facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥



Assalamualaikum semua!


Malam semalam FD terima email yang FD tak jangka sebab memang tak sangka cepat jugak diterima. 

Google Adsense fatindiana.com
Seronok bukan kepalang bila tajuk email tu kata 'Your site is now ready to serve AdSense ads'. Ini salah satu target FD dalam tahun 2021 untuk bahagian blogging ni. Azam FD nak upgrade dan lebih komitmen terhadap dunia blogging ni. Nak aktif macam dulu dulu. Rindu sangat.

Pertama sekali, beli domain fatindiana.com. Ini pun tak jangka yang nama ni jadi available sebab banyak kali cuba beli, tapi takbole. Kalau ada pun, jadi dotmy, bukan dotcom. FD degil nak dotcom jugak tapi gitu lah, senyap je sebab tak valid. Satu hari saje up status kat Facebook, luah perasaan rindu domain lama. Tup tup ada sorang kawan ni kata domain tu available. FD pun apa lagi, terus beli domain tu. Tapi tanya kawan dulu la sebab dulu bukan FD pasang sendiri. Settle bab domain.

Kedua, nak ubahsuai template blog sebab rasanya last ubah sebelum ada anak ke sebelum kawin kot. Tengok blog lama macam budak budak je rasa. Nak ubah sendiri, tak kot. FD memang jadi zero bila bab coding sebab dah bertahun tak mengadap. So FD survey dulu sesape yang ambik upah pasang template dengan harga yang berpatutan. FD upah Zaza Iman sebab kena dengan budget FD. Kebetulan pulak masa tu Zaza tengah lapang. Kejap je dia pasang. FD cari template kat https://gooyaabitemplates.com/ . Cantik cantik template kat situ. Bukan setakat pasang template je, Zaza siap bagi nota kat FD untuk baiki blog dan sedikit ilmu untuk SEO. Alhamdulillah, kawan kawan blogger yang FD kenal tak kedekut kongsi ilmu blongging.

Ketiga dan terakhir, cuba apply Google AdSense. Yang ini pun FD tanya tips kat kawan kawan blogger macam mana nak diterima Google AdSense ni. Akhirnya, sekali cuba je. Rasanya ada jugak dalam seminggu kot. Terima email malam tadi, seronok! Alhamdulillah, mungkin rezeki anak terselit.

So lepas ni memang aktif balik la blog. Mungkin update dua minggu sekali? Kalau rajin, update seminggu sekali. Nak update hari hari risau takde masa je. Yang penting aktif. Tak macam tahun lepas lepas tu. Sendu je rasa blog ni. Kalau nampak iklan tu, klik klik la sikit ye 😆 

Terima kasih semua!


Assalamualaikum

Alhamdulillah, FD selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 8 malam, tarikh 26 November 2020 yang lepas. Tau tau dah bersalin, bila masa mengandung? Hahaha! Bukan anak PKP ye 😅 sebelum PKP lagi dia dah ada dalam rahim FD. Alhamdulillah, dapat sepasang dah la sebab si sulung kakak.

Muhammad Yusran Fayyadh

Taktau macam mana nak gambar kan pasal kelahiran baru ni. Dah lah kena lahirkan anak sorang sorang tanpa diteman suami sebabkan COVID19 ni. Tapi takpe la, tiap apa yang jadi tu ada hikmah dan pengalaman, kan?

FD lahirkan baby kat Hospital Shah Alam. Sejujurnya FD tak puas hati sangat dengan servis kat sana. Tapi nak buat macam mana, takboleh pilih hospital sebab pihak hospital dah asingkan untuk pesakit COVID19 kat Hospital Sungai Buloh. Ingatkan boleh bersalin kat Hospital Selayang sebab situ paling dekat dengan Sri Damansara. 
Serah diri pukul 12 tengah hari macam tu, padahal dah leaking pukul 4 pagi. Bukan tumpah darah. Bawak dokumen penting, barang kemas tanggalkan, dan bawak kain batik. Barang baby pun kena standby ye. Tapi FD terlupa bawak kain batik je sebab rushing sangat.
Lepas masuk hospital, tunggu turn nurse panggil. Dia akan mintak ibu ibu suruh suami/penjaga yang tengah tunggu kat luar tu buat pendaftaran, baru la ibu ni akan dapat tag pengenalan diri kat hospital tu.
Lama jugak nak tunggu bukaan tu besar lepas sampai hospital. Sampai lah nak cek pukul 4 ke 5 petang camtu, doctor kata dia tolong korek nak bagi bukaan lagi besar supaya lebih cepat nak bersalin. Ingatkan kot kite dapat katil ke sementara nak tunggu bukaan besar. Kite duduk kat kerusi je wak sampai terlelap banyak kali sambil tahan sakit contraction masa hujung hujung tu.
Sampai la lepas maghrib tu memang tak tahan sangat, FD jerit jerit lah jugak duk menahan sakit. Dah lah dengan perut kosong tak makan apa dari pagi. Asyik fikir nak beranak cepat je. Akhirnya masuk jugak labour room. Tapi kena tunggu pulak cleaner bersihkan bilik dalam 5 ke 10 minit ada la kot. Panas hati dah masa tu. Pastu baru la proses bersalin tu berjalan dengan lancar, rasanya kejap je teran. 10 minit camtu, settle. Ada la jahit sikit. Masa Fayyra dulu pun berjahit jugak. Tukang jahit tu berlagak takjawab soalan FD banyak ke tidak kena jahit tu. Sombong! Benci aku! 😂
Lepas dah bertarung dalam labour room tu semuanya okay. Esok pagi tu doctor nak cek jahitan pulak. Pastu dia nak korek lagi sebab nak cek kalau ada darah beku yang tak keluar habis, AZAB WEH! Ingat tak sakit ke? Tak sampai sehari sakit kena jahit, kena korek lagi. Tapi FD tanya lah kenapa kena buat lagi benda tu? Doctor kata ada kes pesakit sebelum ni dah discharge tapi masih ada lagi darah beku kat rahim dia. Memang perit lah. Nak taknak, hadap je la sakit tu daripada sakit kemudian hari, betul tak?
So far itu je la pengalaman yang FD boleh share. Kalau boleh pilih hospital mana nak bersalin, pilih lah betul betul ye. Maybe masa tu je FD takde luck untuk dapat layanan yang okay. Sebab masa bersalin kat Terengganu dulu okay je, takde masalah. Lain orang lain pengalaman, kan?

Aneda Nur Fayyra dan Muhammad Yusran Fayyadh
Risau jugak kalau Fayyra takbole terima orang baru dalam family. Tapi meleset apa yang FD fikir. Alhamdulillah dia boleh terima adik dia walaupun kadang tu dia dengki adik dia asyik melekat je dengan ibu dia. Kat gambar atas ni umur dia baru sebulan 2 minggu. Oh ya, nama pun tak prepare awal awal. Lepas seminggu dua camtu baru lah ada nama sikecik ni. Muhammad Yusran Fayyadh bin Muhammad Yuslly Ezlan. Y ikut ayahnya, F ikut mak dia 😊

Ibu sayang awak berdua 💕


Assalamualaikum

Sabun ni agak viral 2 ke 3 minggu ni kan? Tapi FD baru je terasa nak beli sebab kebetulan baru jumpa orang yang boleh COD. Nak beli online tak berani sebab tengok ada feedback kata sampai pecah 2 ke 3 biji. Tak berani lah nak ambik risiko tu walaupun 2 3 biji pecah. Nanti tak pasal pasal 2 ke 3 biji je selamat, tak ke menangis beli banyak banyak tapi yang boleh guna tu sikit je 😂

Ini lah rupa sabun viral tu. FD beli online je sebab nampak ada orang promote kat story WhatsApp. Harga RM5 untuk 10 biji, RM10 untuk 20 biji. Nama pun nak cuba, kite beli dulu lah 20 biji. Tak padan pulak orang tu nak COD kat kite RM5 je untuk 10 biji kan.

Mula mula barang sampai tu, bukak plastik je memang bau wangi. Plastik pun macam mudah koyak/pecah. Mungkin tu penyebab bila beli online akan dapat yang pecah dan kemungkinan jugak takbole letak dalam suhu yang panas, bukan suhu normal/bilik. Fragile lah kiranya.

Esoknya FD pun cuba lah masukkan 3 ke 4 ketul sabun comel ni dalam mesin basuh. Bagi kena air sekali, memang banyak buih dia. Bau pun not bad lah, wangi. Lepas dah siap dan mesin basuh dah stop, semangat ni gi bukak nak bau baju wangi ke tak. Hmm, takde lah kuat mana pun bau. Maybe kena letak lebih lagi mungkin sampai 6 biji.

So lepas dapat result sabun ni, kalau orang tanya akan repeat ke tak, mungkin ye mungkin tak. Beli kalau rasa macam malas nk keluar dan darurat kain banyak nk basuh. Mungkin tak beli kalau rasa macam entah lah. Kita pun taktau nak explain. Pada yang nk cuba tu, cuba lah ya. At least FD dah share pendapat FD 😊

Assalamualaikum

Alhamdulillah, genap umur anak dara kecik ni 2 tahun 18 Ogos baru baru ni. Nak jadi kakak dah pun (sedang mengandung 4 bulan). Harap Fayyra boleh jadi kakak dan anak yang baik ye sayang.


View this post on Instagram

Belanja birthday girl (18/08) tapi lewat sikit sebab baru harini boleh cuti Bukan selalu belanja benda camni. Biasa duk bagi makan je. Takde sambutan, sorry ye kakak. Happy birthday anak abu (tak reti panggil ibu. Jenuh duk ajar ibu, tetap sebut abuuuu🤪) #parentingblogger #parentingisfun #KBBA9 #soontobesister #anedanurfayyra #kid #momanddaughter

A post shared by Malaysian Lifestyle Blogger 🇲🇾 (@ftndiana) on Aug 19, 2020 at 2:09am PDT

 Takde celebration macam ibu dia jugak, sebab kalau sambut pun bukan dia makan mana kek. So bawak pegi Funland kat KTCC je. Jenuh jugak lah duk dalam tu nak main merata. Bayaran masuk dalam FunLand KTCC tu RM8 untuk 2 jam. Duduk sejam pun tetap RM8 ye guys. Tu harga untuk hari biasa. Kalau hari cuti atau weekend, jadi mahal sikit lah.


Yang nak bawak anak main kat Funland sila lah bawak stokin siap siap ye. Kalau tak, kena beli pulak kat situ RM5 sepasang. Bukan selalu boleh puaskan hati anak pegi main kan? Tapi rasa macam nak bawak gi tiap minggu pulak 😜



Assalamualaikum

First trip? Yes, bawak Fayyra balik kampung naik bas okay. Bukan naik kereta. Berdua pulak tu. Ramai bising kata bahaya sebab perempuan dan berdua je dengan anak kecik. Tapi alhamdulillah, sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur tu kami berdua selamat. Kitorang pergi KL bulan lepas, 10hb Januari. Dan first time bawak jalan jauh. Sebelum ni paling jauh pun bawak pegi Dungun je dari Kuala Terengganu ni.


Dalam kereta, family mertua tolong hantar ke terminal bas.

Sampai je terminal, terus beli tix. Main redah je taktau ada tix ke tak malam tu. Plan last minute. Mesti ada yang pelik, kenapa suami tak ikut sama. Dia ada hal, sebab tu tak ikut. Sebabkan dia ada hal tu yang FD pun nak ada hal jugak 😂
Alhamdulillah, nasib baik ada bas malam tu.


Fayyra pun behave je dalam bas. Risau jugak kot meragam sebab biasanya malam malam abi dia yang tidurkan dia. Good girl. Sepanjang dalam bas tu Fayyra tidur lena tau.


Sampai je TBS, dalam pukul 5 pagi, opah and atuk Fayyra dah standby tunggu kami. Kemain sengih lebar dia. Ingatkan Fayyra nak sambung tidur ke apa ke, ni tidak. Segar betul mata dia sampai TBS masa tu.


Suka sangat lah tu.

Sampai je kat rumah, baru dia meragam takbole nak tidur. Jenuh jugak nak pujuk. Pukul 8 pagi camtu baru lah Fayyra tidur.

Malam kite keluar jalan jalan pulak.



Fayyra with CikSu


Esoknya pulak kite keluar jalan jalan dengan kawan FD. Sebenarnya niat nak tukar sim sebab sim FD jadi problem. Takde servis bila dah sampai kat Damansara. So call kawan ajak pegi One Utama cari Celcom centre situ. Sampai je centre, takboleh nak tukar sim sebab register atas nama suami. Kena ada ic suami. Tak dapat nak buat apa, kite biar je lah phone ni no servis selama seminggu 😔




Thank you auntie Dila bawak Fayyra jalan jalan 💕

Nasib baik la Dila free boleh bawak jalan jalan. Nak ajak kawan lain, semua busy lagipun masa tu hari bekerja. Thank you babe! 💋


Lepas dah jalan jalan, duduk rumah je lah sebab Fayyra tak sihat. Tak demam tapi batuk dengan selsema 😢 jenuh duk cari tips dan petua kat Facebook cara nak kurangkan sakit tu. Sampai cari lemon buat air mandi, macam macam. Sudahnya bawak pegi klinik, doc bagi ubat. Alhamdulillah dah berkurang sikit sakit dia.


