facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum :)

Sinopsis:
“Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!” Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke dada Akhil. Borhan satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan. 
    
    Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita. 
    
    Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!


RevieTaknak share jalan cerita, tapi yg pasti memang kelakar habis! Lagi lagi watak si Mat Piah. Kepala weng betul. Ada sekali tu FD tengah baca sambil tunggu tren, tergelak sorang sorang. Pastu baru teringat kat tempat public. Susah nak control sebab lawak gila okay! Better korang baca buku ni :D




Tinggal sebumbung dengan Tengku Luth Daniel a.k.a jejaka Idaman Malaya? Itu kejutan yang Uzma Haseena@Uma terpaksa terima demi mencari duit poket sementara cuti semester dan juga demi sahabatnya, Tengku Hasya.

Kali pertama melihat Uma, Luth tak rasa apa-apa. Hari-hari jumpa, di rumah dan pejabat, hatinya mula tergoda dan dia mula jalankan misi menggoda.

“Uma... please don’t call me Tengku anymore.” - Luth
“Panggil Tengku lagi romantik...” - Uzma
“Hah? Kalau nak romantik baik panggil I, sayang. Lagi I suka!” - Luth

Bila Uzma dah mula suka, ada pula halangannya. Bonda tersayang dah ada pilihan sendiri untuk si anak. Pilihan yang mereka berdua ada, hanya kahwin secara sembunyi.

“Luthhhh...”
“Yes... I love you too, sayang...”
“No!!! I’m not telling you that lah... Hish!”
“Eh bukan ye?”

Luth memang nakal, tapi dia tahu kawal diri. Luth memang anak emak, tapi dia ada pendirian sendiri. Luth memang keras hati, tapi dia sweet dengan caranya tersendiri.

“Just stay with me. Whatever happens, I will always be with you, sayang!” – Luth
“Hmm... saya cuma ada masa sebulan je lagi nak bersama dengan awak, Luth.” – Uzma

Kenapa sebulan? Kenapa tidak selamanya? Apa sebenarnya yang terjadi pada perkahwinan mereka? Ikuti L.U.T.H untuk mengetahui kisahnya.


Assalamualaikum :)


Sinopsis Mani: Wanita Kebaya Kuning
Buah dada dan kemaluan wanita suci, syarat hidupkan kembali roh isterinya.
Untuk itu, 60 air mani diperlukan.
Air mani akhir mesti daripada lelaki yang kematian ibu bapa sejak lahir, berkahwin dengan perempuan yang juga mempunyai nasib yang sama.

Review:
Sangat sangat jijik okay apa yang dia perlukan tu semua. Semata-mata nak hidupkan balik orang yang dah mati. Jalan cerita dia okay, sangat seram. Seram pun buatkan kite macam nak tau apa jadi lepas tu. Ending dia takboleh blah lah. Sebab ada sangkut paut dengan si mangsa. Nak tau lebih, pi beli buku ni yee :p





Ini kisah sekumpulan kawan
Lama sudah kenal secara online.
Untuk kali pertama mereka bertemu
Seorang mati bunuh diri selepas itu
Ataupun ada konspirasi yang mereka tidak tahu.
Nisan siapa bakal diukir lagi?
Ingatan semakin hilang setiap hari
Tidur dipenuhi dengan mimpi ngeri
Ini semua ilusi ataupun realiti?


Review:
Gigih baca sampai habis. Cerita dia ni buat konpius. So kite tak paham. Harap maklum. Sape yang baca novel ni dan paham jalan cerita, tolong explain boleh? xD


Assalamualaikum :)


Sebuah novel tulisan Azwar Kamaruzaman, penulis Babi.

“Kau sanggup jadi celaka sampaikan mati di lembah hina,”

Bukan senang aku mahu memberi hati lelaki aku ini kepada orang lain. Sekali aku bagi pada kau, dia milik kau selama-lamanya. Aku sudah berjanji pada diri aku. Wanita yang berjaya memiliki hati ini, akan aku curahkan segala-galanya pada dia. Tapi apabila aku beri pada kau, kenapa kau masih meragui cinta aku, perempuan? Tak cukupkah dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan? Aku sayang kau sepenuh hati aku! Sumpah aku sayang kau! Tapi kenapa kau memperdajalkan aku?- Fahmie

Susah untuk aku cakap. Erti cinta. Yang boleh saja membuat semua manusia gila. Termasuk aku. Biarpun orang selalu menganggap aku ustazah berdasarkan pakaian aku, tapi aku juga lemas dan lemah dek cinta. Aku manusia biasa, bukan maksum. Ada nafsu, yang kadang-kadang sukar dijaga. Kerana cinta juga, aku sanggup buang apa yang aku pakai. Aku sanggup membelakangi apa yang aku beriman.- Badrina.

