facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥

Assalamualaikum

Dah lama rasanya telinga ni tak kena sumbat dengan earphone. Masa zaman bujang dulu kerap jugak guna earphone untuk dengar lagu, kadang-kadang tu guna masa video call konon taknak orang lain dengar kite borak apa, hehe. Tapi tu dulu la tahun 2014 ke 2015 camtu.

Sekarang ni pun kalau kite beli phone, takde dah free gift earphone macam dulu dulu. Setakat dapat phone dengan charger je. Ke masih ada beli phone dapat earphone as gift? 🤷🏻‍♀️

Bila dah lama taklayan lagu gara gara takdengar radio dan takde earphone, dah jadi rasa ketinggalan sebab taktau lagu paling hit masa ni. Jadi FD pun survey la jugak earphone mana yang best dan paling latest yang kena dengan budget dan offer menarik. Akhirnya nampak kawan kawan share feedback guna earphone wireless dari Sudio from Sweden.

Sudio ni jenama dari Sweden dan mereka pentingkan gaya dalam kehidupan dan fokus pada earphone wireless yang memberikan kepuasan pengguna dengan  bunyi audio yang gempak dan mengagumkan.

Kat Sudio ni ada banyak jenis earphone tau tapi FD tertarik dengan Sudio Nio. Dan ianya baru je dilancarkan pada Januari 2021 dan dapat sambutan yang menggalakkan. Apa yang menarik tentang Sudio Nio sampai laku keras?

Sesuai untuk semua orang sebab didatangkan dengan 4 saiz hujung sayap diamana pengguna boleh pilih mengikut keselesaan mereka.
Kalis air dan kalis peluh dengan adanya perlindungan IPX4. Jadi tak perlu risau kalau tengah dengar lagu atau tengah on call, tetiba hujan turun. Ataupun tengah workout sambil dengar lagu ke pastu berpeluh teruk. Earphone tak mudah rosak.
Menggunakan teknologi dual microphone dapat menyampaikan audio yang lebih jelas kepada pendengar.
Boleh dipadankan dengan iOS dan android.
Ketahanan bateri selama 20 jam dan keatas bergantung kepada penggunaan.
Boleh digunakan dengan jarak 10meter.
Paling best sebab earphone ni wireless. Takde lah serabut dengan tali bila kite letak dalam beg lepas tu berselirat dengan barang lain 😂

Setiap pack didatangkan dengan USB charger type C.

Sudio Nio ada 5 pilihan warna antara putih, hitam, sand, hijau dan Aurora. Yang aurora ni limited tau, warnanya pun cantik tapi FD lebih suka warna putih nampak bersih dan polos je 😍

Berapa pulak harga Sudio Nio ni?
Harganya RM359. Mahal ke? Aipp! Jangan kata mahal selagi tak baca post ni sampai habis! 😏
Rugi baca separuh jalan sebab ada promosi menarik kalau beli earphone wireless Sudio Nio ni.

See? Perfectly fit!

By the way, Sudio ada keluarkan produk baru iaitu Sudio Nio Case. Case ni sangat menarik minat FD sebab ianya menggunakan bahan plant-based. Dimana ianya diperbuat dari kulit buah epal, sebab tu tekstur casing ni cantik. Menarik, kan?
Kulit vegan Sudio Nio Case dihasilkan dari kulit epal dari kebun di utara Itali. Jauh tuuu. Proses mengubah kulit epal yang dibuang menjadi kulit bebas kekejaman berasaskan tumbuhan menghasilkan bahan yang cantik, hypoallergenic, dan biodegradable yang sesuai dengan gaya kehidupan seharian kita.

Harga Sudio Nio Case ni RM119 TAPIIIII korang boleh dapat secara PERCUMA! Haa macam mana? Dengan setiap pembelian Wireless Earphone Sudio Nio dan masukkan kod "FTNDIANA" masa checkout. Bukan setakat dapat case free, tapi dapat jugak diskaun sebanyak 15%. Daripada harga RM359, lepas potongan diskaun jadi RM272 je. Siap free shipping worldwide tau dan ada warranty selama 3 tahun.

Please be alert yang promosi diskaun dan free Sudio Nio Case ni berlangsung dari 10 Mei sehingga 6 Jun 2021 sahaja tau. 


Website: https://www.sudio.com/my/
Facebook: Sudio Sweden
Instagram: @sudio


Assalamualaikum semua!

Dah lama rasanya tak share gambar family dalam blog ni. Asyik dengan niaga je, hmm. Kesian blog agak terabai. Tapi korang tetap datang singgah blog ni, kan? Terharu FD :')

Dalam entri ni nak bagitau pasal barang baru, ada jugak selit gambar family. Tapi tak banyaklah sebab ni gambar nak testing barang baru je :p


Kesian abah baru balik keje, dah kena bawak semua keluar sebab ada customer nak COD Radiance Signature petang tadi. Yang ada hal tu sorang, tapi yang ikut 1 family. Cuma Darlina je lah yang tak ikut. Stay kat rumah je :D



Pink itu MESTI!

FD punya monopod warna pink and shutter for ios / iphone warna pink ^_^

FD dah survey harga market untuk aksesori ni semua. Semuanya mahal-mahal kot. Range RM30-50 something. Nasib baik lah jumpa murah murah je. 1 barang tak sampai RM20 pun tau. Hehe tu je nak share. Kbyeee :D


Tengah frust dapat dividen ciput je simpan kat ASB -_-

Lepas frust, terus ajak parent pergi beli phone pepagi buta. Takde ah buta sangat, 10 lebih cenggitu. Gigih tak gigih ah en. Haha! Macam tak betul je tiba-tiba nak beli phone baru, padahal baby Xperia Tipo Dual okay je, takde sakit apa pun.


Gambar dari camera iPhone 5s

Ini apa yang FD beli. Hasil biz online tau sayang. Bukan guna duit 8Share, Churp2, mahu pun Nuffnang. 100% hasil jual Aurawhite, Radiglow, typography tees (GEEK, NERD, HAVOC, WOLF 88, ONE OF A KIND, etc), dan macam-macam lagi :D
iPhone 5s ada 3 warna. Silver, gold and black. FD ambik silver, cun oi! Adik FD je suggest gold, mahai! Kena tambah RM100 something lah. Gilos! Bukan boleh gadai pun walaupun dia gold. HAHA!


Gambar dari camera Xperia Tipo
Nampak comel sebab beli cover flip warna pink. Omeyy! ♥

Specifications iPhone 5s:
4-inch Retina display
A7 chip with M7 motion coprocessor
Touch ID fingerprint sensor
New 8-megapixel iSight camera with True Tone flash
1080p HD video recording
FaceTime HD camera
Ultrafast wireless
Over 900,000 apps on the App Store
iOS 7 – The world’s most advanced mobile OS
iCloud – Your content on all your devices
Price: RM2,499

Kau bayangkan, start online biz July 2013. Jual itu, jual ini. Dan itu lah hasilnya. Aicehh! Hihi! First kite melabur, lepas tu belanja family, kemudian manjakan diri kite sendiri. Doa minta berkat dari Allah dan orang tua kite tu penting ♥
Lepas guna iPhone, tak reti nak explore. Minta tolong kat adik Pa'ish je, hihi. Semua benda FD tanya dia. Macam mana nak buat itu, macam mana nak buat ini. Lepas tu dia suggest app yang best. Thank you dik! Yang penting, tau macam mana nak screen capture. Kite newbie. Ihik! Nak screen capture guna iPhone, tekan sleep / lock button, kemudian button home. Bukan serentak, tapi tekan button home tu sambil tekan button sleep tadi tu.


Thank you Xperia Tipo Dual atas jasamu sejak April 2013 hingga Disember 2013.
Kite sayangkan awak tau :p Sekarang awak ada tuan baru, Darlina
e-Novel/Cerpen - http://intandarlina29.blogspot.com/
Personal - http://darlinalife.blogspot.com/



Assalamualaikum,

Untuk sesiapa yang selalu baca apa yang FD post kat fanpage, tentu diorang tau dah pasal ni. Korang nak tahu juga? Tengok SINI, SINI dan SINI ^^
Target nak beli warna merah. Ada tu ada, tapi 1 sim punya. FD nak 2 sim punya, senang sikit. Sebab FD memang guna 2 sim. Tamak, kan? Peduli? Hahaaa.

