Choc Moist Mini Cupcake
Assalamualaikum! ♥
Since last week ada yang minta resepi dari FD lepas FD post gambar choc moist mini cupcake, baru sekarang FD dapat share dengan korang. Sorry ye lambat! >,<
Sebenarnya bahan dia simple gila! Tepung pulak korang boleh dapatkan di kedai bakeri yang jual bahan bahan buat kek , kuih dan seangkatan dengannya :p
1 pack tepung tu cuma berharga RM6-7 something gitu. Murah je, kan?
Bahan bahan:
1 pack (500 gram) tepung choc chip / choc moist cake
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan air masak
Cara-cara:
Masukkan semua bahan tadi dalam 1 mangkuk atau bekas besar.
Kemudian, gaul sehingga sebati.
Sambil gaul bahan bahan tu, panaskan air dalam periuk kukus. YES! Kita kukus je. Simple :)
Sementara nak tunggu air mendidih dalam periuk tu, kite masukkan dapat setiap bekas cupcake (FD guna bekas kecik yg selalu buat untuk kuih je)
Dah siap letak semua bekas, kite kukus semua ni! :D
Tak sampai 5 minit dah kembang dah pun. Siap dah :D
Jangan pulak korang kukus sampai setengah jam, lain pulak jadinya kang :p
Nampak choc chip yang timbul tu? Yummy! :D
1 paket tepung tu korang boleh dapat lebih dari 50 mini cupcake mungkin?
Bergantung pada size bekas cupcake / muffin tu :)
FD saje over letak whipped cream.
Macma ni ha rupa whipped cream tu.
Korang boleh beli kat pasaraya yang terdekat ye :D
So berakhir lah sudah resepi mini cupcake yang comel lote ni :p
5 comments
Thanks for the recipe :) tak sabar2 Sya nak cuba buat.. nampak sedap je tu dah lah Sya ni hantu choc moist ni xD
ReplyDeletewahhhh dapnye. Nak try ah nanti! hehe
ReplyDeletenak try nanti..tq FD share resipi.. :)
ReplyDeleteLetak whipping cream plus sos coklat,,,yummy...kretif fd...
ReplyDeleteheee instant mini cupcake ! suka suka..nanti nak try
ReplyDelete