facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum,



Fakta : Kolagen Buat Anda Nampak Muda Dan Sihat
Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan & lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen. Ketika usia 25 tahun ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun & sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi menjadikan kita semakin tua.

KELEBIHAN KOLAGEN ASLI
Menghilangkan kedutan & kulit kendur. Melaraskan berat badan & hormon. Meningkatkan sistem imun & metabolisme badan. Memejalkan payudara, otot & punggung. Menyihatkan rambut & kuku. Menguatkan sistem abdomen & memelihara kalenjar tiroid. Kurangkan selulit. Memberi tenaga. Melancarkan peredaran darah, Kurangkan sakit bahu & belakang. Menguatkan tulang & sendi, menjauhi artritis & osteoporosis. Meningkatkan sel rawan, ligamen & otot. Merawat penyakit gout. Mencegah kanser. Menurunkan tekanan darah tinggi. Meningkatkan fungsi penghadaman, merawat gastric. Anti bakteria. Merawat anemia. Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh. Menyerap lebihan garam dalam tubuh. Melicin, menegang & menghaluskan kulit. Mempercepatkan pengecutan jerawat & menghapuskan parut. Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit. Menyembuhkan luka. Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis). Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas. Menberikan rasa kenyang (diet). Mengurangkan sembelit/buasir.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, FD menang topup RM5 yang disponsor oleh D'va Fashionista Boutique dan doodle yang sponsor oleh Syafiqah dalam First Giveaway by Anadiera. Doodle lagi, YEAY! Hehe suka suka! :D ni pun baru je perasan. Terima kasih kat Izzati sebab bagitau FD :)

Terima kasih Anadiera! ^^v
http://arunahakirah.blogspot.com/

Terima kasih D'va Fashionista Boutique! ^^v
https://www.facebook.com/pages/Dva-Fashionista-Boutique/402464759784494

Terima kasih Fiqah! ^^v
http://nurull-syafiyqa.blogspot.com/


Assalamualaikum,

Ehem! Sebenarnya tak berapa nak yakin sangat. Tapi gigihkan juga atas support kawan blogger yang lain. Harap harap ada feedback dari korang ^^v

Macam ni, FD plan nak ambik tempahan baju blogger. Ini design yang FD try buat baru je kejap tadi. Otak blank, FD tak kreatif pun.

Tulisan hitam atau dark grey.

Warna pink dan ada simbol love.

Harga: RM28
RM30 (ladies cuttin)
RM35 lengan panjang
Harga kat atas ni dah termasuk pos.

Kalau kebanyakan nak tulisan warna hitam, FD akan buat semuanya warna hitam dan cuma design yang first tu je yang akan digunakan. Tak cantik lah kalau love tu warna hitam nanti, kan?

Untuk yang nak tau maklumat lanjut atau nak tempah, boleh inbox FD kat fanpage
[TEKAN SINI]


Assalamualaikum,


Hadiah felt wallet dari Cik Yaya yang FD menang Contest Page CCY & LTC. Suka warna wallet ni! Warna hot pink :D adik FD nak felt wallet ni memandangkan dia memang takde wallet or purse. FD bagi je, asalkan jaga elok-elok. Hilang atau kotor, SIAP AH! *garang tak? hihi*

Terima kasih Cik Yaya! ^^v
http://misteriomuchacha.blogspot.com/
https://www.facebook.com/CelotehCikYaya
http://yayacraft.blogspot.com/


Assalamalaikum,

Large

Maybe ramai perasan, FD banyak join giveaway dan segmen kat blog ni. Kat Facebook pun banyak juga yang FD join. FD join cuma nak support sesama blogger dan kawan. FD lagi suka join kalau syarat yang senang dan tak banyak.

