Review Movie: The Book of Life
Assalamualaikum! :)
Last week turun KL lepas balik kampung kat Sabak Bernam. Family matters. On the way ke KL, sempat set time nak lepak dengan 'customer'. Well, now we're friends. Right? ;)
Gigih tak gigih lah kan time tu kira macam lewat jugak, tapi degil jugak nak lepak dengan kawan ni. Mak abah geleng kepala je la tengok anak dara diorang ni. Tak padan dengan penat (bukan kite yang drive pun, abah yang drive ;p). Padahal time tu dah pukul 5 petang ke 6 something gitu. Tak ingat sangat. Yang ingat hari Ahad kot. Hiks! >,<
And thanks to him too sebab dia still relax and sabar dengan FD sebab cara kitorang borak macam jadi tak jadi je nak jumpa, end up dapat jugak lah jumpa kan walaupun lewat.
Okay, first plan nak tengok The Rooms (ni dah tengok hari kemudian, nanti cerita next entry). Tapi The Rooms start 9 malam. Agak agak cerita 2 jam, dah tentu habis movie pukul 11 malam. Kau ghase? Nak naik train bas apa bagai tu lagi. Okay, entri dah mengarut. Patutnya review movie, ini dah lari tajuk. Peduli? Blog haku, haku punya suka lah! >:D
Manolo, a young man who is torn between fulfilling the expectations of his family and following his heart, embarks on an adventure that spans three fantastic worlds where he must face his greatest fears.
Ini je sinopsis yang FD jumpa kat Google, KAH! xD
Cerita ni best!
Manolo, Joaquín dan Maria ni kawan baik sejak kecik. Manolo dengan Joaquín ni ada hati dengan Maria. Maria ni pencinta haiwan. Manolo sukakan music. Joaquín konon jaguh, suka fight fight ni.
1 hari masa hari apa tah, yang ingat orang dah mati ni la, La Muerte dengan Xibalba buat deal. If one of them menang, yang menang tu akan rule dekat kawasan orang yang diingati. Xibalba ni jahat. Main kotor. Xibalba bet Joaquín, La Muerte bet kat Manolo.
La Muerte kira macam ketua kat tempat roh yang diingati, Xibalba ni pulak yang sebaliknya, kat tempah roh yang dilupakan.
Maria kena tinggalkan kampung dia, belajar kat luar negara atas nasihat si ayah. Manolo dengan Joaquín tunggu kepulangan Maria dengan penuh sabar. Sementara tunggu tu, diorang tetap dengan minat masing masing sampai ke besar. Manolo minat music, tapi keturunan family semua jenis yang main dengan kerbau tu. Apa tah nama aktiviti tu. Sebelum aktiviti tu habis, Manolo kena bunuh kerbau tu. Tapi Manolo tak sanggup sebabkan Maria. Maria kan pencinta haiwan. Tengok haiwan kena kurung pun Maria tak sampai hati tengok inikan pulak kena bunuh. Dalam deal ni Xibalba yang menang. Macam mana boleh menang? Sila lah ke panggung yang berdekatan ye untuk tahu cerita lebih lanjut :p
FD banyak cerita skip skip, tak baik cerita bebanyak. Nanti spoil mood korang yang belum tengok cerita ni >,<
FD suka gila dengar semua lagu yang Manolo ni nyanyi. Korang search je kat Youtube. Memang best!
Always play from your heart - Maria
Takde gambar nge-date sebab masing masing malu first time jumpa :p
Sekian untuk entri kali ni xD
3 comments
macam best ja..hehe..nanti tempek lah gambar ngedate,nak tengok.. ^_^
ReplyDeletemacam best je
ReplyDeletenk tengok sgt cte ni...en husband kite dah geabng2 dah....haishh xleh jdi ni... :D
ReplyDelete