Majlis Malam Penghargaan MYLEA 2020 & 2021, dan Pelancaran MYLEA DREAM CURVE

by - March 14, 2022

 Assalamualaikum

Semalam pada 13hb Mac 2022, Amylea Group Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MYLEA telah mengadakan majlis Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 bagi meraikan para fighter (business partner), ejen-ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn Bhd untuk pencapaian tahun 2020 dan 2021. Majlis ini telah diadakan di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu. Sepatutnya majlis ini diadakan pada tahun 2020 lagi tapi terpaksa ditunda disebabkan wabak COVID-19. 

Pengasas Mylea iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd Fakhrulrazi pun turun padang untuk turut sama dalam majlis pelancaran ini.


Pada majlis makan malam ini juga, turut diadakan perlancaran New Packaging Dream Curve. Dream Curve merupakan minuman campuran berperisa Hazelnut Latte. Fokus utama minuman ini adalah dalam menyelesaikan masalah berat badan yang mana telah diberi nafas baru dengan kombinasi jus minuman detox dan meal replacement didalam satu kotak. Dirasmikan oleh Pengasas Mylea itu sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd Fakhrulrazi.

Malam itu juga, seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya kategori fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea.



Bagi kategori fighter, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn. Azliza Binti Ibrahim 2020- RM 1,889,639.00, 2021- RM 2,559,529.00.

2. En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad 2020- RM 1,044,848.00, 2021- RM1,672,030.00

3. Hf Stylish Enterprise 2020-RM1, 607,414.80 , 2021- RM 1,430,155.00

4. En. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad 2020 - RM 958,602.00, 2021- RM1,112,543.00.

Manakala bagi kategori ejen, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn Najihah binti Yusof 2020- RM 262,421.40, 2021- RM 419,413.75

2. Pn Wan Normalini binti Wan Ghani 2020- RM 299,119.30, 2021- RM279,986.64

Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerima adalah seperti dibawah:

1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir 2020- RM 1,923,343.00, 2021- RM754,014.00

2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi 2020- RM 963,453.00, 2021- RM562,455.55


Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam ini hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja.

Pada akhir majlis turut disampaikan hadiah cabutan bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang akan membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar.

Tahniah diucapkan kepada pemenang! Anda semua layak menang atas usaha anda sendiri!


Website: http://www.mylea.my/

Facebook: Mylea Skincare Malaysia

Instagram: @mylea_hq

You May Also Like

5 comments

  1. Tahniah Mylea..Semoga terbang lebih tinggi

    ReplyDelete

  2. Wahh.. meriah nya Dinner Mylea.. Mylea pun dah makin dikenali.. xnak ke jana income bersama Mylea. Untung lumayan tau.. wassap Cikyue yaa.. 0147158035

    ReplyDelete
  3. Bolehhh dapatkan produk MYLEA dari fana untuk bantu selesaikan masalah Berat badan awak💖0️⃣1️⃣6️⃣3️⃣1️⃣3️⃣3️⃣2️⃣0️⃣0️⃣..Dapatkan free gift di Setiap pembelian awak dengan fana 💕

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,terima kasih Fatin menulis dengan baik sekali..bangga melihat kejayaan Mylea...semoga terus maju😍

    ReplyDelete
  5. Bertuah jemaah mylea kerana founder sgt pemurah. Suka bagi hadiah

    ReplyDelete