Lagi jimat lepas tukar ke telco Yoodo

by - September 28, 2021

Assalamualaikum


Rasanya bukan FD sorang je asyik tukar telco sebab nakkan penjimatan dan offer yang lebih menarik. Semua telco dah cuba akhirnya jumpa Yoodo. Yang bestnya kite boleh pilih banyak mana data, minit panggilan dan SMS yang kita nak ikut budget kite.


Sape Yoodo ni?
Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital pertama yang boleh customisable 100% di Malaysia. Dibawakan oleh Celcom, nikmati rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia.

Dengan Yoodo ni memang korang boleh jimat banyak tau berbading telco lain sebab kite boleh adjust data dan minit panggilan yang kite nak. Tak semestinya tiap bulan kena sama amount.
Kena sangat dengan ads Yoodo baru baru ni, "Bila Larut Lockdown". Yelah, keadaan lockdown ni buatkan kite rindu orang tua kite, rindu kampung halaman sebab takboleh nak rentas negeri. Boleh video call je lah nak lepas rindu. Nak video call kena ada data yang banyak dan speed laju, baru syok.


No sim? No problem
sebab Yoodo ada eSim dengan cara 100% digital. Ianya sesuai untuk telefon jenis android dan iOs yang tertentu. Anda akan menikmati kemudahan dan kemampuan dual SIM dengan eSIM. 

Masa awal awal launching Yoodo, kena ada beli kad SIM. Kalau tak silap masa tahun 2018, mereka guna servis standard delivery. Bila makin maju, muncul pulak eSIM pada tahun 2019 dan kemudian menggunakan perkhidmatan GoGet pada tahun 2020. Tapi tak semua tempat cover ye. Antara lokasi yang terlibat sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor Bahru. Tahun ni semakin berkembang dan mudah didapati di Celcom bluecube, BHPetroMarts dan Petronas Mesra.


Yoodo Unlimited - pengguna boleh pilih tahap kelajuan internet, kuota hotspot, panggilan suara dan SMS. Sebagai sebahagian daripada pakej, pelanggan Yoodo Unlimited juga akan menerima minit panggilan suara percuma dan kuota hotspot percuma.

Renew Anytime - Perbaharui pelan mudah alih anda pada bila-bila masa tanpa perlu risau tentang kitaran bulanan anda.

Power Pass - ianya adalah data Add-On yang memberi anda data berkelajuan tinggi dalam jangka pendek. Pengguna boleh mendapatkan 100GB data dengan harga hanya RM2, memberikan sambungan maksimum untuk harga yang sangat berpatutan.

Yoodo Rewards - Pengguna akan dapat ganjaran dengan setiap pembelian Add-On. Pelanggan juga akan diberi satu Add-On percuma untuk setiap 10 Add-On yang mereka beli.


Paling syok Yoodo ada offer untuk Jaringan Prihatin! Korang boleh dapat 80GB dengan harga RM20 je untuk setiap bulan selama 12 bulan. Mau tak gila dapat data banyak banyak tu? Confirm takkan habis nak guna setiap bulan. Layan live ke, Netflix je, padu wehh!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari link di bawah

You May Also Like

3 comments