facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum 😊

Apa yang terbaik sangat dalam hidup FD pada tahun 2018 yang lepas tu? Hehe banyak tau! Tahun lepas macam macam yang FD dapat. Antaranya, FD jadi isteri orang [https://ftndiana.blogspot.com/2018/04/fd-dah-jadi-isteri-orang.html] , dapat bercuti kat Pulau Perhentian [https://ftndiana.blogspot.com/2018/04/bercuti-di-pulau-perhentian.html] *part bercuti ni best sebab memang FD dah lama sangat teringin pergi Pulau Perhentian*. Pastu dapat pulak seorang puteri, [https://ftndiana.blogspot.com/2018/10/ahli-baru-dalam-keluarga-kecil-kami.html]. Alhamdulillah, semuanya rezeki dari Allah.

Tu baru part untuk family. Hehe. Rezeki kat socmed pun banyak jugak. Menang hadiah utama [https://ftndiana.blogspot.com/2018/06/hadiah-menang-march-giveaway-dah-sampai.html] banyak gila extra free gift mask tau, menang sling bag dengan buku nota comel [https://ftndiana.blogspot.com/2018/09/hadiah-menang-giveaway-yeayyy-this-is.html] , dengan banyak dapat paid job and gift review. Alhamdulillah atas rezeki semua ni. Semuanya punca dari anak rasanya. Sejak mengandung dan lepas lahir, makin mencurah curah rezeki.



Yang ni menang giveaway kat instagram. Nama instashop tu dah takde. Page not found pulak dah. Memang taktau lah tukar nama apa pulak.
You guys should try this lipcreme. Sangat sangat best! Tak keringkan bibir kite pun.



Tshirt dan keychain ni pulak menang giveaway dari Facebook Grace Customize Store [https://www.facebook.com/GraceCustomizeStore/]. Terima hadiah ni bulan 6 , tahun lepas. Walaupun menang saguhati je, hadiah ni best! Sebab material baju ni lembut je. Selesa pakai. Harga cuma RM28 untuk sehelai baju corak Love Pocket. Boleh je pilih corak tu warna lain. Kalau corak Love Pocket tu besar jenis A4, harga jadi RM38. Selain tu ada jual macam macam aksesori tau. Comel comel semuanya!



Menang duit Raya pulak dari @beautyskinguru 💰




Rantai dan subang dari Florlili 🎕


Last but not least, menang aksesori dari Florlili [https://www.facebook.com/florlili.handmade]. Hadiah ni FD terima pada bulan September 2018. Semua aksesori dari Florlili ni handmade tau. Bukan yang dari kilang ke apa ke. Kreatif sangat owner Florlili ni.

Alhamdulillah dengan rezeki yang di terima ni 😊

Moga korang yang baca ni pun dimurahkan rezeki sentiasa 💕


Assalamualaikum



Alhamdulillah, baru baru ni FD menang dalam giveaway yang dianjurkan oleh Cik La; Giveaway Yeayyy, this is my birthday month! Dapat beg 2 in 1 dan buku nota. Kenapa 2 in 1? Sebab boleh buat 2 style. Antara guna sebagai clutch atau beg silang.

Buku nota corak burung hantu tu pun comel!

Terima kasih Cik La! 😘

Assalamualaikum 😊



Bulan March yang lepas FD ada join March Giveaway by penselduabee dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam giveaway tu. Ikutkan hadiahnya cuma Realash tu je. Tapi penganjur baik hati bagi kite macam macam jenis mask. Semuanya best best!

Nak aktif balik join giveaway lepas ni 🙈


Assalamualaikum :)


Haritu, FD join Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX! dan alhamdulillah, FD salah seorang pemenang giveaway tersebut. Gigih tau nak kurus. Padahal bukan gemuk mana cuba bentuk badan kite macam buah pear. So mesti korang paham nak kurus bahagian mana >,<

Bukan baru harini dapat parcel. Tapi 26 Disember 2016. Hihi. Lambat update. Lama sangat dah bukak blog rasanya. Sibuk tak sibuk lah.

Ni sedikit info tentang Passion D'Tox!

Siapa yang perlu cuba produk Passion D'Tox? Produk ini sesuai bagi mereka yang:
sukar menurunkan berat badan
mengalami masalah sembelit
sering cepat berasa letih dan hilang tenaga
memiliki masalah mulut berbau (petanda bagi masalah pencernaan)
mengalami masalah kulit seperti gatal-gatal, alergi, jerawat dan sebagainya akibat terlebih toksin dalam sistem badan 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk Passion D'Tox, sila ke laman rasmi berikut: http://passiondtox.com

Apa pun, terima kasih Ayuni :)



Assalamualaikum :)

Giveaway ni FD menang bulan April tahun lepas, 2014 >,<
Baru ni nak update. Ihiks!

Tak sangka ada rezeki jugak dalam giveaway yang dianjurkan dalam instagram. FD menang gelang tangan dalam giveaway anjuran @thesistersproject :)

Cantik gelang biru tuu ♥

Alhamdulillah, terima kasih @thesistersproject untuk hadiah ni.
Moga bisnes awak makin maju dan murah rezeki :)

@thesistersproject was established since 2011
Instagram: https://instagram.com/thesistersproject/
Whatsapp: 0149713041 (10AM - 10PM)


Assalamualaikum :)

Lagi sekali, entri yg kena peram setengah tahun >,<
Punya lah lama FD dapat hadiah ni, baru sekarang nak heboh. Hihi! Tapi kite dah contact pengirim ni lama dah untuk cakap terima kasih :)


25 Mei 2014


Eymasu ni suka sangat buat surprise kat FD dengan adik adik tau. Sekali 3 orang dapat hadiah dari Eymasu. FD, Darlina, dengan Sarah. Pandai Eymasu tau sebab tahu warna fav Sarah time tu. Sarah pun terkejut bila nampak nama dia atas keychain ni. Kitorang bertiga suka sangat hadiah dari Eymasu! :*

Bukan 1 je tau hadiah dari Eymasu ni. Ya Allah, baiknya awak dengan FD. Terharu
T____T




31 Oktober 2014

Mula mula dapat parcel, Darlina dah pelik apa benda yang besar sangat ni? Dia siap kejutkan FD, "kak, tengok ni kak!". Kuasam budak ni kacau orang tidur. FD tengok nama pengirim, EYMASU!!! Darlina pun kenal dah dengan blogger ni. Baik sangat dengan kitorang.


6 KOTAK LOOM BANDS!!
Banyak giler Eymasu ni bagi kite tau! Paling excited adik adik. Lagi lagi Mirul dengan Darlina. Sarah tukang request je kat abang dia. Mirul dengan Darlina je yang rajin buat. Gigih refer youtube :p


Nampak muka budak excited ni? Haaa, kemain besar sengih!




Perasan pwincess :p


Eymasu World Craft jual:
Custom made pin shawl
Custom made felt craft
Stater kit (for any craft)
and many more!
Refer album - Eymasu World Craft's Album

For those yang nak beli barang barang kraf ni, boleh order dengan Eymasu ye
Fanpage - https://www.facebook.com/EymasuAndWorldCraft
Blog - http://www.eymasuandworldcraft.blogspot.com/
Instagram - http://instagram.com/eymasuandworldcraft/


Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    Domino’s Brings Back Its New & Improved Sambal Pizza : A Taste That Brings Malaysians Together
    1 week ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maal Hijrah 1448H
    2 months ago
  • mimbar kata
    kau ada
    3 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    8 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    11 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates