facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥



6 Oct lepas aku beli beg galas DOMO! Sebelum tu adik aku yang bagitau kat kedai buku area rumah aku ada jual beg DOMO. Aku tanya la beg yang macam mana. Dia tak tau nak explain macam mana. Then Selasa lepas ada pegi pasar malam. Lepas pegi pasar malam, kitorang pegi klinik. Nasib baik kedai buku tu dekat2 dengan klinik yang family aku nak pegi tu. Aku pegi kedai buku tu and nampak beg ni. Aku tengok harga, boleh tahan la. Harga beg ni RM43.50. Kat tempat lain aku tengok dalam RM50 - RM60. Agak mahal en? Time nak beli beg ni, mak bagi RM20. Ngehehe xD so tambah dengan duit aku, dapat la beli beg ni. Puas hati aku! :D

Rantai DOMO ni aku beli time keluar hari Sabtu hari tu. Heee :D rantai ni murah je. RM13 sahaja :) buah rantai tu cermin sebenarnya. Pandai en diorang niaga? Haha. Tak kisah la asalkan DOMO! :D

Bye! :)


Malam semalam #8 Sept, aku dengan family pergi beli barang untuk preparation PLKN ahad ni. Beli barang kat area Selayang Mall je. Then rasa macam awal lagi, abah plan nak pergi uptown pula. Mula² lalu kat area Gombak, tapi kat situ macam tak ramai yang niaga. Aku ajak abah pegi Danau, lepas tu ayat sikit "lepas ni akak nak pegi PLKN dah". Abah diam je, terus drive pergi uptown Danau Kota. Sampai je kat sana, abah cakap "haa, sampai dah. kesian kang nak pegi PLKN dah". Sebenarnya dah lama aku nak pergi Danau, tapi abah tu payah sangat nak pergi. Susah nak cari parking katanya. Sampai sana dalam pukul 11, ada parking. Nasib baik ah en.

Jalan² kat situ, aku nampak SUGAR GLIDER! Memang excited gila aku tengok binatang tu, SERIOUS! Comel gila wehhhh! Ada baby pula tu. Aww, so cuteeee! Aku tunjuk kat mak and abah binatang yang aku pernah cerita kat diorang tu. Mak dah geleng kepala, maknanya dia tak bagi. Mak cakap "eeee, kalau orang tu bagi percuma pun mak taknak!". Huwaaa :( comel a binatang tu! :'(
#k, banyak merepek. padahal bukan cerita ni yang aku nak share, takde kena mengena dengan tajuk :'D

Tengah jalan², Darlina ajak pergi satu kedai ni. Dia nak beli hadiah untuk birthday kawan dia. Dia beli note book untuk kawan dia. Aku pula tengok barang yang ada kat situ. Lepas tu aku nampak kipas Domo!


Haaaa! Ni la kipas tu. Aku tanya tokey kedai tu, dia cakap rm3. Aku cakap yang aku nak kipas tu. Darlina cakap "pergh, senangnye ang". Aku jawab "senang a sebab pakai duit sendiri". Aku beli barang, aku tak minta duit mak aku and kalau aku betul² minat, aku terus beli tak fikir apa. Ngehehe xD


Sarah ni pun suka sibuk. Tak habis² "atak, nak domo". Kadang² Sarah ni suka sakat aku. Dia ambil plushie Domo aku kat bilik, dia peluk plushie tu sambil tunjuk kat aku and cakap "aya punyeee" dengan muka bangga dia tu. Hahaa! xD

#semuanya perli aku pasal nak pergi PLKN ahad ni =,=


Bye! :)


#ni last post pasal sabtu lepas k :D cite macam dah basi, tapi kisah apa aku. aku nak cite juga, haha :D

Sabtu lepas aku dapat surat. 3 surat kat atas tu la. Jom tengok apa yang ada! :D


Yang ni barang yang aku order kat Mymum Shoppie tu. Aku bayar hari khamis or jumaat kot, hari sabtu dah dapat. Cepat en? Ngehehe :'D
Harap² aku boleh bagi brooch tu kat kawan aku :)


Even birthday aku dah lama lepas, tapi ada lagi tau yang nak bagi birthday card. Hihi!


Taraaa! Dari adik Muja :') hihi!
Thanks Muja, akak suka keychain tu :D


Kad rayaaaaaaaaaa! :D


Kad raya dari blogger! Heeee :D
Kad ni dari Zuhdi Freak Show. Thanks ea!


Bye! :)

Dapat uncang DOMO! Yeay!
Ni hadiah dari Rara. Jumpa dia kat KL hari sabtu lepas. Jumpa pun sebab dia nak bagi hadiah birthday ni kat aku. Time sambut birthday aku hari tu dia tak dapat hang, so jumpa la hari sabtu hari tu. Kalau dia bagitau la dalam kotak tu ada DOMO, dah lama aku peluk cium dia! Hihi xD
Yeayy! Koleksi makin complete! :D


*ada dua barang aku terlupa nak capture =,=

Coin purse - dari Mia
Coin purse - dari N
Phone strap - beli kat One Utama
Baju - beli kat Times Square
Plushie - beli kat TS #kongsi duit beli dengan Nina
Handbag - beli kat Selayang Mall
Baju - beli kat Times Square
Button pin - beli kat Times Square
Tabung - dari Mia
Purse - beli kat Sungei Wang
Phone case - beli kat Tesco
Uncang - dari Rara
Brooch - beli kat Mymum Shoppie

#dua kat bawah ni takde dalam gambar
klip kertas - dari Naza
keychain - beli kat uptown


Weeeeeeee~! Lagi sikit je nak complete. Tunggu je la. Teheee :D
#sebenarnya aku nak update entry ni sebelum balik kampung, tapi ada benda yang takbole nak dielakkan. Tu pasal baru sekarang nak update xD


Bye! :)

Weeeee~! Bertambah lagi koleksi DOMO kun aku, heee :D aku beli apa pula kali ni? Jeng jeng jengg! Hihi! >,<


Aku beli phone case!

Teheee :D actually agak lama dah but takde la lama mana cerita ni. Tak sampai seminggu lagi kot. Heee :D saje nak post pasal aku dah takde idea =='

Hari ahad hari tu keluar dengan family, shopping untuk raya sikit sebelum start berpuasa. Mula-2 pegi Sg Buloh, shopping sikit. Then pegi Tesco pula, beli barang dapur. Time jalan-2 sebelum masuk Tesco, aku tengok-2 la barang kat kedai kecik-2 tu. Mak aku cakap "tu kios". Aku tak tau nak panggil "benda" tu hape, tu pasal aku bedal je cakap kedai kecik. Ngehehe :D

Then ada satu kios ni jual barang yang adik beradik dengan mainan la. Macam-2 dia jual. Key chain, patung, purse. Time aku tengah belek-2 tu, tiba-2 aku ternampak phone case DOMO tu. Aku terus terkam la. Mak dengan abah dah faham sangat dengan anak perempuan dia yang obses dengan DOMO ni. Teheee :D nampak je phone case tu, aku tanya mak "boleh tak nak beli? akak bawa duit, akak bayar sendiri". Mak aku dah geleng-2 kepala, HAHA. Bukan geleng tak kasi tau! Tapi geleng macam dah letih dengan kerenah anak dia, hee :D yang abah tak habis-2 ngajuk muka DOMO, dok nganga tunjuk gigi. Ceitt! Bapak sape la tu en, HAHA!

Aku dah ambil phone case tu, then cari owner kedai tu sebab nak bayar. Fyi, harga dia RM12.90 k. Perghh! Phone case je dah melayang 13 hengget. Tapi takpe, DOMO punya pasal. Hee :D

Aku rasa phone case tu lebih kurang je macam purse coin aku. Nak tengok?


#yang ni N bagi tahun lepas :')

Kenapa aku kata macam lebih kurang? Aku rasa phone case tu pun boleh taruk duit kat dalam tu. Rasa macam dah ada 3 purse sekali gus. Hahaa! Yes, 3! Sebelum ni kan aku ada beli purse kat BB time lepak hari tu. Tak ingat? Cuba tengok kat SINI. Haaa, total 3 la en? Sebenarnya ada lagi 1 purse, tapi bukan bulu-2 macam yang ada sekarang ni. Purse tu macam... err, macam mana eh nak explain? Tapi dia lain la. Bukan bulu-2, dia berkilat sikit. Gambar takde, hee :D

Lepas ni kalau koleksi DOMO bertambah lagi, aku share la ea. Hihi! xD


Bye! :)

Semalam Nina ajak keluar KL, dia nak beli barang and tengok wayang. Alang-2 nak pegi KL tu, aku rasa boleh la nak ambil tiket wayang dari Nuffnang tu. Sebelum tu, try tanya mak aku samada boleh keluar ke tak and dia bagi. Susah k nak kelua banyak kali, kang aku juga yang koyak rabak =='

Malam tu pula aku dah pening cuba cari tempat syarikat Nuffnang tu kat encik Google. Then aku dah give up, terus cari encik Skytech. Hihi xD thanks Izzat sebab tolong Diana, really-2 thanks. Dia sabar je layan aku time tu, haha. Thanks!

Pagi tadi siap-2 and terus gerak dengan Danial. Danial dah gemuk, HAHA! Sepanjang aku dengan dia sementara tunggu Izzy datang, Danial habis kena dengan aku. Haaa! Kau sendiri cakap budak PLKN yang kumpulan ke 3 tu budak jahat en. Memang aku jahat terus la dengan kau tadi, padan muka! Sampai Sogo, terus text Izzat. Dia bagi direction tapi aku takut nak gerak sebab takut sesat. Hahaa! So aku tunggu Izzy sebab dia cakap dia rasa dia ingat jalan tu. Dalam setengah jam tunggu, baru Izzy sampai and kitorang terus jalan kaki cari tempat tu. Dah belok kat selekoh tu, terus call Izzat tapi bukan aku yang jawab. Hihi xD segan k.

Dah sampai kat tempat tu, aku macam was-2 tau sebab tempat tu macam hotel. Then kitorang masuk la. Kena isi details dulu kat guard ==' naik lif and cari tempat Nuffnang. Dah sampai tu, kitorang tengok dulu kat pintu tu. Aku tak ingat apa yang tertulis kat tempat tekan loceng tu xD k stop merepek. Sampai sana, amoi buka pintu and dia tanya "yes?", aku cuma jawab nak ambil tiket and dia minta email then sains lepas tu dapat tiket and bla.

Settle ambil tiket dari Nuffnang, terus gerak pegi BB. Time tu si Azam nak merajuk dah sebab aku tak tunggu dia kat Sogo ==' grrr! Then aku suruh dia gerak BB terus. Aku dah sampai BB, then Izzy bawa tempat yang jual baju. Kat situ banyak gila baju Little Miss! Aku sekarang ni tengah kumpul baju Little Miss❤
Tengah belek-2 baju tu, Danial cakap dia kena gerak dah sebab nak jumpa kawan then ak ambil adik dia balik sekolah. Time tu nak dekat pukul 12 kot. So takpe la, biar je dia balik.

Then si Azam cakap dia dah sampai BB. Aku pun cari dia. Tengah nak cari tu, tiba-2 aku ternampak benda yang aku dah lama nak sangat! Hihi! xD cer teka cer teka, HAHA! Okay malas nak gedik, tengok bawah ni.



Yippie! Aku jumpa purse DOMOOOOOOO! #sengaja nak tayang tiket wayang free tu :p Lepas aku nampak purse tu, aku terus belek-2 tengok harga. Agak terkesima #ceh ayat! HAHA! Sebab harga dia RM39.90! Then aku tanya orang tu takbole kurang lagi ke? Dia cakap ada discount, so tinggal RM25. Kira okay la tu en. So aku pun beli la :D

Lepas beli purse tu, sambung cari Azam. Dah jumpa dia, tapi dia malu-2 pula ==' aku cakap pun dia cuma angguk, geleng and senyum, tu je ==' lepas dah jumpa Azam, terus gerak KLCC sebab nak jumpa Nina kat situ. Sampai KLCC, terus pegi foodcourt. Izzy belanja wey, weee~! Hahaaa!

Oh yea, ada gambar untuk korang tengok. Kalau taknak, takpe :p



With Nina :)



Nina with K #her bf :)



Ni la Izzy! :D
Dia punya Nikon lagi hebat dari aku k =='



We :D



Dengan Nina lagi :D



Sebelum gerak nak balik, ambil gambar pelik sikit xD



Ni la Azam! :D susah k nak ambil gambar dia. Malu sangat kot =='


Pukul 3 gerak pegi TS, beli air bubble tea sebelum balik. Teheee :D tunggu train tak lama, tapi bas kat SD memang macam ****! Sabo je la~

#aku bagi adik aku tiket tu satu je. yes, saya kedekut xD
##sape agaknya follower aku yg ke 600 tu ea? ;)


Bye! :)

Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    THE LABRICH REVEAL: NURTURING GENERATIONS, EMPOWERING VITALITY Memelihara Generasi, Memperkasa Kecergasan
    3 weeks ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maal Hijrah 1448H
    1 month ago
  • mimbar kata
    kau ada
    1 month ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    7 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    10 months ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates