Nasi Dagang paling sedap kat Kuala Lumpur

by - June 18, 2021

Assalamualaikum

Walaupun FD tinggal kat Terengganu hampir 10 tahun, jarang sangat makan nasi tradisional Terengganu; nasi dagang. Pernah makan sekali, terus suka. But not too fanatic lah, gitu. Tapi sekarang dah dekat setahun duduk Kuala Lumpur gara gara pandemic, takboleh nak balik sana semula. Keadaan tak mengizinkan.


Kadang kadang jadi teringat nasi dagang kat Terengganu. Susah nak cari nasi dagang yang sama rasa macam kat Terengganu kat KL ni. Kalau ada pun, biasa biasa je rasanya. Belum jumpa yang kena dengan jiwa. Sampai lah FD cuba Nasi Dagang dari Grannies ni.

Nasi Dagang yang dibalut menggunakan daun pisang. Bau wangi semerbak bila buka bungkusannya. Biasa kite makan nasi lemak je untuk breakfast, kan? Tapi tak ramai yang tau nasi dagang ni salah satu makanan tradisional orang Terengganu. Mungkin ramai yang tak pernah makan atau takut takut nak cuba rasa nasi dagang ni sebab dulu FD sendiri tak berani nak cuba risau tak kena dengan selera. Tapi sangkaan FD meleset! RUGI OI TAK MAKAN NASI DAGANG!

Nasi Dagang dari Grannies menggunakan beras basmathi Pusa Cream dan rempah ratus dan bahan yang bergred dari Terengganu. Sebab tu ianya sangat sedap! Tak macam nasi dagang kat tempat lain. Grannies mementingkan kualiti makanan tau.

Makan pulak dengan lauk gulai ayam. Memang sedap tak terkata lah. Cukup rasa! Biasanya nasi dagang ni orang Terengganu makan dengan lauk gulai ikan tongkol atau diorang sebut ikan aye. Tapi FD ni bukan penggemar ikan, lagi suka makan ayam 🤭
Tapi kat Grannies ni, bukan ada gulai ikan je tau. Ada gulai ayam, gulai telur rebus dan gulai udang. Udang pun bukan biasher biasher ye, besor weh! Isi udang pun manis asli. Sedap, puas hati!



Setiap hidangan nasi dagang disertakan lauk gulai telur rebus sekali tau.

Fayyra ni memang anak jati Terengganu, tak tolak lah bila bagi makan nasi dagang ni. Nak pulak siap ada telur rebus, memang favourite dia.


Korang boleh rujuk kat poster ni kalau nak order untuk 5 atau 10 orang makan. Setiap set pack ni akan dapat biskut premium sekali, sedap tau! Anak anak mesti suka. Korang disarankan order lebih sebab confirm tak cukup makan sorang sebungkus 🤪

Ini pengalaman sendiri ye sampaikan kawan kawan FD pun terjebak beli jugak esoknya untuk makan masa lunch. Diorang pun kata sedap dan boleh repeat order lagi. Betul betul recommended! Dijamin sedap dan puas hati.
Mana mana anak perantau yang takbole nak balik kampung kat Terengganu tapi ngidam nak makan nasi dagang ori Terengganu, sila lah beli kat Grannies. Mereka ada agent serata Kuala Lumpur kalau taksilap FD.

Instagram: @grannies.my

You May Also Like

0 comments