Atasi Kemudaratan Tembakau dengan Mudah

by - March 05, 2022

 Assalamualaikum, salam sejahtera.


Kita semua sedia maklum betapa bahayanya tembakau dan kesannya terhadap anggota badan kita. Perkara ni bukan masih baru, lama sangat dah. Tapi tu lah, mereka masih tetap amalkannya setiap hari. Korang tau tak kita boleh kurangkan kemudaratan tembakau ni? Boleh la kurangkan risiko untuk dapat penyakit.

Bahan bahan dalam rokok merbahaya untuk tubuh badan sebab ianya mengandungi:
  • Tar Rokok terdiri daripada 6000 bahan kimia yang mana lebih kurang 100 bahan kimianya bersifat karsinogen. Boleh nampak tak betapa bahayanya selama ni orang duk sedut asap rokok tu apatah lagi orang yang merokok. 
  • Nikotin akan merangsang pengeluaran hormon Dopamin yang memberi kepuasan kepada perokok dan ia juga merupakan salah satu sebab mengapa orang merokok. Oleh itu, nikotin akan menybebabkan ketagihan, tetapi nikotin bukanlah penyebab penyakit akibat merokok.
  • Karbon monoksida merupakan sejenis gas dan tidak berwarna dan berbau yang mengandungi bahan kimia toksik. Biasanya ditemui dalam asap buangan kereta.


Selain dari kurang merokok, mereka boleh cuba alternatif lain yang boleh dikatakan selamat sedikit seperti rokok eletrik yang lebih dikenali sebagai vape atau produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product, HTP) dimana menggunakan teknologi Heat-Not-Burn. 
HTP merupakan produk yang boleh membantu perokok mengurangkan kemudaratan kerana ia tidak  mengeluarkan sebarang asap rokok dan abu rokok yang akan membuatkan orang sekeliling tak selesa. Oleh itu, HTP dan vape juga dikenali sebagai alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternative) yang boleh membantu perokok mengurangkan kemudaratan.

Ini pengalaman Fatin sendiri lah sebab suami, ayah dan adik Fatin merokok. Bukan Fatin ye 😊 personally for me, merokok bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tapi juga orang sekeliling. Banyak cerita yang Fatin baca kat Facebook , portal online , macam macam lah tentang kesan rokok kena pada anak kecik. Mereka ni masih kecil dan antibody tak lah sekuat orang dewasa. Sebab tu mereka mudah jatuh sakit dan ada kes, paru-paru baby tak cantik. Bila doctor tanya, rupanya si ayah selalu merokok berdekatan dengan baby.

Bila mereka perokok tegar ni tiba-tiba tak merokok, mereka akan batuk batuk dan kadang ganggu emosi mereka bila tak dapat nak merokok. Jadi mudah marah orang sekeliling walaupun ada silap kecik je. Tambahan pula dengan bau asap rokok yang tak menyenangkan tu, sangat mengganggu ye lagi lagi orang yang tak merokok ni terbau.

Harapnya mereka yang berkaitan dalam post ni oleh bertimbang rasa lah atau beralih ke alternatif bebas asap rokok kalau nak merokok di kawasan awam. Sama macam melintas jalan, sebelum buat apa apa kena perhati sekeliling dahulu.

Terima kasih sudi membaca!  😊

You May Also Like

1 comments

  1. nice sharing.. harap ramai orang lebih peka tentang ni..

    ReplyDelete