Perjalanan RichWorks 2021, Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

by - January 19, 2022

Assalamualaikum

Semua sedia maklum dengan kesan pandemic bagi orang ramai tak kira siapa pun. Habis semua sektor terkesan. Tambah pulak dengan musibah banjir pada Disember 2021 di sesetengah kawasan.

Tak terkecuali juga pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman juga diuji bersama 31 ahli keluarganya apabila mereka dijangkiti COVID-19.


Ibu mertua Dr Azizan pula meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tiada harapan jika tidak nampak perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan Dr Azizan merasakan diberikan peluang kedua oleh Allah SWT. Beliau akan menggunakan peluang yang diberikan ini sebaiknya.



RichWorks faham keadaan dihadapi orang ramai dalam musim pandemic dan banjir ni kerana mereka sendiri terkesan dengan banjir. Itu tak menjadikan alasan untuk mereka patah semangat. Malah membuatkan mereka lagi kuat untuk hadapi cabaran.
Tak berapa lama selepas Dr Azizan keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan, beliau komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Fokus utama Richworks adalah untuk support rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka dalam bisnes. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell dan sebagainya yang ditaja 100% oleh RichWorks untuk membantu usahawan bangkit semasa krisis pandemik. Hampir 605,000 orang ramai menyertai program tersebut.

Salah satu program iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) mendapat pengiktirafan selepas disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program2 percuma mereka demi untuk buka jalan dan memberi peluang mereka tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan yang berjaya. Richworks juga mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 hingga mencapai kejayaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ sahaja, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.
Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.
 
Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.


Korang boleh saksikan sendiri perjalanan RichWorks pada tahun 2021 yang banyak membantu usahawan muda dan orang ramai dalam mencapai kejayaan mereka.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.
Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.





You May Also Like

1 comments

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete