Kebaikan Fernleaf UHT susu 100% dari New Zealand!

by - September 29, 2018


Assalamualaikum 😊

Siapa je yang tak kenal dengan susu Fernleaf ni, kan? Nama Fernleaf makin meletup letup sebabkan khasiat susu ni. Kenapa FD kata susu ni berkhasiat? Meh baca entri ni sampai habis.



Susu Fernleaf diperbuat dari lembu tenusu dan dijaga oleh para peladang di New Zealand dengan penuh dedikasi. Bukan sembarangan tau sebab pakar tenusu di New Zealand ni ada lebih dari 140 tahun pengalaman. Dah tentu mereka akan memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

New Zealand adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa berkurung dalam kandang, yang mana rumput disana adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu lembu tenusu itu dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. Susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan kita. Selain itu, mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Seronok adik FD dapat minum susu Fernleaf UHT perisa coklat.

Lembu tenusu di New Zealand menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Tu yang best tentang susu Fernleaf. Bila semuanya dari semulajadi, tak perlu risau kalau ada tambah apa apa bahan lain. Confirm lah susu sedap! 😍


100%Mmmmm!
Kemain tersenyum minum guna straw glasses tu 😎


Lepas ni memang satu family lah minum susu Fernleaf sebab dah terbukti semuanya semulajadi dan berkualiti tinggi and paling penting berkhasiat! 👍
Thank you Fernleaf sebab hasilkan susu berkhasiat 100% dari New Zealand!
#FernleafUHT
#100Mmmmm

You May Also Like

2 comments