Kesan Pada Mata dan Penglihatan Apabila Kerap Menggunakan Gadget

by - January 26, 2022

Assalamualaikum


Baru baru ni Fatin join tengok perbincangan tentang penggunaan gadget dan komputer, dan kesan pada mata. Benda macam ni kite kena alert jugak sebab penting nak jaga mata ni. Tak kira lah budak ke, orang tua ke. Lagi lagi yang kerja dia memang jenis kena guna gadget dan komputer macam kerja kat pejabat tu. Sebab pernah kerja pejabat sebagai kerani, so tau lah memang perit mata bila mengadap komputer lama lama.

Sekarang adik pulak kerja pejabat, ada jugak dia mengadu sakit mata, letih, sakit kepala. Yelah, keje pulak 8 jam sehari. Memang sakit la mata kan. Tu belum lagi kalau bos atau kawan pejabat contact dalam group WhatsApp untuk hal kerja pulak. Alang alang tu boleh lah belajar cara nak atasi masa join talk dari Dr Mohd Hafidz Ithnin ni.

Dr Mohd Hafidz Ithnin adalah pakar mata di Optom Eyecare di Bandar Baru Bangi dan juga pensyarah di UIAM Kuantan sejak tahun 2016. Dr pakar dalam rawatan terapi mata juling lebih lebih lagi untuk kanak kanak. Ramai dah yang Dr bantu dalam masalah aligntment mata.



Mengikut statistik di Malaysia, 98.2% penggunaan gadget dan 71.3% penggunaan komputer dan laptop. Haa, tinggi kan! Hampir seluruh rakyat Malaysia ye guna gadget dalam kehidupan seharian. Lagi lagi mereka yang work from home (WFH), lebih lama guna laptop dan komputer. Untuk penggunaan tiap hari pulak lebih kurang 9 jam ye untuk internet. Belum kira yang duk scroll social media lebih kurang 3 jam sehari.

Ini adalah Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata Penglihatan.

1. Peningkatan power cermin mata
- bila power cermin mata semakin meningkat, boleh menyebabkan lama kelamaan saraf belakang mata akan terkoyak. Risiko untuk buta tu tinggi ya. So baik cegah dari awal.

2. Otot fokus mata yang tak stabil
- mata kita ibarat lens DSLR. bila kita nak fokus, mesti kite macam adjust mata kite kan jarak dekat ke jauh ke macam tu. Haa, tu yang mata kite umpama DSLR. Lama kelamaan akan jadi susah kite nak nampak dengan jelas sebabkan otot fokus tak stabil.

3. Mata cepat penat
- tipu la kalau tak letih mata tu bila mengadap laptop atau komputer lama lama kat pejabat kan. Tapi nak buat macam mana, dah tu cara kerja kita. Takboleh biarkan, nanti perfomance kerja pun tak bagus.

4. Juling
- bila campur semua kesan kat atas tadi tu, boleh buatkan mata kita juling tau. Ini disebabkan mata takboleh fokus dengan betul dan letih. Sayang je nanti kena jadi bahan jenaka orang pulak. Sayangi lah mata anda kalau taknak mata jadi juling.

5. Mata kering
- bila kita terlalu lama tengok skrin gadjet atau komputer, atau membaca buku contohnya, mata jadi kurang berkelip sebab terlampau nak fokuskan sesuatu. Ianya akan membuatkan mata jadi kering sebab mata terdedah terlalu lama.


So, bagaimana untuk menjaga mata?

1. Berehat sebentar dan sambung semula penggunaan gadget.
- setidaknya rehatkan mata dan minda selama 5-10 minit pun dah memadai. Tak perlu terlalu memaksa mata untuk fokus. Mata pun perlukan rehat sekejap.

2. Kanta khas untuk penggunaan gadget
- jangan ingat cermin mata yang ada semua jenis kena ada power tau. Ada cermin mata khas untuk penggunaan gadget. Fatin ada sepasang, tempah kat OPTOM Eyecare Bangi. Alhamdulillah, selesa je. Cuma bukan untuk kegunaan jangka masa panjang ye. Guna bila nak main gadget sahaja.

3. Penggunaan kanta penapis berwarna biru
- ini paling penting ye sebab boleh tapis cahaya dari skrin. Lebih kurang macam night sheild kat telefon tapi lagi bagus kalau guna cermin mata yang ada penapis berwarna biru. Benda ni boleh buatkan kita terganggu dari tidur.

4. Air mata tiruan
- bila mata cepat kering, memang kena standby air mata tiruan setiap masa tak kira lah tengah kerja atau kat rumah sekali pun. Nanti asyik rasa nak gosok je mata sebab pedih.


So lepas ni yang kerja memang kena hadap skrin komputer ke, laptop atau gadget, boleh lah jaga mata dengan baik. Takde alasan untuk tak jaga mata. Selain tu boleh buat checkup mata kat OPTOM Bangi. Biar check awal daripada melarat nanti ada kos yang banyak pulak kena keluarkan. Masa tu baru nak menyesal.

Btw OPTOM Eyecare Bangi ada buat promosi 50% untuk frame BESPOKE. Jangan lupa masukkan keyword optommara yee. Boleh walkin terus di OPTOM Eyecare Bangi.


Instagram: @optombangi

Alamat Optom Eyecare Bandar Baru Bangi

Optom Eyecare Bangi.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)

You May Also Like

1 comments

  1. Takut juga kalau tanpa disedari, tiba-tiba mata jadi juling... bukannya apa, tak nak menyesal di kemudian hari kan... terima kasih atas perkongsian ya...

    ReplyDelete