facebook twitter instagram
  • Home
  • Beauty
  • Food
  • Parenting
  • Sitemap
  • Login

Diana's ♥


Assalamualaikum :)

Kali ni FD nak share sikit pandangan atau pengalaman tidur kat Regalia Suites, KL. Mungkin ada yang dah tau baru baru ni FD dengan kawan kawan buat girls night out gitchuuuu >,<
http://ftndiana.blogspot.com/2017/03/girls-night-out-regalia-suites.html

So kitorang checkin 4 and 5hb Mac 2017. RM380 per night. Harga tak termasuk cukai. Total sekali cukai dan cas segala benda ; RM440.80. Kitorang ambik Premier Two-Bedroom Suite. Max 4 orang tapi bantai masuk je ramai ramai sebab 1 rumah tu sangat luas. FD bantai tidur kat ruang tamu je.


Bilik ni 2 katil single


Toilet luar bilik. Luas tapi pintu takbole nak lock -,-
Nak mandi pesan kat member jangan nak gatal intai ke apa. HAHA! Timbul ketumbit kat mata kau hadap lah sakit tu.


Ruang tamu
Ruang tamu okay, luas. Cuma tv tu gambar macam tv biasa. Tak bape clear sangat. And masa mula mula sampai, rasa hangat je sebab aircond tak bape kuat. Ambik masa sikit nak sejuk kat ruang tamu tu.


Dapur atau apa nak panggil pun taktau lah. Hehe. Dapur tak bape nak bersih sangat masa mula masuk ni. Sepatutnya diorang bersihkan dulu tempat sebelum guest nak checkin.


Pintu bilik pun hancur gini. Kau ghaseee?


Bilik utama
Katil size king. Nak tidur 3 orang pun ngam kalau korang jenis kecil molek je. Yang besar besar tidur 2 orang cukup lah. Katil selesa. View pun cantik. Tapi sorry, FD tak ambil gambar view. Hehehe :D


Lantai dia, alahaii. Ni tah anak main conteng conteng ke apa ke FD pun tak tau lah. Patutnya baiki benda gini. Biar lah lantai tu cantik.


Kemudahan yang disediakan okay. Ada iron, ironboard and hair dryer. Hanger pun banyak.


Toilet dalam bilik utama

FD takde ambil gambar kat toilet 1 lagi. Kat tempat mesin basuh.
Yes, ada mesin basuh. Tu salah satu kemudahan yang okay. Yang tak okay. atas mesin basuh tu ada tin arak. Dan toilet tak bersih. Bau hancing. Harap pihak Regalia boleh perbaiki bab kebersihan dalam bilik and mana mana tempat dalam rumah tu.

Satu lagi, deposit RM500 tau. FD masa mula nak checkin pun terkejut dengan member sebab sepatutnya tunggu kawan sorang lagi. Nasib lah lepas jugak. Tapi bayar pakai kad pun mesin dia takbole baca banyak kali. Asyik error je. Padahal kad baru, cip takde problem pun.

So far cuma boleh bagi 3 dari 5 bintang.

Tu je yang FD boleh share dengan korang.
Thank you sudi baca! ♥


Setiap tahun, mesti ada program seminar. Contohnya untuk pelajar, perniagaan korporat, dan macam-macam lagi. Mana ada dua tahun sekali, tiga tahun sekali, kan? FD nak share dengan korang yang cari tempat untuk buat program seminar ni. Ada banyak pakej tau!
Dah semestinya di Sumai Apartment Hotel ;)





Half Day Seminar; Non Residential
RM45 nett per person (Minimum 30pax + 2 meals)
Inclusive of:
1 unit meeting room
1 tea/coffee break with 2 snacks
1 set/buffet lunch
1 unit basic PA system with 2 microphones
1 unit white screen
1 unit of flipchart
1 unit whiteboard
Free WIFI
Writing Material
Mint and ice water

Full day; Non-Residential
RM60 per person (Minimum 30 pax + 3 meals)
Inclusive of:
1 unit meeting room
2 tea/coffe break with 2 snacks
1 set/buffet lunch
1 unit basic PA System with 2 microphones
1 unit white screen
1 unit of flipchart
1 unit whiteboard
Free WIFI
Writing Material
Mint and ice water


Pakej untuk student pun ada tau. Primary School Student Packages dan Secondary School Student Packages. Setiap pakej ni ada banyak option.

