facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum,


Aku baru je balik dari buat IC dengan adik perempuan aku.

Sebab buat IC baru:

  1. IC lama sejak darjah 6, muka budak kot. tak suka
  2. Cip rosak (takbole nak baca)
  3. Tukar alamat rumah


Tapi IC baru ni gambar sampai dua. Alahai, buat apa lah nak banyak-banyak gambar kat IC ni. Buat macam biasa sudah lah. Tapi biar je lah.

Masa nak buat IC tadi, sekejap gila! Tak sampai sejam kot rasanya. Orang memang ramai, tapi servis bagus! (Y) memang cepat! Lagi satu. Rasanya kalau buat IC, kena tunggu 3 bulan baru siap kan? Tapi orang tu kata esok dah boleh ambil. Dah maju dah sekarang ni rasanya. Bagus lah kan :D

Tadi Sarah sibuk nak buat IC juga. Dia kata sebab dia punya takde gambar. Lepas adik aku buat, aku saje acah Sarah, suruh dia duduk pula kat kerusi sebab nak ambil gambar. Dia malu-malu pula. Hahaa xD nasib baik dia taknak. Kalau dia beria nak? Ah sudahh! Memang tak tahu nak buat apa lah kan.


Ntah bila nak ambil IC pun tak tahu lah sebab abah busy kerja -______-


Assalamualaikum,


Dah lama tak update entri pasal keyword, kan? Kali ni aku nak post sebab rasa macam nak tergelak pun ada. Sebabnya ada nama kawan aku dalam keyword ni. Cuba korang tengok kat bar warna kuning tu. Ada nama Izzy! Tak tau lah kalau ramai lagi ada nama Izzy en. Tapi dalam blog aku ni, sememangnya aku pernah cerita pasal kawan aku si Izzy tu.


*kawan sejak zaman sekolah sekolah*


Ni lah Izzy "budak Pavi" tu. Hahaaa! Izzy! Nampaknya kau dah jadi budak Pavi sekarang ni :p
Untung lah kan. Hahaa. Famous juga kau ek Ijji Farhan? Mueheheee


Assalamualaikum,


SINOPSIS: Ain Hawani, zaman singlenya terhenti pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak diperindahkan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-oleh membenarkan apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 
 Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah ... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 
 Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menggangap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Ain pasrah pada takdir dirinya. Buat apalah berdendam dan melukakan hati sendiri sedangkan jalan untuknya bahagia terbentang depan mata. Akhirnya, dia menerima Adam sebagai suami sepenuh hati. Dan di saat itu termaktub dalam hatinya bahawa tiada lelaki lain yang akan menemaninya selain Adam.


Minggu lepas, aku beli novel Adam & Hawa. Tapi yang terpakai punya. Harga asal novel ni dalam RM20. Sebab novel ni secondhand, owner tu jual RM16 termasuk pos daftar. Kira okay la tu, kan? Pos je dah RM5.
Aku beli novel ni pun sebab tak puas hati. Kat TV tu 30 minit je setiap episod. Tak puas nak tengok and tak sabar nak tau ending. So aku terus beli novel. Teheee :3


Novel ni sampai je, terus berebut dengan Sarah. Dia tengok buku je terus tau buku tu pasal apa sebab Sarah pun layan drama Adam & Hawa tu :D
Novel ni memang best! <3


Assalamualaikum,

Rasanya dah lama tak update pasal dapat BE. Last BE bulan Ogos kalau tak silap aku. Bulan lepas langsung takde BE. Maybe sebab aku terlupa nak update survey tu setiap minggu dan dah lama tak hantar tiket kat Nuffie.



*BE BULAN OCTOBER*

Alhamdulillah, ada rezeki untuk bulan ni. Thank you so much Nuffie and Levi's :3


Assalamualaikum,


Sinopsis: Zafrin (Rashidi Ishak) ialah seorang lelaki yang sentiasa mengikut telunjuk ibunya termasuk dalam perhubungan cinta. Namun, hubungan Zafrin dan Ujie (Vanidah Imran) berada dalam dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta mereka untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga. Zafrin mengahwini Juwita (Ayu Raudhah) dan Ujie ber kahwin dengan Armi (Afdlin Shauki) seorang lelaki kaya yang romantik. Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu, tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin.


Mula-mula baca sinopsis ni, macam gila lah sebab kahwin untuk tiga hari?! Memang gila! Sebab nak tahu jalan cerita diorang, aku tengok movie ni malam tadi, secara online. Bukan pegi tengok kat pawagam tauuuuu?
Aku fikir yang Zafrin dan Ujie tak kan bersama sebab gila ke hape nak kahwin untuk tiga hari je? Lastly, terjawab juga. Tapi betul juga apa yang Armi cakap kat Ujie. Kalau betul lah Zafrin sayangkan Ujie, dia akan pertahankan cinta diorang. Bukan dengan plan yang merepek tu. Walaupun macam ada rasa sedih sikit dalam cerita ni, ada part lawak sikit. Best juga lah cerita ni sebab ada pengajaran :)
*aku baru tau yang cerita ni pun adaptasi dari novel juga*


Assalamualaikum,

Mungkin ada rezeki untuk aku bulan ni. Baru 3 minggu dengan SAYS(buat account baru sebab account lama kena gantung. sampai sekarang takde apa-apa feedback dari SAYS), dah boleh cash out. Alhamdulillah.