Kalau korang jadi aku, sakit hati tak tengok jantan yang kita suka bercanda dengan betina lain? Sakit hati tak? Kalau tak, better kau cek diri kau! Aku sayang dia tapi aku pendam saja. Nak buat macam mana kan. Dah orang tak suka, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Aku reda, asalkan orang yang aku sayang hidup bahagia. Biarpun kesakitan aku membuatkan dia bahagia, aku pasrah. Tapi, sekali ada orang sanggup buat barua terhadap orang yang aku sayang, kau tunggu balasan aku!!!- Jannah.


Review:
Mula mula baca novel ni, FD fikir orang yang buat kat Fahmie ni crush dia. Tapi meleset tau! Crush Fahmie buat kat orang lain sebenarnya. Cerita ni memang gila. FD sampai bayangkan semua benda geli dan jijik yang jadi kat orang yang dajalkan Fahmie. Memang kesian gila ah doe. Memang korang akan imagine sendiri cerita ni. Bayangkan macam tengok movie. Azwar punya cerita tak pernah menghampakan pembaca. Keep it up bro!
Ada movie tajuk lebih kurang macam tajuk novel ni kan, mesti korang fikir isi dalam cerita ni sama dalam movie. Langsung tak sama. Better baca novel ni ;)


Assalamualaikum :)


PENULIS: HASRUL RIZWAN
PENERBIT: BUKU FIXI
GENRE:
· AKSI
· CINTA
· JENAYAH
· MINDFUCK
BIL. HALAMAN: 274

Sinopsis Jahanam:
“Aku sebenaqnya panggil hang bukan pasal Panadol Soluble ni. Dan bukan pasal nak suruh hang kambuih kucing aku tu.”

Jasuli senyap dengan hanya bersandar pada kerusi bersebelahan rakan karibnya itu. Matanya menjadi kuyu.

“Aku ada plan besaq antara kita ni. Paling besaq dan gila yang hang pernah dengaq selama hidup hang ni, Jas.”

Tamin menoleh ke arah Jasuli kembali dengan bibirnya yang diketap dan matanya yang mencerlang.

“Kita rompak kedai emas nak!” kata Tamin tersengih.


Review Jahanam:
Cerita tentang Jasuli yang kerja kilang, lepas tu selalu terserempak dengan Hantu 3 Beranak (ibu, anak perempuan 2 orang). One day terjumpa dengan Rokiah kat tepi jalan waktu Rokiah tengah takut sorang-sorang kat jalan sunyi, kereta rosak. Lepas tu berkenalan dan bercinta setahun lebih. Tetiba kilang tempat keje Jasuli dah tutup, bankrap. Satu satu musibah, dengan tengah krisis dengan Rokiah. Tetiba jumpa Tamin yang kerja jual CD cetak rompak, kena kejar dengan polis. Esoknya Tamin bagitau kerja gila yang dia plan nak ajak Jasuli. Time tu Jasuli memang tengah takde kerja nak buat and tengah cari duit nak kawin dengan Rokiah. So dia pun join kerja gila tu. Memula rompak kedai emas, second plan gila punya! Masa second time rompak tu, tetiba ada watak dari novel Murtad pulak. Pandai penulis ni tau! Waktu ni watak Salina muncul. Salina ada kat tempat kejadian which is tempat yang Tamin ni nak rompak. Tak pasal pasal tukar plan sebab kebetulan ada orang lain nak rompak tempat tu sekali, so Jasuli terpaksa kidnap Salina. At the end Salina relax je dengan Jasuli sebab dia tau Jasuli ni bukan orang jahat. Lepas tu happy ending! :D

Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    THE LABRICH REVEAL: NURTURING GENERATIONS, EMPOWERING VITALITY Memelihara Generasi, Memperkasa Kecergasan
    3 weeks ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maal Hijrah 1448H
    1 month ago
  • mimbar kata
    kau ada
    1 month ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    7 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    10 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates