biasa lah bila ada hero, mesti ada yang dengki a.k.a. musuh. Tak kurang jugak ada yang sokong Thomas. Ada yang ikut Thomas cari jalan keluar, ada yang stay kat glade. At the end, bukan jalan keluar yang sebenarnya.
ERGHH! BENCI! ADA SAMBUNGAN UNTUK MOVIE NI!
TT_____TT

>>DOWNLOAD THE MAZE RUNNER FULL MOVIE<<



Big Hero 6 FD dah tengok, review kat sini
http://www.ftndiana.blogspot.com/2014/12/big-hero-6.html

Tapi kan, haritu tengok Big Hero 6 in 3D youuuuu! Wahahahaha! Gila excited sebab first time tengok movie in 3D. Time tengok Big Hero 6 ni tak membazir tiket sebab kawan FD akhirnya datang jugak. Dia macam pelik sebab kartun. Lepas habis tengok je, dia cakap "boleh tahan jugak eh cerita ni. ending dia pun hmm". Padahal ending dia sayu, taknak ngaku ler tu sebab dia laki. Laki kan ego. Eh? Tetiba :p

Okay, tu je untuk harini. Lepas ni ada entri pasal movie jugak. But most of people tak suka lagi lagi yang "too matured" :-/



Assalamualaikum! :)

Haritu FD kata nak review movie, kan? :D
Here we go!

Sinopsis Big Hero 6 2014
Filem animasi komedi dan aksi menampilkan sebuah kumpulan super hero yang mempunyai 6 orang ahli ini diadaptasi daripada komik Marvel berjudul sama. Big Hero 6 akan mengisahkan Hiro Hamada (suara oleh Ryan Potter) remaja genius di bidang robotik yang cuba menyelesaikan misteri kejahatan. Bersama rakan-rakannya dan robot ciptaannya bernama Baymaxx, Hiro menjadikan mereka sebagai Big Hero 6 dan bertekad membongkar kejahatan di San Fransokyo

Hiro Hamada, Baymax, Wasabi-No-Ginger, Honey Lemon, GoGo Tomagi dan Fred. Kesemua mereka telah diarahkan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membantu melindungi serta menyelamatkan rakyat di negara mereka dan menyelamatkan seluruh dunia.

Klasifikasi: NA
Genre: Aksi / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 13 November 2014
Bahasa: English
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Chris Williams, Don Hall
Pelakon: T.J. Miller, Maya Rudolph, Jamie Chung



Wasabi - Honey Lemon - Hiro - Baymax - GoGo - Fred


Movie ni best! Serious tak tipu. Cerita tentang Hiro yang kehilangan abang dia lepas this one some kind of show, bukan show lah. Tapi macam.. Alah! Tak reti ah nak explain. Tapi lepas Hiro tunjuk bakat dia dalam merekacipta ni lah. Untuk pihak uni or kolej tu nak pilih new student. Baymax ni keje dia merawat orang sepatutnya instead of tolong orang. Kira more to jaga lah. Lepas abang Hiro takde, kawan kawan abang dia and Baymax lah yang jaga Hiro. Then Hiro nak balas dendam atas kematian abang dia. Lepas tu Hiro start create some stuff untuk diorang ni ada special things. And Hiro ajar Baymax fight apa bagai tu semua. At the end, Hiro tak jadi nak balas dendam, tapi dia tolong orang tu, siapa orang tu? Korang tengok lah cerita ni. Memang tak rugi duit lah tengok. SERIOUSLY!!!! Budak budak pun ramai time tengok movie ni haritu.


Custom yang Hiro buat untuk kawan kawan dia :D

Scene ni FD suka! ^,^

How cute Baymax is? >,<

Pin Baymax ni FD mintak kat kawan. Dah dia asyik tayang aje kat FD, FD terus mintak. Mula mula dia tak bagi, jenuh sampai main kejar kejar kat KLCC haritu xD at last dia bagi jugak, as a gift he said. Konon! Dah kejar kejar baru kau nak bagi. Takpe, still terima :p
Patung tu comel! Pergi KLCC second time masa nak tengok Mocking Jay, baru ada patung tu. Haritu masa tengok Big Hero 6 takde pulak.



Assalamualaikum! :)

Last week turun KL lepas balik kampung kat Sabak Bernam. Family matters. On the way ke KL, sempat set time nak lepak dengan 'customer'. Well, now we're friends. Right? ;)

Gigih tak gigih lah kan time tu kira macam lewat jugak, tapi degil jugak nak lepak dengan kawan ni. Mak abah geleng kepala je la tengok anak dara diorang ni. Tak padan dengan penat (bukan kite yang drive pun, abah yang drive ;p). Padahal time tu dah pukul 5 petang ke 6 something gitu. Tak ingat sangat. Yang ingat hari Ahad kot. Hiks! >,<

And thanks to him too sebab dia still relax and sabar dengan FD sebab cara kitorang borak macam jadi tak jadi je nak jumpa, end up dapat jugak lah jumpa kan walaupun lewat.

Okay, first plan nak tengok The Rooms (ni dah tengok hari kemudian, nanti cerita next entry). Tapi The Rooms start 9 malam. Agak agak cerita 2 jam, dah tentu habis movie pukul 11 malam. Kau ghase? Nak naik train bas apa bagai tu lagi. Okay, entri dah mengarut. Patutnya review movie, ini dah lari tajuk. Peduli? Blog haku, haku punya suka lah! >:D


the-book-of-life-poster

Manolo, a young man who is torn between fulfilling the expectations of his family and following his heart, embarks on an adventure that spans three fantastic worlds where he must face his greatest fears.

Ini je sinopsis yang FD jumpa kat Google, KAH! xD


Cerita ni best!
Manolo, Joaquín dan Maria ni kawan baik sejak kecik. Manolo dengan Joaquín ni ada hati dengan Maria. Maria ni pencinta haiwan. Manolo sukakan music. Joaquín konon jaguh, suka fight fight ni.
1 hari masa hari apa tah, yang ingat orang dah mati ni la, La Muerte dengan Xibalba buat deal. If one of them menang, yang menang tu akan rule dekat kawasan orang yang diingati. Xibalba ni jahat. Main kotor. Xibalba bet Joaquín, La Muerte bet kat Manolo.
La Muerte kira macam ketua kat tempat roh yang diingati, Xibalba ni pulak yang sebaliknya, kat tempah roh yang dilupakan.
Maria kena tinggalkan kampung dia, belajar kat luar negara atas nasihat si ayah. Manolo dengan Joaquín tunggu kepulangan Maria dengan penuh sabar. Sementara tunggu tu, diorang tetap dengan minat masing masing sampai ke besar. Manolo minat music, tapi keturunan family semua jenis yang main dengan kerbau tu. Apa tah nama aktiviti tu. Sebelum aktiviti tu habis, Manolo kena bunuh kerbau tu. Tapi Manolo tak sanggup sebabkan Maria. Maria kan pencinta haiwan. Tengok haiwan kena kurung pun Maria tak sampai hati tengok inikan pulak kena bunuh. Dalam deal ni Xibalba yang menang. Macam mana boleh menang? Sila lah ke panggung yang berdekatan ye untuk tahu cerita lebih lanjut :p
FD banyak cerita skip skip, tak baik cerita bebanyak. Nanti spoil mood korang yang belum tengok cerita ni >,<



FD suka gila dengar semua lagu yang Manolo ni nyanyi. Korang search je kat Youtube. Memang best!
Always play from your heart - Maria


Takde gambar nge-date sebab masing masing malu first time jumpa :p

Sekian untuk entri kali ni xD



Assalamualaikum! :)

Sebelum ni ada cerita beraya dengan kawan [http://www.ftndiana.blogspot.com/2014/08/beraya-dengan-ex-classmate.html]and tengok movie. Baru ni ada masa nak review movie >,<



Synopsis Guardians of The Galaxy
Brash adventurer Peter Quill finds himself the object of an unrelenting bounty hunt after stealing a mysterious orb coveted by Ronan, a powerful villain with ambitions that threaten the entire universe. To evade the ever-persistent Ronan, Quill is forced into an uneasy truce with a quartet of disparate misfits-Rocket, a gun-toting raccoon, Groot, a tree-like humanoid, the deadly and enigmatic Gamora and the revenge-driven Drax the Destroyer. But when Quill discovers the true power of the orb and the menace it poses to the cosmos, he must do his best to rally his ragtag rivals for a last, desperate stand-with the galaxy's fate in the balance.