Buka account SAYS tadi. Terkejut bila dah dapat RM51. Taknak tunggu lama, terus cash out. Bukan tamak, tapi takut benda lama jadi lagi.
Dulu account lama, dapat earning sampai RM150 lebih, tapi cash out RM10+ je. Lepas cash out dan dapat duit, tiba-tiba account kena gantung. Rasa nak menangis pun ada, tapi tahan. Mungkin takde rezeki. Harap-harap kali ni tak jadi benda yang sama lagi :')



Lepas klik cash out now! dan bagi details kat SAYS.



Dapat email dari SAYS. Pheww! Suka gila bila Aqila dari SAYS tu bagitahu mungkin boleh dapat dalam 7 hingga 15 hari. Siapa tak suka bila duit masuk, kan? Hihi :D
Takpe, sabar FD, SABAR! :3


Korang nak juga dapat earning sambil blogging / online? Daftar je kat sini
>Daftar 8Share<


Assalamualaikum,

Ramai sangat yang tanya, macam mana nak daftar 8Share ni. Harap sangat korang faham isi entri ni. Kalau rasa macam memang takbole masuk kepala otak sangat, baru tanya ye.

First, pergi ke sini ---> Daftar 8Share

Daftar PERCUMA dan dapat RM1.
Tak perlu keluar modal pun untuk daftar.

Klik sign up


Isi semua tempat kosong tu, lepas tu klik create my account.
Dah settle sign up, pergi cek email untuk confirm-kan email tu. Dalam email tu nanti diorang bagi link, korang just klik je kat link tu. Make sure masukkan email yang aktif. Kalau tak aktif, memang susah lah nak keep in touch dengan 8Share ni.


Dah boleh share iklan. Klik kat SPECIALS dan akan keluar macam dalam gambar tu.
Kemudian klik salah satu iklan yg korang nak share. Iklan yang ada simbol bulat hijau je yang tengah running.



Lepas tu klik broadcast


Copy link yang diorang bagi tu dan share ikut cara korang nak.
Kalau ada FB atau Twitter, share je kat sana.
Ayat kena gempak supaya ada yg klik iklan tu ;)

Ini theme 8Share yang lama, Says.
Sekarang ni dah lain sikit kat bahagian Specials.
Boleh usha dulu situ. Tak faham nanti baru tanya.


Assalamualaikum,



Sinopsis Resident Evil 5:
The Umbrella Corporation’s deadly T-virus continues to ravage the Earth, transforming the global population into legions of the flesh eating Undead. The human race’s last and only hope, Alice (Milla Jovovich), awakens in the heart of Umbrella’s most clandestine operations facility and unveils more of her mysterious past as she delves further into the complex. Without a safe haven, Alice continues to hunt those responsible for the outbreak; a chase that takes her from Tokyo to New York, Washington, D.C. and Moscow, culminating in a mind-blowing revelation that will force her to rethink everything that she once thought to be true. Aided by newfound allies and familiar friends, Alice must fight to survive long enough to escape a hostile world on the brink of oblivion. The countdown has begun.


Movie RE 5 ni memang superb! Cuma starting dia 18sx sikit. SIKIT je la sebab si Alice tu tak berbaju. Tak suka betul. Hahaa xD tapi kali ni semua zombie tu hebat, dah pandai guna senjata. Kalau dulu kan zombie-zombie tu cuma kejar je kan. Kali ni siap ada senapang bagai, guna bom segala. Semua zombie dah di upgrade kot. Hahaa. Eh taknak cerita banyak, korang pi lah tengok sendiri. Memang best!

4.5 STAR! :D


Assalamualaikum

Jom tengok movie SAM kat Facebook --> http://sy.my/3up8
Movie keluar masa Hari Raya pertama, aku tengok masa last Hari Raya. Lambat gila, kan? Lepas tu baru sekarang terhegeh-hegeh nak update. Peduli apa? Hahahaa xD

Sinopsis filem SAM

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin). Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.
Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.
Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

Adakah Lisa dan Sam berjaya melepaskan diri dari cengkaman Haikal yang psiko gila tu?
Jawapannya akan terjawab bila korang tengok cerita ni.


Btw cerita ni memang best. Paling suka part Sam dengan Lisa mesra-mesra. SUMPAH comel gila k! Aku pula yang excited part tu. Hihi. Memang sweet habis la diorang masa part tu. Apa perasaan Yusry ntah tengok Lisa berlakon dengan Sam macam tu, kan? Masa tengok trailer, aku fikir si Haikal yang psiko sebab macam terdesak gila nak kan si Lisa. Last-last tengok, memang superb ah cerita ni. Sebab cerita ni lain daripada yang lain. First time k tengok cerita yang ending dia macam blur-blur sikit, hehe.

Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates