Review Novel: Nasi Kangkang

by - June 17, 2015


Assalamualaikum :)


Sebuah novel tulisan Azwar Kamaruzaman, penulis Babi.

“Kau sanggup jadi celaka sampaikan mati di lembah hina,”

Bukan senang aku mahu memberi hati lelaki aku ini kepada orang lain. Sekali aku bagi pada kau, dia milik kau selama-lamanya. Aku sudah berjanji pada diri aku. Wanita yang berjaya memiliki hati ini, akan aku curahkan segala-galanya pada dia. Tapi apabila aku beri pada kau, kenapa kau masih meragui cinta aku, perempuan? Tak cukupkah dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan? Aku sayang kau sepenuh hati aku! Sumpah aku sayang kau! Tapi kenapa kau memperdajalkan aku?- Fahmie

Susah untuk aku cakap. Erti cinta. Yang boleh saja membuat semua manusia gila. Termasuk aku. Biarpun orang selalu menganggap aku ustazah berdasarkan pakaian aku, tapi aku juga lemas dan lemah dek cinta. Aku manusia biasa, bukan maksum. Ada nafsu, yang kadang-kadang sukar dijaga. Kerana cinta juga, aku sanggup buang apa yang aku pakai. Aku sanggup membelakangi apa yang aku beriman.- Badrina.

Kalau korang jadi aku, sakit hati tak tengok jantan yang kita suka bercanda dengan betina lain? Sakit hati tak? Kalau tak, better kau cek diri kau! Aku sayang dia tapi aku pendam saja. Nak buat macam mana kan. Dah orang tak suka, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Aku reda, asalkan orang yang aku sayang hidup bahagia. Biarpun kesakitan aku membuatkan dia bahagia, aku pasrah. Tapi, sekali ada orang sanggup buat barua terhadap orang yang aku sayang, kau tunggu balasan aku!!!- Jannah.


Review:
Mula mula baca novel ni, FD fikir orang yang buat kat Fahmie ni crush dia. Tapi meleset tau! Crush Fahmie buat kat orang lain sebenarnya. Cerita ni memang gila. FD sampai bayangkan semua benda geli dan jijik yang jadi kat orang yang dajalkan Fahmie. Memang kesian gila ah doe. Memang korang akan imagine sendiri cerita ni. Bayangkan macam tengok movie. Azwar punya cerita tak pernah menghampakan pembaca. Keep it up bro!
Ada movie tajuk lebih kurang macam tajuk novel ni kan, mesti korang fikir isi dalam cerita ni sama dalam movie. Langsung tak sama. Better baca novel ni ;)

You May Also Like

1 comments