Makan Nasi Lauk Kenduri Tiap Hari

by - November 22, 2023

Assalamualaikum

Haritu pernah viral lah Nasi Kawin Hari Hari ni sebab boleh makan lauk kenduri tiap hari. Takyah tunggu jemputan kawin, gi je kat kedai ni. Semua lauk kenduri je yg dia jual.



Dari Damansara kite gerak dengan anak dara sorang ni. Orang kuat ngikut ibu kalau ibu ajak jalan, dia onz sesaje 😂


Akhirnya sampai jugak kat kedai Nasi Kahwin Hari Hari kat Bukit Bintang ni. Mula mula tu ingatkan kedai makan tepi jalan. Rupanya kat lorong je wak.

Nasi minyak, lauk ayam masak madu dua. Kat sini takde lauk ayam merah. Sini cuma ada ayam masak madu dengan ayam masak ros. Sebab share dengan Fayyra, kite ambik ayam masak madu dua je lah sebab pakcik tu cakap ayam masak ros tu pedas sikit. Tetap rasa sedap!

Nampak kat belakang tu? Ramai ye. Sentiasa ada orang. Masa kitorang mula sampai pun panjang beratur. Bukan setakat beratur nak order makan, nak tunggu meja makan kosong pun kena tunggu turn. Betul betul macam kat kenduri lah. Tunggu turn sambil berdiri sebelah meja. Selesa tak selesa, memang tu style dia.

Ini harga makanan kat Nasi Kahwin Hari Hari di Bukit Bintang.

Pada pendapat peribadi Fatin, harga dan rasa makanan sangat berpatutan. Sebab lauk ayam tu besar, boleh request ye nak bahagian ayam yang mana.


Fatin pegi repeat makan situ tapi masa tu sorang je la. Tak bawak peneman sebab kebetulan ada job kat KL, terus lunch kat Nasi Kahwin Hari Hari. Kalau lauk daging hitam pun sedap jugak. Portion daging tu banyak sangat. Rasa macam untuk 2 orang makan sebab masa makan ni, nasi habis tapi lauk pulak banyak lagi. Kite ratah je la sampai habis.

Btw air sirap tu bole refill banyak kali ye. Air sirap pun just nice. Takde rasa tawar kot lah lama sangat air batu tu pastu cepat cair, nope. Air kerap topup, sebab tu manis dia maintain je.

Repeat? YES.
Recommended? ABSOLUTELY YES!!

Lokasi:
Lorong, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

You May Also Like

2 comments