Tujuh sifat lelaki dan wanita

by - February 25, 2012




Lelaki
  1. Semua lelaki sangatlah sibuk.
  2. Walaupun mereka sangatlah sibuk, mereka masih ada masa untuk perempuan.
  3. Walaupun mereka ada masa untuk perempuan, mereka sebenarnya tidak kisah tentang perempuan mereka.
  4. Walaupun mereka tidak kisah tentang perempuan mereka, mereka sentiasa paling kurang ada seorang di sisi mereka.
  5. Walaupun mereka sentiasa paling kurang ada seorang di sisi mereka, mereka sentiasa mencuba nasib mencari yang baru.
  6. Walaupun mereka sentiasa mencuba nasib mencari yang baru, mereka akan mengamuk jika perempuan mereka tinggalkan mereka.
  7. Walaupun perempuan mereka sudah tinggalkan mereka, mereka masih tidak belajar dari kesilapan dan sentiasa bersemangat mencuba nasib mencari yang baru.



Perempuan
  1. Benda paling penting untuk perempuan adalah kestabilan kewangan.
  2. Walaupun kestabilan kewangan itu penting bagi mereka, mereka masih lagi keluar membeli belah barangan berjenama mahal.
  3. Walaupun mereka sentiasa membeli barangan berjenama mahal, mereka sentiasa merasakan yang tiada pakaian mereka tidak pernah cukup.
  4. Walaupun mereka sentiasa merasakan yang pakaian mereka tidak pernah cukup, mereka sentiasa berpakaian cantik.
  5. Walaupun mereka sentiasa berpakaian cantik, mereka tetap menganggap yang pakaian mereka hanyalah umpama kain buruk.
  6. Walaupun mereka tetap menganggap yang pakaian mereka hanyalah umpama kain buruk, mereka tetap mengharap lelaki untuk memuji-muji mereka.
  7. Walaupun mereka tetap mengharap lelaki untuk memuji-muji mereka, bila dipuji dengan seikhlas hati, mereka tetap tidak percaya.

#Entry ni gua copy dari SINI. Siap minta izin lagi tau! Tuan punya blog tu pun bagi je gua copy entry ni. Muehehe :3
##Gua rasa semua point tu betul kot. Tapi bukan untuk semua orang. Cuma segelintir sahaja, kan? ;)


Bye! :)

You May Also Like

6 comments