Jadikan tong gas sebagai tabung

by - June 06, 2021

Assalamualaikum

Tak kira lah kena lockdown ke hidup kembali normal ke, meniaga tu mesti! Takde lah sumber pendapatan kite terputus, kan? Lagipun memang sumber rezeki kite 90% dari meniaga, ke macam mana tah ayatnya. Tak berapa ingat 😅 bila ada duit lebih tu, mesti lah buat simpanan sikit untuk kecemasan akan datang.

Masa bujang memang FD aktif sangat meniaga. Bila dah kawin ada anak ni, jadi slow sikit sebab kena bahagi masa untuk family. Sebab tu jadi kurang aktif kat blog dan media sosial. Kalau dulu rajin la jenguk blog kawan kawan, pastu ada je posting jual beli.

Biasanya FD buat posting jual beli kat Facebook dengan blog. Baru baru ni saje lah cuba kat marketplace Facebook tu. Agak sendu jugak lah tapi alhamdulillah, sale makin okay lepas 2 bulan. Maybe orang baru nampak posting tu 😆

Kalau korang ada buat posting kat market place tu jangan berharap tinggi sangat lepas post je terus ada sale (pesan pada diri sendiri jugak ). InshaAllah ada la rezeki. Kata orang, rezeki tak pernah salah alamat, betul tak?

Sambil tu nak promote lah jugak apa yang FD jual kat market place tu. Sebab pada FD barang ni macam rare sebab jarang jumpa. FD jual tabung yang diperbuat dari tong gas aircond kereta

Tabung CIMB

Tabung Maybank

Tabung yang diperbuat dari tong gas aircond kereta ni dijamin tahan lasak, dan selamat untuk simpan duit. InshaAllah duit tak rosak. Ianya dicat luar dan dalam tong. Lebar tabung ni 23cm, boleh buat duit sebanyak RM10ribu. Boleh buat tabung untuk target kawin 🤪

Mesti ada yang tertanya macam mana nak bukak tabung ni? Ianya disediakan sekali dengan kunci. 

Macam customer ni buat design sendiri, target untuk deko rumah. Masing masing ada impian atau target dalam kehidupan mereka, kan? Lain orang lain cara dia buat simpanan 😄

Semua tabung ni kite buat berdasarkan order yang masuk. Takde ready stock. Jadi bila confirm order, kena tunggu lebih kurang seminggu atau lebih sebab kena ikut Q order.

Tabung logo bank RM85
Maybank (kuning)
CIMB (merah)
Bank Islam (oren)

Tabung design sendiri RM95
Boleh request warna tabung dan bagi gambar yang korang nak kite letak kat tabung tu. Design kite taklukis tapi guna sticker.
Postage RM10

Klik link dibawah kalau berminat nak order

You May Also Like

0 comments