Pengalaman bersalin musim COVID19 di Hospital Shah Alam

by - January 30, 2021


Assalamualaikum

Alhamdulillah, FD selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 8 malam, tarikh 26 November 2020 yang lepas. Tau tau dah bersalin, bila masa mengandung? Hahaha! Bukan anak PKP ye 😅 sebelum PKP lagi dia dah ada dalam rahim FD. Alhamdulillah, dapat sepasang dah la sebab si sulung kakak.

Muhammad Yusran Fayyadh

Taktau macam mana nak gambar kan pasal kelahiran baru ni. Dah lah kena lahirkan anak sorang sorang tanpa diteman suami sebabkan COVID19 ni. Tapi takpe la, tiap apa yang jadi tu ada hikmah dan pengalaman, kan?

FD lahirkan baby kat Hospital Shah Alam. Sejujurnya FD tak puas hati sangat dengan servis kat sana. Tapi nak buat macam mana, takboleh pilih hospital sebab pihak hospital dah asingkan untuk pesakit COVID19 kat Hospital Sungai Buloh. Ingatkan boleh bersalin kat Hospital Selayang sebab situ paling dekat dengan Sri Damansara. 
Serah diri pukul 12 tengah hari macam tu, padahal dah leaking pukul 4 pagi. Bukan tumpah darah. Bawak dokumen penting, barang kemas tanggalkan, dan bawak kain batik. Barang baby pun kena standby ye. Tapi FD terlupa bawak kain batik je sebab rushing sangat.
Lepas masuk hospital, tunggu turn nurse panggil. Dia akan mintak ibu ibu suruh suami/penjaga yang tengah tunggu kat luar tu buat pendaftaran, baru la ibu ni akan dapat tag pengenalan diri kat hospital tu.
Lama jugak nak tunggu bukaan tu besar lepas sampai hospital. Sampai lah nak cek pukul 4 ke 5 petang camtu, doctor kata dia tolong korek nak bagi bukaan lagi besar supaya lebih cepat nak bersalin. Ingatkan kot kite dapat katil ke sementara nak tunggu bukaan besar. Kite duduk kat kerusi je wak sampai terlelap banyak kali sambil tahan sakit contraction masa hujung hujung tu.
Sampai la lepas maghrib tu memang tak tahan sangat, FD jerit jerit lah jugak duk menahan sakit. Dah lah dengan perut kosong tak makan apa dari pagi. Asyik fikir nak beranak cepat je. Akhirnya masuk jugak labour room. Tapi kena tunggu pulak cleaner bersihkan bilik dalam 5 ke 10 minit ada la kot. Panas hati dah masa tu. Pastu baru la proses bersalin tu berjalan dengan lancar, rasanya kejap je teran. 10 minit camtu, settle. Ada la jahit sikit. Masa Fayyra dulu pun berjahit jugak. Tukang jahit tu berlagak takjawab soalan FD banyak ke tidak kena jahit tu. Sombong! Benci aku! 😂
Lepas dah bertarung dalam labour room tu semuanya okay. Esok pagi tu doctor nak cek jahitan pulak. Pastu dia nak korek lagi sebab nak cek kalau ada darah beku yang tak keluar habis, AZAB WEH! Ingat tak sakit ke? Tak sampai sehari sakit kena jahit, kena korek lagi. Tapi FD tanya lah kenapa kena buat lagi benda tu? Doctor kata ada kes pesakit sebelum ni dah discharge tapi masih ada lagi darah beku kat rahim dia. Memang perit lah. Nak taknak, hadap je la sakit tu daripada sakit kemudian hari, betul tak?
So far itu je la pengalaman yang FD boleh share. Kalau boleh pilih hospital mana nak bersalin, pilih lah betul betul ye. Maybe masa tu je FD takde luck untuk dapat layanan yang okay. Sebab masa bersalin kat Terengganu dulu okay je, takde masalah. Lain orang lain pengalaman, kan?

Aneda Nur Fayyra dan Muhammad Yusran Fayyadh
Risau jugak kalau Fayyra takbole terima orang baru dalam family. Tapi meleset apa yang FD fikir. Alhamdulillah dia boleh terima adik dia walaupun kadang tu dia dengki adik dia asyik melekat je dengan ibu dia. Kat gambar atas ni umur dia baru sebulan 2 minggu. Oh ya, nama pun tak prepare awal awal. Lepas seminggu dua camtu baru lah ada nama sikecik ni. Muhammad Yusran Fayyadh bin Muhammad Yuslly Ezlan. Y ikut ayahnya, F ikut mak dia 😊

Ibu sayang awak berdua 💕

You May Also Like

12 comments

  1. memang ngilu baca pengalaman bersalin ni, tapi syukur dipermudahkan urusan sis bersalin, tak dapat bayangkan ketakselesaan menahan contraction tu, allahuakbar

    ReplyDelete
  2. Bab dengki tu biasa la tu sebab dia pun nak perhatian. Moga kalian semua berkasih sayang adik beradik sehingga dewasa ye?.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha :D Yeah elder child will of course want their parents' utmost attention right? Though she might be jealous a little bit, I am sure she loves the new little one even more.

    ReplyDelete
  4. sis 6 kali bersalin, semua beza. Tapi paling seriau part kena jahit tu. Memang sakit!

    ReplyDelete
  5. Salute woman in the world.. you guys are strong creation by God tho! sedangkan terhiris sikit pun dah terasa sakitnya.. ni pulak lalui process beranak.. man should valued their wife like a priceless treasure of their life.

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yang berharga sangat. Bila kita tengah sakit, mestilah anginkan. Alhamdulillah selamat dah

    ReplyDelete
  7. Pernah bersalin dekat sini. Ms tu br bukak. Alhamdulillah ok. Cuma nak warded tu agak lama juga

    ReplyDelete
  8. Teringat lak last bersalin haritu tapi kat HKL. Lupa lak nak buat entry pasal itu. hihi.. Moga awk tak serik nak bersalin lagi ya..

    ReplyDelete
  9. Aduhai. Sakitnya tu kena korek lagi time baru lepas kena jahit. Tapi ye la. Lain orang lain pengalamannya kan

    ReplyDelete
  10. Sis ada anak saudara yang sama lahir time PKP ni, menangis aje diaaa, sebab mencari Suami, sian nengokkkk.. :(

    ReplyDelete
  11. tahniah ya.. ada sudah kawan si kakak..

    ReplyDelete
  12. Congrats on your baby delivery, cute adorable baby with big eyes :D thanks for sharing your personal experience, gonna helpful for the new mums for sure. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete