Aku Yang Kau Gelar Isteri

by - March 05, 2021

Assalamualaikum


Selalu asyik layan drama yang biasa biasa je. Kawan 'makan' suami kawan, kawan rampas suami kawan, macam macam lah. Asyik watak perempuan je jahat kan? Tapi drama yang tengah main kat TV sekarang ni lagi lah JAHAT GILA punya level sebab main dengan ilmu hitam. Episod awal macam slow sikit jalan cerita dia. Tapi makin lama makin syok dan gerun cuma gerun tu tak sampai sangat sebab dengar dengar pihak tv banyak 'cut' scene yang takbole ditayangkan di TV. Kalau nak tengok full tanpa 'cut', boleh layan kat iQiyi.

Sinopsis
Mengisahkan Laila (Sharifah Sakinah) yang mencintai Ezlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Ezlan mencintai Raihani (Nadia Brian) dan tekad memilih Raihaini sebagai isteri dan bukannya Laila. Kerana rasa dirinya ditolak dan tidak dihargai langsung, dia meninggalkan kampung halaman dan berjanji akan kembali sebagai Laila yang 'baru'. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Ezlan bahagia dan saling menyayangi. Raihani dan Ezlan telah berkahwin dan bahagia selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak, Rais dan Ain. Akan tetapi kemunculan Laila yang sudah lama menghilang sudah pulang ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila yang sekarang lebih cantik dan kaya raya telah membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Dia bertekad untuk memenangi kembali Ezlan dengan bantuan ilmu hitam.
Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Ezlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Judul : Aku Yang Kau Gelar Isteri
Episod : 15
Tarikh Tayangan : 17 Februari 2021
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production
Barisan Pelakon : Adi Putra (Ezlan), Sharifah Sakinah (Laila), Nadia Brian (Raihani), Atiq Azman (Pian), Lana Nodin (Embun), Baby Azreen (Maryam), Zaki Azeman (Naim), Ummar Dzariff (Rais), Laura Olivia (Ain), Aznah Hamid (Mak Lang), Rosli Rahman Adam (Pak Salleh), Kuza (Mak Su), Jasper Supayah (Rose), Puteri Ateeqah Ayu (Maisarah), Zahir Deck (Amin), Ferth Jasni (Fakhri), Razali Abdul Ghani (Abang Darus), Zaleha Abdul Kadir (Mak Wan), Syarafi Sudarmaji (Zairi), Ariff Amran (Hadi)


Aku Yang Kau Gelar Isteri Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4     Episod 5     Episod 6

You May Also Like

0 comments