Large

Antara sebab FD tak join segmen atau giveaway yang korang anjurkan:
Kena follow lebih 10 blog. Adik, kakak, abang, jangan lah ambik sponsor ramai sangat ._.
Follow blog menggunakan ID, bukan link blog. Kalau FD klik follow pun, belum tentu masuk dalam list follower awak tau.
Blog yang takde gadget follower Google. Bukan Google+ tau. FD takboleh follow guna button follow awak yang cantik dan comel tu. Kalau klik, sama macam yang kat atas. Tak tentu masuk dalam list follower awak.
Disable right click. Susah nak copy banner awak.
Disable highlight text. Susah nak copy tajuk entri (ye, FD malas nak taip :p)
Kena tag sampai 4 5 blogger. Kalau setakat satu dua blogger tu boleh terima lagi. Lagi suka kalau tak payah tag :D
Bila ada ayat, "kalau tak cukup 50 penyertaan, segmen/giveaway batal". Alahaii, nanti kesian lah blogger yang dah join tu. Kena rajin promote kalau nak segmen/giveaway awak tu dapat sambutan :)

Rasanya tu je lah kot sebab-sebab FD tak join. Maaf lah ye kalau ada yang tag FD, tapi FD tak join. Mungkin ada salah satu sebab yang FD list kat atas tu :)


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, menang dalam Share & Win yang dianjurkan oleh Sugarscarf. Takkan lah tak tau online shop tu kot? Shawl yang diorang jual semuanya cantik-cantik! Cepat sold out pula tu. FD banyak kali join dalam contest yang dianjurkan oleh Sugarscraf, tapi tak pernah menang. Akhirnya menang juga kali ni. Suka suka! :D

Terima kasih Sugarscraf! ^^v
https://www.facebook.com/sugarscarf
http://www.sugarscarfbyriqa.com/


Alhamdulillah, menang dalam kategori Top Referrel. Tak sangka! Hihi :D banyak pula tu menang. Dapat topup RM10, edit blog, review blog, kertas bintang dan sample loreal leave-in-mask. Yang edit blog tu, hmm. Masih fikirkan lagi. Rasa macam nak bagi kat blogger lain. Boleh ke ek? Takpe, kena tanya sponsor tu dulu :) bukan apa, tapi rasa macam taknak edit apa-apa lagi kat blog. Heee :D

Terima kasih Lulla! ^^v
http://theflickerdoodles.blogspot.com/
https://www.facebook.com/BlogMissLulla

Terima kasih Cik NHAH!
http://iniceritaciksmile.blogspot.com/

Terima kasih Eima! ^^v
http://iema90.blogspot.com/
https://www.facebook.com/pages/Fanpage-Iema/480734255339789

Terima kasih Nadratul! ^^v
https://www.facebook.com/pages/Jom-Cantik/193396210694936

Lepas bagi details, saje scroll bawah nak cari nombor 12. Eh eh, ada lagi rupanya :D
Menang doodle dari Miss Wawa. Sukaaa! Sebab doodle Miss Wawa comel-comel. Makin banyak lah koleksi doodle yang FD kumpul :D

Terima kasih Miss Wawa! ^^v
http://meanddoodlestory.blogspot.com/
https://www.facebook.com/pages/Belog-Miss-Wawa/290654407651681


Assalamualaikum,


Alhamdulillah, dapat juga cash out. Iklan kat 8Share tak tentu. Kejap ada, kejap takde. Kadang-kadang tu cepat sangat iklan habis ._.

Duit belanja selama FD kat KL hujung minggu ni ^^v


Assalamualaikum,


p/s: ini bukan FD punya tau, gambar dari google


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, menang topup RM3 dalam Segmen Lucky Draw by dyanzakhi, nabilabiela yang disponsor oleh Azwar. Kebetulan tengah malas nak pi beli topup. Hihi :D

Terima kasih Dyanzakhi dan Nabila! ^^v
http://dyanzakhi.blogspot.com/
http://www.nabilabiela.com/

Terima kasih Azwar! ^^v
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/


Alhamdulillah, menang lip tint dalam Mega Giveaway by Nisa, Iza dan Saadah yang disponsor oleh Wilma.int. Lip tint yang FD menang sebelum ni pun belum habis guna lagi. Hihi. Takpe, rezeki jangan ditolak :D

Terima kasih Nisa, Iza dan Saadah! ^^v
http://khairunnisa3020.blogspot.com/
http://snowberryy.blogspot.com/
http://saadah97.blogspot.com/

Terima kasih Wilma.int! ^^v
http://wilmashana.blogspot.com/
https://www.facebook.com/Wilma.int


Assalamualaikum,


Macam mana boleh dapat tasbih digital ni? Dapat sebab FD join GA Pertama Jom Singgah Shoppe :) tak sangka pula semua yang join tu dapat tasbih digital. Suka suka! Dapat warna purple, cun juga :D

Korang nak beli tasbih digital? Ada macam-macam warna tau!


RM7 untuk satu unit :)

Terima kasih Jom Singgah Shoppe! ^^v
Blog - http://kedaiserbanekakelantan.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/JomSinggahShoppe


Assalamualaikum,




Someone request kat FD untuk buat tutor daftar akaun Paypal.
Bila korang ada akaun PayPal ni, senang sikit urusan korang dalam jual beli, lagi-lagi urusan dengan luar negara :) atau pun untuk korang yang nak tebus point dalam iPanel :D

FD buat tutor ni tanpa gambar, harap-harap korang faham lah ye :)


  1. Pergi ke https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/home dan klik sign up.
  2. Pilih kotak pertama, Personal, dan klik Get Started.
  3. Isi semua details yang diminta dan pastikan password korang tu ada huruf, nombor, dan simbil. Kemudian klik Agree and Creat Account.
  4. Masukkan kod yang ada dalam gambar (macam word verification)

Congratulations! You've signed up for a PayPal account.


Ada beberapa perkara yang korang perlu buat sebelum mula gunakan akaun PayPal.
  • Confirm your email address to activate your PayPal account - We'll send simple instructions shortly to email korang.
  • Choose how you'd like to pay for your purchases - Pay using a balance in your PayPal account or with a credit/debit card.

Harap korang faham lah ye :)
Kalau ada apa-apa, tanya je FD. InsyaAllah FD boleh tolong :)


Assalamualaikum,


Haritu FD Menang Facebook Giveaway #2. Hadiah shawl sponsor dari Easy Boutique, guna servis GDex. Gdex sini macam slow sikit tapi bagus sebab dia call dulu sebelum nak delivery. FD dapat shawl 2 tone, siap ada aksesori kat shawl tu.

Terima kasih Easy Boutique! ^^v
https://www.facebook.com/easy.itu.mudah


Assalamualaikum,



Haa, kenapa dengan katak? Macam ni ceritanya.

Pagi tadi pukul 7 lebih, FD pi buka pagar dan start enjin motor. Masa adik FD nak pakai kasut, tiba-tiba dia jerit. FD biar dulu. Lepas tu adik FD makin galak, terlompat-lompat, terjerit-jerit. FD tanya dia, "kenapa?". Adik FD jawab sambil jerit, "ADA KATAK KAT DALAM KASUT!!". FD terus gelak kaw-kaw! Mana tidaknya. Masuk kadet bomba, taekwando, tup-tup jerit nampak katak. FD gelak-gelak, dia jerit-jerit sampai menangis. HAHAHAHA!

Masa perjalanan nak ke sekolah adik FD, dia cakap "macam mana lah Fear Factor tu buat, kan? patut lah Elfira Loy menangis bila ada katak". FD tak kata apa, cuma mampu gelakkan dia lagi. Hihi. Lepas tu dia cakap lagi, "katak tu lembik. eeeeee!". FD jawab, "memang lah katak lembik! ada ke katak keras? apa lah!".
Sampai depan pagar sekolah pun FD masih gelakkan dia.
Adik FD muka masam je, taknak cakap lagi dah.

p/s: gelakkan orang, padahal FD sendiri geli dengan katak :3


Assalamualaikum,

Tengok tajuk tu macam marah sangat siap CAPS LOCK dengan tanda seru.

Mana tak marah bila dapat nota dari PosLaju. Tengok time pula, pukul 12:13 tengah hari. FD kat atas, mak kat bawah. Tengah hari tadi hujan. Mak kat bawah tengah menjahit. Bunyi hon van dah tentu lah kuat, kan? Orang PosLaju tu bukannya nak hon. Kalau sebelum ni reti pula nak hon banyak kali. Mentang-mentang hujan, taknak hon pula banyak kali atau call je FD. Bukannya takde nombor telefon kat parcel tu. Malas nak keluar lah tu kalau FD keluar nak pick up.

