facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Assalamualaikum semua!

Saje la nak share dengan korang pengalaman Fatin buat rawatan kat Renora Clinic. Ye awak, klinik estetik. Bukan spa ye. Mula mula tu Fatin fikir spa sebab ada facial, rupanya aesthetic clinic. Bukan setakat ada servis rawatan kulit muka je tau, tapi siap ada rawatan laser, rawatan kulit kepala dan juga untuk slimming. Kalau spa tu untuk santai santai boleh la, tapi kat aesthetic clinic ni lebih fokus pada merawat masalah kulit. Ada beza ya medispa dengan klinik estetik.


Renora Clinic merupakan klinik estetik pertama yang beroperasi di Bandar Seri Permaisuri Cheras dan masih baru. Renora Clinic dimiliki oleh Dr Ruhil merangkap Dr yang merawat client di klinik ni jugak. Dr Ruhil bukan calang calang punya doctor tau sebab Dr Ruhil adalah doctor perubatan estetik bertauliah dan mendapat sijil Estetik Perubatan oleh Kementetian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, Dr Ruhil memperoleh Pascasiswazah dalam Dermatologi oleh Akademi Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (AFPM)

Kalau nak buat rawatan, better korang contact dulu staff Renora Clinic. Senang mereka nak adjust waktu yang sesuai untuk korang datang. Masa hari appointment tu nanti staff Renora akan remind korang semula.

Fatin tak familiar dengan kawasan Bandar Seri Permaisuri Cheras ni sebab jarang keluar. Nasib baik lah naik Grab je, mudah sikit nak jumpa Renora Clinic. And kalau korang nak tau, ramai orang yang bukan dari kawasan situ macam dari Bangi, Shah Alam, Klang yang datang buat rawatan, maybe mereka yang tinggal berdekatan taktau. Mana tau lepas baca blog ni boleh lah try usha usha kan. Lagipun tempat ni kira tengah tengah, so ramai yang dari pelbagai tempat yang datang.

Lepas daftar, kena scan muka pulak untuk tau apa masalah kulit muka ni. Fatin memang tau kulit muka ni ada masalah kulit kusam dan kering. Cuma taktau cara nak rawat tu. Beautician explain lepas analisis muka. Katanya kulit kusam, ada part yang kering teruk. Kena rajin apply moisturizer and sunscreen walaupun kita tak keluar rumah ya.

Settle bab analisis muka, kite jumpa Dr Ruhil pulak. Mula la sesi sharing ilmu tentang kulit muka ni. Fatin concern part muka ni ada macam biji biji. Dr kata Namanya milia. Milia ni bila kita tak buat skincare routin elok elok, akan timbul la milia ni. Ianya kantung minyak. Cara nak buang kena buat laser tapi Fatin takut masa tu, risau sakit 😆 maybe next time bila dah ada keberanian.

Lepas tu Fatin mintak dr check kulit kepala dan dr bagitau Fatin ada masalah scalp eczema. Scalp Eczema ni kulit kepala sensitif yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Dan dr bagi ubat untuk merawat masalah kulit kepala ini. Kat Renora ada rawatan untuk rambut gugur iaitu Injection hair growth factor pada kulit kepala. Tapi Fatin kena selesaikan masalah scalp eczema ini dulu sebelum buat rawatan hair growth factor kalau tak rawat masalah kulit kepala, injection hair growth ni pun takbole membantu masalah rambut gugur Fatin.

Luas ye dalam bilik rawatan ni. Bersih dan rapi tersusun semua barang. Tak sabar nak bersihkan muka dengan cara betul ni.

Mula mula beautician tolong cuci muka kita. Walaupun sebelum keluar rumah tu kite dah cuci, still kena buat lagi ye. Bukan kite nampak debu debu kat luar. Kemudian, langkah seterusnya buat radiofrequency. Radiorequency ni fokus untuk lifting dan tegangkan kulit. Maklum lah, kite dah hampir dalam fasa 30-an.
Lepas settle part menegangkan kulit, beautician buat facial massage pulak. Bukan badan je kena massage, muka pun kena massage tau. Ini untuk blood circulation, sangat sesuai untuk kulit kusam dan relaxing kalau stress. Memang rasa relax sangat masa massage ni, best!

