Staycation di GEO38 Premier Suites Genting Highlands

by - December 09, 2023

Assalamualaikum, haluuu!

Nak share pasal staycation pulak kalini. Bukan dengan family tapi dengn bff zaman sekolah dulu. Sebab kawan Fatin dapat harga murah kaw kaw untuk 1 malam kat Genting Highlands. Korang bayang lah tempat camtu boleh dapat dengan harga RM120 per night. But yeah, kitorang tinggal 1 malam je. Nama pun staycation kan.


Sekali sekala bawak anak-anak jalan jauh sikit dengan kawan ibu diorang ni. Tapi dah tentu lah ada assistant akan ikut, adik Fatin yang bongsu. Btw ni tahun lepas punya staycation pada Julai 2022, baru harini dapat update.

Dia punya lena macam penat sangat padahal belum sampai lagi Genting Highlands.

Boleh tahan ye perjalanan nak sampai ke GEO38 Premier Suites. Anak Fatin tak biasa lagi naik Genting Highlands. Kira ni first time untuk Fayyadh tapi Fayyra baru second time. Dia pernah datang masa kecik kecik dulu. Masa tu pun kawan baik yang ni jugak yang bawak tapi masa tu diorang belum kawin la. Balik hari je buat keje gila. Duduk atas tu sejam dua, pastu balik.

Perempuan tak kira umur, pantang nampak cermin 😂

And ofcoz isi perut dulu lah. Kalau jalan jalan masa perut kosong, kelaut mood kite anak beranak 😂 mujur ada Marry Brown. Harga macam sama je dengan luar Genting Highlands.

Kite jalan jalan je ye Yaya sebab plan last minute. Duit tu masa tu cukup untuk berjalan dengan makan je. Nak main sini kena planning awal, boleh saving awal sikit.

Naik kat rooftop is a must ye kalau sampai Genting Highlands. Tengok view cantik kat atas ni dengan keadaan yang sejuk walaupun siang siang.

Finally sampai jugak GEO38 Premier Suites Genting Highlands ni. Kemain dua beradik ni macam tengah healing je tu.


Kat area swimming pool ada playground jugak tau korang.

Tengah sejuk camni boleh pulak anak ajak mandi. Ketor2 ler ibu awak masuk dalam pool. Rasa sejuk sangat, rendam kaki je lah.

Gambar Yaya semua posing menggedik, takde langsung posing yg herlok tau. Geram je ibu dia tengok gambar yang ada.

Adik pun menggigil dah mandi kat kolam. Tapi bila nak balik bilik, ngamuk sesaje.

Habis mandi pool, mentekedarah lah pulak. Memang camtu la kan tiap kali mandi kat kolam, confirm rasa lapar perut tu tak kira lah budak ke dewasa ke.

Mia bawak brownies popsicles!

Banyak lagi gambar sebenarnya tapi kat phone satu lagi tah selamat ke tidak gambar gambar tu. Mia siap buat oden. Sedap but too spicy for me 🥵 dia dengan husband dia je la makan pedas. Kito nyo manjo 😂

Malam tu kite jalan lagi la siap belanja supper sandwich malam malam. Tapi masa nak tidur tu something happend. So Fatin nasihatkan kalau yang planning nak datang bermalam kat sini bawak anak kecik, standby apa apa surah atau minyak bidara or pape lah. Just in case, okay?

Anak Fatin, Fayyad tu jadi susah tidur malam. Asyik menangis je. Mia sampai bagi minyak angin and pasang surah. Still menangis tapi akhirnya tidur jugak maybe sebab penat.

Esok tu baru Mia and husband cerita masa otw balik, yang diorang ada nampak kelibat kat balkoni luar tu. Mujur lah takde benda teruk yang jadi. Fatin tak terfikir pun benda camtu nak jadi, tapi tu la, kawasan Genting Highlands kan agak keras sebenarnya.

Masa makan sandwich malam tu pun Fatin rasa seram sejuk macam ada yang perhatikan Fatin tengah makan, tapi Fatin biar je makan macam biasa buat macam takde apa. Kite layan kang lagi suka pulak menatang tu.

Till we meet again Mia 🫰🏻

GEO38 Premier Suites, Genting Highlands
Address: Jalan Permai 2, 69000 Genting Highlands, Pahang
Phone: 011-5639 0193

You May Also Like

0 comments