Buffet Ramadhan tema Citarasa Nismilan di Klana Beach Resort, Port Dickson

by - March 26, 2022

Assalamualaikum

Lama rasanya tak on vacation. Anak anak pulak tak pernah merasa bermalam kat hotel, alang alang kite nak gi preview buffet Ramadhan kat Port Dickson ni usung terus lah family. Bukan selalu. Lagipun dekat 5 tahun jugak tak jejak Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kebetulan dari Mersing, Johor nak balik KL memang lalu Negeri Sembilan. Tu la orang kata sambil menyelam minum air 😆 sian abah drive sorang, so kite cakap la bermalam kat Klana Beach Resort untuk 1 malam.

Untuk makan kat sini, ada 2 tempat. Outdoor dengan indoor. Kat indoor memang syok sambil makan makan tu boleh tengok pemandangan laut Port Dickson. Tenang sangat bila layan keindahan ciptaan Allah.

OUTDOOR

Gerai Pasir Panjang menyediakan apam balik

Kibas Golek merupakan signature dish dalam buffet Citarasa Nismilan. Beratur panjang weh orang nak makan kibas golek ni. Memang sedap sangat, cukup rasa dan juicy.

Murtabak pun ada jugak tau!

Outdoor ada lauk;
1. Kibas Golek
2. Rendang Maman
3. Pucuk Ubi Tempoyak
4. Masak Lemak Pucuk Paku
5. Sambal Jawa
6. Pelbagai jenis air

Kids corner turut disediakan, so tak perlu risau kalau taktau nak bagi anak anak makan apa. Stall ais krim pun ada tau. Sedap sangat!


Siap ada persembahan klasik lagi. Sesuai sangat yang nak makan santai santai.

INDOOR
Ada 2 jenis nasi;
Nasi Putih
Nasi Minyak

Lauk pauk
1. Ayam Masak Merah
2. Daging Masak Hitam
3. Udang Masak Lemak Cili Api

Pelbagai jenis kurma dan kismis

Ulam ulaman


Macam macam jenis kuih disaji.


Dessert pun banyak sampai taktau nak makan yang mana satu. Anak anak suka sangat kat bahagian kuih dan pencuci mulut ni.

Layanan pekerja kat Klana Beach Resort pun mesra sangat. Sentiasa nak tau kalau kalau ada yang terkurang atau yang tak memuaskan citarasa. Overall memang Fatin rekemen sangat untuk korang makan kat sini. Harga pun sangat berpatutan.


Buffet Ramadhan bermula dari : 
5 April 2022 hingga 30 April 2022

Tempahan Awal :
Dewasa: RM55
Kanak-kanak/ Warga Emas: RM30 (5-12 tahun)

Harga biasa:
Dewasa: RM68 nett
Kanak-Kanak 4 tahun kebawah: PERCUMA

Tel: 06-6487888

📱 Tempahan di Whatsapp: 

Email: sales@klanabeachresortpd.com.my
Website: www.klanabeachresortpd.com.my

You May Also Like

0 comments