Habis massage, next step buat extraction menggunakan mesin untuk exfoliate kulit mati dan smoothen skin. Masa beautician buat ni, rasa puas bila kite tau segala jenis kulit mati tu bakal tanggal dari kulit. Rasa sangat sangat bersih!

Yang ni part favourite Fatin sebab rasa sejuk sangat. Ini lah Snow Facial Namanya, padan lah sejuk macam snow. Snow facial ni untuk glowing dan soothing skin. Sangat sesuai untuk orang yang kulit kering macam Fatin. Dan, sesuai juga untuk mereka yang ada kulit eczema.

Next step kite ber-clay mask pulak. Ini untuk bersihkan pori pori yang tersumbat kat kulit muka, dan buang sel kulit mati. Secara tak langsung berikan kesan mencerahkan kulit.

Last step beautician sapukan moisturizer dan sunscreen kat kulit supaya kulit kekal lembap dan tak kering. Fatin belajar benda baru dari beautician tau. Katanya sunscreen ni boleh sapu  kat bibir jugak, takde masalah. Sebab bukan muka kite je perlukan perlindungan dari cahaya matahari. Bibir kite pun kena lindung jugak.

Lepas settle treatment, dr bagi produk untuk bantu merawat masalah scalp eczema. Stress tau rambut gugur, kepala rasa gatal gatal. Baru sekarang nak rawat sebab tak tahan sangat dah. Ketazon Shampoo tu kena pakai betul betul kena kulit kepala. Dan Hair Dr. tu kena sapu kat kulit kepala jugak lepas 2 minggu guna shampoo yang dr bagi ni.
Dan tak lupa juga Renora Sunscreen yang kite kena apply setiap 3 ke 4 jam ye. Buat macam pakai losyen tu lah, asal rasa kering je apply. Best sebab tak melekit!

Thank you so much Dr sebab kongsi ilmu tentang penjagaan kulit dan explain tentang klinik estetik. Korang kalau nak buat rawatan, Fatin suggest buat kat Renora Clinic je lah. Tak kisah la jauh ke apa, janji puas hati dengan servis dan layanan mereka. Jangan main redah pegi buat facial kat tempat yang Dr tanpa lesen. Kalau korang nak tau, kat Malaysia ni cuma 300 orang doctor je yang berlesen untuk bukak klinik dan untuk rawatan laser. Boleh tengok list dr yang ada lesen [DI SINI]
Korang yang ada Tiktok tu boleh la search Dr Ruhil sebab Dr banyak sharing ilmu dalam tu. Femes tau Dr Ruhil kat TikTok.

Lepas siap facial, rasa fresh and bersih sangat kulit muka. Puas hati sangat sangat!
Sekarang Renora Clinic tengah buat banyak promosi untuk Raya tau. Baik book slot [KAT SINI] cepat sebab rawat awal awal ni sempat la nak lawa masa Raya nanti. Raya ke tak, belakang kira. Janji kulit sihat dan cantik!

Alamat: R-UG-17, Kompleks Permaisuri Q, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin dari pukul 10 pagi hingga 7 petang. Selasa cuti.
Contact: 01160988315
Website: https://www.renoraclinic.com/
Facebook: https://facebook.com/renoraclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/renora_clinic/

Assalamualaikum dan haiii!

Mesti ramai yang nakkkk sangat kurus tapi tu lah, susah nak control makan. Nak senam pun tak konsisten. Dengan banyak benda nak kena handle lagi lagi yang bekerja ni. Kalau surirumah ni mungkin keluar jugak la peluh hari hari duk buat keje kat rumah sambil jaga anak lagi 😆

Pastu kena pulak jenis macam FD ni, nak jaga kulit muka pun kejap rajin kejap malas. Eh kuat betul lah penyakit malas ni, camne eh nak kasi hilang M ni 😂 tapii nasib baik lah FD jumpa produk yang kena jugak lah dengan tekak ni. Memang sedap dan kenyang. Dan tak menganggu penyusuan baby.

Manfaat Kur'Ding:
KURDING MEMBANTU UOLLS 
• Membuang toxin dalam badan (detox)
• Mencantikkan kulit
• Mencerahkan kulit
• Meningkatkn energy/memberi tenaga.
• Membantu prosess pencernaan
• Menurunkn nafsu makan
• Mengenyangkan lebih kurang 4 hingga 5 jam
• Membantu proses pereputan lemak dan kolestrol
• Mengatasi masalah diabetis
• Melancarkn pembuangn air kecil dan besar
• Atasi masalah sembelit!
• Menurunkan tahap kolestrol
• Melembapkan kulit
• Mengempiskan perut
• Meningkatkan memori



Kur'Ding Coffee:
• Menurunkan berat badan seawal satu sachet (testimoni proven)
• Mengurangkan selera makan
• Melawaskan sistem pembuangan
• Membuang lemak berlebihan
• Mencerah dan mencantikkan kulit
• Memberikan tenaga yang maksima seharian
• Membersihkan toksin dalam badan
• Berfungsi sebagai detoks
• Mengandungi bijirin untuk mengenyangkan sehingga 8 jam

Cara minum KurDing COFFEE
• minum pada waktu pagi. Bancuh 1 sachet bersama 120ml air panas. Kalau tak suka tekstur pekat, boleh bancuh dengan 190ml air ye. Pastikan minum setengah jam sebelum sarapan pagi dalam keadaan perut kosong! Tolong alert:
-berfungsi untuk mengeyangkan perut, menguruskan badan, mengawal selera makan. clear toxin dalam badan.
• selepas setengah jam baru boleh breakfast.



Kur'Ding Chocolate:
• Mengatasi masalah sembelit
• Menaikkan metabolisme badan
• Membantu menguruskan badan

Cara minum KurDing CHOCO:
• Minum pada waktu malam kerana ia berfungsi untuk melawaskan dan membuang makanan harian yang kita makan. Clear TOXIN dalam badan dan singkirkan lemak. Minum sebelum tidur ya!
• Bancuh 1sachet dengan air panas. Boleh letak ais kalau nak minum sejuk.
• Berfungsi 8-9jam. Selepas minum akan membuang dengan lawasnya. InsyaAllah. So boleh bajet mase kalau sesiapa yang bekerja

TIPS KURUS
• PENIMBANG
wajib ade penimbang. Sebelum, semasa dan selamanya guna timbang yang sama ya. Jangan sekejap guna yang Mydin, sekejap yang Giant 🤣 sebab setiap penimbang tak sama. Timbang berat sebetulnya adalah selepas membuang  dan sebelum makan dan minum apa apa pun. Sebab itu adalah timbangan yang tepat. AWAL PAGI. So sebelum start pastikan timbang dulu baru lah minum air KURDING.
• MAKAN NASI ikut portion sedikit. Nasi segenggam. SUKU SUKU SEPARUH. Lebihkan sayur ulam ulaman dan lauk. Sebelum makan, minum air suam dulu. Sebab bila dah minum akan rasa kenyang dan makan pun akan jadi berkurang.
• MAKAN BUAH buahan kalau rasa lapar. Terutamanya epal hijau. Boleh makan buah tembikai jugak sebelum makan nasi sebab buah tembikai akan buat kita cepat kenyang. 
• Jangan tak makan langsung pulak tau. Wajib makan! Sebab kekadang ade orang yang bila tak makan nasi, metabolisme dia jatuh. So that bila metabolism rendah, memang susah nak kurus. 
• WAJIB minum air 3liter sehari. WAJIB ade botol sorang satu ya! Kalau boleh botol 1LITER ke atas. Ni jadual awak perlu ikut kalau nak disiplin. Pagi 1liter 7 pagi hingga 11pagi, petang 1liter lagi dari pukul 12 tengahari hingga 5 petang, malam pulak 1liter pukul 6petang sampai lah 10 malam. Disarankan minum air suam.Tak digalakkan minum ais ya. Kalau boleh skip dulu ais. Kata nak kurus kannn.
• SENAMAN
Nak turunkan berat badan harus keluarkan peluh. Kemas rumah dan kekal aktif sepanjang hari.

WARNING
Pastikan makan malam sebelum pukul 8 malam ya. Set mind nak kurus tak boleh makan lewat nanti makanan tak susah nak hadam bila kita tidur lepas makan!
Makan yang ringan2 je la. Salad ke sedap jugak. Kalau nak makan nasi pastikan ikut portion.

PANTANG LARANG
CAFFIEN,AIR GAS,AIR KELAPA
Untuk baru nk comsume elakkan dulu ya.AIR MANIS DAN AIS pun silalah bertaubat.hehe Kurangkan yaa.

JANGAN STRESS! Relax2 je, jangan terlalu obses bila tak turun berat tak loss inci awak akan stress. Bila stress, metabolism pun turun. Badan kita lain2 ya. Positif dan diet sihat insyaAllah.
PASTIKAN TIDUR YANG CUKUP. INSYAALLAH FOLLOW THE FLOW and you will get the best result !
GOOD LUCK!


HARGA
• TRIAL PACK RM18 
2 choco 2 cofffe

• RM39/box
• RM78 per set (2box)
10 sachet per box
OFFER RM69 je awak untuk 1 set. Jimat RM9

Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Penghantaran seluruh Malaysia dan COD sekitar Kuala Terengganu

Contact:
http://www.wassap.my/60135119123

Antara testimoni customer yang mengamalkan Kur'Ding


Assalamualaikum


Rasanya mesti dah ramai kenal dengan produk Kitsui ni, kan? Atau ada yang masih belum kenal? Kalau belum, jom baca post ni sampai habis. Yang dah tau pun boleh baca kot ada yang belum tahu tentang kebaikan produk ni, kan?


Kitsui ni produk tempatan dan dah ada di pasaran lebih 20 tahun. Produk Kitsui diyakini selamat dan tidak merbahaya untuk kesihatan sebab semua produk telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal. Malah produk Kitsui telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum dipasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi Watson dan Guardian yang terkemuka di Malaysia.




Produk Kitsui hanya menggunakan bahan bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai diamalkan oleh golongan wanita dan lelaki. Produk Kitsui adalah makanan tambahan, bukannya ubat ubatan kerana bahan utamanya terdiri daripada sayur sayuran dan buah buahan dimana ia memberikan nutrisi dalam badan kita.

Ianya tidak merbahaya untuk kesihatan kerana produk Kitsui bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik, dan bahan terlarang yang boleh menganggu hormon dan kesihatan badan.

Sekarang, FD nak share dengan korang produk yang jadi pilihan Watson dan Guardian di seluruh Malaysia. Tak lupa juga ianya pilihan FD sendiri

Korean Whitie Plus Tomato
Ianya kaya dengan Vitamin A, C dan zat besi yang dapat membantu kulit kusam dan berminyak menjadi lebih bersih dan berseri. Bahan utama dalam produk ni dah tentu lah tomato, tengok pada nama produk ni; Korean White Plus Tomato. Ia dikenali sebagai raja antioksida dan dilabel sebagai SUPERFOOD oleh Times Megazine. Selain tomato, ia turut mempunyai camu camu yang juga kaya dengan antioksida dan mampu meningkatkan pembentukkan kolagen dan menjadikan kulit lebih cerah dalam tempoh 7 hari.


Kitsui Belloss Fiber 
Yang ini sesuai sangat untuk yang ada masalah sembelit sebab Kitsui Belloss Fiber ni berfungsi untuk mengekalkan kecergasan dan membantu masalah pencernaan. Bahan dalam produk ni adalah epal, kiwi, oren, avocado, tomato, lemon, nenas dan sena. Semua bahan ni mempunyai serat yang tinggi. Jadi, ianya membantu mengelakkan masalah perut buncit dan kegemukan.
Berikut adalah bahan utama dalam Belloss Fiber
• Acacia Gum – mengandungi serat prebiotic yang mengekalkan sistem usus serta melancarkan sistem penghadama 
• Apple – Mengandungi Catechin –yang membantu meningkatkan kadar metabolism badan 
• Senna mengandungi Sennosides yang membantu merangsang pergerakan usus 
• Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas pula buah-buahan yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang mengekalkan tahap hidrasi dalam tubuh badan

View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Lifestyle Blogger 🇲🇾 (@ftndiana)

Paling bagus tentang Kitsui ni ianya di paket dalam bentuk sachet, bukan dalam botol untuk kita skop satu satu. Jadi, ianya terjamin bersih dan tidak terdedah pada bakteria. Selain dari tu, mudah untuk kita bawa kemana sahaja tanpa perlu pening kepala masa packing nak letak botol besar kat mana. Dah tentu makan ruang juga, betul tak?

So, kalau korang berminat untuk mencuba produk Kitsui, boleh dapatkan di farmasi Watson dan Guardian yang berdekatan atau tak perlu keluar rumah masa pandemic ni, beli secara online di Shopee.
Shopee: https://shopee.com.my/kitsui.my.hq
Jangan lupa masukkan kod “KITSKULIT” dan dapat diskaun sebanyak 12% di KITSUI MALL.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari dilaman web dan laman sosial dibawah:
Website : https://kitsui.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/kitsuimalaysia
Tik Tok : https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy

Assalamualaikum 😊

Ramai dah cuba Cosmoderm Perfect Balanced dan dah tentu lah FD sendiri taknak lepaskan peluang untuk cuba jugak sebab tengok banyak feedback positif. Perfect Balance adalah keluaran terbaru dari Cosmoderm dan ada 2 bahan utama dalam produk ini

Prebiotics dikenali sebagai makanan pada Bakteria Baik untuk micro skin eco-system yang dapat membantu
  • Merangsang pertahanan semulajadi kulit
  • Meningkatkan seri pada kulit
  • Dan memastikan mikrobioma kulit anda seimbang

Calamine digunakan untuk soothingkan kulit sambil
  • Melegakan kegatalan dan iritasi pada kulit
  • Mengurangkan minyak dan kemerahan kulit
  • Dan juga meredakan kesan sunburn pada kulit


Cosmoderm Perfect Balanced

Untuk satu set lengkap Cosmoderm SkinLab Perfect Balance ada 4 item iaitu:
1. Perfect Balanced Foaming Cleanser
2. Perfect Balance Toning Lotion
3. Perfect Balanced Soothing WOW Cream
4. Perfect Balanced SunMilk


Yang bagusnya, ianya dah tertulis nombor pada setiap item dan mudah untuk kita gunakan mengikut langkah yang betul. Packaging pun comel tema merah jambu.

COSMODERM PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER (RM29.90)
Diformulasikan untuk semua jenis kulit. Perfect Balanced Foaming Cleanser adalah langkah pertama untuk kulit sihat dan menenangkan. Ianya membersihkan pori secara mendalam dan membersihkan kulit, juga menenangkan kulit kemerahan.

COSMODERM PERFECT BALANCE TONING LOTION (RM45.90)
Langkah kedua dan terpenting dalam rutin penjagaan kulit muka untuk dapatkan kulit sihat dan cantik. Dengan PREBIOTICS dan CALAMINE, ia membantu melegakan dan menenangkan kemerahan kulit sambil menyerapkan pada kulit. Ia juga mengembalikan kulit semulajadi yang berkualiti dan menghalang iritasi dan rasa tidak selesa.

