Mudahnya tempah cermin mata di OPTOM Eyecare

by - October 13, 2021

Assalamualaikum


Semenjak akhir akhir ni agak sakit mata dan pening kepala jugak lah sebab mata ni kerap mengadap gadget. Maklum lah, salah satu cara kite cari rezeki memang kena main phone atau laptop. Takut jugak kalau kalau mata ni ada masalah silau ke rabun ke. Mata nak pakai lama oii. Sayang kalau tak jaga dari awal. Lagi pun FD bukan jenis yang pakai cermin mata. Kalau masa bujang dulu saje cek mata, memang takde masalah apa. Silau rabun tu susah lah nombor tinggi. Naik turun macam tu je.

Tapi nak elak lah sebelum mendatangkan sakit kat kite lagi parah, kena lah cari cara nak atasi masalah, betul tak? Jenuh jugak lah mencari kedai cermin mata yang boleh buat tempahan secara online ni. FD taknak cermin mata yang ada power semua tu. Cukup lah cermin mata yang khas untuk mengadap gadget ni. So takpayah nak walkin ke kedai untuk cek mata. Susah nak handle dengan anak kecik, dengan penyakit yang kite tak nampak ni. Ambil langkah berjaga jaga jugak.

Duk survey punya survey, jumpa lah kedai cermin mata OPTOM Eyecare ni. Ada banyak cawangan tau tapi FD tempah kat cawangan Bangi. Biar lah boleh rentas pun, nak online jugak! 🤪
Kalau sebelum ni kite duk baca pengalaman kawan kawan yang pernah tempah cermin mata kat OPTOM Eyecare. Katanya servis bagus, layanan baik, siap boleh tau tahap kesihatan melalui mata [BACA SINI]. Kite pun nak try jugak lah sebab feedback semuanya bagus dan positif.

Kat OPTOM ni baaaaaaanyak sangat pilihan cermin mata yang ada tau. Nak yang petak, bulat, tebal, nipis, semua ada. Sampai juling biji mata nak pilih sebab semua lawa lawa. Kalau duit banyak memang beli dah 2 ke 3 pasang. Takpe, kite try 1 dulu. Kalau lawa and nice, kite repeat next time bila ada rezeki lebih 🤭





Nampak tak? Banyak kan pilihan? Warna pun banyak tau. Kite yang perempuan, mesti la suka warna ehemmm. Tunggu sampai hujung entry kalau nak tengok FD pilih warna apa.

Lebih kurang dua minggu, sampai lah kotak hitam yang elegant ni kat tangan FD

Kite pilih warna rose gold 😍 cantikkk sangat! Puas hati tau. Takde masalah kotak kemek, cermin mata pun helok. No defect at all. Great service and nice packaging.

Nice kann? Macam nak try warna lain and bentuk lain pulak. Memang rambang mata ye nak pilih. Harga pun tak mahal, inshaAllah mampu milik. Untuk mata sendiri takkan nak berkira, kan? Alhamdulillah, mata pun tak sakit sangat dah kalau nak mengadap phone lama lama. Sangat sangat berbaloi ye beli kat OPTOM Eyecare dengan servis diorang yang the best! Very recommended.

Kalau korang nak walkin boleh refer alamat kat bawah ni. Website dan media sosial pun FD dah letak sekali. Boleh lah riki riki kat OPTOM


Lokasi:
OPTOM Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.



You May Also Like

0 comments