Untuk tempahan, contact:
Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment
Noor Zarimaniza Mohd
014-524 3941


Dalam pakej tu ada sediakan sekali makanan. Makanan semuanya dari Restoran Bintang Laut. Makanan kat restoran tu, sedap gila baq hang! Haaa, serious! Sampai FD sendiri tak larat nak makan dah. Hihi! :D


Restoran Bintang Laut


Restoran Bintang Laut ni dalam Sumai Apartment Hotel ni. Tempat makan yang selesa. Dalam restoran ni boleh buat lebih dari 100 orang kalau tak silap FD.


Menu untuk makan tengah hari pada hari Sabtu.

Kat Restoran Bintang Laut ni, korang takbole nak expect dapat menu yang sama dalam seminggu tu ada 2 3 kali. Tak! Cef kata hari-hari menu lain-lain. So maksudnya menu lunch ni cuma pada hari Sabtu. Esoknya pulak lunch lain, so menu tu cuma pada hari Ahad je. Haa, faham tak? :D


Masa minum petang




Restoran Bintang Laut juga dibuka untuk orang ramai. Kalau tak menginap kat Sumai Apartment Hotel, korang masih lagi boleh menikmati makanan di restoran ni ^_^

Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment
Noor Zarimaniza Mohd
014-524 3941


Alhamdulillah, akhirnya FD ada juga masa nak post entri tentang trip minggu lepas ke Kuala Terengganu bersama beberapa wakil Blooggers Dot Com. Masa trip tu, kami semua menginap di Sumai Hotel Apartment selama 3 hari 2 malam :)


Antara blogger yang turut serta.

Dalam entri ni FD nak kongsi dengan pembaca pengalaman FD sendiri menginap di Sumai Hotel Apartment selama 3 hari 2 malam tu. Hotel apartment ni antara hotel murah di Kuala Terengganu. Bab harga, kita cerita kemudian. Sebabnya ada pakej special punya untuk pembaca blog FD ni. Kita tengok kelengkapan yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment ini dulu. Oh ya, pekerja Sumai Hotel ni semuanya ramah tau. Mesra alam, gituuu! Hihi :D
Ada macam-macam jenis bilik atau apartment. Yang seronoknya, kita akan rasa seperti berada dirumah sendiri. Dah nama pun apartment, ye tak? :p

Susunan gambar mungkin agak terabur sedikit, tapi takpe, kat hujung entri ni nanti korang boleh refer balik nama-nama bilik ni, okay? ;)


Studio Room
1 katil size Queen + 1 bilik air + ruang tamu + peti sejuk
 Sarapan untuk 2 orang
Harga: RM284.20 nett





Suite Room
2 katil single + 1 bilik air + peti sejuk
Sarapan untuk 2 orang
Harga: RM191.40 nett



Superior Apartment
4 bilik (1 Queen size , 2 Single size , 1 Single size) + 2 bilik air + dapur kecil + peti sejuk +  ruang makan + ruang tamu
Sarapan untuk 4 orang
Harga: RM487.20 nett






Okay, yang last ni special sikit.
Unit Pent House (limited sebab cuma ada beberapa unit sahaja)
Untuk yang plan nak bercuti dengan keluarga yang besar, sangat sangat sesuai! Harga lebih tinggi dari semua bilik atau apartment. Yang penting, harga sangat berbaloi dengan kelengkapan yang ada. Sangat sangat selesa tau! Dapat pulak view yang cantik, keluar kat balkoni je nampak pantai. Awesome! ^_^
Harga sekitar RM1200. Boleh lah share dengan dua tiga family, mungkin? Hihi!



Amacam? Tertarik tak tengok semua gambar ni? Haa, banyak lagi tau facilities yang ada selain penginapan yang selesa ni. Yang penting, FREE Wifi! Swimming pool pun ada tau.
Sumai Hotel terletak di tempat yang strategik. Dekat dengan Pantai Batu Buruk, Hospital Sultanah Nur Zahirah dan juga Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Kalau nak bersantai dengan keluarga, boleh pergi ke Pantai Batu Buruk :)

Pemilik Sumai Hotel Apartment ni adalah orang Melayu. Semua pekerja dalam Sumai Hotel ni pun 100% orang Melayu. Bangga lah sebab ada juga orang Melayu yang buka hotel murah di Kuala Terengganu tau ;)


Kita dah di penghujung entri. Macam yang FD bagitau awal-awal tadi. Ada harga special untuk pembaca atau pengikut blog FD. Boleh refer kat bawah ni ye untuk harga bilik. Sememangnya SPECIAL sebab harga MURAH habis dah ni! Tapi harga ni sampai 28th February 2014 je tau! So bookin cepat-cepat sebelum terlepas.



Paling penting, masa nak booking tu bagitau yang korang ni pembaca blog fatindiana dot com



Masih terpahat memori bersama 9 blogger ;)


1 Hotel Apartment Likes Staying @ Home
Families. Group. Business
More info : http://sumaihotel.com/



Kemain kau tajuk entri kali ni! Ihik! :D

Haa, bulan lepas FD dengan family pergi Kelantan dan menginap di Morak Villa Resort.
Kali ni FD nak pergi trip dengan blogger pulak tau. First time okayyy. Dah macam kayo sangat pulak nak pergi trip memanjang. Tak tak. Dah rezeki datang, takkan kite nak tolak pulak. Ye tak?

Trip yang FD nak share ni, dengan beberapa wakil BlooggersDotCom.
Semuanya 10 orang termasuk FD sendiri.
Kami semua akan menginap di Sumai Hotel Apartment.
Hotel Apartment murah di Kuala Terengganu.

Memang FD tinggal di Terengganu, dah setahun. Tapi tak semua tempat lagi FD dah jelajah. Ini lah peluang FD untuk belajar tentang Terengganu ^^



Sebelum menginap disana, kite kena lah tengok-tengok dulu survey mana yang sempat.

Suite Room


Kat ruang tamu, ada koridor. Boleh tengok pemandangan, ihik! :D

Semalam ada tengok-tengok dengan family, macam best je.
Tengok-tengok kat laman web pula, harga semuanya berbaloi. Yang bestnya, Sumai ni ada 2 jenis. Hotel dan apartment. Apartment yang seronok tu kalau pergi trip ramai-ramai.
Aishhh! Tak sabar pulak nak pergi 21hb Disember nanti >,<

Stay update, okay? ;)

Untuk yang nak dapat peluang macam ni,
sila lah like page BlooggersDotCom ye

Rezeki dikongsi bersama
-Tagline BlooggersDotCom-



Dua hari lepas masa ke Kelantan, FD dan keluarga menginap di Morak Villa Resort. Survey last minute masa nak bertolak ke Kelantan. Jangan ikut perangai kami ye. HAHA! Sila lah plan awal-awal kalau nak pergi bercuti dengan keluarga tercinta. Aiche! Hihi :D



Gambar dari blog MVR - http://morakvillaresort.blogspot.com/

Masa on the way nak cari villa ni, payah sikit sebab masuk dalam kawasan perumahan. Belok sana, belok sini. Villa ni terletak kat kawasan dalam lah jugak sebab macam paling hujung.



Abah gua tengah relax lepas 2 3 jam drive dari Kuala Terengganu ke Kelantan.
Relax like a boos. FD suka pulak ayat dari adik Tampawan ni. ihik! :D



Depan villa



Ruang tamu atau ruang santai. Eh? Haha!



Ruang makan. But they said cafe.
Pedulikan mereka yang ada dalam gambar ni :p



Bilik deluxe (3 person). 1 katil single, 1 katil queen.
Abaikan yang bersepah tu. Uish! Tak senonoh betul. HAHA!