COSMODERM PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM (RM65)
Ini pula langkah ke tiga dalam skincare routine untuk kulit sihat. Tapi yang ini pakai waktu malam je. Dengan 30,000ppm prebiotics dan calamine, ia membantu melegakan sementara mengurangkan cela pada permukaan wajah. WOW adalah singkatan untuk teknologi Water-in Oil In Water, dan mempunyai Triple Moisture Boost Complex dimana ia membantu mengembalikan kelembapan kulit.

COSMODERM PERFECT BALANCED SUN MILK SPF25PA+ (RM65)
Last step untuk guna pada waktu siang. Mengandungi nutrisi seperti vitamin dan mineral yang membantu melegakan sunburn dan kulit kering dan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Tambahan lagi, ia juga meningkatkan perlindungan pada permukaan kulit daripada tekanan persekitaran.


Website: https://www.cosmoderm.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/

Assalamualaikum 😁

Rasanya mesti ramai yang mencari produk untuk putihkan gigi, betul tak? Yelah, ada je orang yang tak yakin nak senyum lebar tunjuk gigi kalau ada masalah gigi kuning. Bukan orang yang merokok je ada masalah gigi kuning ni, ada banyak punca gigi kuning antaranya sebab;
  • tidak menjaga kebersihan oral dengan betul.
  • faktor usia yang semakin tua antara salah satu proses penuaan.
  • menghidapi penyakit yang menjejaskan enamel atau rawatan tertentu seperti kemoterapi atau radiasi yang digunakan untuk merawat kanser.
  • pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik, doksisiklin dan tetrasiklin boleh menggelapkan gigi. Sesetengah antihistamin, ubat untuk tekanan darah tinggi dan ubat antipsikotik juga boleh mengubah warna gigi orang dewasa. Minta nasihat doktor anda tentang kemungkinan kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang atau akan ambil.
  • genetik keluarga gigi kuning 


So FD nak kenalkan korang dengan produk Whitekish Magic Charcoal yang akan bantu korang atasi masalah gigi kuning dan tak bersih. Whitekish Magic Charchoal menggunakan formulasi Jepun dan diperbuat dari 100% kulit kelapa organik tanpa bahan kimia tambahan. Ini membantu mendapatkan gigi lebih putih dan bersih dengan menyerap bakteria dan "Food Chemicals".

  • Kelebihan Whitekish Magic Charcoal
  • memutihkan gigi
  • menghilangkan bakteria yang menyebabkan mulut berbau
  • menghilangkan plak dan tartar terutamanya pada perokok tegar
  • menuetralkan tahap ph dalam mulut
  • tiada bahan kimia yang menghakis
  • kesan seawal seminggu penggunaan secara konsisten

Whitekish dapat membantu masalah
  • gigi kuning
  • tartar
  • plak
  • mulut berbau

Cara penggunaannya sangat mudah! Celupkan berus gigi ke dalam serbuk arang dan gosok gigi dengan perlahan sekurang kurangnya 5 ke 10 minit. Kemudian kumur dengan air bersih. Gunakan 2 kali sehari secara konsisten selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Lepas dah puas hati dengan result, boleh gunakan Whitekish ni seminggu dua kali je.


Ini feedback dari FD sendiri. Baru sekali guna dah nampak perubahan walaupun sikit. Bayangkan kalau lepas guna seminggu atau sebulan? Confirm putih bersih je gigi. Nak bergambar tunjuk gigi pun lebih yakin lepas ni. Selain memutihkan gigi, FD sendiri perasan yang masalah mulut berbau pun dah kurang. Alhamdulillah, lega sangat bila jumpa produk yang dapat selesaikan masalah kite ni.


Dengan setiap pembelian Whitekish yang bernilai RM89 ni korang akan dapat berus gigi ni jugak tau. Berus gigi tu asalnya warna putih, lepas guna baru teringat nak ambik gambar 😅


Btw Whitekish ada buat set combo tau. Harga combo RM65 daripada harga asal RM233, jimat sebanyak RM168. Apa yang korang akan terima dengan harga kombo Whitekish?

2 x Whitekish Magic Charcoal
1 x berus gigi
1 x pouch bag

So, baik grab set kombo. Sambil tu boleh join Contest Lucky 12. Beli & Menang Apple iPhone 12 Bernilai RM4,099. Anda layak sertai peraduan dengan setiap pembelian kombo Whitekish selama peraduan ni masih berjalan dari 1 Disember hingga 31 Disember 2020. Good luck pada yang join!


Website: https://www.whitekish.com/

Berminat?
CALL/SMS/WHATSAPP :0178898878
#Whitekish #WhitekishJm #Jamumall #WhitekishFeedback


 Assalamualaikum semua!

FD rasa excited sangat nak share dengan korang pasal benda best ni. Lagi lagi benda yang memang semua orang tau khasiat dan kebaikannya untuk semua orang. Ye, semua! Sebab sesuai untuk bayi sehingga lah orang yang berumur.


Produk terbaru keluaran D'Aura iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil atau nak lebih ringkas kita sebut je AVCO. Biasanya kalau kita beli minyak kelapa lain tu memang kuat baunya kan. Tapi yang ni wangi tau tapi jangan risau, ianya campuran yang tak akan menjejaskan khasiat minyak kelapa dara.

Kandungannya 99% minyak kelapa dara dan cuma 1% je ekstrak tumbuhan semulajadi. Takde bahan terlarang ye. Semuanya natural 100%! Sebab tu jadi wangi tau. Ianya didatangi dalam 2 jenis bauan:
Floral Fresh
Morning Dew


Banyak sangat khasiat minyak kelapa dara ni tau. Kiranya untuk 1 produk ni, boleh guna untuk semua.

Khasiat AVCO:
1. Melembapkan kulit muka, tangan dan bibir
2. Merawat masalah keguguran rambut
3. Anti penuaan
4. Boleh dijadikan makeup remover
5. Melebatkan dan menyerikan rambut.
6. Mempercepatkan penyembuhan luka.
7. Mengurangkan parut jerawat atau luka.
8. Sesuai untuk ibu hamil atau yang dah bersalin
9. Bertindak sebagai tonik rambut
10. Sesuai untuk yang ada masalah eczema dan alergik.



Alhamdulillah, dah jumpa penyelesaian masalah rambut kusut anak. Maklum lah, rambut jenis kerinting ni memang susah sikit nak handle. Kena selalu sikat hari hari. Kalau tak, memang serabut lah. Lepas guna AVCO ni, tiap hari Fayyra mintak sapukan pada rambut dia. Dia pun suka sangat. Dah lah rambut makin cantik, sihat, wangi pulak tu.

Sedikit info tentang minyak kelapa dara;
Minyak kelapa dara ni boleh membeku tau kalau korang letak kat tempat yang sejuk. Kalau nak tekstur dia kembali pada asal, letak dalam suhu bilik atau rendam dengan air yang hangat. Jangan risau, khasiatnya masih ada. Takkan terjejas sikit pun.

Banyak kan khasiat untuk sebotol AVCO ni? Dah boleh jimat duit poket sebab tak perlu nak beli 3 ke 4 barang untuk lain lain kegunaan. 1 botol boleh guna untuk semua. Sebotol ni pun harganya murah sangat, cuma RM22.90

Kalau berminat nak dapatkan produk D'Aura, boleh lah tengok di website atau laman sosial media rasmi D'Aura

Website: https://daura.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/daura.hq.official
Instagram: https://instagram.com/daura_hq
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCFp2NyymsNTLkKFzwltg4Fg/


Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    Lama Tak Menulis Bukan Sebab Writer's Block Tapi Kerana Kekangan Masa
    3 weeks ago
  • mimbar kata
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    5 weeks ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maal Hijrah 1448H
    4 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    10 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates