Banyak Barangan Rumah di HomePro dengan Harga Menarik

by - December 12, 2021

Assalamualaikum

Fatin first time dengar pasal kedai HomePro ni sebenarnya. Bila nampak HomePro buat iklan katanya nak bukak store ke 7, siap ada grand opening pada 10/12/2021 hingga 12/12/2021. Tempatnya pulak di Lotus's Mutiara Damansara. Apa lagi, mesti lah nak pergi kot ada promosi menarik masa opening. 



Sampai je kat HomePro, jadi blank kejap taktau nak mula kat mana sebab semua barang dia cantik cantik dan murah. Banyak sangat barang dan pilihan yang berkenan kat hati. Tapi kenangkan ekonomi sekarang ni, beli mana yang betul betul memerlukan je. 

Pada 10 hingga 12 Disember akan ada program Talk of the Town (TOTT). Meriah betul MC masa tu berceloteh dengan semua customer kat sana sambil buat promosi tentang harga murah dan ajak join lucky draw.

Lucky draw semasa TOTT untuk dapatkan voucher beli barang dengan harga tak masuk akal contohnya iPhone 13, boleh beli dengan harga RM1,xxx. Tak perlu beli barang harga mahal mahal untuk join lucky draw sebab takde minima pembelian. Setiap pembelian dalam 1 resit dah layak untuk join lucky draw.

Spend & Win pulak aktiviti untuk tarikh 12/12/2021. Yang itu pun kena shopping dulu baru layak join contest. Tak sure hadiahnya apa sebab Fatin gi HomePro 10/12/2021 🤪 Tapi limit sorang sekali je tau. Ada lebih 600 hadiah tau. Syok lah sape yang bertuah rezeki menang tu.




Staff kat HomePro friendly sangat dan layanan diorang bagus. Bila kite tanya pape, diorang akan assist kite dan explain lebih details tentang produk. 


You May Also Like

0 comments