Tertarik dengan servis OPTOM Eyecare

by - April 20, 2021

Assalamualaikum

Kebetulan mak dengan adik FD tengah mencari kedai cermin mata untuk buat cermin mata baru. Mak punya cermin mata jadi senget benget, adik pulak mata jadi makin rabun. Pastu terbaca lah pulak pengalaman kawan blogger kita buat cermin mata kat OPTOM Eyecare. Nampak menarik sebabkan servis dan perkhidmatan mereka pada pelanggan.



OPTOM Eyecare ada 2 cawangan. 1 di Bangi, Selangor dan 1 lagi di Mergong, Kedah. Jadi boleh lah singgah di Bangi nanti. Takpayah susah susah nak rentas negeri memandangkan tengah pandemic lagi. OPTOM Eyecare ni masih baru lagi beroperasi kat Bangi, Selangor. Yang kat Kedah tu cawangan pertama.

Apa yang FD baca, yang uniknya OPTOM Eyecare ni mereka lebih kepada jenis klinikal. So maknanya mereka bukan jual cermin mata semata mata. OPTOM Eyecare lebih fokus pada kesihatan mata dan akan consult cermin mata apa yang sesuai dengan mata kita. Bukan setakat sesuai dengan bentuk muka untuk bergaya semata mata. Mata nak pakai lama oi, bukan kejap. Baik ikut mana yang sesuai dengan kesihatan mata

Haa tengok lah ruangan untuk cek tahap kesihatan mata, nampak macam kat klinik cumanya khas untuk mata. Kalau kat kedai cermin mata lain, diorang cuma cek rabun dan silau je. Kat OPTOM Eyecare ni akan tengok bahagian dalam dan luar mata kita sampai tahap darah dan sebagainya tau. Kemudian optomestris akan konsult pelanggan cara penjagaan mata.

Mesin untuk tengok keadaan mata pun lain daripada tempat lain tau. Sebab tu mesin kat OPTOM Eyecare ni boleh detect mata kita sihat atau tak. Dari situ boleh tau ada kolestrol, kencing manis dan penyakit lain. Rare weh!


Ini contoh mata yang tinggi kolestrol

Mata yang sihat

Keadaan belakang retina mata
Ini pulak mata pesakit diabetis. Salur darah yang pecah boleh menyebabkan rabun ye. Info menarik yang FD baru tau jugak.

Ini retina mata yang sihat

Kalau nak cek mata secara menyeluruh pun boleh tapi ada caj yang akan dikenakan. Untuk mata sendiri jugak, apa salahnya spend sikit kan? Lepas tu mereka akan follow up tentang mata kita, bagus sangat!




Lepas tu FD baca satu lagi pengalaman kawan blogger sorang lagi pasal custom made cermin mata. Jarangkan kita dengar cermin mata boleh custom made. Di OPTOM Eyecare je kita boleh dapatkan cermin mata mengikut citarasa kita. Mereka ada sediakan pelbagai design untuk kita pilih. Sebelum tu, kita akan dibawa ke bilik untuk dapatkan penerangan dan mereka ada satu aplikasi; namanya BESPOKE, yang boleh detect bentuk muka, kedudukan mata dan telinga, dan suggest cermin mata yang sesuai.

Say no more to termenung lama-lama nak pilih jenis frame ke apa sebab dah ada aplikasi yang boleh bantu kita customize cermin mata kita. Dah boleh custom made, nak letak nama kita pun boleh tau wak. Nampak lagi unik dan elegant bila ada nama kita kat cermin mata kan? Kita boleh letak 10 huruf dan masa yang diambil untuk siapkan custom made ni agak lama ya.


Cermin mata termasuk dalam outfit kita tiap kali kita keluar dari rumah kan?  Untuk mereka yang pentingkan penampilan, yang nak makin letops cermin matanya, hiasan tambahan batu swarovski ada disediakan. Exclusive kan? Kalau jenis yang lasak, ada cermin mata yang fleksibel. Tambahan pula, mereka ada pelbagai jenis frame mengikut standard harga bermula dari RM250. Jadi jangan risau tentang pilihan yang ada. 

Kesihatan mata juga penting yang perlu kita jaga jadi blue lens dan kanta yang bertukar menjadi gelap apabila kena silau juga ada disini. Kanta ini amat sesuai kepada sesiapa yang selalu menghadap skrin ketika kerja atau kanak kanak dan remaja yang belajar. Maklum la, sekarang pun belajar guna phone dan komputer masa pandemic ni.

Bagi yang nak dapatkan khidmat dari OPTOM Eyecare, boleh pergi ke alamat yang FD sediakan dihujung entri atau boleh tengok info tentang OPTOM Eyecare di media sosial mereka. InshaAllah korangpun akan berpuas hati dengan servis mereka.

Lokasi:
OPTOM Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.


You May Also Like

8 comments

  1. Bestnya blh cek mata mcm tu..kat tempat zaza xde utk check menyeluruh..btw mmg ada gak niat nk bt spek baru nanti

    ReplyDelete
  2. wahh bestlah kedai cermin mata ni..siap boleh tengok kita ni ada sakit mata diabetes ke rosak ke..kalau sis pergi sini check mata mesti byk rosak ekeke..

    ReplyDelete
  3. Menarik siap boleh custome lagi erk. Pastu dia cek mata betul2 punya cek..Bagus..banyak pilihan cermin mata ada

    ReplyDelete
  4. Thanks for introducing this optom eyecare centre, i need to check my eyesight also.

    ReplyDelete
  5. bab custom made tu Fiza suka.. bukan bila pakai spek, terus npk mcm org dah berusia.. tu yg tak suka pakai spek wlpun kita nie rabun

    ReplyDelete
  6. Tq sharing bila tgk anak mata tu tskut plk kak, nipun kena check mata sbb makin rabin, baguslah service OPTOM Eyecare

    ReplyDelete
  7. Kalau dekat mmg dah terjah dah ni. Memang perlu check mata dah ni..nak.kena tukar power

    ReplyDelete
  8. klu servis tip top msti akan pergi lagi kan

    ReplyDelete