Dah tau sangat orang yang mana satu. Kalau yang badan kurus sikit tu yang hantar, kalau FD takde dia akan call. Tapi yang badan berisi tu... EEEEEE! Geram ah!

Malas pula nak pick up kat pejabat pos esok ._.


Assalamualaikum,

Rajin betul penganjur print url blog. Hihi :D

Alhamdulillah, FD menang bookmark dalam Simple Giveaway by Mizzniya & Partner. Makin banyak lah koleksi bookmark, suka suka! :D

Terima kasih Mizzniya! ^^v
http://mizzniya.blogspot.com/

Terima kasih Mizz Lolly! ^^v
http://lolipopsayadia.blogspot.com/


Assalamualaikum,

Ingat lagi dengan entri Nabila Medan baik hati nak bagi bookmark kat FD? Haa, baik plus rajin k. Rajin sangat siap design, print, and post kat FD.

Nampak tu? Kemain banyak lagi bookmark yang Nabila buatkan. Suka sangat-sangat! Sebab warna pink :D Gambar doodle perempuan tu pun comel :D FD akan simpan elok-elok dan bookmark yang selebihnya, FD akan hadiahkan dalam giveaway akan datang. Erk, ada ke yang nak bookmark muka FD tu? Hewhew :3

Terima kasih adik Nabila Medan! ^^v
Blog - http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/pages/NabilaMedan-Punye-blogspot/143633932407567


Assalamualaikum,

Semalam nampak artikel menarik. Pasal Barbie! Hihi. FD pernah bagitau kat entri [11 Things About Me] yang FD minat Barbie sejak kecil sampai sekarang. Sebab tu FD kata artikel tu menarik. Kat Florida, ada replika Barbie's Dreamhouse. Bukan size mainan tau, tapi life size! Dah tentu lah besar kalau life size. Macam rumah real. Kalau ada kat Malaysia ni, confirm FD pergi! Cantik gilaaa! Jom tengok gambar-gambar Dreamhouse Barbie ni.

Dream come true
Pintu masuk ke The Barbie Dreamhouse

Play land
Play land: The Barbie dreamhouse is a replica of the plastic doll's Malibu beachhouse

Collection
Collection: The installation includes the best of Barbie - 350 dolls and collector memorabilia, Barbie's friends, family and of course her love interest Ken

Beauty
Beauty: The installation offers a package for a group of girls to have their makeup and hair styled before they strut their stylish selves down the Barbie runway

Pink paradise
Pink paradise: The Barbie sitting room includes a circle of pink ottomans perfect for a fireside chat and a bright pink baby grand piano

Treat
Treat: The world's first ever life-size replica's of the plastic toy's Malibu beach house allows Barbie's most ardent admirers to live out their girlish fantasies in the life-size dollhouse

Imagination
Imagination: Visitors can try their hand at haute cuisine in the Barbie virtual kitchen





Peminat Barbie mesti suka, kan? :D

SUMBER


Assalamualaikum,


Nampak tu? Heee, FD menang topup RM5 dalam Segmen Topup 24 Jam by Miss Ezzatie. Alhamdulillah :) FD join pun saje-saje je, nak support sesama blogger. Tak sangka boleh menang. Proses hadiah topup pun baru je settle tadi, CEPAT! :D topup tadi bagi mak je, memandangkan kalau FD ada kredit pun, bukannya message sesiapa ._.

Terima kasih Ezzatie! ^^v
http://ezzatie-ezzatie.blogspot.com/
https://www.facebook.com/MissEzzatie


Assalamualaikum,

Yeay! Dah ada 3000 followers. Dah dua tahun sehari  blog ni hidup. Tak sangka boleh dapat 3000 followers dalam masa hampir 2 tahun ni :)

FD klik kat gambar follower tu, tapi ini yang keluar. So tak dapat nak pi blog dia. Tengok kat cbox pun takde tinggalkan jejak. Hmm so FD search kat Google. *rajin gila sampai search kat Google, HAHA!*

Sebelum tu, meh sini FD nak ajar, untuk buatkan link blog awak ada kat profile :)
Dashboard > tengok atas kanan > klik Blogger profile

Klik edit profile pula.

Klik Select blogs to display
Nanti awak pilih lah blog mana yang awak nak tunjuk kat profile (kalau awak ada banyak blog).

Okay, jom tengok siapa follower ke 3000 dalam blog FD ni ^^v

..Something special about Me
http://lisandramalina-aboutme.blogspot.com/

Blogger yang bernama Lisandra Amalina. 
Blog dia serba pink. Suka! :D
Tapi kan awak, FD rasa better awak guna music player yang lain. Awak boleh tengok kat [ENTRI] tu. Cuma nak blog awak nampak kemas. Kalau taknak, terpulang pada awak. Lain orang, lain pandangan :)
Dan kalau boleh, tak perlu rasanya nak letak benda yang falling tu. 
Widget kiri kanan tu pun tak perlu. 
Main page pula biar lah minimum 3 post. 
Sidebar tu boleh kemaskan lagi bagi tak nampak macam panjang sangat.
Tulisan dan jenis font takde masalah. Masih jelas untuk dibaca.
Kalau komen pula, rasanya kebanyakan blogger lebih suka jenis pop up punya. Boleh rujuk [ENTRI] tu ye :)

Maaf kalau FD over pula nak komen tentang blog awak. Heeee :D
Oh ya, salam perkenalan dari FD :)


Assalamualaikum,

Dalam entri ni FD nak share jenis-jenis side income yang korang boleh cuba atau mungkin korang dah join dalam salah satu syarikat yang buat pengiklanan.


1. Pay Per Click



Seperti yang korang tengok gambar kat atas. Side income yang pastinya ramai yang dah tahu. Side income ni jenis Pay Per Click. Side income yang agak senang untuk kita dapat. Pay Per Click bermaksud kita akan dapat earning untuk setiap klik. Contoh satu klik, dapat 20sen. Atau mungkin boleh dapat 40sen untuk 1 klik. Ini yang dipanggil sebagai PPC, shortform untuk Pay Per Click.
Untuk yang belum daftar, boleh klik link dibawah untuk join PPC.
Churpchurp - http://bit.ly/10t3DPP
8Share - http://bit.ly/17aFYZv
Gushcloud - http://bit.ly/183hHSf


2. Pay Per Lead
PPL singkatan untuk Pay Per Lead. PPL merupakan salah satu program affiliate yang menawarkan komisyen bukan melalui penjualan produk mereka, tetapi melalui lead atau lebih mudahnya, subscriber bagi senarai emel yang mereka perolehi melalui kita [ejen affiliate] yang mempromosikan link yang diberikan selepas mendaftar. Biasanya komisyen yang FD pernah nampak, paling sikit 30sen dan paling banyak RM1 untuk 1 lead/email. Untuk PPL, selalunya penganjur akan bagi limit minimum 10 lead. Jadi, kalau korang tak dapat capai minimum, korang takkan dibayar atau diberikan komisyen.
Contoh macam FD buat entri yang baru-baru ni, [Nak menang sebentuk cincin 22k?]. Yang ini satu lead dapat 50sen. Lepas tamat program affiliate Kelab GSR Jewels, penganjur akan bayar komisyen pada korang. Ini pula [komisyen dari Kelab GSR Jewels] yang FD dah terima minggu lepas.
Lagi satu contoh, program affiliate yang paling senang untuk FD join sebab share dengan para blogger. Program affiliate [Teknik Tingkatkan Trafik 40k UV Sebulan]. Ini pun satu lead 50sen. Program ni yang FD dapat paling tinggi sebab share dengan blogger yang nak tingkatkan trafik diorang. Tak percaya? Boleh baca entri [Komisyen PPL Teknik Tingkatkan Trafik 40k UV Sebulan] yang FD terima bulan Februari yang lepas :)

Buat masa ni takde lagi program affiliate untuk PPL rasanya. Kalau ada, FD akan share link tu dengan korang ye ^^v


3. Pay Per Sale
Pay Per Sale atau singkatan PPS pula ialah program affiliate yang mana korang akan diberikan komisyen sekiranya seseorang melakukan pembelian melalui link korang, atau lebih tepat lagi, korang berjaya melakukan penjualan.
Contohnya, korang mempromosikan produk A di Facebook atau blog korang, kawan korang klik link korang dan berminat dengan produk yang korang promosikan tersebut. Seterusnya, kawan korang tu akan membuat pembelian melalui link yang anda promosikan tadi. Kemudian korang akan dapat email "Tahniah, Anda menerima Komisen!"
Komisen yang diberikan sekiranya korang berjaya melakukan penjualan agak lumayan, iaitu sekitar 50%-75% daripada harga asal produk tersebut. Memang masyuk, dan sebab ini jugalah ramai yang bercita-cita untuk menjadi affiliater.

Ini antara PPS yang FD join.





Err yang ni FD tak tau kategori apa. Haha xD sorry ye. Tapi ini pun boleh jadi side income untuk korang. Cuma kena jawab survey dan dapat point. Point tu boleh tebus kepada duit. Tapi make sure korang ada akaun PayPal. Baca entri [iPanel] untuk tahu lebih lanjut.
Boleh refer post Cara Daftar Akaun Paypal :)


Harap korang faham dengan apa yang FD share ni. Kalau nak tanya apa-apa, tinggalkan komen atau boleh inbox FD kat [FANPAGE] atau pun email je kat [ftndiana@ymail.com]


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, FD menang badge maker dalam Segmen Simple Contest by DJH. FD tak tahu apa benda badge maker tu, hihi. Takpe, rezeki jangan ditolak. Ye dak? :p

Terima kasih DJH! ^^
Blog - http://diarijejakahangat1.blogspot.com
Fanpage - https://www.facebook.com/diarijejakahangat

Terima kasih Ayna! ^^
Blog - http://aynasyafiqah.blogspot.com/


Assalamualaikum,

Tengah hari tadi tengok meja makan. Ada sampul. Tengok-tengok lah kot ada FD punya. Ada satu sampul, YEAY! Hihi! Tengok depan belakang sampul, kat belakang ada url blog kak Dysha. Dah confirm dah, dapat sticker doodle dari kak Dysha sebab FD masuk dalam list top komentar bulan April. Boleh rujuk [ENTRI]. Semua sticker ni comel gila! Kawaii! :D

Terima kasih kak Dysha! ^^v
Blog - http://dyshasahhir.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/kawaiidyshastudio


Petang sikit pula abang PosLaju datang. Pelik tengok bungkusan tu.

Nampak pelik sebab tak pernah lagi dapat bungkusan macam ni :3

Hadiah ni dah lama FD tunggu. Dari bulan Februari kalau tak silap. Menang dalam giveaway juga, boleh rujuk [ENTRI]. FD dapat ni pun lepas minta link sponsor kat penganjur. Bila inbox tu, sponsor kata dia pun tunggu details pemenang. Rupa-rupanya penganjur tak inform sponsor. Hmm pelik kejap ._. lantak lah, pedulikan, sebab hadiah dah sampai kat tangan FD :)
Dapat perfume lelaki. So FD bagi kat adik lelaki je memandangkan dia memang suka sembur perfume banyak-banyak (satu botol pun belum tentu boleh tahan dua bulan). Mak tak payah keluarkan duit untuk beli perfume untuk dia dah untuk sebulan ni :D

Terima kasih Wilma.int! ^^v
Blog - http://wilmashana.blogspot.com/
Fanpage - https://www.facebook.com/Wilma.int


Assalamualaikum,

Dua hari lepas ada nampak post nak bagi doodle free, untuk 5 orang terawal je. Dia masih baru dan masih belajar nak buat doodle. FD saje je inbox, kot dapat en.
First, ini doodle yang Mojat buat. FD cakap nampak macam ais krim, comel je. Hihi :D lepas tu Mojat rajin, dia buat lagi satu doodle untuk FD. Ikhlas katanya. Baik betul hati adik Mojat kita ni tau. Heee :D

Dapat doodle pakai baju kurung pula. Sangat omey walaupun masih newbie dalam doodle :)

Terima kasih adik Mojat! ^^v
http://cerewetsentiasa.blogspot.com/

Newer Posts
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • mimbar kata
    kau ada
    2 days ago
  • blog.iamfuzy™
    Photo Dump Raya & Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin
    2 months ago
  • Faizzah Amir
    Salam Aidilfitri 1447H/2026M
    2 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    5 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    8 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates