Tetapkan Plan Data Sendiri dengan Yoodo

by - November 28, 2020


Assalamualaikum semua!

Sekarang ni dah macam macam plan data yang ada, kan? Untuk sehari, seminggu, sebulan? Pilih je nak yang mana tapi harga semuanya dah ditetapkan dengan limit yang tertentu. Bila data habis, tak pasal pasal kena beli add on pulak, betul tak? So kali ni FD nak share dengan korang plan untuk rangkaian Yoodo yang confirm akan menarik minat korang.



Apa itu Yoodo?
Yoodo merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan mudah alih digital pertama di Malaysia yang memberikan kebebasan kepada pelanggan mereka untuk tetapkan plan mudah alih mereka sendiri dari segi data, minit suara dan SMS untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka, tanpa caj tersembunyi atau komitmen.

Yoodo 2.0
Ianya baru sahaja dilancarkan pada tahun ini, sebagai jenama dan perkhidmatan kerana terus menerajui ruang telco digital.

Antara kelebihan Yoodo 2.0


Yoodo Unlimited - pengguna boleh pilih tahap kelajuan internet, kuota hotspot, panggilan suara dan SMS. Sebagai sebahagian daripada pakej, pelanggan Yoodo Unlimited juga akan menerima minit panggilan suara percuma dan kuota hotspot percuma.
Renew Anytime - Perbaharui pelan mudah alih anda pada bila-bila masa tanpa perlu risau tentang kitaran bulanan anda.
Power Pass - ianya adalah data Add-On yang memberi anda data berkelajuan tinggi dalam jangka pendek. Pengguna boleh mendapatkan 100GB data dengan harga hanya RM2, memberikan sambungan maksimum untuk harga yang sangat berpatutan.
Yoodo Rewards - Pengguna akan dapat ganjaran dengan setiap pembelian Add-On. Pelanggan juga akan diberi satu Add-On percuma untuk setiap 10 Add-On yang mereka beli.


Add-Ons
Yoodo memperkenalkan 8 Add-On terbaru pada tahun ini di seluruh aplikasi permainan, hiburan dan e-dagang, menjadikan jumlah keseluruhan Add-On menjadi 18. Pakej Add-On tidak akan menganggu pelan data pengguna sedia ada.


Gaming - Yoodo memperkenalkan Add-Ons untuk aplikasi Call of Duty Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang, yang memberikan 20GB data permainan khusus kepada pemain dengan harga RM5. Add-On terbaru juga bergabung dengan permainan mudah alih popular yang lain, seperti PUBG MOBILE dan Arena of Valor.
Entertainment - Menyedari tentang keperluan pelanggan Yoodo untuk hiburan, terutama pada awal pandemic, Yoodo memperkenalkan Add-On untuk Tik Tok, Viu, Dim Sum, Astro Go, dan Joox.
E-Commerce - Yoodo juga membawa Add-On dalam Boost untuk memberi pengguna kemudahan maksimum untuk semua keperluan membeli-belah dalam talian mereka.


Yoodo Unlimited

Yoodo menawarkan 2 jenis pelan yang disyorkan;
Unlimited Atas Plan - menawarkan kelajuan data 6Mbps dengan harga RM43 sebulan.
Unlimited Bajet Plan - kelajuan data 3Mbps dengan hanya RM35 sebulan.


Yoodo & Esport - Tournament
Yoodo menjadi telco paling supportive di arena esports negara. Ianya bermula pada tahun 2018, ketika menjadi Telco Digital Rasmi pertama untuk Kejuaraan Nasional Bergerak PUBG (PMNC).

PUBG Mobile National Championship (PMNC)



• Yoodo merupakan Telco Digital Rasmi untuk PMNC pertama di Malaysia pada tahun 2018 dan terus menyokong pada tahun 2019.
• Juara PMNC 2018 dan 2019 menerima hadiah wang tunai bersama dengan pelan mudah alih Yoodo percuma selama setahun.







Yang best tentang Yoodo ni kalau korang ajak kawan atau family join Yoodo, korang akan dapat RM20 dalam Yoodo credits secara percuma. Bukan korang je yang dapat ganjaran, kawan yang daftar tu pulak akan dapat 7GB data for freeee!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari link di bawah
Website: https://www.yoodo.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/yoodoMY/
Instagram: https://www.instagram.com/yoodomy/
YouTube: https://www.youtube.com/c/yoodomy

You May Also Like

19 comments

  1. Yoodo memng best.. Jimat duit sebb kita boleh customize data

    ReplyDelete
  2. bestnya boleh customized data plan kita sendiri. pakej bajet tu memang mampu milik sangatlah kan

    ReplyDelete
  3. wah...pakej yang menarik. harga untuk sebulan pun tak mahal sangat..sama harga kalau topup biasa.

    ReplyDelete
  4. kite penah pakai Yoodo! memang best sebab boleh tetapkan data sendiri lepastu senang nak set mana yang kita nak! memang highly recommend

    ReplyDelete
  5. mudah betul nak dapat RM20 tu, boleh ajak kawan-kawan join jugak ni hehe

    ReplyDelete
  6. Menarik yoodo ni.. Boleh cuatomize data.. So bolehla jimat kan.. Kita nak guna data mana yang lebih.. Kalau gaming ni elokk pakai yoodo

    ReplyDelete
  7. Banyak juga baca review yodoo ni ramai cakap best. Terasa nak tukar telco pulak sebab nak cari yang internet banyak

    ReplyDelete
  8. Suka Yoodo plan ni.. Sgt berbaloi since boleh customized ikut keperluan.. Lagi jimat macam tue...

    ReplyDelete
  9. memang dah kama baca pasal Yoodoo ni tapi buat masa sekarang saya setia dengan plan telco yang saya guna tapi mungkin untuk pengalaman sendiri akan datang kena juga cuba sesuatu yang baru seperti ini....

    ReplyDelete
  10. Suka konsep yoodo ni sebab fleksibel. Boleh customize then kita bayar untuk apa yang kita perlu je.

    ReplyDelete
  11. Bagus ni kita boleh pelan ikut kewangan kita.. menarik nanti subscribe utk anak2

    ReplyDelete
  12. Haaa sy mmg pakai yoodo mmg puas ati sebab pakai tu sebulan tak abes2 data haha

    ReplyDelete
  13. ouh yeke..tak pernah tau Yoodo boleh buat pilihan data sendiri.. baru tau ni..thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Ramai yang dah switch to Yoodo sebab boleh customise data plan ikut plan kita sendiri. Tak lah bazir bayar yang kita tak pakai.

    ReplyDelete
  15. Boleh pilih tahap kelajuan internet, kuota hotspot, panggilan suara dan SMS.. wow bestnya sis

    Cara Nak Target Audience diFacebook

    ReplyDelete
  16. best ada plan telefon boleh custom sesuai dengan kegunaan sendiri

    ReplyDelete
  17. Seronok kalau macam ni... boleh adjust data yang kita nak. Paling best ada pakej bajet... sekarang financial agak 'keras' sikit... sangat bagus kalau ada tawaran mampu milik macam ni. Sekarang, kalau internet tak ada dah jadi susah sebab semua benda nak kena online dah.

    ReplyDelete
  18. this is really a good idea to allow user to customise own plan, am gonna check it out more info for my own usage soon. Thanks for this. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  19. Untuk gamers memang sesuai langgan Yodoo ni, Sis ada satu simkadnya tapi dah expired.. ngat nak try renew bagi kat anak, dia memang kaki online game ni..

    ReplyDelete