Mula-mula cari phone kat area Kuala Terengganu ni. Warna merah 1 sim, semuanya dah habis stok. Yang ada sim 1 warna putih. Harga RM429 kalau tak silap. Tak tanya pula ada dapat free gift apa-apa.
Kemudian alang-alang pergi KL, singgah Selayang Mall. Cari kat situ. Memang kebanyakan warna merah cuma 1 sim je yang ada. So dah kira kena tolak. Pilih warna lain sambil-sambil survey harga. Ada yang jual harga sama macam kat Kuala Terengganu, harga sama. Bila tanya, phone sahaja. Takde free gift such as memory card or cover phone. 
Pergi kedai lain pula, ada yang jual Xperia Tipo Dual. Ada warna hitam dan silver. Harga RM450 nett. Tanya ada dapat free gift apa. Tokey tu kata dapat memory card 4gb, cover phone, screen protector. Not bad lah, kan? Fikir fikir fikir, FD ambik keputusan ambik warna silver dan cover phone warna merah. Merah tetap kena ada k, hehe :D

Tu diaaa! My lovely Xperia Tipo Dual. Hehe :D
Beli phone ni guna duit hasil berblogging dan minta abah support sikit. Hewhew :3


Assalamualaikum,
Ni cerita kelmarin, tapi baru harini nak update. Aku memang suka update lambat-lambat. Hahaa xD takde la. Gurau je. Aku ni jenis busy walaupun tak kerja atau tak sambung belajar. Busy apa? Tak payah tau laa :p


#saje nak tayang harga sekali, hahahaa!


Nampak tak? Nampak tak? Comel, kan? Jealous la tu :p

Macam ni ceritanya;
Hari tu masa survey kasut kat Vincci, pergi kedai barang elektrik. Masa mak tengah cari alat rebonding rambut, aku nampak USB bentuk DSLR Canon ni. Lepas tu aku tunjuk kat abah, aku cakap yang aku nak. Abah pun suruh la akak yang kerja situ ambil USB tu. Aku pun belek-belek la tengok benda tu sebab nampak comel. Hihi :D tanya harga, dia kata RM59. Akak tu kata cuma ada 2GB. Abah kata sikit, tapi mahal. Akak tu cakap mahal sebab design dia.
Aku cakap kat abah dengan mak yang aku nak USB tu. Diorang tanya nak buat apa? Aku cakap la nak buat koleksi. Hahaa xD sebabnya sekarang kitorang ada DSLR Nikon D3100. Nak beli DSLR Canon takbole, ada USB pun jadi la. Abah dengan mak cakap lain kali je la beli. Sekarang kita cuma survey barang je. So aku pun okay la.

Kelmarin mak dengan abah keluar pergi bandar, beli makanan kat bazaar. Bila mak dengan abah balik, aku tengok abah keluarkan 'something' dari beg seluar Levi's. Aku tengok betul-betul benda tu, rupa-rupanya abah beli USB tu! Aku terus ambil USB tu dari tangan abah, abah dah terkejut sebab aku main rembat je. Hahaa! Abah tanya "eh, pesal?". Aku dengan slumber jawab "alaa, akak tau ni untuk akak. beli untuk akak en?". Mak dengan abah sengih-sengih je tengok anak dara dia excited dapat USB ni. Tehee :D
Thanks mak and abah :3


Haritu pernah join giveaway DSLR dari Blog Gajah. Tapi tak menang. Lepas tu nampak pula USB macam tu kat kedai. Alhamdulillah, jadi milik aku sekarang. Hihi :D



Sekarang ni aku pakai phone Xperia x10 mini. Mula-mula pakai tu memang excited la sebab first time pakai phone touch screen, hahaa! Setahun lebih dah kot aku pakai phone ni.

Akhir-akhir ni phone aku selalu buat hal. Padahal battery full, tapi phone aku tiba-tiba off sendiri. Kadang-kadang tu setiap kali lepas habis call, ter-off lagi. Lagi satu tengah tiap mesej, off tiba-tiba lagi. Erghh! Makin menyirap dengan phone ni tau.

Tadi aku pi godek-godek phone, then ter-reset phone. Habis semua text and number phone hilang. Eeeeeeee! Makin tension la dengan phone ni tau. Geram gila akuu! Lepas ni dah malas nak pakai phone canggih-canggih lagi. Hantar kedai kang, beratus kena bayar, baik beli phone cikai je. Lagi murah daripada nak bayar duit repair phone, kan? Hm,


Bye!
Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56!
    6 days ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M
    1 week ago
  • mimbar kata
    Bahasa Dalam Puisi
    3 weeks ago
  • .she's the camera maniac.
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
    2 months ago
  • My Mom's Best
    Malaysian Humanitarian Foundation collaborates with Teach for Malaysia to empower underprivileged students with leadership skills
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    4 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates