Rebut Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai Lebih RM2 JUTA Dengan WHEEL-YOO-WIN

by - October 24, 2022

Assalamualaikum.

Haa baca tajuk pun dah teruja kan sebab hadiah yang banyak tu? Sape je tak suka join contest atau kempen menang hadiah ni.

Korang pengguna Yoodo? Meh baca sampai habis post kali ni. Yang belum tukar telco, sila lah tukar 😆


Yang masih belum kenal dengan Yoodo ni, mereka merupakan perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital. So, Yoodo nak hargai pengguna setia Yoodo dengan mengadakan kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ yang direka khusus bagi memberi ganjaran yang lumayan sempena perayaan akhir tahun.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, “Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!

Kempen Wheel Yoo Win ini berlangsung sehingga 21 Disember 2022 dan ianya anjuran kerjasama dengan SEA Gamer Mall (SEAGM).

Hadiah yang ditawarkan kepada pengguna yang layak untuk join kempen Wheel Yoo Win ni bernilai RM5 hingga RM200. 

Daily Spin:
⧫Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)
⧫Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)
⧫e-Baucar Cashback SEAGM 
⧫Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items 
⧫Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation
⧫e-Baucar Grab
⧫e-Gift card Starbucks 
⧫e-Baucar Lazada 
⧫e-Baucar Petronas
⧫e-Baucar Shopee IT Mall
⧫Tiket TGV Cinema 
⧫MLBB Diamonds
⧫Kod UC PUBG Mobile
⧫Kredit Razer Gold

Haa tu baru list hadiah untuk Daily Spin. Hadiah Utama dah tentu lagi syok dan betul betul lumayan.
⧫1x iPhone 14/iPhone 14 Plus bernilai RM5,000
⧫2x Gajet Samsung bernilai RM800
⧫3x Gaming Gears bernilai RM600

Cabutan diadakan secara maya pada setiap bulan. Make sure jangan terlepas kena follow up selalu lah.

Macam mana nak join kempen Wheel Yoo Win?
Pengguna perlu buat perbelanjaan minimum RM32 bila nak renew atau ubah suai pelan Yoodo mereka dan mereka dijamin akan dapat hadiah! Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka. 

Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SEAGM, Tommy Chieng berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yoodo sekali lagi, dan kali ini untuk kempen yang menarik dan menyeronokkan ini. Kami sentiasa mengutamakan kepuasan hati dan kesetiaan pelanggan  dan peluang untuk memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai hadiah hebat ini sememangnya memberikan kegembiraan kepada kami.” Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin.

You May Also Like

0 comments