Tak sah kalau takde gambar depan cermin. Ihik! :D



Sarah dengan Mirul pulak kemain seronok main air kat swimming pool.
Yang lain rehat sebab penat duduk 2 3 jam dalam kereta.

Harga 1 bilik deluxe (family) RM160 satu malam termasuk sarapan pagi untuk 3 orang.
Untuk tambah sarapan, RM5 per person. Sarapan ada nasi lemak atau nasi berlauk. Ini korang boleh pilih sebab staff dia akan tanya kita nak breakfast esok tu makan apa.

So far semuanya okay. Ada semua keperluan dalam bilik tu. Ada TV, aircond, kipas, bilik mandi, peti sejuk, almari, meja solek untuk pakej Family. Tempat nak iron pakaian pun ada, tapi dekat luar bilik. Dekat sebelah meja makan. Macam omputeh rasanya sebab papan iron melekat kat dinding. Hehe :D
Harga pula sesuai untuk yang mampu lah. Kalau yang nakkan privacy pun mungkin sesuai sebab masa kitorang pergi tu pun cuma ada family kitorang dengan family guest lain. Tu je. 1 villa ni ada 5 bilik kalau tak silap. Kitorang stay situ satu malam je :) yang penting, tempat ni selesa.

Untuk maklumat lanjut tentang harga bilik, boleh rujuk di link
Room & Rates MVR



PT 863, Kampung Palekbang,
16040 Tumpat,
Kelantan Darul Naim, Malaysia
Tel: 012-334 2680 @ 012-300 0609
Email: Info@morakvillaresort.com


Older Posts

HELLO, THERE!


Hello, There!

Beauty, lifestyle dan parenting blogger
For advertising / collaboration / review , email to: ftndiana@ymail.com

LET’S BE FRIENDS

Featured post

Berpantang dengan Bengkung Moden Belly Band Mamaway

Assalamualaikum Masuk anak nombor 2 baru nak sibuk nak jaga badan. Masa pantang anak pertama dulu pakai 2 ke 3 kali je bengkung. Malas den...

My Blog List

  • blog.iamfuzy™
    Tiada Lagi Rutin Buat Bonda, Mak Dah Pergi Tinggalkan Kami
    2 weeks ago
  • mimbar kata
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    1 month ago
  • Faizzah Amir
    Salam Maal Hijrah 1448H
    5 months ago
  • My Mom's Best
    More active on social media
    11 months ago
  • .she's the camera maniac.
    Shopee and POP MART Unveil “Twinkle Twinkle Savor The Moment” Series with Exclusive Shopee Live Marathon, Giveaways, and Gifts-With-Purchase
    1 year ago
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
    5 years ago
Show 5 Show All

Popular Posts

  • Nur - Full Episod
    Assalamualaikum Hot betul drama baru kat TV3 tu kan. Alaa cerita NUR tu. Hari hari ada je orang update status cite pasal NUR. Nak tau dr...
  • Tips kurangkan keguguran rambut
    Assalamualaikum reader, Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada ma...
  • WeChat - cara update status di Moments
    Assalamualaikum, Mula-mula FD guna WeChat ni, FD sendiri tak tahu macam mana nak update status. Selalu tengok  Bro Framestone  update...
  • Hadiah menang March Giveaway dah sampai!
    Assalamualaikum 😊 Bulan March yang lepas FD ada join  March Giveaway by penselduabee  dan alhamdulillah, ada rezeki menang dalam give...
  • Abadikan kenangan anda dengan Printcious!
    Assalamualaikum 😊 Last few month FD ada bercuti dengan suami kat Pulau Perhentian . Banyak sangat gambar yang kitorang ambik masa bercu...

Followers

Labels

  • Beauty
  • Drama
  • Drama adaptasi novel
  • Family
  • Fashion
  • Food
  • Gadget
  • Lifestyle
  • Movie
  • Parenting
  • Personal
  • Product Review
  • Skincare

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates