Burger Prosperity makin kecik ke?

by - January 02, 2022

Assalamualaikum


Fatin paling suka lah tiap kali nak dekat Tahun Baru Cina. Bukanlah kite ni nak menyambut tapi sebab Mc Donalds akan keluar menu yang paling dinantikan tiap tahun. Memang tak pernah miss lah kalau burger Prosperity dah keluar. Masa pantangkan Fayyadh pun tetap nak makan walaupun segigit.


6hb Disember haritu, cuba lah beli lah 1 set. Geram weh sebab burger tu penyek leper. Dengan sos blackpepper yang tak berapa nak terasa sangat tu. Rasa macam makin kecik dan nipis pulak burger ni. Ke sebab kena lenyek leper camtu? Entah lah nakkk.

28hb Disember kite beli lagi. Tapi kali ni siap letak pesanan request sos blackpepper melimpah ruah. Sekali makanan sampai, hambekk. Betul betul juicy dengan sos. Baru puas hati makan. So lepas ni kalau korang nak beli burger Prosperity, sila lah buat permintaan ikut kehendak korang. Mana tau staff McD tu baik hati nak melayan.

Fatin lebih prefer beli kat Shopee Food sebab banyak voucher diskaun dan free delivery. Kalau kat FoodPanda sekarang ni dah jarang guna untuk beli makanan. Lebih banyak beli kat Panda Mart je kalau beli barang dapur sebab diskaun jimat situ.

Itu pun mujur lah Shopee Food cover area Lembah Klang. Memang seronok lah beli makanan kat Shopee Food tapi free delivery tu ada 3 voucher je kalau tak silap. Andddd ada voucher diskaun untuk minima pembelian RM2, RM26 dan RM30. So pandai pandai lah membeli ye.

You May Also Like

1 comments

  1. Memang nampak juicy. Belum pernah makan lagi burger ni. Tengah tunggu burger Korea datang kembali.

    ReplyDelete