KL Mega YES 2014
Assalamualaikum :)
Dua minggu lepas FD turun KL. Saje jenjalan dengan jumpa kawan lama. Tapi sebab utamanya nak pergi fest kat KL je >,< and yes, firstly pergi KL Mega YES kat Kuala Lumpur Convention Centre Exhibition Hall 6 (14th-16th November 2014)
FD pergi hari sabtu dengan cousin, then gerak dengan kawan dari Gombak. Kat KLCC jumpa encik BF pulak. Sampai kat KLCC, beli tiket wayang dulu. Mula mula plan nak tengok cerita lain, sudahnya layan Big Hero 6. Si BF (Arel) dengan kawan (Yoga) dah buat muka pulak bila kite cakap nak tengok cerita kartun, hihi! xD tapi ikut jugak tengok, takbole nak buat apa dah. Yang movie ni nanti kite review kat next entry, okay? ;)
*gambar dari FB Yoga*
Lepas beli tiket, Arel ikut Yoga pergi mana tah. Diorang tak sanggup nak teman pergi fest tu kot. Yoga awal awal lagi dah cakap kat Arel, "mampos lah kite Rell, diorang nak shopping ni". HAHA! Yoga sangat faham dengan perempuan :p tapi geram jugak lah sebab nak jalan dengan bf! :( dah lah first meet. Aishh! ;(
Oh ini bukan Arel ye. Ini kawan FD since 2011 kalau tak silap. Nama dia Azhar. Say hi! :D Last jumpa pun 2011 sebelum pergi PLKN dulu. Sekarang dah 2014 baru dapat jumpa balik. Time jumpa haritu pun kemain dia bising sebab kite tak jalan dengan bf kite. Huhu :( so Azhar la temankan pergi fest. Sambil tu borak macam macam. Cerita lama punya. Hampeh punya kawan xD tapi Azhar ni dapat jumpa sekejap je sebab rushing nak balik Johor, takut terlepas bas pulak petang tu. Nasib dah beli tiket awal. Kalau tak beli, confirm lepak lama lagi :D sebelum Azhar gerak, ambik gambo dulu ;p
First item yang kite shopping, instant shawl. 3 helai RM100. Sepatutnya pembelian RM50 ke atas baru dapat cop. Tapi akak tu baik hati bagi kat kite sampai 5 cop. Moga murah rezeki akak tu. Tapi lagi! Haa, kalau nak tebus hadiah misteri tu kena penuhkan semua tempat kosong tu. Kite shopping sikit je time tu T__T
Jalan jalan cuci mata, tetiba akak kat booth BLV Pinky offer kite test pakai foundation tu. Mula mula dia tarik cousin FD ni, Betty suka la. Lepas tu akak tu tarik FD pulak. Halamak! Kite ni mana berkenan make up bagai walaupun cuma foundation sahaja. Kang tetiba jumpa Arel balik, terkejut pulak dia kang. Jumpa awal tadi lain, hilang kejap je dah rupa lain >,< akak tu siap cakap, takpe, kite bagi pakai, tak beli pun takpe. Kemain dia punya offer tau, hihi! :D
Lepas Betty touch up dengan hasil tangan akak BLV Pinky tu, tetiba terserempak dengan abang blogger ni. Nasib baik lah kenal. Klau kenal tak tegur kang kata sombong. Abang tu siap up status kat fb pulak tu.
Time ni Arel dengan Yoga dah ada. Dah syok dating, baru nak ingat kat kite ye. Lepas dah puas berjalan kat fest tu, terus masuk KLCC. Jumpa Ita (kawan PLKN) dengan Izzy pulak. Claim Hot & Roll kat Izzy, dia pulak FD belanja Big Apple. Hihi! :D lepas tu gerak pergi tengok wayang. Ita dating dengan BF dia, Izzy pulak pergi jumpa kawan. So kitorang ber-empat je lah layan wayang, cerita Big Hero 6 memang BEST!
Habis wayang, jalan jalan, then GF Yoga pulak sampai. Dinner sesame kat KFC. Sempat borak dengan GF Yoga. Kemain pernah cite pasal FD kat awek dia, cerita pasal PLKN bagai, macam macam lah. Hihi! :D
Tah bila masa pulak lah BF FD ni curi curi buat sight kat WeChat, Hampeh betul. Dah balik rumah baru nak perasan benda ni. Kiteorang takde gambar berdua pun. Maklum lah, first time jumpa, ada la malu malu tu sikit :p padahal kenal kat kem lama dah, cuma tak pernah bertegur >,<
Lepas makan, kiteorang pergi kedai buku Kinokuniya. Saje cuci mata tengok kot ada novel yang menarik ke. At last ambik 1 buku, Kitab Terfaktab: Nakal Tapi Halal :D yang ni nanti review jugak, tunggu next entry.
Penat berjalan, kite balik la sebelum lewat malam.
Sempat selfie kejap :p
3 comments
wahhh turun KL, awat tak habaq, kalau tak boleh kita pun jumpa... he he he...
ReplyDeletewah macam-macam ada
ReplyDeleteseronok betul jalan2 erk..
ReplyDelete