Tiada Istilah Cheatday Bila Adanya Eatslim Lifestyle

by - February 03, 2022

Assalamualaikum


Bila sebut diet, mesti asyik terbayang sayur, oat, dan pelbagai lagi makanan yang boleh dikatakan tak sedap. Orang kata nak diet, terseksa sebab makanan tak sama dengan kebiasaan yang kita makan hari hari. Macam tu jugak yang Fatin fikir sebenarnya. Takde gula, takde garam, takde minyak. Risau tak manis, tak kena dengan selera, macam macam lah risau. Eh hal kesihatan pun kena jaga kalau makan pakai hentam je, betul tak?

Tapi bila dapat tau tentang Eatslim Lifestyle, terus rasa nak amalkan pemakanan yang sihat sebab makanan dia tak macam yang kita bayangkan selama ni.

Puan Adda Uwais; owner Eatslim Lifestyle, bersama bondanya.

Eatslim Lifestyle dah beroperasi selama 4 tahun secara online dan baru sekarang mereka bukak kedai secara fizikal. Tak ramai peniaga yang berani ambik risiko ye untuk bukak kedai fizikal, just playsafe dengan meniaga online je. Sebab tu Fatin kagum dengan Puan Adda. 

Eatslim Lifelstyle merupakan pengedar dan pengeluar makanan diet tanpa tepung, gula dan rendah karbohidrat rendah kalori. Fokus utama mereka adalah untuk membantu orang ramai yang sedang mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha kurangkan berat badan dan juga reverse diabetes.

Pengasas Eatslim iaitu Puan Adda sendiri mengamalkan diet keto sejak 2012 dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 25kg dalam masa 3 bulan, dan masih beliau masih kekalkan diet kerana dah jadi gaya hidupnya. Korang boleh baca kat SINI kisah Puan Adda. Dan paling best, Puan Adda sendiri dah berjaya coaching lebih 500 peserta dalam program projek K untuk hilangkan berat badan bersama team coaching beliau.


Antara bahan masakan untuk diet keto yang boleh didapati di store Eatslim Lifestyle:

Konjac dalam diet tak dapat dipisahkan. Memang buat cepat kenyang ye.


Rempah untuk masakan pun ada dijual ye. Boleh makan macam biasa tapi versi sihat ye

Patty dan meatball pun ada. Siap tunjuk bape kalori dan karbohidrat lagi.

Selain dari bahan bahan masakan untuk buat sendiri menu diet harian korang, kat store Eatslim juga ada jual meal dan dessert yang dah siap dimasak ye ikut diet keto. Percaya atau tidak, dessert yang ada disini tanpa tepung ye. Betul betul healthy diet tau. Memang terasa macam cheatday tapi bukan cheat, haa syok kan?




Terliur betul tengok semua dessert ni. Macam tak percaya kek tu tanpa tepung. Tapi masih sedap macam biasa. Orang diet ni jarang nampak diorang makan dessert. Sesiapa yang tengah diet control gula tu, boleh lah usha dessert kat store Eatslim. Confirm tak menyesal!

Masa Fatin singgah kat Eatslim sempat jugak lah merasa kuey teow konjang ni. Ya Allah memang sedap tau! Takpayah risau tentang kalori dan carbs sebab memang confirm makanan ni sesuai untuk diet.

Palvola kat Eatslim memang approved! Less sweet dari yang biasa kita makan tu. Sedap yakmattt!


Bersama founder Eatslim, Puan Adda Uwais. Peramah orang nya 😍

So kalau korang mencari port untuk dapatkan makanan yang sihat, boleh walkin kat Eatslim Lifestyle atau pun boleh tempah secara online. Nak pergi pickup lepas order pun boleh kalau dekat dengan kawasan rumah.


WAZE: eatslimlifestyle

Alamat:
NO. B-G-08, P8 AVENUE,
JALAN SH 1/1, SELAYANG HEIGHTS
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
Waktu urusniaga: Isnin - Sabtu (Ahad cuti)
Jam: 9pagi - 6 petang (walk in/pickup) 

Contact:
03 61278906
010 552 4025
0182909005

Email : ketodietsifu@gmail.com 
Instagram : @eatnslim_mealplan

You May Also Like

1 comments

  1. ada RTE juga tuu...wah bestnyaa. Kek tanpa tepung tu memang pernah makan sebab adik pernah buat

    ReplyDelete