Pergi google translate kalau tak paham :p


Pilihan pertama masa decide nak tengok movie. Cite omputeh semua best best kot. Takde pulak lepas tengok movie tu jadi frust sebab ending tak best. Pernah tak?
Memula tengok macam pelik sebab Peter ni masa kecik tetiba ada something ambik dia. Tak pepasal lepas mak dia mati, dia membesar kat angkasa. Jadi penjenayah pulak. Lepas Peter ambik orb tu yang jadi kes besar. Sebabnya si Ronan jahat tu nak musnahkan apa tah, and nak takluk galaxy diorang. Bila nak jadi kes gitu, Peter gabung dengan penjenayah yang lain (yang asalnya nakkan orb tu jugak) untuk selamatkan galaxy diorang. Pretty cool, huh? Daripada penjayah, terus jadi penyelamat ;)



Peter Quill, or known as Paling kurang ajar but at same time lawak k! ;D


Zoe Saldana as Gamora
FD minat gila tengok semua lakonan dia! Adore her! ♥


And the most cutiest thing ever!

Groot! ♥♥♥
Apa yang dia cuma tahu cakap, "I AM GROOT!"
Cuma Rocket yang faham bahasa Groot.


Little Groot was toooooooo cute, isnt?! ♥
Too adorable! ♥♥♥


Overall cerita ni, kite bagi 4.5 bintang! :D

Akan ada sequel GOTG 2! >,<
Tapi lambat lagi lah. Tahun 2017 :D


Assalamualaikum,




Sinopsis Wawa Semput Full Movie
Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?




Wawa Semput, sebuah filem kesinambungan dari filem blockbuster Adnan Sempit menampilkan para pelakon kesayangan korang iaitu Yana Samsudin, Along Cham, Angah Raja Lawak dan Adiba Yunus di samping Kaza dan Mie Raja Lawak. Nantikan filem WAWA SEMPUT di pawagam 31 Januari 2013. Pandai-pandailah Lu Hidup Sendiri!!

Dalam trailer ni yang FD suka part minit ke 1:27 tu

Angah: Abang....
Along: Kakak...
Angah: Nak ke mane?
Along: Nak tumpang lalu...
Angah: Nak lalu, lalu lah...


Nak tengok wayang, memang tak lah kot. Melainkan kalau FD ada turun KL kot family ada apa-apa urusan kat KL ke. Kalau tak turun KL, tunggu cerita ni keluar kat internet je lah jawabnya. Tak sabar nak tengok! ^^


Assalamualaikum,

Semalam pergi One Utama, tujuan nak tengok wayang. Sebab kat Terengganu kan takde panggung wayang. Agak lame -___-

Tengok dengan adik perempuan aku je. Nak ajak kawan, busy and takde bajet. Kesian aku. Haha. 



Sinopsis: mengisahkan tentang seorang penulis novel kriminal bernama Ellison (Ethan Hawke) yang sedang berusaha untuk mencari idea baru untuk novelnya.
Dia dan keluarganya kemudian pindah ke sebuah rumah yang pernah berlakunya peristiwa pembunuhan. Ellison kemudian menemukan sebuah kotak yang berisi beberapa rakaman video keluarga tersebut ketika berlakunya kejadian pembunuhan itu.
Ellison mulai menyelidik misteri dibalik rumah tersebut dan menemui setiap pembunuhan berkait dengan kejadian mesteri Bughuul. Setelah itu Ellison dapati nyawanya dan keluarganya didalam bahaya.

Untuk sinopsis yang lain: 1 | 2 



Budak-budak yang hilang.



Seram weh tengok muka orang tu.


First aku tengok cerita ni, macam biasa-biasa je. Alaa, omputeh memang suka buat movie thriller yang banyak part mengejut. Seram tak banyak, mengejut yang banyak.
Buat pertama kali aku rasa ending cerita omputeh ni macam tak menarik. Tak tahu kenapa. Maybe sebab masa tengah-tengah tu aku dah dapat agak siapa pembunuh tu sebenarnya.

Tapi memang merepek lah kalau ada "pemakan budak". Seram oi! Sape tak takut kan? Memang lah aku bukan budak, tapi still takut.


Untuk korang yang nak tengok cerita ni, aku rasa tak tahu lah nak cadangkan ke tidak. So far aku rasa 3/5 bintang lah. Ngehehee :3

Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56!
    1 day ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M
    4 days ago
  • mimbar kata
    Bahasa Dalam Puisi
    3 weeks ago
  • .she's the camera maniac.
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
    2 months ago
  • My Mom's Best
    Malaysian Humanitarian Foundation collaborates with Teach for Malaysia to empower underprivileged students with leadership skills
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    4 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates