Datuk K Lahirkan Ucapan ‘Terima Kasih’ Kepada Azizan Osman

by - February 25, 2022

Assalamualaikum


Datuk K baru-baru ini telah menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan pengasas RichWorks International Sdn Bhd untuk ke rumahnya bagi makan malam bersama. 

Asyraf memaklumkan bahawa sempena sambutan hari lahir bapanya Isnin lalu, makan malam bersama diadakan. Pasti netizen tertanya-tanya kenapa Azizan Osman juga turut dijemput oleh Datuk K?


Azizan Osman Banyak Merubah Asyraf

Mentor keusahawanan no 1 di Malaysia ini merupakan mentor usahawan bagi Asyraf dalam perniagaannya bersama isteri nya Tia. Mutyara yang merupakan jenama perniagaan mereka telah meraih jualan berjuta-juta dalam masa yang singkat. 

Bukan sahaja perniagaan bertambah maju, tetapi ada beberapa perkara yang dizahirkan oleh Datuk K berkaitan anaknya. 

Boleh dikatakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid ini telah berubah disebabkan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Percaya atau tidak, ia telah didedahkan oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sendiri.


Dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram Asyraf Khalid, jelas bahawa 
Datuk K telah merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Azizan Osman kerana telah berjaya mengubah dan membimbing anaknya dalam kehidupan dan bisnes dalam tempoh 3 tahun. 3 Tahun bukanlah lama, tetapi banyak perubahan dalam kehidupan mereka.


Jom tonton Video ini:

Kehidupan Asyraf Dahulu Dan Sekarang

Dahulunya, Asyraf Khalid adalah seorang yang nakal dan selalu mengecewakan bapanya malah beliau sering merasakan dirinya sangat tidak berjaya. Alhamdulillah kini, beliau telah buktikan kepada ramai orang diluar sana termasuk bapanya sendiri. 

Berikut adalah antara kata-kata atau ucapan yang telah dilahirkan dalam video yang telah ditonton oleh 15,000 penonton di Instagram.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 

Walaupun perubahan ini adalah baik buat mereka semua, Asyraf menjelaskan bahawa beliau memahami perjalanannya masih jauh, namun inilah kesyukuran yang besar kerana bapanya meluahkan pertama kalinya di hadapan mentornya sendiri.

Bila difikir-fikir semula, memang betul nak berjaya perlu ada mentor. Mentor ini umpama guru yang membimbing kita. Sangat beruntung jika ada mentor yang bimbing dunia akhirat bukan saja berjaya dalam bisnes tetapi lebih dari itu.



Mentor Terbaik Beri Nilai Dunia Akhirat

Bagi Asyraf, mentor terbaik adalah mentor yang memberi nilai dan mengajarkan bukan sekadar dunia, tetapi juga akhirat.  Azizan Osman dikatakan mentor terbaik buat dirinya kerana membimbingnya akan perniagaan, kepimpinan dan perhubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah yang Maha Esa.

Kata Asyraf lagi, 

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 

Azizan Osman bukan saja lahirkan jutawan, tapi berjaya ubah sikap ahli titan Richworks yang merupakan usahawan yang dibimbing secara dekat dalam program Titanium Richworks.


Datuk K Mencemburui Dan Kagum Dengan Azizan Osman

Siapa sangka, dalam melahirkan ucapan terima kasih dan bersyukur adanya mentor anaknya. Datuk K sebenarnya melahirkan ucapan beliau turut mencemburui dan kagum akan kebolehan yang dimiliki oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam melahirkan ramai usahawan jutawan.

 

Beliau sendiri tidak mampu buat apa yang Datuk Wira lakukan.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Datuk Wira Azizan Osman Sentiasa Ada Buat Usahawan

Sebagai mentor usahawan No.1 di Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman tak pernah mengecewakan para usahawan. Beliau sentiasa ada untuk membantu. Bagi para usahawan yang memerlukan bimbingan secara dekat seperti Asyraf Khalid dan Tya , pengasas Mutyara ini, boleh sertai Titanium Program seperti mereka. 

Namun, jika anda baru bermula perniagaan, terdapat program pemula yang boleh anda sertai.

Akhir kata, jangan buang masa lagi. Kalau nak berbisnes, buat sungguh-sungguh sampai jutawan. Tiada apa yang mustahil kalau ada ilmu dan mentor!

You May Also Like

0 comments