Happy Birthday Fayyra!

by - August 19, 2020

Assalamualaikum

Alhamdulillah, genap umur anak dara kecik ni 2 tahun 18 Ogos baru baru ni. Nak jadi kakak dah pun (sedang mengandung 4 bulan). Harap Fayyra boleh jadi kakak dan anak yang baik ye sayang.


 Takde celebration macam ibu dia jugak, sebab kalau sambut pun bukan dia makan mana kek. So bawak pegi Funland kat KTCC je. Jenuh jugak lah duk dalam tu nak main merata. Bayaran masuk dalam FunLand KTCC tu RM8 untuk 2 jam. Duduk sejam pun tetap RM8 ye guys. Tu harga untuk hari biasa. Kalau hari cuti atau weekend, jadi mahal sikit lah.


Yang nak bawak anak main kat Funland sila lah bawak stokin siap siap ye. Kalau tak, kena beli pulak kat situ RM5 sepasang. Bukan selalu boleh puaskan hati anak pegi main kan? Tapi rasa macam nak bawak gi tiap minggu pulak 😜


You May Also Like

2 comments

  1. Happy birthday fayyra sayang.. :) Jemput join my GA http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete