Nasi Lemak unik dari Lauk Pauk RexKL

by - February 21, 2021

Assalamualaikum

Kalau sebut je nasi lemak, memang FD jadi semangat lah sebab nasi lemak ni salah satu makanan yang FD suuuuuka sangat sangat! Haritu duk tengok lepas sorang, sorang blogger upload nasi lemak. Apa yang menarik minat FD dengan nasi lemak ni, bukan sekadar guna beras putih tu tau. Meh tengok gambar gambarnya dulu.



Lauk Pauk REXKL ni adalah kedai makan berkonsepkan warung urban di Kuala Lumpur. Tapi sebabkan PKP, tak dapat nak rentas daerah. Nasib baik lah boleh order melalui Foodpanda atau Grabfood.

Antara menu menarik kat Lauk Pauk REXKL, 
Banyak lagi menu sebenarnya tapi kat sini FD nak fokus kat Nasi Lemak je sebab eh tu favourite FD, ikut suka la. hahaha!

Jadi, FD pun order lah guna Grabfood sebab nak ke kedai, takboleh. Bila abang Grab sampai je, suka bukan main lagi. Elok je cara Lauk Pauk REXKL ni packing makanan yang kite order.

Dijamin selamat ye makanan kite sebab dia wrap semuanya. Nasi dan lauk dibungkus secara berasingan. Memang tak tumpah sikit pun nasi dan lauknya. Masih hangat ye makanan ni masa FD terima dalam tengah hari tu.

Isi dalam bungkusan nasi lemak. Bau Beef Tanderloin Stew memang mengancam! First time tau FD cuba makan lauk ni. Sebelum ni kalau makan nasi lemak, asyik lauk ayam je. Sesekali ubah selera, apa salahnya kan? Sambal dan timun pun dibungkus berasingan. Takde lah bercampur dengan nasi dan hilang dia punya fresh sayur tu.



Haa nampak nasi tu? Nasi lemak dimasak menggunakan beras putih dan brown rice. Telur rebus dimasak dengan teknik special, nama telur tu ajitama egg. Lauk beef stew tu pulak memang sedap gila weh! Memang menyesal la kalau order sebungkus je. Siap ada ubi kentang dalam tu. Lepas makan je memang tersandar kenyang lah. Ni pun FD kongsi makan dengan anak. Dia pun suka nasi lemak macam ibu dia 😋

Kalau korang nak cuba jugak, boleh la usha usha kat link bawah ni

You May Also Like

0 comments