Bila tengok macam baik sikit, kite jalan jalan lah sebelum balik Kuala Terengganu 🙊


Kali ni jalan dengan family, tak ajak kawan pun. Mintak adik hantarkan pergi Ikea sebab nak makan meatball sana.


Struggle teruk nak ambik gambar comel sikit sebab Fayyra tak reti duduk betul betul lagi masa ni, umur pun baru je masuk 5 bulan.


Girls squad!🙆


Ibu Fayyra pun nak jugak gambar kat lampu lampu ni 😂


Datang Ikea semata mata nak makan ni je 😂



Maklang dia acah acah tidur je. Fayyra memang lena betul.


View this post on Instagram


Hi! I’m 5 months old now 👶🏻
A post shared by Lifestyle Blogger (@ftndiana) on Jan 18, 2019 at 9:12pm PST


Balik je dari Mutiara Damansara, terus packing and beli tix balik Terengganu. Sampai situ je lah jalan jalan dengan Fayyra kat KL. Lepas ni tah bila lagi nak datang pun taktauuu.

Opah tunggu ye next time Fayyra datang lagi 👋

Assalamualaikum 😊

Apa yang terbaik sangat dalam hidup FD pada tahun 2018 yang lepas tu? Hehe banyak tau! Tahun lepas macam macam yang FD dapat. Antaranya, FD jadi isteri orang [https://ftndiana.blogspot.com/2018/04/fd-dah-jadi-isteri-orang.html] , dapat bercuti kat Pulau Perhentian [https://ftndiana.blogspot.com/2018/04/bercuti-di-pulau-perhentian.html] *part bercuti ni best sebab memang FD dah lama sangat teringin pergi Pulau Perhentian*. Pastu dapat pulak seorang puteri, [https://ftndiana.blogspot.com/2018/10/ahli-baru-dalam-keluarga-kecil-kami.html]. Alhamdulillah, semuanya rezeki dari Allah.

Tu baru part untuk family. Hehe. Rezeki kat socmed pun banyak jugak. Menang hadiah utama [https://ftndiana.blogspot.com/2018/06/hadiah-menang-march-giveaway-dah-sampai.html] banyak gila extra free gift mask tau, menang sling bag dengan buku nota comel [https://ftndiana.blogspot.com/2018/09/hadiah-menang-giveaway-yeayyy-this-is.html] , dengan banyak dapat paid job and gift review. Alhamdulillah atas rezeki semua ni. Semuanya punca dari anak rasanya. Sejak mengandung dan lepas lahir, makin mencurah curah rezeki.



Yang ni menang giveaway kat instagram. Nama instashop tu dah takde. Page not found pulak dah. Memang taktau lah tukar nama apa pulak.
You guys should try this lipcreme. Sangat sangat best! Tak keringkan bibir kite pun.



Tshirt dan keychain ni pulak menang giveaway dari Facebook Grace Customize Store [https://www.facebook.com/GraceCustomizeStore/]. Terima hadiah ni bulan 6 , tahun lepas. Walaupun menang saguhati je, hadiah ni best! Sebab material baju ni lembut je. Selesa pakai. Harga cuma RM28 untuk sehelai baju corak Love Pocket. Boleh je pilih corak tu warna lain. Kalau corak Love Pocket tu besar jenis A4, harga jadi RM38. Selain tu ada jual macam macam aksesori tau. Comel comel semuanya!



Menang duit Raya pulak dari @beautyskinguru 💰




Rantai dan subang dari Florlili 🎕


Last but not least, menang aksesori dari Florlili [https://www.facebook.com/florlili.handmade]. Hadiah ni FD terima pada bulan September 2018. Semua aksesori dari Florlili ni handmade tau. Bukan yang dari kilang ke apa ke. Kreatif sangat owner Florlili ni.

Alhamdulillah dengan rezeki yang di terima ni 😊

Moga korang yang baca ni pun dimurahkan rezeki sentiasa 💕

Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56!
    6 days ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M
    1 week ago
  • mimbar kata
    Bahasa Dalam Puisi
    3 weeks ago
  • .she's the camera maniac.
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
    2 months ago
  • My Mom's Best
    Malaysian Humanitarian Foundation collaborates with Teach for Malaysia to empower underprivileged students with leadership skills
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    4 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates