Banyak pilihan menu dan resepi di aplikasi F&N Life

by - May 07, 2021

Assalamualaikum


Buntu weh taktau nak masak menu apa, walaupun benda sama jugak kite akan makan waktu pagi Raya. Tapi tu lah, kalau dulu dulu pagi Raya kite kat kampung. Kumpul ramai ramai masak sama sama. Sekarang ni kena PKP 3.0 pulak, sayu hati nak rentas daerah pun takboleh apatah lagi rentas negeri. Mood pun kelaut jadinya.

Jadi nak rawat hati yang duka lara ni, saje lah nak usha usha apa yang boleh dimasak dengan adanya Masak Masak Raya Bundle yang FD beli haritu kat aplikasi F&N Life. Mana tau ada benda baru yang boleh dicuba masa Hari Raya nanti.

Install F&N Life for android

Bukak je aplikasi F&N Life, terus pegi kat Inspiration.

Pelbagai variasi menu dan disertakan sekali resepi tau. Bukan setakat makanan je. resepi untuk minuman dan pencuci mulut pun ada tau. Selain tu, ada filter untuk pilih kite nak masak guna bahan apa macam ayam/daging, atau seafood. Atau pun pilih nak masak style Western, Indian, macam macam lah ada kat situ, tinggal kite nak pilih je.

Mee Goreng Kari Seafood

Biasa duk makan mee kari yang berkuah je. Tak pun makan mee goreng biasa je. Tak pernah lagi FD tengok mee goreng kari seafood, jadi tertarik pulak nak cuba. Tapi kalau nak tukar bahan seafood kepada ayam atau daging pun okay je. Ikut selera masing masing lah kan.

Bahan bahan:
1/3 hidangan serbuk kari ikan
3 sudu besar Minyak masak
100ml Air
4 sudu besar Susu Isian Sejat F&N
400g Mee kuning
1 sudu besar Bawang goreng
1 sudu besar Daun ketumbar, dicincang
4 biji Limau kasturi

4 ulas Bawang putih, dicincang
2 biji Bawang kecil, dihiris
1 biji Cili merah,dihiris
 Makanan Laut / optional tukar kepada ayam atau daging
2 ekor Sotong, potong keping
8 ekor Udang, buang kulit
12 biji Kerang

Cara-caranya:
1. Keluarkan tulang dari ikan dan pecahkan ikan menjadi kepingan yang lebih kecil. Ketepikan
2. Tumiskan bawang putih, cili merah, dan bawang merah sehingga wangi dengan minyak masak. Masukkan semua makanan laut, tumis sehingga masak.
3. Masukkan serbuk kari ikan, ikan, air, dan Susu Isian Sejat F&N. Biarkan mendidih selama 3-5 minit. Masukkan mee kuning, tumis sehingga mee kuning dan kari sebati.
4. Bahagikan mee kepada 4 hidangan, hidangkan limau kasturi dengan setiap mee kari.


Nampak mudah, kan? Jom kite cuba sama2! Banyak lagi pilihan menu yang ada. Pilih je mana yang berkenan dihati. PKP? Takde hal, order je bahan kat aplikasi kalau takcukup, inshaAllah ada.



You May Also Like

0 comments